Anda di halaman 1dari 17

KERTAS KERJA

KEMPEN HARGAI ALAM SEKITAR

MOTTO
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

TARIKH
18 NOVEMBER 2020

TEMPAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI, KELANTAN

ANJURAN
MAHASISWA DIPLOMA GEOMATIK, SESI JUN 2019, KELAS DGU 3B
JABATAN KEJUTERAAN AWAM,
POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH

DENGAN KERJASAMA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELI DAN
MALAYSIAN AGRICULTURAL RESEARCH AND DEVELOPMENT
INSTITUTE (MARDI)

1 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK

1.0 TUJUAN

2.0 PENGENALAN

3.0 MOTO

4.0 OBJEKTIF

5.0 HASIL PEMBELAJARAN

6.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA

7.0 KUMPULAN SASARAN

8.0 SENARAI TETAMU TERHORMAT DAN PERASMI

PROGRAM

9.0 SENARAI PENCERAMAH

10.0 TENTATIF PROGRAM

11.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.0 PERINCIAN PROGRAM

14.0 PENUTUP

2 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1.0 TUJUAN PROGRAM
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Politeknik Ungku Omar (PUO) sebanyak RM 3,500.00 untuk
mengadakan Kempen Alam Sekitar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (SMKJ) Jeli, Kelantan bertarikh
18 november 2020.

2.0 PENGENALAN
Kempen hargai alam sekitar diadakan bagi memupuk generasi muda yang berwawasan ke
arah membina sebuah negara maju yang seimbang dari segi pembangunan dan pemuliharaan
alam sekitar. Kesedaran terhadap keperluan dan kepentingan alam semulajadi sebagai satu
ekosistem yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan perlu diserapkan kepada
pelajar pelajar sekolah.
Alam sekitar penting bagi semua kehidupan.Kini alam sekitar semakin dicemari oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu, kempen kempen alam sekitar perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah alam sekitar.Selain pihak kerajaan, pelajar IPTA juga perlu berusaha
untuk memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen.

3 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
3.0 MOTO

4.0 OBJEKTIF

1. Untuk memupuk sifat hargai alam sekitar dalam kalangan murid bagi mengurangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti dan amalan seharian yang dilakukan.

2. Dapat menerapkan nilai-nilai murid dalam diri semua murid untuk menjadi lebih mencintai akan
amalan.

3. Menwujudkan generasi yang lebih berguna pada masa akan datang yang boleh menjamin
keharmonian dan kesejahteraan terhadap amalan hijau.

4. Murid-murid boleh menjadi agen kesedaran yang menerangkan mengenai alam faedah amalan
hijau kepada rakan-rakan, saudara-mara atau ibu bapa.

5. Dapat mengalakkan minat kepada semua pelajar terhadap amalan hijau dengan mengadakan
program-program yang menarik mengenai amalan hijau.

6. Dapat mengisi masa lapang kepada semua pelajar kepada benda yang berfaedah dengan
menambakan lagi ilmu pengetahuan kepada mereka tentang kepentingan amalan hijau yang boleh
menjamin kehidupan yang lebih bermanfaat.

4 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
5.0 HASIL PEMBELAJARAN
● Para pelajar dapat mengetahui kelebihan dan fungsi teknologi hijau yang dapat mengurangkan
pencemaran di bumi.

● Para pelajar mendapat pengetahuan tentang ilmu asas bagi pembuangan sampah untuk kitaran
semula.

● Para pelajar akan lebih peka dalam menjaga dan menghargai alam sekitar.

● Para pelajar dapat mengetahui bahawa sisa buangan boleh menjadi tenaga yang boleh diperbaharui.

● Para pelajar dapat mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga.

● Para pelajar dapat membantu perkembangan dalam industri Teknologi Hijau.

● Para pelajar dapat mengetahui betapa pentingnya alam sekitar atau flora fauna dan mendapat
pemikiran yang positif pada masa akan datang.

6.0 TARIKH, TEMPAT DAN MASA


Tarikh : 18 November 2020 (Rabu)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli (SMK Jeli), Jalan Hospital, 17600, Jeli, Kelantan, Malaysia
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

7.0 KUMPULAN SASARAN


Penglibatan 150 orang murid yang terdiri daripada , tingkatan 2 dan juga tingkatan 4 daripada Sekolah
Menengah Kebangsaan Jeli.

8.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM


1. Hj Shahri Bin Ismail (Pengetua SMK Jeli)
2. Tn.Hj.Idris Bin Hamat (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli)
3. Ybrs En Che Harun Bin Ismail (Yang dipertua PIBG SMK Jeli)
4. Ir. Zainuddin Bin Zakaria @ Zahari (Ketua Pengarah Mardi Kelantan)
5. Encik Wan Mohd Aznan Bin Wan Ahamad (Timbalan Pengarah MARDI Kelantan)

5 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
9.0 SENARAI PENCERAMAH
1. Tajuk : Menghematkan penggunaan bahan
Penceramah : Encik Wan Mohd Aznan Bin Wan Ahamad
: Timbalan Pengarah MARDI Kelantan

10.0 TENTATIF PROGRAM


MASA PERKARA OBJEKTIF

5.00 PETANG AHLI JAWATAN KUASA BERTOLAK DARI


PUO KE JELI, KELANTAN
7.30 PAGI AHLI JAWATAN KUASA AKAN BERTOLAK
KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
JELI DARI HOMESTAY

8.00 PAGI BERKUMPUL DI DATARAN SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN JELI

-Para palajar yang telibat dengan program akan -Mendedahkan mereka


disusun mengikut kelas dan kehadiran akan diambil kepada kepentingan
oleh setiap ketua kelas. bersukan dan gaya hidup
sihat
-Nyanyian 3 buah lagu akan diadakan iaitu lagu
Negaraku , lagu sekolah dan lagu negeri kelantan

-Aktivit senamrobik dijalankan dengan diketuai oleh


ahli jawatan kuasa selama 20 minit dan taklimat
berkaitan kepentingan bersenam.

9.00 PAGI BERGERAK MASUK KE DALAM DEWAN


ANJUNG BESTARI

-Para pelajar masuk ke dalam dewan mengikut


barisan demi barisan kelas dan duduk di tempat yang
telah di sediakan oleh urus setia

9.15 PAGI SESI SUAI KENAL BERSAMA PARA -Mengeratkan hubungan


PELAJAR silaturahim antara ahli
jawatan kuasa dengan
-Semua ahli jawatan kuasa akan memperkenalkan para pelajar supaya
diri dan peranan atau tugas sepanjang program ini program dapat
berlangsung. dilaksaankn dengan
jayanya.
- Ahli jawatan kuasa akan memgagihkan sebuah buku
dan sebatang pen untuk setiap pelajar bagi kegunaan -Meningkatkan tahap
sepanjang program berlangsung. keyakinan diri di dalam
setiap pelajar.

10.00 PAGI KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

6 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1. Hj Shahri Bin Ismail (Pengetua SMK Jeli)

2. Tn.Hj.Idris Bin mat (Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Jeli)

3. Ybrs En Che Harun Bin Ismail (Yang dipertua


PIBG SMK Jeli)

4. Encik Wan Mohd Aznan Bin Wan Ahamad


(Timbalan Pengarah MARDI Kelantan)

10.10 PAGI PERASMIAN PROGRAM DIJALANKAN

-Program akan dirasmikan oleh Ir. Zainuddin Bin


Zakaria @ Zahari (Ketua Pengarah Mardi Kelantan)
10.30 PAGI CERAMAH -Memberikan
pendedahan kepada para
-Sesi ceramah 1 akan disampaikan oleh Encik Wan pelajar berkaitan
Mohd Aznan Bin Wan Ahamad (Timbalan pentingnya mengitar
Pengarah MARDI Kelantan) semula bahan-bahan
terpakai.
-Tajuk ceramah satu ialah ‘Menghematkan
penggunaan bahan’ -Menunjukkan cara yang
untuk mengitar semula
-Pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan bahan-bahan terpakai.
kepada tetamu kehormat

-tetamu kehormat akan ke kantin untuk sedikit


jamuan

11.30 PAGI KUIZ UMUM -Memastikan bahawa


para pelajar mendapat
-Kuiz akan dibuat untuk menerapkan lagi ilmu yang di sampaikan
pemahaman dalam kalangan pelajar. oleh penceramah.

-Setiap jawapan yang betul akan diberikan hadiah .

12.00 AKTIVITI KRAF TANGAN MENGGUNAKAN -Merapatkan hubungan


TENGAH BAHAN - BAHAN TERPAKAI. antara ahli jawatan kuasa
HARI dan para pelajar SMK Jeli
-Para pelajar akan di bahagikan kepada 10 kumpulan
dan setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang serta -menyerlahkan kreativiti
seorang ahli jawatan kuasa. pelajar menggunakan
bahan terpakai.
-menggunakan bahan - bahan terpakai seperti surat
khabar dan majalah untuk membuat origami dan Melahirkan sifat
sebagainya. persaingan yang sihat di
antara setiap kumpulan.

