Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM KOMUNITI SAINS DAN TEKNOLOGI TONJOLKAN KREATIVITI

PELAJAR LUAR BANDAR

PENAMPANG: Seramai 28 orang pelajar Sarjana Pendidikan Semester Tiga dalam bidang
Kurikulum dan Pengajaran, (Seksyen 10) Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti
Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Program Komuniti Sains dan Teknologi Sekolah
Luar Bandar. Program tersebut telah diadakan pada 2 November 2017 bertempat di SMK
Limbanak, Penampang dengan melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah tersebut. Pengendalian program tersebut adalah di
bawah seliaan Dr. Siew Nyet Moi@Sopiah Abdullah.

Objektif utama program tersebut diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran


penyelesaian masalah, kreativiti dan inovatif melalui aktiviti hands-on Sains berdasarkan
konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Antara tujuan lain program
ini diadakan adalah membantu merangsang pemikiran kreatif pelajar tentang cara
menggunakan bahan-bahan ringkas dan sumber semulajadi dengan bijaksana. Pengarah
Program yang juga merupakan guru di sekolah tersebut, Pn. Roziah Ali Hussien berkata,
penglibatan SMK Limbanak dalam program ini memberikan banyak manfaat kepada pelajar-
pelajar luar bandar sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk menghasilkan produktiviti
dengan lebih kreatif. Menurutnya lagi, pelaksanaan program ini secara tidak langsung
mendekatkan UMS selaku salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini
kepada masyarakat luar bandar.

Program yang berlangsung selama sehari ini diisi dengan aktiviti-aktiviti STEM yang
telah dirancang dengan rapi. Para pelajar dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dengan
dipantau oleh dua atau tiga orang fasilitator bagi setiap kumpulan. Aktiviti STEM pertama
adalah bertemakan pelestarian pertanian. Manakala aktiviti STEM kedua pula memerlukan
setiap kumpulan mereka bentuk satu bangunan bagi menyelesaikan isu pulau haba bandar.
Hasil kerja setiap kumpulan dinilai oleh para pelajar Sarjana Pendidikan Kurikulum dan
Pengajaran di samping hakim jemputan yang pakar dalam bidang tersebut.

Berdasarkan maklum balas yang diterima melalui pelajar-pelajar yang ditemubual,


mereka begitu teruja apabila aktiviti penyelesaian masalah dapat membuka minda dengan reka
cipta yang unik dan menarik. Mereka yakin bahawa setiap reka cipta yang dihasilkan mampu
menjadi pencetus kepada cetusan idea dalam merealisasikan produk tersebut pada masa
hadapan.

Pemerhatian yang dijalankan oleh semua fasilitator juga mendapati kerjasama dan
kreativiti setiap pelajar menjadi kekuatan kepada keberhasilan produktiviti yang menepati tema
yang dicadangkan. Secara keseluruhannya, program ini dianggap berjaya kerana telah
mencapai objektif yang ditetapkan.

Pada akhir program tersebut, satu majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh
Dr. Sopiah Abdullah. Sebanyak tiga kumpulan telah berjaya menggondol hadiah bagi tiga
tempat terbaik manakala tujuh kumpulan lagi merangkul hadiah saguhati. Dr. Sopiah Abdullah
turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Mohamad Harnizal Firdaus Bin Harris
yang merupakan Jurulatih Utama Kebangsaan Fizik STEM dan Encik Joharry Bin Said selaku
Jurulatih Utama Negeri Fizik STEM yang bertindak sebagai hakim jemputan pada program
tersebut. Cenderamata turut disampaikan kepada Pn.Roziah yang mewakili Pengetua SMK
Limbanak.
Hakim jemputan sedang mendengar pembentang hasil kerja yang dilakukan oleh peserta
salah sebuah kumpulan.

Para pelajar berbincang dengan fasilitator


Para pelajar memberi penerangan model yang dihasilkan kepada salah seorang penilai.

Para pelajar dari Kumpulan 6 bekerjasama menyiapkan model The Great Green Octa.
Salah satu model yang direka cipta oleh para pelajar.

Salah satu kumpulan menggunakan bahan kitar semula bagi menghasilkan model.
Kerjasama erat antara pelajar dan fasilitator

Para pelajar Sarjana Pendidikan (Kurikulum dan Pengajaran) UMS bergambar Bersama
Dr.Sopiah Abdullah (duduk tengah tiga dari kiri).
Dr.Sopiah Abdullah menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang mendapat tempat pertama
dalam aktiviti yang dijalankan.

Pengarah Program, Pn. Roziah Ali Hussien berucap dalam majlis penutupan.
Fasilitator menebual para peserta sebaik selesai membina model.

Barisan pelajar Sarjana Pendidikan UMS merakamkan gambar kenangan Bersama Dr.Sopiah
Abdullah, hakim-hakim jemputan serta para pelajar SMK Limbanak.

Anda mungkin juga menyukai