Anda di halaman 1dari 9

DOA AGAR DIKURNIAKAN KEFAHAMANYANG BAIK DAN INGATAN YANG SEMPURNA SEWAKTU MENELAAH MATA PELAJARAN (Dibaca sebelum

mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, fahom nabiyyiina, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: "Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)"

DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)".
2

DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG (Dibaca sebelum tidur setiap harisehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadhaii wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') Maksudnya: "Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh".

DOA KUATKAN INGATAN DAN TAK MUDAH LUPA. Amalkan surah Al Israa' ayat 70. Masa Baca ayat tersebut letakkan tangan atas kepala.

Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhlukmakhluk yang telah Kami ciptakan."

MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal. Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan Mulakan setiap usaha dengan Basmallah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa penerang hati Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang - Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -

Doa apabila terlupa Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa. - Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

Doa minta tambah ilmu , Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau kurniakan kepadaku, Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahilah daku ilmu pengetahuan

- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -

Doa mendapat petunjuk Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi -Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -

Doa mudahkan hafalan Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. - Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -

Dipetik daripada : Diari Siswa Islam 93 Hak Cipta penerbit asal

DOA-DOA LAIN YANG BERKAITAN

Doa untuk mengulangkaji Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.

Doa setelah selesai mengulangkaji Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.

Doa ketika masuk bilik peperiksaan Dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Doa ketika menerima kertas peperiksaan . Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
7

supaya mereka faham perkataanku. Doa Nabi Musa a.s.

Doa memohon dilepaskan dari kesusahan menjawab soalan Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.

Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki. Doa ketika terlupa jawapan . Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Anda mungkin juga menyukai