Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN REFLEKSI

PENGENALAN

Terlebih dahulu saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan ini dengan sempurna dan puas hati. Saya juga ingin berterima kasih
kepada pensyarah saya Pn. Hjh Faizah bt Ali kerana membimbing dan membantu saya
untuk menyiapkan kerja kursus dalam jangka masa yang diberi. Tanpa beliau saya tidak
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan juga dalam jangka masa yang diberi.
Penglibatan dan bantuan beliau amat saya hargai. Dengan bantuan pensyarah dan kurniaan
Tuhan saya dapat menyelesaikan tugasan GPM 1083. Melalui kerja kursus saya dapat
mengenal pasti kepentingan kursus ini kerana perkara yang kita akan belajar dalam kursus
ini akan diamalkan oleh kita dalam kehidupan harian kita. Bukan itu sahaja, sebagai guru kit
akan mengajar perkara-perkara ini pada masa depan.

INPUT BARU / PENDAPAT BARU

Selepas mempelajari tajuk-tajuk dalam kursus GPM 1083 ini, saya dapat memperolehi
banyak input. Contohnya, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan agama-agama di Malaysia dan
kepentingannya. Dalam hal ini saya dapat lebih mengendali kepentingan, adat istiadat,
amalan dan sebagainya bagi setiap agama. Sebagai rakyat Malaysia, ini adalah kewajipan
setiap orang untuk mengenali kepentingan adat istiadat dan amalan setiap agama untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Untuk menyiapkan tugasan ini juga saya,
cuba tanya maklumat daripada rakan-rakan yang bergama lain. Hal ini dapat menambahkan
input saya tentang agama mereka pada masa yang sama, mengeratkan hubungan
silaturahim antara kita. Selain itu, melalui kursus ini saya dapat mempelajari cara untuk
menghindarkan diri seseorang daripada masalah melalui cara yang baik, cara untuk
memberi nasihat kepada seseorang, cara untuk membantu diri sendiri bagi mencapai
kemajuan dalam kehidupan dan juga cara untuk menghormati kepercayaan dan amalan
agama lain. Berikutnya, saya juga dapat mempelajari keburukan mengamalkan gejala yang
tidak sihat seperti merokok, minum arak, membunuh, mencuri, menculik dan sebagainya.
Pada masa yang sama, saya dapat mempelajari cara-cara untuk mengelakkan diri daripada
gejala-gejala yang tidak sihat seperti itu dan juga cara-cara untuk membantu rakan-rakan
yang menjadi mangsa gejala ini untuk mengelakkan dirinya dari gejala-gejala ini. Selain itu,
saya dapat menambahkan pengetahuan tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan
masyarakat yang berbilang kaum.
KEKANGAN YANG DIHADAPI

Semasa membuat kerja kursus ini, saya juga menghadapi banyak kekangan yang
besar dan juga kecil. Sebagai contohnya, dalam kerja kursus ini saya kena pilih hanya satu
agama sahaja. Saya rasa sedikit susah untuk pilih satu satu agama untuk menyiapkan kerja
kursus saya. Oleh itu, saya mengalami sedikit stress dalam memilih salah satu agama untuk
menyiapkan kerja kursus saya. Selain itu, saya juga mengalami kekangan semasa membuat
kerja kursus saya. Yang pertama untuk saya rasa agak sukar bagi mempercayai maklumat-
maklumat berkaitan dengan agama dalam internet. Oleh itu, saya terpaksa berjumpa
dengan beberapa pensyarah dan juga berbincang dengan beberapa kawan untuk
mendapatkan maklumat yang benar berkaitan dengan adat istiadat dan juga amalan agama
yang saya pilih. Selain itu, saya juga diberi kerja kursus untuk kursus-kursus yang lain juga.
Saya mengalami kesuntukan masa untuk membuat kerja-kerja kursus tersebut. Oleh itu,
saya mengambil keputusan untuk menguruskan masa secara sistematik bagi menyiapakan
kerja kursus ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sepanjang proses membuat kerja kursus ini saya dapat memperolehi
banyak input baru, pengalaman baru dan juga banyak kekangan yang membantu saya
dalam pelbagai cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya dapat mempelajari
bayak perkara yang baharu dan juga dapat memperolehi maklumat yang penting yang saya
perlu amalkan dalam kehidupan seharian saya. Oleh itu, saya sangat bersyukur kepada
Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga sangat berterima
kasih kepada rakan-rakan dan juga pensyarah-pensyarah lain yang sangat membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai