Anda di halaman 1dari 10

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TARIKH / HARI : 18 OGOS 2017, JUMAAT


MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PADANG KVSKL

(SYAZWAN)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Para hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan selamat datang ke Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, iaitu sebaik
sahaja ketibaan

i Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan.
ii bersama-sama dif-dif jemputan.

Sehubungan itu, pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat menjaga adab
majlis berikut :

1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan


i Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan.

ii bersama-sama dif-dif jemputan.


2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap;
3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya beredar selepas tetamu
kehormat meninggalkan majlis; dan
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.

Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama dari tuan-tuan dan puan-
puan
(NANA)
Mengumumkan ketibaan
i Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan;

-DIIRINGI-

ii Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan;
iii Yang Berusaha En Rasdi Bin Saamah, Setiausaha Akademik, IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan;
iv Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum, IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan;
v Yang Berusaha Saudara Mohamad Hanif Bin Che Mahadi, Pengerusi Kejohanan
Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
vi Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan pensyarah-pensyarah kanan.

-NEGARAKU-

(NANA)

Para hadirin dipersilakan duduk.

(SYAZWAN)

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum WBT. Salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Tegak berdiri si pohon pinang,


Pinang ditanam di tepi muara,
Dihulur kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
i Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan.
ii Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan,
iii Yang Berusaha En Rasdi Bin Saamah, Setiausaha Akademik, IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan,
iv Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum; IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan,

seterusnya

v Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit; pensyarah-pensyarah kanan


vi Para pensyarah;
vii Barisan pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan; serta
viii Siswa pendidik yang disayangi sekalian.

(NANA)

Bersyukur kita hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapat kita
bersama-sama berkumpul bagi meraikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan
2015 peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Sebelum kita meneruskan majlis, elok
kiranya jari yang sepuluh ini ditadah bagi memohon berkat dariNya. Untuk itu, majlis dengan
penuh takzimnya menjemput saudara Rozaid bin Abd Rahman dari unit DPLI pengajian
Cina untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(SYAZWAN)

Amin amin ya Rabbal Alamin. Terima kasih saudara Rozaid Bin Abd Rahman atas pimpinan
doa sebentar tadi. Semoga majlis kita dapat berjalan dengan lancar di bawah lembayung
rahmatNya.

Hadirin sekalian,

Penganjuran kejohanan ini merupakan salah satu prasyarat yang terkandung dalam Kursus
Kokurikulum PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 dan DPLI Semester 1 Ambilan
Januari 2015. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada siswa pendidik
mempertingkatkan kemahiran dalam pengelolaan sebelum siswa pendidik ini bertugas
sebagai guru pada masa akan datang. Selain daripada mengaplikasikan prinsip-prinsip
latihan yang sistematik dan saintifik, pengajuran Kejohanan Olahraga Tahunan juga
bertujuan untuk memperkenalkan aspek pengelolaan dari segi kepegawaian dan
kejurulatihan dalam pengajuran Kejohanan Olahraga Tahunan kepada siswa pendidik.

(NANA)

Hadirin yang dihormati,

Mari kita sama-sama saksikan perarakan masuk setiap kontinjen unit beruniform dan rumah
sukan.

Kontinjen yang pertama, dengan kekuatan seramai 34 ahli diketuai oleh Chee Yong Hua,
Kontinjen Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia.

(SYAZWAN)

Seterusnya, dengan kekuatan seramai _____ ahli diketuai oleh


__________________________________________, Kontinjen Unit Beruniform Kadet
Remaja Sekolah.

(NANA)

Kontinjen ketiga, dipimpin oleh Choo Yong Yong dengan kekuatan seramai 28 ahli,
Kontinjen Unit Beruniform Pandu Puteri.

(SYAZWAN)

Kontinjen seterusnya, di bawah pimpinan Goh Yee Lin dengan kekuatan seramai 25 ahli,
Kontinjen Unit Beruniform Pengakap.

(NANA)

Perarakan masuk rumah sukan pula didahului oleh Kontinjen Rumah Mat Kilau dengan
kekuatan ahli seramai 30 orang diketuai oleh Azammudin Bin Adnan.

(SYAZWAN)

Seterusnya perarakan masuk Kontinjen daripada Rumah Tok Bahaman dengan kekuatan
ahli seramai 30 orang diketuai oleh Nik Mohamad Zarfan Bin Nik Rafidi.

(NANA)

Perarakan diteruskan lagi dengan perarakan Kontinjen Rumah Tok Lela yang dipimpin oleh
Ahmad Firdaus Bin Abd Rahim dengan kekuatan ahli seramai 30 orang.
(SYAZWAN)

Dan yang terakhir adalah perarakan masuk Kontinjen Rumah Tok Gajah yang dipimpin oleh
Muhamad Mukhram Bin Mazelan dengan kekuatan ahli seramai 27 orang.

- TUNGGU HABIS MUZIK-

(SYAZWAN)

Hadirin sekalian,

Adat bahasa menyampaikan pesan,

Adat majlis menyampaikan ucapan.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersila Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin
Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi
menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(NANA)
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman atas kesudian beliau
menyampaikan ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah beliau sampaikan dapat
dijadikan pedoman buat siswa pendidik sekalian.

(SYAZWAN)
Bagi meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama mengimbas kembali perjalanan
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 melalui tayangan multimedia yang disediakan.
-TAYANGAN VIDEO-

Begitu tadi persembahan multimedia yang telah disediakan oleh AJK Multimedia dan
Dokumentasi.
(NANA)
Daun semulur di pekan sehari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Mari kita sama-sama hayati kata-kata ucapan yang akan disampaikan sebentar lagi. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersila Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin
Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi menyampaikan ucapan sekaligus
menutup rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan. Dipersilakan.

(SYAZWAN)
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Menjadi kenangan sepanjang zaman.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ atas kesuidan beliau
menyampaikan ucapan serta menutup rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 peringkat
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Semoga amanat yang disampaikan dapat diambil
sebagai pedoman buat semua warga IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan khususnya siswa
pendidik sekalian.
(NANA)

Yang dinanti berkunjung tiba,


Yang dinanti sudah bersedia

Majlis dengan sukacitanya menjemput, Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,

-DIIRINGI-

i. Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum; IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan,

bagi menyempurnakan upacara simbolik penutupan dan penyerahan bendera Kejohanan


Olahraga Tahunan 2015 peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan.
-UPACARA SIMBOLIK PENUTUPAN-
Acara seterusnya adalah upacara penyerahan bendera kejohanan yang akan dilakukan
oleh Ketua-Ketua Rumah Sukan dan akan diserahkan kepada Yang Hormat Dato’ Haji
Jaafar Bin Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, dan seterusnya bendera
kejohanan tersebut akan diserahkan kepada Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit
Kokurikulum, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
-UPACARA SERAHAN BENDERA KEJOHANAN-

Terima kasih kepada Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris atas kesudian
menyempurnakan upacara simbolik penutupan dan upacara penyerahan bendera
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sebentar tadi.
(SYAZWAN)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan penyempurnaan upacara simbolik penutupan dan upacara penyerahan bendera
kejohanan itu tadi, maka berakhirlah Kejohanan Olahraga Tahunan 2015 peringkat IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan. Namun begitu, tidak lengkap rasanya jika yang berjaya
tidak dirai, yang berusaha tidak dikenali.

Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara-acara
yang telah dipertandingkan. Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya
menjemput:
i Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan;
-DIIRINGI-
Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum, IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan, bagi menyampaikan hadiah.
(NANA)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sekarang akan diumumkan Johan bagi Perbarisan
Unit Beruniform dan Rumah Sukan.
(NANA)
Johan bagi Perbarisan Unit Beruniform dimenangi oleh pasukan unit
beruniform:___________________.
(SYAZWAN)
Johan bagi Perbarisan Rumah Sukan dirangkul oleh pasukan
rumah:______________________.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
(NANA)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd
Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan; atas
kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
(NANA)
Seterusnya, majlis menjemput,
Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan
-DIIRINGI-
Yang Berusaha Encik Abdul Ramit Bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum, IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan, bagi menyampaikan hadiah.
(SYAZWAN)
Hadirin hadirat sekalian, sekarang akan diumumkan pemenang untuk Anugerah
Olahragawan dan Olahragawati, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan
(NANA)
Tanpa melengahkan masa akan diumumkan,
Anugerah Olahragawati, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan dianugerahkan kepada:__________________________ dari
rumah________________.
(SYAZWAN)
Anugerah Olahragawan, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan dianugerahkan kepada:_____________________________dari
rumah________________.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga semangat kesukanan yang anda
tonjolkan akan terus menjadi contoh kepada atlet-atlet rumah sukan yang lain.

(NANA)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman pemenang bagi Tempat
Keempat Keseluruhan, Tempat Ketiga Keseluruhan, Naib Johan Keseluruahn serta Johan
Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
(NANA)
Baiklah tanpa melengahkan masa, sekarang diumumkan, Tempat Keempat Keseluruhan,
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dimenangi oleh
pasukan (Rumah___________.)
Tempat Ketiga Kesuluruhan, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan dimenangi oleh pasukan (Rumah ________.)
Tahniah diucapka kepada pasukan rumah____________& rumah_________ atas kejayaan
yang diraih.
(SYAZWAN)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Debaran kini kian terasa dan saat yang dinanti-nantikan telahpun tiba. Sebentar sahaja lagi
akan diumuman, Johan dan Naib Johan Keseluruhan, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
Adakah rumah__________________ ataupun rumah______________akan merangkul
johan keseluruhan kejohanan olahraga pada tahun ini?
Baiklah tanpa melengahkan masa, saya akan terus mengumumkan Johan Keseluruhan,
Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan sekaligus
membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan pada tahun ini.
-drum que-
Johan Keseluruhan, Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan, dimenangi oleh pasukan dari (RUMAH________________).

Dengan ini pasukan dari (RUMAH___________________) diumumkan sebagai Naib Johan


Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
(NANA)
Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan rumah _____________________kerana telah
berjaya menjadi Johan Keseluruhan Kejohana Olahraga Tahunan 2015, IPG Kampus
Tengku Ampuan afzan. Kepada rumah sukan yang lain, diharapkan agar anda semua terus
mengekalkan semangat kesukanan untuk merungkul Johan Keseluruhan pada tahun
hadapan
(NANA)
Jutaaan terima kasih diucapkan kepada Yang Hormat Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan ini menjemput En. Abdul Ramit Bin
Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum diiringi Saudara Muhamad Hanif Bin Che Mahadi,
Pengerusi Kojohanan Olahraga Tahunan 2015 bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yang Hormat, Dato’ Haji Jaafar Bin Idris, Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan .
(NANA)

Hadirin sekalian, mari kita sama-sama mengalihkan perhatian kita kepada persembahan
penutupan yang akan dipersembahkan oleh para peserta perbarisan yang terdiri daripada
siswa pendidik PPISMP Semester 2, PISMP Sesmeter 2, PISMP Semester 3 dan PISMP
Semester 5.

(SYAZWAN)

Dengan berakhirnya persembahan penutupan itu tadi, maka majlis kita telah pun tiba di
penghujungnya. Kami mewakili pihak majlis dan pengajur ingin menyusun sepuluh jari tanda
kemaafan sekiranya terdapat kekurangan kami dalam mengendalikan majlis. Sekian dari
saya Syazwan Syamim bin Abdul Rahman dan saya Nursyazana Binti Zainal Abidin.
Assalamualaikum WBT, selamat sejahtera dan selamat malam.

Anda mungkin juga menyukai