Anda di halaman 1dari 1

DOA SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


Ya Allah, Ya Tuhan kami…

Kau Ampunkan dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami…

Ya Allah…

Persiapkanlah kami dengan urusan kami dengan petunjuk-Mu..Masukkan kami dengan


kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah kami daripadanya dengan cara keluar
yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepada kami daripada sisi-Mu hujah keterangan serta
kekuasaan yang menolong kami.

Ya Rahman…Ya Rahim…

Lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah tugas-tugas kami dan lepaskanlah simpulan
daripada lidah kami supaya mereka faham perkataan kami..

Ya Allah…Ya Karim…

Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang diKau jadikan kesenangan padanya. Dan
diKau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran mudah dan senang jika diKau
kehendaki..mudahkanlah segala urusan kami sepanjang peperiksaan berlangsung..

Ya Allah Ya Tuhan kami ..Kami mohon dengan limpah rahmatMu, kurniakanlah kepada sekolah
dan daerah kami kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini dengan pencapaian
GRED PURATA SEKOLAH 2.06. dengan kualiti seramai 7 orang mencapai semua A serta
kuantiti mencapai 100%.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin…

Anda mungkin juga menyukai