Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Subjek GKK 1043 merupakan subjek yang akan kita akan belajar tentang Kesihatan Diri
dan Kecergasan. Sebelum saya datang ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman saya
tidak mempunyai begitu banyak pengetahuan dalam kesihatan diri dan kecergasan. Apabila
saya mempelajari subjek ini saya dapat menegenal tentang kesihatan diri dan kecergasan
dengan lebih mendalam . Subjek ini merangkumi menyeluruh tentang kesihatan diri dan
kecergasan.

2.0 KONSEP KESIHATAN DAN KECERGASAN YANG MENYULURUH

Kesihatan didefinisikan sebagai sihat, kesegaran dan keadaan yang baik daripada dan
mempunyai kesejahteraan daripada aspek fizikal, mental, dan sosial. Kesihatan yang optimum
boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkah laku yang
positif, hidup yang menggembirakan dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan
kemanusiaan. Kecergasan keseluruhan didefinisikan sebagai integrasi komponen-komponen
mental, sosial, emosi, fizikal, dan rohani. Kecergasan ini membolehkan inividu member
sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.

Kecergasan dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama sekali, kecergasan fizikal.


Kecergasan fizikal adalah kebolehan individu untuk berlaku secara berkesan untuk menghadapi
halangan dalam aktiviti fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif.
Seterusnya, kecergasan mental adalah kesanggupan individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan Kualiti hidup seharian. Selain itu, kecergasan sosial adalah
kebolehan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang
bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan
ini. Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan
kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Akhirnya, kecergasan rohani adalah
kemampuan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan
kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamt hidup yang bermakna dan
konstruktif.

3.0 GAYA HIDUP DAN AMALAN BERSENAM

Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang
mengamalkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai
dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan
pemakanan yang berkhasiat. Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal.
Matlamat utama gaya hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek
jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk jangka masa
panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan sebuah masyarakat yang
cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf hidup sama ada tua atau muda, kaya atau
miskin. Setiap individu daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti
fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan
pemakanan yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains
sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada
penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita
mula mengamalkan gaya hidup sihat ekoran  daripada kesedaran  bahawa  penyakit kronik
wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.

Terdapat banyak cara dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat. Kita harus
mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Seseorang individu mestilah makan makanan yang
seimbang seperti yang terdapat dalam piramid makanan. Makanan yang seimbang
mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan. Seseorang individu tersebut mestilah
menjauhi makanan berkolestrol tinggi, berlemak dan makanan ringan. Jelaslah bahawa
mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit kronik, badan menjadi sihat
dan cergas dan minda cerdas. Seterusnya, perlu berjoging pada masa lapang. Contohnya, kita
boleh berjoging tiga kali seminggu selama 3km sekurang –kurangnya 20 minit hingga 30 minit.
Ia boleh membantu kita berpeluh dan megurangkan berat badan sedikit demi sedikit. Di
samping itu, setiap individu juga perlulah mengelakkan diri dari ancaman gejala negatif.
Terpesong ke arah gejala negatif dapat menjejaskan kesihatan badan seseorang individdu itu.
Contoh gejala negatif yang perlu dielakkan ialah merokok, minum minuman keras dan menagih
dadah. Jelaslah bahawa amalan gejala negatif dapat menjejaskan kesihatan diri seseorang
individu tersebut.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat daat menjadikan badan
cergas dan sihat, minda cerdas serta dapat mengelakkan diri daripada gejala negatif. Gaya
hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup
sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah
kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul
kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

.
RUJUKAN

 https://www.usahapadu.com/langkah-langkah-membentuk-amalan-gaya-hidup-sihat/

 https://www.scribd.com/doc/111423040/FAEDAH-BERSENAM

 http://active.uthm.edu.my/ejournal/volume/2018/37.pdf

 https://www.scribd.com/doc/51700382/Cara-cara-mengamalkan-kehidupan-yang-sihat-

sepanjang-hayat

 Ranita Manap, N. O. (2016). PEMBANGUNAN LESTARI MELALUI PROGRAM KESIHATAN.


Kuis.Edu , 211-220.

http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-020.pdf
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai