Anda di halaman 1dari 15

HALAMAN PENGAKUAN

Sayamengakui bahawasanya hasil kerja kursus ini adalah hasil penulisan saya yang asli kecuali mengikut rujukan yang dinyatakan.

Tanda tangan Nama

: : Nur Hanum Mohd Subri

HALAMAN PENGAKUAN

Sayamengakui bahawasanya hasil kerja kursus ini adalah hasil penulisan saya yang asli kecuali mengikut rujukan yang dinyatakan.

Tanda tangan Nama

: : Ahmad Bukhari Mohamad

HALAMAN PENGAKUAN

Sayamengakui bahawasanya hasil kerja kursus ini adalah hasil penulisan saya yang asli kecuali mengikut rujukan yang dinyatakan.

Tanda tangan Nama

: : Nur Fadhillah Ghazali

HALAMAN PENGAKUAN

Sayamengakui bahawasanya hasil kerja kursus ini adalah hasil penulisan saya yang asli kecuali mengikut rujukan yang dinyatakan.

Tanda tangan Nama

: : Nadzirul Haziq Othman

PENGHARGAAN Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi nikmat kesihatan yang mencukupi untuk kami menyempurnakan tugasan Kami ingin berterima kasih kapada sesiapa yang menolong secara langsung atau tidak langsung dan memberikan sokongan sepanjang menyiapkan kerja projek ini. Sekalung apresiasi kepada pensyarah yang berdedikasi, Puan Warti Kimi kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini. Beliau juga tidak jemu berkongsi pendapat dan idea dalam melengkapkan tugasan kami ini. Seterusnya, ucapan terima kasih kami tujukan kepada rakan-rakan yang

membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Mereka sentiasa membantu setiap kali kami mengalami masalah atau kekeliruan dalam membuat tugasan ini. Akhir sekali, kepada kedua ibu bapa dan sesiapa yang memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walaupun mereka jauh daripada pandangan, namun sokongan mereka sentiasa menggalakkan mereka untuk membuat yang terbaik. Mereka adalah inspirasi kami. Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua yang membantu dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Bantuan daripada kalian amat dihargai. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Soalan-soalan temubual 3.0 Senarai semak untuk pemerhatian 4.0 Esei tentang etnik Iban

MUKA SURAT I II III 1 2- 3 4-5

4.1 Budaya etnik Iban dalam masyarakat pluralistik di Malaysia 5.0 Penutup REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

6-16 17

REFLEKSI Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana inayah-Nya dapat juga saya dan rakanrakan menyiapkan tugasan KKP WAJ 3106 ini dengan jayanya mengikut masa yang telah ditetapkan sekalung penghargaan juga kepada Pensyarah penasihat iaitu Pn Warti Kimi yang telah banyak membantu dan membimbing saya dan rakan. Pelbagai impak positif yang telah saya perolehi sepanjang menghasilkan

tugasan ini. Pertamanya, saya belajar untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Hal ini dapat dilihat semasa saya dan rakan menemubual masyarakat kaum Iban. Justeru itu, dengan adanya hubungan komunikasi ini dapat menambahkan keyakinan dalam diri saya terutamanya sebagai seorang guru kelak. Selain itu juga, saya juga memperoleh manfaat iaitu dalam mengenali lebih mendalam akan masyarakat pluralistik di Malaysia. Masyarakat Iban sebenarnya mempunyai keistimewaannya tersendiri. Mereka masih mengekalkan adat resam dan tradisi mereka walaupun zaman telah beralih moden. Jika sebelum ini, saya tidak berapa mengetahui akan masyarakat ini, namun setelah mengadakan pemerhatian dan perbincangan tentang etnik ini, saya lebih mengetahuinya dan kenal akan etnik ini. Disamping itu juga, saya juga belajar untuk saling bekerjasama bersama ahli kumpulan ketika menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana, kami sering dan saling bertukar pendapat antara satu sama lain bagi menjana tugasan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Saya juga belajar untuk menghasilkan esei yang mengandungi kandungan yang bernas. Akhir kata, pelbagai manfaat yang telah saya peroleh semasa menjalankan dan menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar dengan titik peluh saya

menyiapkan tugasan ini ,dapat memuaskan hati pensyarah ketika menyemak kelak bahkan memperoleh manfaat setimpal dengan hasil usaha saya. (NUR HANUM MOHD SUBRI)

