Anda di halaman 1dari 1

‫ميحرلا نمحرلا هللا‬ ‫بسم‬

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa


kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
melimpah ruah kepada kami .

‫يا فتاح يا عليم‬


Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah program kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima
dan menghayati serta mengamalkannya.

‫يا ذا اجلالل واالكرام‬

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota,


kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga,organisasi,
masyarakat dan negara kami.

Anda mungkin juga menyukai