Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

LASS3013: PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

LATIHAN TUTORIAL 3

Nama: M.SRENEIWASAN PILLAY

Jawab semua soalan.

1. Krantz (2002) menyatakan bahawa guru yang mempunyai pengetahuan yang


mendalam tentang konsep-konsep alam sekitar mempunyai sikap yang positif terhadap
pengajaran Pendidikan Alam Sekitar.

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan guru dalam merealisasikan


Pendidikan Alam Sekitar di sekolah.

Seorang guru perlu menunjukkan kualitinya dan memberi komitmen sepenuhnya


dalam mendidik murid-murid Pendidikan Alam Sekitar. Guru memainkan peranan
penting sebagai pelaksana Pendidikan Alam Sekitar dalam aspek kurikulum. Tambahan
pula, guru memainkan peranan penting dalam sentiasa menghubung kaitkan pendidikan
Alam Sekitar apabila mengajar subjek subjek lain. Hal ini kerana penghubung kaitan
antara subjek subjek ini akan menerapkan kesedaran kepentingan Pendidikan Alam
Sekitar kepada murid-murid. Dalam mengaplikasikan pendidikan alam sekitar merentas
kurikulum, guru berperanan membuat perancangan awal walaupun mungkin penerapan
tersebut hanya melibatkan jangka masa yang singkat dua atau tiga minit bagi
memastikan guru tahu waktu dan kedalaman isi yang sesuai, supaya tidak menjadi
penerangan yang meleret-leret. Perancangan juga melibatkan kaedah dan bahan bantu
pengajaran yang berkaitan serta aspek pentaksiran. Lebih-lebih lagi, guru perlu
meningkatkan pengetahuan tentang kurikulum, istilah, konsep, isu-isu dan masalah
alam sekitar. Guru harus meluangkan sedikit masa untuk memahami kandungan
pendidikan alam sekitar. Dalam hal ini guru perlu merujuk kepada Buku Panduan Guru
Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum. Selain itu, guru perlu mendalami istilah,
konsep, isu-isu, masalah atau perkara perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan
alam sekitar. Contohnya, guru perlu menguasai konsep-konsep seperti penyahutanan
dan ekosistem; serta isu-isu seperti penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan
sebagainya. Guru juga perlu tahu pengetahuan pedagogi kerana mempengaruhi
pendekatan dan kaedah pengajaran serta pemilihan dan penyediaan sumber
pengajaran. Contohnya, guru perlu tahu cara yang terbaik untuk menyampaikan
pelajaran yang berkaitan dengan kejadian empat musim dan impaknya kepada manusia.
Sumber yang relevan dan mencukupi penting bagi memastikan keberkesanan
pengajaran.

[10 markah]

2. Jelaskan tujuan Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar.

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan
menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum
dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan
konsep pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk
memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan
dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini
melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.
Tujuanya memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah. Meningkatkan
tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.Selain itu, ia akan menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra
alam dengan berkesan. Tambahan pula, ia akan meningkatkan kerjasama antara sekolah
dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
Akhirnya, ia akan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

[10 markah]

3. Penghijauan merupakan salah satu komponen penting dalam Sekolah Lestari -

Anugerah Alam Sekitar. Perihalkan keberkesanan program Penghijauan ini.

Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu
pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Secara dasarnya program ini
merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah
seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth,
Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman,
Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula),
Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain. Program ini
bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam
sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang
melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan,
pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Program penghijauan dapat mempertingkatkan
kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah.
Selain itu, ia juga dapat memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan
warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya. Selanjutnya, ia dapat
membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.

[10 markah]

4. Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan

untuk meningkatkan amalan hidup lestari. Berdasarkan contoh-contoh yang

relevan, jelaskan pernyataan ini.

Elemen-elemen yang berkaitan dengan alam sekitar dapat diterapkan dalam


kokurikulum. Sebagai contohnya, program 5R, penanaman pokok bunga yang
dilaksanakan dalam kelab alam sekitar dapat membentuk kesedaran dalam kalangan
pelajar untuk  sentiasa memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, aktiviti
gotong royong yang dilaksanakan menerusi aktiviti kokurikulum dapat menggalakkan
para pelajar supaya sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup sihat.Tambahan pula,
dalam kokurikulum sekolah boleh menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar dan
juga boleh menganjurkan tema alam sekitar dan kitar semula semasa sukan tahunan.
Di samping itu, pihak sekolah boleh membentuk persatuan kitar semula sebagai salah
satu cara untuk memupuk kreativiti dan komitmen dalam aspek kokurikulum.

[10 markah]

Anda mungkin juga menyukai