Anda di halaman 1dari 1

DOA PROGRAM MOTIVASI KERJAYA DIETETIK

Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah atas segala rahmat dan
berkat-Mu.

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini kerana-Mu Ya Allah, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-
Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit, lebih-lebih lagi nikmat
yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu,
Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis Motivasi Kerjaya Dietetik pada
hari ini. Berkatilah usaha-usaha kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan
potensi diri kami sebagai hamba-Mu yang Engkau redhai.

Ya Munzilal Barakah wa ya Kasyifalghummah,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan serta indahkanlah diri kami
dengan kesihatan anggota, kecerdasan minda dan ketenangan jiwa. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perkenankanlah doa
kami Ya Allah.

Amin amin ya Rabbal Alamin

Anda mungkin juga menyukai