Anda di halaman 1dari 10

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

Kesihatan melambangkan kekayaan dan Badan sihat, otak cerdas sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Pada sesi pertemuan kali ini, pelajar-pelajar akan diberi pendedahan berkaitan cara mengamal serta mengekalkan cara hidup sihat dengan memberi fokus kepada beberapa aspek seperti pemakanan, amalan senaman, rekreasi, tidur dan rehat, pengurusan stress, kebersihan diri dan persekitaran serta pemyalahgunaan dadah. Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, Tak Nak Merokok, makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan.
1

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan tahun 2006 mendapati bahawa amalan gaya hidup masyarakat di negara ini menyebabkan banyak masalah kesihatan yang kronik. Apabila masyarakat terdedah dengan faktor risiko yang lebih menjurus kepada amalan gaya hidup akan mengundang kepada penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis, angin ahmar, kanser, darah tinggi, kegagalan buah pinggang, kerosakan paru- paru dan penyakit tulang. Antara ciri yang boleh mendatangkan risiko penyakit berbahaya yang tidak berjangkit adalah
2

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

gaya pemakanan yang tidak sihat di mana didapati seramai 8.7 juta (7.8 peratus) daripada masyarakat kita tidak memakan sayur- sayuran dan buah- buahan. Manakala sebanyak 7.2 juta (60.1 peratus) rakyat tidak menjalankan aktiviti fizikal yang sepatutnya. Dan juga ciri gaya hidup yang lain seperti merokok, minum arak, kegemukan, buncit juga mendatangkan risiko kesihatan. Jika diteliti hasil kajian ini, menunjukkan bahawa pemakanan secara seimbang dan aktiviti fizikal tidak dititikberatkan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia. Sebab itulah pesakit kanser, jantung, diabetes dan darah tinggi adalah antara golongan yang paling banyak menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun 2006 (Kementerian Kesihatan) di mana penyakit tersebut adalah penyakit yang disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Oleh itu, kita seharusnya melihat bahawa arus penyakit pada hari ini lebih menjurus kepada unsur pemakanan dan gaya hidup walaupun mungkin terdapat juga faktor persekitaran dan lahiriah yang menyumbang kepada masalah penyakit tersebut. Sepatutnya, kita perlu ada kesedaran di dalam diri untuk menggiatkan lagi penjagaan kesihatan walaupun di usia muda kerana pengabaian kesihatan menyebabkan kita seolah- olah menyimpan bom yang akan meletup bilabila masa sahaja apabila sampai kepada tahap kronik. Oleh itu, seharusnya kita berwaspada dan sentiasa mengambil langkah awal agar kita kekal cergas dan sihat. Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah daripada aspek pemakanan, iaitu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari. Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semua kelas makanan pada kadar yang betul seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makanan yang berkhasiat termasuklah sayursayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan, hidupan laut, dan hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita hanya mengambil makanan yang berkualiti sahaja. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau
3

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Hal ini perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Dengan beriadah atau bersukan, kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi dengan baik. Di samping itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh. Aktiviti bersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti sukan untuk mencegah seseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
4

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

(a) Riadah Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress. (b) Ganjaran Diri Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri. (c) Percakapan diri yang membina Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita. (d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

(e) Penulisan Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik. (f) Berjenaka Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul. (g) Ketenangan ( Bebaskan Diri ) Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri. (h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurangkurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang
7

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

pentingnya bersyukur. Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik. Ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah dengan mempunyai rehat dan tidur yang secukupnya. Tidur ditakrifkan sebagai satu jangka masa di mana kita boleh melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.Tidur merupakan suatu proses yang begitu penting dalam kehidupan kita seharian. Ini kerana tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia untuk melakukan suatu aktiviti dengan cerdas dan cergas. Di samping itu, ia juga turut berperanan membantu tubuh kita untuk pulih dari sebarang penyakit atau luka Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari. Kita juga harus berehat bagi mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehat yang cukup tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannya dengan baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian, masa sekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu ditekankan. Rehat boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu rehat pasif dan rehat aktif. Rehat pasif adalah rehat tanpa melakukan pergerakan badan; tiada aktiviti regangan otot berlaku. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan adalah yang menggunakan latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat jasmani. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam kedudukan postur tubuh yang selesa.Manakala rehat aktif adalah salah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal yang masih melibatkan proses regangan dan kontraksi otot. Melakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman bunga bersama keluarga adalah contoh baik rehat aktif. Akhir sekali kita lihat pula apakah yang dikatakan penyalahgunaan bahan. Ianya bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya . Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada
8

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

tumbuhan, haiwan dan mineral. Akibat perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kodein. Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol. Perkaitan penyalahgunaan dadah dengan gaya hidup sihat. Sebenarnya persoalan dadah sehingga ke hari ini tiada kesudahannya dan ianya masih menjadi bebanan atau liabiliti kepada negara. Banyak wang negara terpaksa diperuntukkan untuk membasmi gejala ini. Sebagai contohnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pihak Kerajaan telah menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih dadah dan yang terbaru dengan Klinik Pulih dan Prihatin 1Malaysia. Kesemuanya ini atas dasar keperihatinan dan rasa tangggungjawab pihak Kerajaan bagi membasmi gejala ini serta memulihkan mereka yang terjebak agar kembali kepada gaya hidup yang sihat.kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah sangat besar. Sedarlah, bukan hidup penagih sahaja yang terjejas. Bukan setakat kesihatan, kewangan si penagih, tetapi yang paling malang gejala ini akan menghilangkan ketawa riang dari anak-anak dan isteri serta akan di warnai dengan tangisan yang berpanjangan. Kerosakan dadah tidak terkongkong hanya pada seorang individu sahaja, akan tetapi, kerosakan ini akan dirasai oleh ahli keluarga dan siapa yang menyayanginya. Akan ranap harapan ibu bapa, akan musnah impian saudara-mara dan akan hancur masa depan anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya serta akan musnah sesebuah bangsa dan negara. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
9

Tugasan GSH 700107135499 mohamad ali bin hj kupon

daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen Rakyat Sihat, Negara Maju. Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiap rakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebih baik daripada merawat

Rujukan

1. Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Teng Boon Tong (1989). Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah (Edisi Kedua).Selangor: Siri Pendidikan Longman 3. Teng Boon Tong (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus Diploma Perguruan Malaysia .Selangor: Siri Pendidikan Longman.
4

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail & Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa (Versi 2011). HBPE3103 Gaya Hidup Sihat(Cetakan Kesepuluh) .Kuala Lumpur

10

Anda mungkin juga menyukai