Anda di halaman 1dari 1

Doa Pembuka Majlis Ilmu

,


Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di
atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang
sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .


Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba
ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai.Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini.
Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkannya.


Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,
kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara agar dapat kami menamatkan Program
Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL) dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai