Anda di halaman 1dari 1

DOA PELANCARAN PROGRAM NILAM

.
YA ALLAH YA RAHIM Kami berkumpul pada pagi yang penuh bermakna ini.. di pagi penghulu segala hari sempena Pelancaran Program Nilam Sekolah 2014.. Kami pohon darimu ya Allah, agar engkau berkati dan permudahkanlah segala urusan kami dalam melaksanakan amanah yang terpikul di bahu kami YA ALLAH YA ALIM.. Jadikanlah program ini pencetus kepada anak-anak didik kami untuk menguasai ilmu yang bermanfaat.Semaikanlah dalam jiwa mereka semangat untuk membaca, minat untuk membaca dan cintakan budaya membaca dan budaya ilmu serta menjadikan buku sebagai rakan karib mereka. YA ALLAH YA KARIM Engkau jadikanlah jua semangat membaca ini satu budaya kepada kami warga pendidik. Mudahmudahan ia menjadi teladan buat anak-anak didik kami yang dikasihi. YA ALLAH YA AZIM. Kurniakanlah kepada kami ilmu pengetahuan yang luas dan mantap agar kami dapat menjalani kehidupan kami dengan sempurna untuk kebahagian kami di dunia dan akhirat, Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas segera melakukannya dan orang-orang yang mendengar serta mengetahui keburukan lantas segera meninggalkannya. YA ALLAH YA GHAFFAR Ampunilah segala dosa kami, kedua ibubapa kami, guru-guru kami dan mereka yang terdahulu daripada kami. Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) sekolah kami akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai