Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF

1) Ingin membantu pembaca mengenal makanan dan buah-buahan didalam


tiga bahasa iaitu , Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab .
2) Untuk menarik minat masyarakat terutama kanak-kanak supaya belajar
bahasa arab melalui kamus bergambar yang sangat mudah dan menarik .
3) Ingin membantu masyarakat untukmencari maklumat mengenai makanan
dan minuman menggunakan kamus ini
4) Ingin membantu masyarakat untuk mengenal huruf , bunyi dan ayat
didalam bahasa arab .

RUMUSAN
Kami bersyukur kerana telah Berjaya melaksanakan dan menyiapkan tugasaan
yang diberikan iaitu membuat kamus bergambar bahasa arab . Kami berganding
bahu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya . Kami telah mempelajari pelbagai
perkara semasa menyiapkan kamus ini . Kami belajar cara membina ayat yang
mudah difahami oleh masyarakat tidak kira umur , bangsa dan agama .
Kami telah menggunakan semua tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah kami
untuk membina ayat tersebut . Kami ingin membantu anak muda untuk
mempelajari bahasa arab dengan mudah . Kami berharap kamus ini dapat
membantu anak-anak muda mempelajari bahasa arab . Dengan kamus ini, anak
muda mudah tertarik dengan bahasa arab dan mempelajar bahasa arab dengan
lebih mendalam .

PENGHARGAAN
Segala puji-pujian dipersembah ke hadrat Allah S.W.T . Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan serta perlindungan-Nya dari ganggu syaitan .
Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah S.W.T, maka mereka tidak sesat .
Dan sesungguhnya Allah sahajalah yang layak disembah dan Nabi Muhammad
S.A.W itu adalah pesuruh-Nya .
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T . Ucapan selawat dan salam
untuk junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W , segenap keluarga dan
sahabatnya serta sesiapa yang menyerukan dakwahnya hingga kiamat .
Alhamdulillah , bersyukur kepada ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , kami
telah Berjaya melaksanakan tugas yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu
kamus bahasa arab bergambar dengan jayanya . Sekalung ucapakn terima kasih
kepada semua yang banyak membantu kami dalam mengumpul bahan-bahan
dan maklumat untuk di jadikan penulisan saya . Seterusnya , tidak dilupakan juga
kepada pensyarah saya yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar
tugasan ini dapat disempurnakan dengan jayanya .
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan oleh kami dapat memberi
manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca . Sekian

Anda mungkin juga menyukai