Anda di halaman 1dari 1

,

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaanMu yang tidak ternilai sempena pelancaran Program Doktor Muda SK Mahkota
Sari. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang
sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi anak didik kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai dunia dan akhirat.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa
kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga
dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya agar impian
melahirkan Doktor Muda-Doktor Muda akan menjadi kenyataan.

Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,


kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai