Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

PERMULAAN KOPERASI
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN BERHAD (KOP-AFZAN)

SEBELUM MAJLIS:
Assalamulaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Salam hormat dan selamat datang ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Permulaan
Koperasi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Berhad (KOP-AFZAN). Majlis kita akan
bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan:

A.
B.
C. Tuan Haji Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan;
D. Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;
E. Bersama-sama dif-fif jemputan
Sehubungan itu, pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat menjaga adab-
adab majlis berikut :
1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan

A.
B.
C. Tuan Haji Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan;
D. Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;
E. Bersama-sama dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.

2. Diminta semua Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan untuk berada di pintu masuk dewan;
3. Diminta para hadirin untuk mengambil tempat di dalam dewan dan memenuhkan kerusi
di bahagian hadapan;
4. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap;
5. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar selepas tetamu kehormat
meninggalkan majlis; dan
6. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
Sekian sahaja maklumat awal dan semoga mendapat kerjasama daripada tuan-tuan dan
puan-puan.


(Umumkan sekiranya VIP tiba dari luar Dewan)
Mengumumkan, ketibaan:

A.
B.
C. Tuan Haji Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan;
D. Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar;
E. Bersama-sama dif-fif jemputan masuk ke dalam dewan.
Para hadirin dipersilakan duduk.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

A.
B.
C. Yang Berusaha Tuan Haji Nordin Bin Abdullah, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan;
D. Yang Berusaha Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar;
E. Serta hadirin sekalian.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, dapat kita bersama-sama hadir ke
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pembukaan Koperasi IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan Berhad (KOP-AFZAN) pada hari ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
................................................................. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
................................................................. atas bacaan doa itu tadi.


Hadirin sekalian,
Koperasi Afzan ini merupakan salah satu usaha daripada pihak IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan memenuhi keperluan warga kampus ini. Ianya telah didaftarkan secara
online dan telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 1 April 2014.
Penubuhan ini juga telah diluluskan dalam mesyuarat M3P yang turut dihadiri oleh Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 3 April baru-baru ini.

Koperasi Afzan ini juga ditubuhkan dengan membawa lapan halatuju iaitu:
1) Membangunkan sosioekonomi anggota koperasi;
2) Memberikan perkhidmatan kepada anggota, pelanggan seta komuniti yang terdiri
daripada warga IPGKTAA;
3) Mengagihkan keuntungan secara saksama kepada anggota;
4) Menjaga kebajikan dalam kalangan anggota;
5) Menyediakan peluang peluang pekerjaan dan latihan kerjaya;
6) Member peluang latihan kepada guru-guru pelatih;
7) Memantapkan jalinan kerjasama antara IPGKTAA dengan agensi luar; dan
8) Memberi pengiktirafan kecemerlangan kepada anggota dan keluarga serta komuniti.

Warga dewan sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan __________________________________
Pengerusi Penaja Koperasi untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis
mempersila.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput _______________________________________
untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Pembukaan
Koperasi IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Berhad (KOP-AFZAN). Dengan ini majlis
dengan penuh takzimnya mempersila.

Setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
________________________________________ atas kesudian beliau menyampaikan
ucapan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersila ______________________________________
Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Raub/Lipis bagi
menyampaikan taklimat berkenaan _____________________________________. Majlis
dengan segala hormatnya mempersila.
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas
taklimat yang diberikan sebentar tadi. Semoga segala isi yang disampaikan dapat memberi
pencerahan kepada hadirin sekalian.

Bagi meneruskan majlis,
Majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Dzulkarnain Bin Mat, Ketua Jabatan Hal ehwal
pelajar bagi menyampaikan taklimat KOP-Afzan. Majlis dengan ini mempersila.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas
taklimat yang diberikan sebentar tadi. Diharapkan agar pencerahan tersebut dapat memberi
pandangan yang lebih jelas berkenaan KOP-AFZAN, khususnya terhadap guru-guru pelatih.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung majlis. Di kesempatan ini, kami ingin
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis
ini. Bagi beralih kepada agenda utama kita pada hari ini, majlis diserahkan kepada
________________________________________ selaku pengerusi sementara Majlis
Mesyuarat Pembukaan KOP-AFZAN.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai