Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

1.0 PENGENALAN
Pendidikan kesihatan merupakan salah satu subjek yang sangat penting bagi
murid-murid sekolah rendah. Tujuannya adalah untuk memberi pengetahuan tentang
gaya hidup sihat dan membantu para murid untuk mencegah gejala-gejala negatif.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mensyorkan sekolah-sekolah rendah dan
menengah untuk mengadakan program-program kesihatan bagi memastikan para
murid dapat membelajar dalam keadaan yang sihat dan selamat. Oleh itu, Rancangan
Kesihatan Sekolah telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun 1967. Tujuan
program ini adalah untuk melahirkan para murid dan masyarakat sekolah yang sihat
dan produktif. Rancangan ini juga dilaksanakan untuk mempertahankan dan menjaga
kesihatan optima para murid dan membina pengetahuan, sikap, dan kebiasaan yang
diingini mengenai kesihatan. Program Kesihatan Sekolah ini juga merupakan suatu
usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan dan dapat meningkatkan
kesefahaman dan kerjasama antara masyarakat luar dan pihak sekolah dalam
menangani isu-isu kesihatan.
2.0 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Dunia secara amnya, dan khusunya, Malaysia telah banyak mengalami
perubahan dari aspek tahap kesihatan dan tren penyakit dalam tempoh 20 tahun
perlaksanaan Rancangan Kesihatan Sekolah. Sejurus dengan perubahan tersebut,
RKS telah dikaji semula untuk membentuk satu lagi instrumen perlaksanaan yang lebih
sempurna dan efektif. Pada tahun 1996, program Health Promoting School (HPS)
telah dilanncarkan sebagai satu usaha bersama antara Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Keputusan ini telah
diputuskan dalam persidangan antara KKM dan KPM pada Disember 1996. Keputusan
ini telah dicadangkan kerana pihak bertanggungjawab berasa RKS sedia menerima
nafas baru dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).
Projek ini ditubuhkan berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh World
Health Organisation atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Seperti yang
diketahui, matlamat utama Program Bersepadu Sekolah Sihat adalah untuk membentuk

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

sikap dan perlakuan positif dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan. Hal ini
demikian akan memberi kesan yang sangat efektif pada warga sekolah untuk
melahirkan persekitaraan yang selamat, sihat dan berkualiti kea rah pencapaian
wawasan sekolah dan negara. Setiap sekolah juga diwajibkan untuk menyediakan
Perkhidmatan Kesihatan untuk menilai taraf kesihatan para murid, memberi
perkhimatan rawatan, memberi kaunseling dan rujukan, dan mecegah dan mengawal
wabak penyakit daripada merebak.
Bagi mencapai matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak sekolah
menjalankan beberapa program kesihatan. Antara program kesihatan yang dijalankan
di sekolah adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan, Program Susu Sekolah,
Perkhidamatan Pergigian, Sekolah Bebas Denggi, Sekolah Kawasan Larangan
Merokok, Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, dan Program 3K. Program-program ini
memastikan sekolah menjadi sebuah agen perubahan dan agen untuk mencegah
jangkitan penyakit-penyakit. Setiap sekolah di Malaysia sedang mengambil inisiatif
untuk menjalankan program-program seperti dinyatakan di atas suapaya para pelajar
dapat membelajar dalam keadaan yang selesa dan selamat.
Program Sekolah Bebas Denggi merupakan salah satu aktiviti yang paling aktif
di setiap sekolah terutamanya, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut. Program ini
merupakan sebahagian daripada Program 3K. Program 3K merupakan program yang
bertumpu pada 3 aspek utama iaitu, keselamatan, kesihatan dan keceriaan. Ini juga
bertujuan untuk memastikan semua sekolah mempunyai sebuah sistem yang mantap
bagi menangani sebarang masalah atau isu berkaitan 3K tadi. Satu Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 17/2003 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
memastikan inisiatif untuk meningkatkan keselamatan, kesihatan, dan keceriaan
sekolah dapat dilaksanakan di semua sekolah. Surat pekeliling ini juga diwajibkan
mengamil berat tentang kesihatan pelajar bagi mencapai tahap kesihatan yang
optimum. Oleh yang demikian, pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut telah
berganding bahu melakukan pelbagai aktiviti untuk memastikan para murid dapat
mengelakkan dan mencegah demam denggi. Program mencegah demam denggi telah
lama ditubuhkan di Malaysia, iaitu, seawal tahun 1986. Akan tetapi, sekolah ini telah

