Anda di halaman 1dari 26

BPES

SK BUKIT PETITI 21200 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA SUDUT ESTECC


(ENERGY, SCIENCE, TECHNOLOGY DAN
CLIMATE CHANGE)
[Document subtitle]

UNIT HEM
SK BUKIT PETITI
KERTAS KERJA
SUDUT ESTECC (ENERGY, SCIENCE, TECHNOLOGY DAN CLIMATE CHANGE)

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PETITI, 21200 KUALA TERENGGANU

(16 JUN 2019 – 16 JULAI 2019)

1.0 PENDAHULUAN

Alam Sekitar merupakan Anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kehidupan manusia bergantung sepenuhnya kepada
sumber alam yang luas ini sebagai tempat tinggal dan punca rezeki untuk satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera.
Walaubagaimanapun penggunaan sumber secara berleluasa dan tidak teratur akan menyebabkan pencemaran dan kerosakan alam
sekitar. Umpamanya penebangan hutan yang berleluasa tanpa kawalan menyebabkan banjir lumpur dan tanah runtuh, pencemaran
air dan ikan mati atau kebakaran hutan dan jerebu.

Dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
maka pendidikan alam sekitar perlulah diterapkan sedari awal lagi terutamanya pada masa kanak-kanak iaitu sekolah rendah.
Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari
persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan
dengan alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti
alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan
masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan
alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam hal ini, pelbagai program berkaitan dengan alam sekitar akan dijalankan pada
Minggu Alam Sekitar.

2.0 OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan Minggu Alam Sekitar adalah untuk melatih pelajar agar:
1. Lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan  masalah yang berkaitan dengannya.

2. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas mengenai alam sekitar dan masalahnya.

3. Memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4. Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi yang ada
secara terancang.

5. Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan penyelesaiannya.

6. Berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah alam sekitar.
3.0 MATLAMAT

Matlamat pelaksanaan Minggu Alam Sekitar adalah untuk:


1) Membentuk pelajar yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar
2) Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam sekitar
3) Berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar
4) Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.
5) Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
6) Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
7) Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
8) Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.

4.0 TEMA

Cintakan Alam
5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

PROGRAM/
TARIKH SASARAN
PROJEK
BIL & AKTIVITI MATLAMAT & CATATAN
& ANGGARAN
LOKASI TINDAKAN
KOS
1 Gotong Royong  22.6.2019 1. Mengutip 1. Melahirkan Murid tahun 1 - Lampiran B
 Bilik sampah sarap generasi Malaysia 6
darjah 2. Membuat yang berilmu
dan pembersihan bilik pengetahuan,
Kawasan darjah ceria, memiliki
persekitar 3. Membuat jiwa dan peribadi
an sekolah perhiasan bilik yang unggul,
darjah dengan bersemangat
pelbagai bahan muhibah dan
yang dapat mampu
menunjukkan menghadapi
tajuk alam sekitar cabaran secara
kolektif dan
bersepadu

BIL PROGRAM/ TARIKH AKTIVITI MATLAMAT SASARAN CATATAN


PROJEK
& &
& ANGGARAN
LOKASI TINDAKAN
KOS
2. Pembinaan - 1 Julai 1. Membuat 1. Memupuk nilai Warga sekolah
Sudut ESTECC 2019 papan pameran murni alam
- Dataran 2.Menyediakan sekitar pada
Ilmu bahan – bahan kalangan warga
bacaan . sekolah.
3. Membina 2. meningkatkan
Taman ‘Go tahap kesedaran
Green’ warga sekolah
mengenai
kepentingan
pemeliharaan
dan
pemuliharaan
alam sekitar.
3.menggalakkan
warga sekolah
melaksanakan
aktiviti mesra
alam dengan
berkesan.
PROGRAM/
TARIKH SASARAN
PROJEK
BIL & AKTIVITI MATLAMAT & CATATAN
& ANGGARAN
LOKASI TINDAKAN
KOS
7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En.Zulkifli bin Jusof (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Rosnani binti Talib (Guru Penolong HEM)

Timbalan Pengerusi : Pn Zalipah bin Awang (Guru Penolong Kanan 1)

Setiausaha : Tengku Zamrah bin Che Ku Abd Rahman (Setiausaha Panitia Sains)

Ahli Jawatankuasa :

Persedian sudut ESTECC :

En Mohd Nawawi bin Ali

En Fauzi b. Abd Rahman

En Isaylmi bin Ab Rahman

Pn Zanawati bt Zakaria

Pn Faridah bt Mohamad

En Rofiee bin Awang

Pn Nurul Nadia bt Wahib

Pn Aslindda bt Abdul Adam

Pn Fatma Nadiani bt Anang

Pn Mariam bt Md Zamal

Pn Fauziah bt Awang

Pn Suriyani bt Abdul Rashid

Pn Mariam bt Mohd Zamal

En Mohd Nawawi bin Ali

En Rofiee b Awang
8.0 PENUTUP

Pendidikan Alam Sekitar ialah satu pembelajaran untuk memahami interaksi manusia
dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan
bertanggungjawab. Satu cara pendidikan alam sekitar yang berkesan adalah melalui penerapan
nilai-nilai murni alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap
manusia yang diamanahkan untuk memelihara alam ini, mencegah pencemaran, mengindahkan
dan menjaga kebersihan persekitaran.

Kualiti pelaksanaan sesebuah program alam sekitar amat bergantung kepada kesedaran
dan minat guru secara individu. Guru sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk
menyemai, memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti di sekolah sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah contohnya program-program yang telah diaturkan di atas.
Dalam hal ini, komitmen guru adalah sangat penting dalam menjayakan program-program
tersebut seterusnya menyelamatkan bumi kita.
Gambar sebelum pembinaan sudut ESTECC

Dataran Ilmu
Sumbangan Tanah Dari Cikgu Suryani
Gambar semasa proses pembinaan sudut ESTECC

Anda mungkin juga menyukai