REFLEKSI Assalamualaikum. Saya Nur Fadhillah Binti Ghazali dari kelas PISMP 3.11 Opsyen Matematik bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya amat bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik sepanjang proses tugasan ini dilakukan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Pn Warti Bt Kimi kerana sudi membimbing kami dengan sepenuh hati. Selain itu, beliau sering kemukakan idea-idea yang bernas untuk saya dan kumpulan saya gunakan untuk tugasan kali ini. Selain itu, saya amat bersyukur kerana ahli kumpulan saya yang terdiri daripada syamimi, haziq dan bukhari kerana sikap mereka yang sangat komited dan tidak berputus asa. Pada hari tugasan ini diberikan, kami berempat telah berkumpul dan berbincang untuk mengambil tajuk yang bersesuaian. Pada mulanya, kami bersetuju untuk membuat tajuk kaum Mamak, namun akhirnya, kami bertukar kepada tajuk kaum Iban. Kami membuat keputusan untuk menukar kepada kaum iban kerana kami mengenali beberapa orang pelajar di IPG KPI yang berketuranan Iban. Oleh itu, kami ingin menemubual para pelajar tersebut. Saya amat bersyukur kerana berpeluang untuk menyiapkan tugasan ini sehingga akhirnya. Hal ini demikian kerana saya berpeluang untuk mengenali lebih dalam tentang kaum-kaum etnik yang terdapat di dalam Malaysia. Hal ini demikian kerana, Malaysia sinonim dengan tiga kaum sahaja iaitu Melayu, Cina dan India. Namun begitu, ramai yang tidak peka tentang kewujudan kaum-kaum etnik yang lain. Kaum-kaum ini mempunyai identiti yang tersendiri untuk membezakan mereka dengan kaum-kaum yang lain. Sebagai contoh perbezaan dari asal usul kaum etnik itu sendiri, pemakanan, tradisi, pantang larang, pakaian dan sebagainya.

Selain itu, semasa proses untuk menyiapkan tugasan ini, kami juga telah menemubual beberapa orang pelajar tentang kaum Iban ini. Secara tidak langsung kami dapat mengeratkan ukhwah antara kami. Saya juga amat teruja semasa menemubual salah seorang pelajar perempuan yang berketurunan Iban sebelah keluarga ibunya. Saya sangat teruja mendengar cerita tentang keturunan keluarga. Saya amat berharap saya dapat ke merata Malaysia untuk mengenali lebih dalam tentang etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Akhir kata, saya amat berharap agar tugasan kerja kursus bagi subjek WAJ 3106 akan mendapat markah yang baik. insyaAllah. (NUR FADHILLAH GHAZALI)

REFLEKSI Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kurnia-Nya saya diberikan kesihatan dan kesempatan untuk sekali lagi menyelesaikan kerja kursus pendek (KKP) WAJ 3106 bersama-sama dengan rakan sekumpulan saya iaitu Nur Hanum binti Subri, Fadhilah binti Ghazali serta Muhammad Nadzirul Haziq bin Othman. Sekalung penghargaan juga saya berikan kepada pensyarah WAJ 3106 iaitu Puan Warti kerana beliau telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berikan kepada kami. Sesungguhnya dengan berkat dan keazaman kumpulan kami, alhamdulillah kerja kursus kami mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pensyarah subjek kami untuk tugasan pada kali ini. Hubungan etnik memfokuskan perkaitan di antara kesemua kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia ini. Negara Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang pluralastik serta majmuk dengan kepelbagaian masyarakatnya. Malaysia adalah di antara beberapa buah negara di dunia ini yang mempunyai masyarakat yang majmuk menjadi tunjang sosial serta asas kepada pembinaan rakyat Malaysia pada masa kini. Saya melihat subjek ini memberikan saya satu peluang untuk mengenali serta memahami hubungan etnik di Malaysia daripada kaca mata ilmiah sekaligus tidak bias kepada mana-mana pihak. Oleh itu, saya secara tidak langsung telah membuat satu anjakan paradigma baru di mana hubungan etnik di Malaysia tidak boleh dianggap perkara remeh-temeh malahan ia menjadi salah satu resipi dalam memastikan keamanan dan keharmonian negara Malaysia terus terpelihara bersama-samanya dengan kedaulatannya. Untuk kajian lapangan dalam subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106) ini, kumpulan kami telah memilih etnik Iban sebagai tajuk utama fokus laporan ilmiah. Masyarakat Iban sememangnya terkenal di Sarawak di mana kebanyakkan mereka masih lagi tinggal di kawasan kampung serta luar bandar. Hanya segelintir kecil yang menetap di kawasan bandar. Dengan melalui kajian lapangan ini bersama-

sama dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya sekalian, saya bertuah kerana dapat mengenali etnik Iban ini secara lebih dekat lagi melalui sesi temubual bersama orang yang berketurunan Iban. Saya merasa begitu teruja kerana dapat mengetahui keadaan di Sabah dan Sarawak yang sememangnya begitu berlainan dengan kisahkisah di Semenanjung Malaysia. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, saya sekali lagi dapat mengenali ilmu Allah swt yang sangat luas dan besar ini dalam perjalanan saya sebagai seorang murabbi ini. Semasa melakukan tugasan dan kajian lapangan ini, saya bersama kumpulan saya telah menemui pelbagai cabaran serta dugaan yang akhirnya dapat kami bersama-sama atasi dengan berkat musyawarah dan perbincangan kami. Bagi saya, bahagian tugasan yang mencabar adalah ketika sesi menemu bual respondens yang berketurunan iban tersebut. Hal ini kerana saya harus menyiapkan persediaan terlebih dahulu sebelum sesi temubual tersebut. Perkara-perkara ini termasuklah soalan-soalan temu ramah dan proses mendapatkan temu janji dengan respondens terbabit. Bagi saya, kajian lapangan ini melatih diri saya untuk lebih mesra dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan apa sahaja isu-isu yang berbangkit. Secara tuntasnya, tugasan Hubungan Etnik (WAJ 3106) pada kali ini sememangnya mencabar dan memberikan saya satu perspektif baru dalam melihat bagaimana sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan syarat kita tidak harus mudah mengalah. Selain itu juga, tugasan pada kali ini telah menimbulkan rasa patriotik di dalam diri saya sendiri untuk mempertahankan warisan bangsa yang berada di Malaysia. Oleh itu, saya sentiasa mengingatkan diri saya sendiri khususnya, kita haruslah sentiasa berusaha mencari ilmu dan mengamalkannya agar dapat mempertingkatkan lagi kualiti diri sebagai insan guru. Saya berharap agar Kerja Kursus Pendek Hubungan Etnik (WAJ 3106) pada semester ini akan memberikan seribu satu manfaat kepada pembaca daripada pelbagai kaum dan etnik serta khususnya diri saya sendiri. Sekian terima kasih. (AHMAD BUKHARI MOHAMAD)

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat jua akhirnya saya menyiapkan tugasan ini dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan serta ribuan terima kasih saya dedikasikan buat semua pihak yang telah banyak membantu terutamanya Puan Warti selaku penyelaras tugasan ini yang telah banyak menyalurkan bimbingan serta tunjuk ajar yang sangat berguna kepada saya dan rakan sekumpulan dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang melakukan tugasan ini, pelbagai input serta kebaikan telah saya perolehi. Melalui tugasan ini, saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai etnik Iban. Seperti etnik-etnik lain yang wujud di Malaysia, etnik Iban juga mempunyai kelainan serta keunikan mereka yang tersendiri dari segi budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya. Setelah melakukan kajian terhadap etnik Iban ini, terdetik rasa bangga dalam diri saya terhadap tanah air Malaysia kerana terdiri daripada berbilang bangsa mahupun etnik. Selain itu juga, dengan melakukan tugasan ini saya dapat belajar untuk menyusun masa dengan lebih teratur dan efektif. Sepanjang tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini, saya turut sibuk dengan pelbagai kerja dan aktiviti lain; Program Bina Insan Guru(BIG), Program Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), Program Rekreasi dan tambahan juga, saya harus menyiapkan tugasan-tugasan bagi subjek-subjek lain. Namun, saya sedar saya tidak boleh sesekali mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang mahasiswa atau lebih tepat, sebagai seorang bakal guru dan tugasan-tugasan yang saya terima khususnya tugasan ini sudah pasti adalah sebahagian daripada rencah hidup saya sewaktu ini. Sebagai pengakhiran coretan refleksi saya ini, saya ingin memohon ampun maaf sekiranya terdapat ketidaksempurnaan di dalam tugasan saya ini. Saya akan

menerima segala teguran atau pembetulan dengan hati yang terbuka. Sekian terima kasih. MUHAMMAD NADZIRUL HAZIQ B. OTHMAN

BIBLIOGRAFI BUKU Jurnal Kajian

Prof. Madya Dr. Yap Yin, Penasihat Teknikal Unit Perancangan Negeri Sarawak. 2005.

Kajian Perintis Tahap Integrasi dan Perpaduan Nasional Peringkat Negeri Sarawak

Internet Wikipedia, 5 Februari 2012 , Kaum Iban , diakses pada 20 Mac2012, diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

Wikipedia, 9 Jun 2011, Kaum-Kaum Di Malaysia, diakses pada 22 Mac 2012, diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia

Anon, Adat Resam Masyarakat Iban, 2011, diakses pada 23 Mac 2012, diambil dari http://malaysiana.pnm.my/01/0104010103swkiban_lepaslahir.htm

Jaku Pengelalu, Adat Resam Kaum Iban,8 jan 2012, diakses pada 23 April, diambil dari http://bizniz87.wordpress.com/2011/01/08/adat-resam-kaum-iban/

Anda mungkin juga menyukai