Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PEMBUBARAN DAN PENGHARGAAN JPP IPGKTAA SESI

2015/2016 SERTA PELANTIKAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA KAMPUS


TARIKH: 8 JANUARI 2016
MASA: 8.00AM
TEMPAT: DEWAN DARUL MAKMUR
PENGACARA: 1) SYAHRIN NADZIF
2) NURUL IZZATI

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera


Sidang hadirin yang dimuliakan.
Salam

hormat

dan

selamat

datang

ke

MAJLIS

PEMBUBARAN

DAN

PENGHARGAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016


SERTA PELANTIKAN

SURUHANJAYA PILIHAN

RAYA KAMPUS

Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis kita akan bermula sebentar
lagi iaitu sebaik sahaja ketibaan Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof ,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sehubungan itu,
pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis
seperti berikut:
1) Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj
Abdullah B. Mohd Yusof serta tetamu kehormat lain masuk ke dalam dewan;
2) Mematikan telefon bimbit atau menukarnya kepada mod senyap.
3) Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu
kehormat meninggalkan majlis
4) Meminimakan sebarang pergerakan sepanjag majlis berlangsung.
5) Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
6) Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian untuk menyanyikan
semua lagu dengan penuh bersemangat
7) Para hadirin diminta untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa majlis
berlangsung.
Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama daripada Hadirin
sekalian.

VIP Masuk
1. Mengumumkan Ketibaan ,
1) Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
diiringi
2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
3) Yang berusaha, En Mohd Rasdi Bin Saamah, Setiausaha Akademik,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
4) Yang Berusaha, En Shafie Bin Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

masuk ke dalam dewan.


Lagu Negaraku
Lagu Negeri Pahang
Lagu IPGM
Para hadirin dipersilakan duduk.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring ditepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda.
1) Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah B. Mohd Yusof , Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
2) Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
3) Yang Berusaha, En Mohd Rasdi Bin Saamah, Setiausaha Akademik Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
4) Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah kanan, para
pensyarah, staf bukan akademik
5) Yang di raikan, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016
6) dan siswa guru sekalian.

Selamat

datang

JAWATANKUASA

ke

MAJLIS

PERWAKILAN

PEMBUBARAN
PELAJAR

DAN

SESI

PENGHARGAAN

2015/2016

SERTA

PELANTIKAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA KAMPUS Institut Pendidikan Guru


Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu untuk semua.

Sebelum memulakan majlis, molek kiranya kita sama-sama mengaminkan bacaan


doa yang akan dipimpin oleh saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini. Majlis
mempersilakan.
Aminya rabbal alamin. Terima kasih saudara Mohd Shafiq Bin Hj Saini atas pimpinan
doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan sentiasa berada di bawah
lembayung rahmat-Nya, InshaAllah.

Hadirin yang dihormati,


Pada hari ini, kita berkumpul di Dewan Darul Makmur adalah bagi meyaksikan
upacara MAJLIS PEMBUBARAN DAN PENGHARGAAN JAWATANKUASA
PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016 SERTA PELANTIKAN SURUHANJAYA
PILIHAN RAYA KAMPUS. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan organisasi
yang membawa hasrat-hasrat siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan ke pihak yang berkenaan. Setelah 1 tahun menabur bakti di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, kini tibalah masanya untuk
para Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menamatkan tugas mereka

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi meneruskan majlis, majlis menjemput Yang Berbahagia, Tn Hj Abdullah Bin
Muhammad

Yusof

untuk

menyampaikan

ucapan

seterusnya

merasmikan

pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016. Majlis dgn penuh


hormatnya mempersilakan.
(ucapan pengarah)
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Abdullah bin Muhammad Yusuff atas ucapan
itu sebentar tadi.

Hadirin Yang Di Hormati,


Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016. Justeru,majlis menjemput dan mempersilakan
En Shafie bin Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Tn Hj Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi mengiringi
Tn Hj Hj Abdullah Bin Mohd Yusoff, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan bagi menyampaikan sijil penghargaan. Majlis mempersilakan.
(Penyampaian sijil)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shafie bin Majid, Tn Hj Mohd
Nordin Bin Abdullah dan Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusoff atas penyampaian sijil
penghargaan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Bagi meneruskan majlis, mari kita sama sama menyaksikan tayangan multimedia
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2015/2016. Dipersilakan.
(tayangan multimedia)
Demikian tadi tayangan multimedia yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa

perwakilan pelajar sesi 2015/2016 exco multimedia.

Seterusnya,
Majlis menjemput En Shafie bin Majid, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

dan Tn Hj Mohd Nordin Bin

Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan


Afzan bagi mengiringi Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusoff, Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menyampaikan watikah perlantikan
Suruhanjaya

Pilihanraya

Kampus

2016.

Majlis

dengan

segala

hormatnya

mempersilakan.
(Penyampaian Watikah)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shafie bin Majid, Tn Hj Mohd
Nordin Bin Abdullah dan Tn Hj Abdullah Bin Mohd Yusoff atas penyampaian watikah
sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Dengan berakhirnya penyerahan watikah perlantikan Suruhanjaya Pilihanraya
Kampus 2016 itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Andai tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Abdullah,
Yang Berusaha En Mohd Rasdi Bin Saamah dan Yang Berusaha, En Shafie Bin
Majid bagi mengiringi Yang Berbahagia Tn Hj Abdullah bin Mohd Yusof bagi
meninggalkan dewan.
Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Asslamulaikum wbt.

Perhatian Kepada semua Pelajar,anda diminta untuk tunggu di dalam dewan.

Anda mungkin juga menyukai