Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN FORUM PERDANA

Tajuk : Islam Rahmatan Lil ‘Alamin

Moderator : Ustaz Zairol Al Adib

Panel : Ustaz Mohd Meeftah Haji Anuar

Dr Muhammad Khairi Bin Mahyuddin (Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan,
USIM)

Pada hari Sabtu 22/09/2018 jam 8 malam telah berlangsung satu forum perdana yang bertajuk Islam
Rahmatan Lil ‘Alamin yang telah diberikan oleh dua ahli panel yang cukup berpengalaman iaitu Ustaz
Mohd Meeftah Bin Haji Anuar daripada pihal Institusi Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan juga Dr
Muhammad Khairi Bin Mahyuddin, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains
Islam Malaysia. Forum ini telah disertai oleh kira-kira seramai 200 orang penduduk Taman Desaria.

Forum ini telah dijalankan dalam 3 sesi yang diselangi dengan cabutan bertuah. Sebanyak 22
cabutan bertuah telah diberikan iaitu kepada 10 orang muslimat dan 12 orang muslimin. Tepat jam 9.30
malam, forum perdana berakhir dan semua bersama-sama solat isyak berjemaah dan seterusnya
menjamu selera serta bersurai. Keseluruhannya, program forum perdana ini telah berjaya dan mendapat
sambutan yang luar biasa daripada penduduk Taman Desaria.

LAPORAN GOTONG-ROYONG

Pada hari Ahad 23/09/2018 jam 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong yang disertai oleh ahli jawatankuasa
surau, peserta-peserta Kursus Sijil Pengurusan Islam dan juga wakil pihak Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (YADIM) telah diadakan bagi membersihkan sekitar kawasan Surau Desaria. Aktiviti pembersihan
ruang solat muslimat, ruang solat muslimin, halaman hadapan surau serta tandas lelaki dan wanita telah
dibersihkan bersama-sama. Setiap peserta telah menjalankan amanah dan tugas masing-masing dengan
baik dan teratur. Gotong-royong tamat pada jam 10.00 pagi.
LAPORAN MOTIVASI

Tarikh : 22/09/2018

Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

Tempat : Surau Desaria

Penceramah : Muhamad Helmy bin Rosley

Pendaftaran telah bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir pada
program ini adalah seramai 79 orang iaitu 51 orang lelaki dan 28 orang perempuan. Lingkungan umur
para peserta adalah antara 14 tahun sehingga 7 tahun.

Program ini dimulai dengan pendedahan konsep azam dan cita-cita. Program diteruskan lagi
dengan perkenalan tentang konsep anak soleh. Setelah para pelajar mendapat penjelasan tentang
konsep-konsep tersebut, mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sesi perkenalan bersama-
sama fasilitator setiap kumpulan dimulakan untuk meningkatkan keserasian antara para peserta dan
fasi. Setelah itu, para peserta disediakan satu slot muhasabah diri. Slot ini memberi pendedahan dan
kesedaran tentang pengorbanan ibu bapa. Seterusnya, para peserta diberi peluang untuk menulis
luahan hati masing-masing dan memperakukan luahan mereka di hadapan peserta-peserta yang lain.

Program ini dirancakkan lagi dengan teka teki sebagai salah satu hiburan kepada peserta-
peserta. Penyampaian hadiah juga turut disediakan untuk menghargai peserta yang memberi komitmen
dan keterlibatan mereka pada program ini.

Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Peserta diberi makan tengah hari sebelum
menangguhkan acara ke acara seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai