Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

ِ ‫من ْالر‬
‫َّحيْم‬ ِ ْ‫بِس ِْم هللاِ ْالرَّح‬.
َ‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأَصْ َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan,
memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Encik xxx yang akan bersara
dan bertukar. Moga baginya selepas bersara dan bertukar nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan,
ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan


keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang
bergelar ayah dan tokwan kepada anak-anak di sini. Kau limpahkanlah Rahmat dan
BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti
putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai staf di xxx, yang sentiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak-anak
xxx. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat yang mereka tunjukkan
menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang staf dan juga
ibubapa di sini.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan


bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati,
dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

َ‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوال‬،‫ َوتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما‬،‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما‬
‫طرُوْ دًا َوالَ َمحْ رُوْ ًما‬ ْ ‫ َم ْن يَ ْتبَ ُعنَا َشقًِي>ًّا َوالَ َم‬.
‫اب النَّار‬َ ‫ربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي األَ ِخ َر ِة َح َسنَة ًَوقِنَا َع َذ‬.ِ َ
َ ‫هَّلِل‬ ْ َّ
َ‫ َوال َح ْم ُد ِ َربِّ ال َعال ِم ْين‬،‫صحْ بِ ِه َو َسل َم‬ َ ‫ َو َعلى َءالِ ِه َو‬ ‫ َعلى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬ ُ‫صلَّى هللا‬
َ َ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai