Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Raub telah


diadakan pada pagi hari Khamis, 22 FEBRUARI 2015. Ini adalah temasya sukan
sekolah yang pertama saya ikuti dan turut menjayakannya sebagaimana yang
dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan temasya ini, saya dapati ada
beberapa kelebihan yang memberi kesan positif samaada kepada warga sekolah
atau masyarakat sekeliling. Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan
oleh guru-guru. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku
program dan sebagainya membantu melancarkan temasya sukan sekolah.
Perancangan jenis acara sukan yang ingin dipertandingkan. Idea-idea yang
diberikan oleh guru-guru yang mana mengambil kira dari sudut keselamatan murid
semasa acara berlangsung adalah satu perkara penting bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan yang tidak diingini.Kerjasama kakitangan sekolah dalam
bermesyuarat membantu guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan buku
program dengan lebih awal dan tidak membebankan dengan perkara-perkara yang
remeh sehingga menyukarkan guru berkenaan dalam menyempurnakan buku
program tersebut.
Kerjasama yang ditunjukkkan oleh guru-guru, ibu bapa, pihak pentadbiran
sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang
seronok. Dengan itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan
masyarakat setempat menjadi lebih rapat dan mesra. Contohnya apabila pihak
sekolah memohon bantuan untuk menggunakan tenaga pengadil dan bantuan
kecemasan dari Pusat Kesihatan Raub untuk temasya ini, memandangkan
kakitangan sekolah yang tidak mencukupi, dengan jemputan ini, ia mendatangkan
beberapa faedah yang sangat penting bagi menjalinkan satu ikatan silaturahim
antara warga ssekolah dan masyarakat di samping mengeratkan hubungan antara
ibu bapa dan guru-guru.
Kesungguhan guru sebelum temasya ini berlangsung sangat memuaskan.
Latihan yang diadakan pada setiap petang membantu murid-murid agar lebih

bersedia pada hari sukan berlangsung. Kesungguhan guru ini juga menaikkan
semangat murid-murid untuk menjadikan pasukan masing-masing bergelar juara.
Selain itu, temasya sukan ini juga membantu guru untuk mengenalpasti murid
yang berpotensi dalam acara sukan dan membantu murid berkenaan untuk
melangkah keperingkat yang lebih tinggi, samada peringkat daerah, negeri,
kebangsaan atau antarabangsa.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti
mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan kakitangan sekolah
adalah antara kelemahan sekolah ini untuk mengadakan sesuatu majlis. Tenaga
pengajar dan kakitangan pentadbiran yang terhad menyukarkan pihak sekolah
mengelola sesuatu aktiviti sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak luar.
Kekurangan alatan sukan, memaksa pihak sekolah untuk meminjam alatanalatan sukan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Contohnya alatan untuk
acara lontar peluru. Kerosakan alatan rosak yang mana memerlukan penggantian
semula dengan alatan yang baru. Selain itu, alatan khemah dan pembesar suara
juga menjadi satu masalah apabila sekolah ingin menganjurkan sesuatu majlis
sehingga terpaksa meminjam daripada Pusat Latihan Polis Raub.
Namun, kelemahan ini boleh diatasi jika pihak sekolah sama-sama
memandang serius masalah ini dan cuba untuk menyelesaikannya dengan cara
yang baik. Dari segi kekurangan guru, pihak sekolah perlu menambah beberapa
orang guru terutamanya bagi mata pelajaran matematik dan sains, dengan
penambahan ini bukan sahaja masalah kekurangan guru matapelajaran dapat
diatasi malah tenaga mereka ini boleh digunakan untuk majlis-majlis sekolah
contohnya temasya sukan sekolah.
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah
perlu memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum
sesuatu aktiviti berlangsung, ini membantu masalah yang mungkin timbul apabila
hari berkenaan.
Pembesar suara dan alatan khemah sepatutnya dimiliki oleh setiap sekolah,
namun sekolah ini masih lagi meminjam daripada pihak lain. Kekurangan ini perlu
diatasi dengan pembelian segera oleh pihak pentadbir kerana ia sangat penting

apabila sekolah ingin mengelola sesuatu majlis. Sungguhpun begitu, sepanjang


saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali pertama ini cukup membantu
saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk
gunakan untuk masa-masa akan datang.

saya

Anda mungkin juga menyukai