7 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Kumpulan yang mencipta sesuatu yang paling kreatif
menggunakan bahan kitar semula akan mendapat
hadiah di penghujung program.

1.00 PETANG MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR

-Makan tengah hari akan disediakan oleh ahli jawatan


kuasa

-Solat zohor bagi pelajar yang beragama islam akan


di imamkan oleh Muhammad Daniel Hakimi Bin
Rozaini selaku pengerusi program.

2.00 PETANG FUN EXPLORER -Melahirkan sikap


-Mempelbagaikan kuiz dan tugasan dengan mencari persaingan yang sihat
stesen – stesen yang ditetapkan dalam kawan sekolah antara pasukan lain.
tanpa pengetahuan pelajar.

-Para pelajar akan di bahagikan kepada 10 kumpulan


dan setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang serta
seorang ahli jawatan kuasa.Setiap kumpulan
diberikan kawasan yang berbeza

4.00 PETANG PENYAMPAIAN HADIAH DAN MAJLIS -Sebagai tanda


PENUTUP penghargaan kepada
tetamu kehormat dan para
-Acara penyampaian hadiah akan berlangsung untuk pelajar.
pemenang no 1,2 dan 3 bagi aktiviti kraf tangan dan
‘fun explorer’ -Meningkatkan sikap
cintai alam sekitar ke
-ucapan penutup daripada pengerusi AJK dalam diri setiap para
Muhammad Daniel hakimi bin rozaini pelajar.

-Acara sesi bergambar antara ahli jawatankuasa para .


pelajar SMK Jeli sebagai tanda ingatan .

5.00 PETANG BERSURAI

-Ahli jawatan kuasa dan pelajar-pelajar


membersihkan dewan dan kawasan yang digunakan
semasa membuat aktiviti supaya bebas daripada
sampah sarap.

-Kesemua ahli jawatan kuasa akan bertolak pulang ke


Politeknik Ungku Omar.

8 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
11.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGARAH:
Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon

TIMB. PENGARAH:
Ts. Dr Izwah binti Ismail

PENAUNG:
Mohd Azmi bin Zulkifli

PENASIHAT:
Puan Lailaton Khadijah Binti Syed Abdullah

PENYELARAS:
Sr. Nazatul Fariza binti Bakri

9 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI:
Muhammad Daniel Hakimi Bin Rozaini
NAIB PENGERUSI:
Hazrul Hilmi Bin Mohd Idris
SETIAUSAHA:
Muhammad Izuan Bin Nazrolkhaizam
BENDAHARI:
Muhammad Fareez Daniel Bin Mohd Fazilah

AHLI JAWATANKUASA KHAS

AJK MAKANAN DAN MINUMAN: Muhammad Haziq Bin Jelani

AJK PUBLISITI DAN SERANTA: Nur Artiqah binti Emil zaihan

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA: Muhammad Izzamuddin Bin Hassanuddin

AJK PROTOKOL DAN UNDANGAN: 1. Irfan Haziq Bin Hamdan


2. Muhammad Adha Bin Mustaffa

AJK PERASMIAN DAN PENUTUP: Amanil Ula Binti Mohamad Halif

10 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
AJK PROGRAM: Nurul Asyiqin Binti Bujang

AJK PERTANDINGAN: 1. Anas solihin Bin Mat Nusi


2. Latifah Umairah Binti Abdul Manaf

BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


1. Pengerusi ● Mempengerusikan mesyuarat dan memastikan
kesempurnaan pengendalian mesyuarat.
● Menyelaraskan dan menguruskan segala yang berkaitan
dengan program.
● Memastikan keputusan mesyuarat diambil tindakan
sewajarnya.
● Bertanggungjawab menentukan hala tuju program.

2. Naib Pengerusi ● Membantu pengerusi menjalankan tugas dengan lancar.


● Mengambil alih tugas pengerusi semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha ● Menyelaraskan dan menguruskan semua aktiviti yang


berkaitan dengan pelaksanaan program.
● Mengumpulkan semua maklumat seperti merekodkan
semua fail untuk bahan rujukan.
● Mencatat, menyedia, mengedarkan dan menandatangani
minit mesyuarat dan laporan kepada yang berkenaan.
● Menyediakan kertas kerja yang diperlukan.
● Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan
mesyuarat.

4. Bendahari ● Mengurus semua hal berkaitan kewangan program.


● Menyediakan penyata kewangan.
● Menerima dan menyediakan anggaran perbelanjaan
pengelolaan program.
● Mengkaji, menyemak dan meluluskan perbelanjaan
selaras dengan dasar dan keputusan Jawatankuasa Induk.
● Mengawal semua perbelanjaan dan pembayaran yang
terlibat dengan program.

