Anda di halaman 1dari 2

......

wrt Assalamualaikum
Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah.

IMAN bertajuk Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG. Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan
satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.
Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan
mengamalkan segala perintah Allah
Taqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah
dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Frasa Pencetus Ummah Gemilang adalah merujuk kepada ummat Islam yang bermutu dan
cemerlang.
Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat Gemilang
Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah
tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui kesungguhan
amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-
Mu'minun ayat 1 :

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah
kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah
yang memperkasakan jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif
seperti penagihan dadah, pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004
menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa
teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan ummah.

Wacana Fikrah kedua"Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang".
Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan
hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya,
sesungguhnya dia melihat kamu.
Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang
sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta
kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang
jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur
penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah
ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak
tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi
masyarakat dengan peribadi unggul, pasti cerialah hidup.









Menuntun bicara hujah saya yang empat ; keagungan akidah pencetus semangat jihad
dan pengorbanan.
Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah
41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan
ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan
Allah

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini
dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan
samada ekonomi, kesihatan, pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat
terdahulu persis saidina khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk
dunia dan benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman bin auf
melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi
penjajah di madinah 14 dekad yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.


Wacana fikrah kelima Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang
Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih
berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka
berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta
keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita
pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada dunia.
Ini bertepatan dengan seruan Allah:

Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan

Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-
lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik,
al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka
meniti dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang
tinggi untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan
islamisasi ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung
berteraskan iman an taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.

Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri

Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai