Anda di halaman 1dari 8

1.

DOA HARI AHAD

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Di pagi yang mulia ini, Kami memohon kepada Mu

Kurniakanlah taufik dan hidayahmu, Supaya kami

Sentiasa berada dibawah lindunganmu,

Restuilah perancangan kami,

Bimbinglah kami kearah jalan yang engkau redhai,

Pimpinlah kami kejalan yang benar,

Agar kami beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Berilah kesihatan yang baik pada diri kami,

Dan juga kepada pesakit kami, serta seluruh masyarakat

Berilahlah kami kekuatan ya Allah.

Agar dapat kami berkhidmat dengan lebih cemerlang,

kearah kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan Negara.


2. DOA HARI ISNIN

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Pada pagi yang mulia ini,

Kami menadah tangan menzahirkan kesyukuran kepadamu,

Kurniakanlah kepada kami, Dan juga pesakit-pesakit di Hospital Sultanah Maliha

Hati yang tenang, Dan dada yang lapang

Kesihatan tubuh badan, Dan kesihatan akal fikiran,

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Jadikanlah budaya kerja kami sebagai budaya kerja yang berkualiti,

Tingkatkanlah ilmu pengetahuan kami, eratkan rasa ukhuwwah antara kami,

Agar menjadi satu pasukan yang mantap, demi memberikan perkhidmatan

yang berkesan, Dan demi kesihatan masyarakat

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Hanya padamu tempat kami berharap dan berserah diri,

Engkau sematkanlah dalam diri kami,

Rasa tanggungjawab, Dalam memegang amanah bangsa,

Sentiasa taat dan setia berkorban tenaga,

Demi membela bangsa dan Negara


3. DOA HARI SELASA

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Tuhan yang menguasai langit dan bumi,

Di pagi ini kami memohon kepada mu,

Kurniakanlah kesihatan kepada kami, dan pesakit kami di hospital Sultanah Maliha

Suburilah hati kami dengan rasa keimanan,

Tanamkanlah dalam diri kami ini, rasa kasih sayang

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sematkanlah kepada kami rasa tanggungjawab,

agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan,

penuh kemesraan, tanpa membeza miskin dan kaya.

Jadikanlah kami sentiasa prihatin atas kehendak pelanggan,

berdisiplin tinggi diiringi kesopanan, dan menjadikan nilai mulia,

sebagai pegangan dalam perkhidmatan.

Allahumma Hayyum Ya Qayyum,

Jadikanlah diri kami agar sentiasa berusaha,

kearah penambahbaikan dalam kerja seharian,

demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan Negara.


4. DOA HARI RABU

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Di awal pagi ini, kami menadah dua tangan ini,

Memohon kepada mu supaya, Kurniakanlah kepada kami jiwa yang mantap

Iman yang teguh, kesihatan yang baik.

Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami,

agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami,

Dan supaya kami, sentiasa melakukan penambahbaikan,

Dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masarakat, agama dan Negara

Allahhumma ya hayyum ya qayyum

Peliharakanlah pemimpin-pemimpin kami dan rakyat jelata amnya,

dan pesakit-pesakit di hospital kami khasnya, Hindarkanlah kami dari segala


kesulitan, mala petaka,

keburukan dan segala kejahatan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Peliharakanlah diri kami, keluarga kami, pesakit kami, maruah kami, dengan penuh

rahmat di bawah naunganmu, dimana sahaja kami berada.


5. DOA HARI KHAMIS

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Di awal pagi ini, dengan segala kerendahan hati,

kami mempersembahkan puji dan syukur kepadamu,

atas nikmat rahmat yang engkau anugerahkan kepada kami,

Kurniakanlah kepada kami, dan juga pesakit kami,

kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran,

kekuatan mental dan fizikal,

Agar dapat meneruskan khidmat demi masyarakat

Hindarkanlah diri kami dari fitnah dan mara bahaya,

Jauhkan kami dari perpecahan dan permusuhan,

Mantapkan tekad kami untuk membangunkan Negara,

Dan jadikanlah diri kami, masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia, sejahtera,
aman dan makmur.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Berikanlah kami kekuatan iman, agar terhindar dari segala godaan,

Berikanlah kami hidayah agar kehidupan kami terarah,

Berikanlah kami sifat amanah, agar tugas dan kewajipan kami menjadi mudah

Tumbuh suburlah hati kami dengan sifat terpuji, agar terhindar dari segala fitnah
6. DOA HARI JUMAAT

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pada pagi yang mulia ini, penghulu segala hari

Kami menadah tangan memohon rahmatmu,

Kurniakanlah nikmat kesihatan kepada kami, pesakit-pesakit kami,

dan seluruh masyarakat, terbitkanlah rasa kesabaran dalam menempuh ujian dari
mu Ya Allah

Ya Allah

Kurniakanlah kepada kami hati yang tenang,

semaikanlah rasa amanah dalam diri kami,

agar dapat mencurahkan khidmat bakti sebaik mungkin,

supaya kesihatan masyarakat terjaga dan terbela,

Kuatkan semangat kami ya Allah,

Agar menjadi satu pasukan yang professional dan diyakini,

Kami pohon dari mu jua Ya Allah, sematkanlah adab sopan dan amalan mulia dalam
diri kami,

agar budaya kerja penyayang menjadi amalan kami

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar

Kami memohon agar amalan perawatan kami,

sentiasa dibajai dengan nilai professionalisme yang tinggi,

penuh kasih sayang dan amanah.


7. DOA HARI SABTU

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Di awal pagi ini, dengan segala kerendahan hati,

kami mempersembahkan puji dan syukur kehadrat-mu,

atas nikmat rahmat yang engkau anugerahkan kepada kami

Kurniakanlah kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran,

kekuatan mental dan fizikal dalam diri kami, pesakit-pesakit kami,

Agar dapat meneruskan khidmat demi masyarakat

Tanamkanlah Sifat-sifat terpuji dalam diri kami,

agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami,

Dan supaya kami, sentiasa melakukan penambahbaikan,

Dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, agama dan Negara

Allahhumma ya hayyum ya qayyum

Kurniakanlah kesejahteraan keatas kami, pemimpin-pemimpin kami,

Serta seluruh rakyat negara ini, agar kami dapat hidup dalam suasana yang aman
damai, dan dapat melaksanakan segala kewajipan yang diamanahkan kepada kami
dengan sempurna. Hindarkanlah kami dari segala kesulitan, keburukan dan segala
kejahatan
‫دعاء هارين‬
‫هوسڤيتل سلطانه ماليحا‬
DOA HARIAN
HOSPITAL SULTANAH MALIHA
LANGKAWI

Anda mungkin juga menyukai