11 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
5. Makanan dan Minuman ● Menentukan bilangan peserta dan tetamu terhormat yang
hadir bagi menyediakan makanan dan minuman sepanjang
program berlangsung.
● Menyelaraskan tempat jamuan untuk tetamu terhormat
dan peserta.
● Membuat tempahan makanan dan minuman dengan
pembekal yang dilantik berdasarkan menu yang
ditetapkan.
● Menguruskan makanan dan minuman tetamu terhormat
dan peserta sepanjang program.

6. Hadiah dan Cenderamata ● Menyenaraikan jumlah hadiah atau sijil mengikut acara
dan jumlah pemenang.
● Menyediakan anggaran penyediaan hadiah dan
cenderamata.
● Bekerjasama dengan AJK Protokol dan Undangan dalam
menguruskan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata kepada penerima.
● Mengedarkan buku program kepada penerima khas.
● Memastikan hadiah dan sijil mencukupi.

7. Pertandingan ● Memberi taklimat kepada peserta.


● Menyelaraskan peserta-peserta pertandingan.
● Mendapatkan rekod atau keputusan pertandingan.

8. Protokol dan Undangan ● Mengurus dan menyediakan senarai undangan,


menghantar kad undangan kepada para undangan bagi
atur cara pembukaan dan penutupan, serta mendapatkan
maklum balas kehadiran.
● Mengatur tempat duduk para tetamu terhormat dalam
upacara pembukaan dan penutupan mengikut protokol.
● Menyelaraskan aspek protokol perasmian pembukaan dan
penutupan.
● Menyediakan penyambut tetamu terhormat yang
mencukupi untuk upacara pembukaan dan penutupan.

9. Program ● Menyediakan tentatif program.


● Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu dimasukkan
atau dimuatkan dalam buku program daripada ahli
jawatankuasa.
● Mendapatkan senarai nama ahli jawatankuasa serta para
tetamu, atur cara majlis dan aktiviti program yang diperlu
untuk dimasukkan dalam buku program.
● Memastikan program dalam keadaan terkawal.

12 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
10. Perasmian dan Penutup ● Menguruskan persiapan dan peralatan bagi upacara
pembukaan serta penutupan.
● Menyediakan juruacara majlis.
● Menguruskan perjalanan atur cara pembukaan dan
penutupan.
● Merangka raptai kedua-dua upacara tersebut.

11. Publisiti dan Seranta ● Mengambil gambar sepanjang program dilaksanakan.


● Membuat penilaian dan laporan keseluruhan program
untuk diserahkan kepada pihak atasan.

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Pendapatan

BIL PERKARA RM

1. Sumbangan

● Dana Politeknik Ungku Omar RM 2500.00

● Mardi RM 500.00

● Kutipan ahli kumpulan (RM25x21) RM 525.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 3525.00

Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

Program
Makan Minum RM RM650.00

13 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
o Tetamu kehormat (RM100.00)
o Roti dan air pelajar RM300
Publisiti
o Kain rentang (RM150 X 2 helai) RM 300.00
Homestay RM 500
Cenderamata program
o Sijil (RM 0.60 X 150 keping) RM 90.00
o Hamper (RM 30 X 2) RM 60.00
o Hadiah aktiviti murid RM 200.00
o Penceramah RM 700.00
o Hadiah Penghargaan kepada sekolah RM 300.00
Kelengkapan peserta dan fasilitator
o Fail (RM0.60 X 150 orang) RM 150.00
o Kertas A4 (RM10 X 2) RM 90.00
o Marker Pen (RM3.50 X 10) RM 20.00
RM 35.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 3395.00

13.0 PERINCIAN PROGRAM

1. CERAMAH ALAM SEKITAR

Program Ceramah Alam Sekitar ini melibatkan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli,
Kelantan untuk memupuk perasaan cinta terhadap alam sekitar.
Ceramah ini akan disampaikan oleh Encik Wan Mohd Aznan Bin Wan Ahamad yang merupakan
timbalan pengarah MARDI Kelantan. Penceramah akan menerangkan sedikit ilmu pengetahuan berkenaan
dengan mengitar semula barang terpakai dengan tajuk ‘menghematkan penggunaan bahan’

2. KUIZ
14 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Selepas ceramah selesai, Pelajar-pelajar akan diajukan dengan 20 kuiz yang telah disediakan oleh
kami. 10 kuiz berkaitan dengan kitar semula manakala 10 kuiz berkaitan dengan pembuangan sampah.
Segmen ini dijalankan secara spontan dan sesiapa yang berjaya menjawab kuiz tersebut dengan tepat akan
menerima hadiah. Sebanyak 20 hadiah yang berupa sebuah buku nota yang di datangkan dengan sebatang
pen disediakan untuk diberi kepada pemenang.
Antara faktor segmen ini diselitkan di dalam program kami adalah untuk menguji tahap pemikiran
serta menguji fokus pelajar-pelajar ketika mendengar ceramah yang disampaikan oleh pihak kami. Oleh
yang demikian, ianya akan membantu kami untuk mengetahui objektif atau hasil pembelajaran dari
program ini berkesan ataupun tidak.

3. FUN EXPLORER

Aktiviti ini hanya akan melibatkan para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli,
Kelantan yang menghadiri program ini. Tujuan sebenar untuk melaksaankan aktiviti adalah untuk
memupuk semangat cintakan dan menghargai alam sekitar di dalam diri setiap para pelajar di sekolah ini
terutamanya kepada golongan muda seperti satu peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ dan
mewujudkan persekitaran yang selesa dan efisien untuk pembelajaran pelajar di sini .Aktiviti ini akan
diuruskan oleh ahli jawatan kuasa yang telah dilantik untuk menyelia program ini supaya perkara yang
tidak diingini dapat dielakkan.
Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kemudian bergerak ke stesen-stesen untuk menyekesaikan
tugasan di setiap stesen. Tugasan di setiap stesen adalah berbeza-beza. Perkara ini dapat memupuk
kefahaman terhadap alam sekitar dan juga sifat berpasukan

4. AKTIVITI KRAF TANGAN MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

Aktiviti ini akan diurus oleh ahli jawatan kuasa yang telah di berikan tanggungjawab untuk
menguruskan aktiviti ini dan mengawasi para pelajar supaya perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.Hanya para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, Kelantan yang mengikuti program yang
telah disediakan boleh menyertai aktiviti ini. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah supaya para pelajar dapat
menghargai bahan-bahan terpakai dan memikirkan cara untuk menggunakan semula bahan tersebut untuk
sesuatu yang baru.
Bagi menjayakan program ini para diminta untuk membawa barang -barang terpakai seperti surat
khabar dan botol plastik.Tetapi pihak pengurusan juga akan menyediakan bahan seperti surat khabar
sebagai persediaan awal sekiranya ada pelajar yang lupa membawanya bagi menjamin aktiviti ini berjalan
dengan jayanya.
Antara kraf tangan yang akan dilakukan ialah membuat pelbagai jenis origami seperti sampan, kapal
terbang dan pelbagai jenis binatang menggunakan surat khabar yang terpakai, tetapi tidak semestinya surat
khabar pelajar juga boleh menggunakan majalah yang tidak digunakan ataupun kertas peperiksaan yang
lalu. Ianya kerana kertas dibuat daripada pokok untuk menghargai kertas kita boleh membuat origami dan
bermacam lagi produk yang berguna selain daripada membuang terus ke tong sampah.
15 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Aktiviti ini akan dilakukan secara individu dan pada penghujung program akan dilaksanakan
penyampaian hadiah kepada pelajar yang paling kreatif dalam membuat kraf tangan menggunakan bahan-
bahan terpakai dan kitar semula yang akan dinilai oleh sendiri oleh pengarah MARDI iaitu Ir. Zainuddin
Bin Zakaria @ Zahari. Aktiviti seperti ini juga dapat mengelakkan para pelajar daripada membuang masa
kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan melayari internet sepanjang hari .Di akhir
aktiviti ini diharapkan supaya para pelajar dapat menjadi insan yang kreatif dalam pengurusan bahan-bahan
kitar semula sebagai tanda menghargai dan menjaga alam sekitar .

14.0 PENUTUP
Diharapkan usaha ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam
memberikan kesedaran kepada warga sekolah mengenai alam sekitar. Semoga segala ilmu dan pelajaran
yang disampaikan dengan adanya kempen ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi
melahirkan modal insan yang sentiasa menghargai alam sekitar. Oleh itu kerjasama dari pihak tuan dan
puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

................................................... ..................................................

( ) ( NAZATUL FARIZA BT BAKRI )


Penyelaras Program, Pensyarah Unit Geomatik,
Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam,
Politeknik Ungku Omar, Politeknik Ungku Omar,
Ipoh. Ipoh.

Disokong Oleh: Diluluskan Oleh:

................................................... ..................................................

( MOHD AZMI B ZULKIFLI ) ( Ts. HJ. MOHD FISAL B HAROON )


Ketua Jabatan, Pengarah,
Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar,
Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Ipoh.
16 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
17 | Page
MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Anda mungkin juga menyukai