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

mula bergiat dalam aktivti-aktiviti mencegah denggi sejak tahun 2008. Pelbagai aktivti
telah dilakukan untuk mencegah denggi di persekitaran sekolah.
3.0 TUJUAN
Tujuan utama melaksanakan program sekolah bebas denggi adalah untuk
membentuk murid-murid sebagai agen perubahan yang berkesan, mencegah dan
mengawal kejadian penyakit denggi. Pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan
perlaksanaan ini adalah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan
Malaysia dan pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut. Pemeliharaan
persekitaraan merupakan elemen pertama yang diberi tumpuan semasa perlaksanaan
program Sekolah Bebas Denggi. Warga sekolah telah berkerjasama bagi memastikan
persekitaraan sekolah bebas daripada serangan nyamuk aedes.
Seperti yang diketahui, penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang
merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa
dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan
selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh
sepenuhnya. Oleh itu, pihak sekolah telah berusaha untuk menerangkan punca dan
akibat atau bahaya denggi terhadap diri pelajar, keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, projek Sekolah Bebas Denggi juga membolehkan murid-murid di
peringkat sekolah rendah memperolehi ilmu tentang kesihatan dan membentuk sikap
dan perlakuan positif terhadap kesihatan. Program ini juga bermatlamat untuk membina
satu persekitaraan sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat. Ini juga
dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara warga sekolah dalam
menangani isu kesihatan. Program ini menekankan kepentingan penglibatan para murid
dalam mengawal penyakit denggi. Di samping itu, program ini juga dapat membantu
mewujudkan sebuah pesekitaraan negara yang selamat dan selesa bagi rakyat
Malaysia.

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

4.0 LAPORAN TINJAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM SEKOLAH BEBAS


DENGGI
Seperti yang telah diberitahu, sekolah ini merupakan antara sekolah yang paling
aktif dalam kegiatan mencegah denggi. Ini telah dibuktikan melalui laporan-laporan
yang telah disediakan oeh guru bertugas untuk Program 3K, iaitu, Cik Zahidah. Antara
aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan mingguan kawasan sekolah untuk
memastikan pencegahan nyamuk aedes dan penyakit denggi dan gotong-royong
perdana yang melibatkan semua warga sekolah.
Setiap pemeriksaan mingguan kawasan sekolah ini telah direkodkan dalam
dalam borang KD 1 (Pindaan 2004). Borang ini, yang bertajuk, laporan mingguan kajian
aedes di sekolah mempunyai pelabagai instrument atau elemen untuk dikaji. Sebagai
seorang guru yang bertanggungjawab untuk program 3K, Cik Zahidah telah
melaksanakan tanggungjawab beliau dengan membuat tinjauan setiap minggu untuk
memastikan kawasan sekolah bebas daripada serangan nyamuk aedes. Beliau juga
telah menyarankan pihak staf sokongan untuk memastikan air di kawasan fountain
sentiasa ditukar dan tidak ada air yang bertakungan di alas pasu bunga.
Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan Cik Zahidah untuk
mengetahui lebih tentang program bebas denggi di sekolah tersebut. Semasa
perbincangan, kami dapat mengetahui bahawa setiap minggu beliau akan memeriksa
kwasan-kawasan yang telah disenaraikan dalam borang KD 1 (Pindaan 2004).
Kawasan-kawasan yang telah disenaraikan telah dikategorikan sebagai kawasan dalam
bangunan dan luar bangunan. Kawasan dalam bangunan meliputi alas pasu bunga,
alas di bawah peti ais, tempayan dan bekas simpanan air, deram air, kolah mandi, dan
cistern air di tandas. Kawasan luar bangunan pula meliputi alas pasu bunga, bekasbekas buangan, kotak plastik makanan, botol-botol kosong, tayar dan lain-lain yang
menakung air. Tempat am yang perlu diperiksa adalah kantin, tandas, tempat semaian,
kebun sekolah, persekitaraan sekolah, tempat pelupusan sampah dan sebagainya.
Setiap permeriksaan harus ditandatangani oleh guru yang menyelia. Kerja pemeriksaan

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

hendaklah dijalankan seminggu sekali dan murid-murid juga digalakkan untuk


menjalankan kajian ini sebagai aktiviti sivik/ ko-kurikulum.
Selain itu, aktiviti gotong royong perdana juga telah diadakan bagi memastikan
tidak ada kawasan pembiakan nyamuk aedes. Gotong-royong Hapus Aedes Cegah
Denggi ini telah dijalankan atas arahan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah
Jerantut. Pada 25 Mac 2015, semua sekolah di aerah Jerantut, diwajibkan untuk
mengadakan aktiviti gotong-royong ini. Antara program yang dicadangkan oleh pihak
Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut adalah taklimat ringkas tenatng nyamuk aedes,
punca dan kesan demam denggi, dan gotong royong mencari tempat pembiakan
Aedes.
Pada jam 7,30 pagi, murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk
menyertai program Gotong-royong

Hapus Aedes Cegah Denggi. Program ini telah

dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut. Taklimat
gotong-royong juga telah diadakan oleh penyelaras program tersebut iaitu, Cik Zahidah.
Persembahan slaid tentang cara-cara mencegah pembiakan nyamuk Aedes telah
diekndalikan oleh Encik Razalli. Sebuah kuiz juga telah diadakan untuk menguji tahap
kefahaman para murid tentang cara-cara mencegah penyakit denggi.
Aktiviti ini merupakan sebuah aktiviti yang berjaya disebabkan aktiviti ini telah
mendapat sambutan yang hebat daripada para murid dan para guru. Mererka telah
berganding bahu membantu satu sama lain untuk membersihkan kawasan sekolah.
Selepas gotong-royong tersebut, kawasan sekolah telah kelihatan cantik dan bersih.
Semasa perbincangan bersama Cik Zahidah, kami dapat tahu bahawa pihak ibu bapa
telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Ini disebabkan mereka, telah
membelikan barangan yang perlu untuk menjalankan program gotong-royong ini. Para
murid juga telah membersihkan kawasan kelas mereka supaya dapat mencegah
pembiakan aedes. Staf-staf sokongan juga telah banyak membantu dalam mencegah
pembiakan nyamuk aedes kerana mereka merupakan tenaga kerja utama yang
sentiasa memastikan kawasan sekolah bersih dan selamat untuk para murid belajar
dengan aman semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

Aktiviti ini juga telah banyak memberi kesedaran dan input kepada para murid
dan warga sekolah termasuk staf sokongan tentang cara-cara mencegah serangan
nyamuk aedes.
5.0 KEBERKESANAN AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN
Setiap aktiviti yang dilaksanakan wajib memberi kesan kepada para murid dan
juga warga sekolah. Aktviti yang dilaksanakan bagi Program Sekolah Bebas Denggi di
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jerantut telah banyak memberi kesan kepada warga
sekolah tersebut. Ini kerana pihak sekolah lebih cakna tentang kebersihan
persekitaraan sekolah.
Saya dan pasangan saya, Aini Fadzlina telah memberi borang kajian selidik
kepada para murid di sekolah untuk mengetahui keberkesanan program tersebut. Kami
telah mengadakan kajian secara berasingan. Saya telah memberi borang kajian selidik
kepada murid-murid darjah 5 Kalaimalar dan 6 Kalaioli. Saya telah menyenaraikan
sebanyak 5 soalan untuk dijawab yang terdiri daripada objektif dan subjektif. Setiap
kelas mempunyai pelajar seramai 26 orang. Bagi soalan pertama, iaitu, apakah nama
nyamuk yang membawa penyakit denggi, saya telah memberi dua opsyen iaitu,
nyamuk aedes dan nyamuk aids. Semua pelajar telah memilih jawapan yang betul. Bagi
soalan yang kedua pula, iaitu, kawasan yang manakah menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Semua murid telah memberi jawapan yang betul, iaitu, kawasan air bertakung.
Para murid juga telah memilih kenyataan yang tepat bagi soalan yang ketiga
iaitu, pilih tempat pembiakan nyamuk aedes. Mereka telah memilih opsyen tempat air
bertakung, alas pasu bunga, dan tandas. Ini telah membuktikkan bahawa para murid
faham akan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dan tanggungjawab mereka
dalam mencegahnya. Soalan keempat pula tindakan mereka jika mereka didapati
demam yang teruk. Soalan ini merupakan soalan yang menimbulkan kekeliruan antara
mereka. Ini kerana, ramai yang bersetuju bahawa ibu bapa mereka hanya kerja sebagai
buruh, oleh itu, mereka tidak akan pergi ke klinik untuk mendapat rawatan. Saya telah
menasihati mereka untuk pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan yang
selanjutnya. Saya juga telah tayangkan video-video mengenai kesan-kesan buruk

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

demam denggi. Ini dapat memberi kesedaran yang lebih penting tentang penjagaan
kesihatan diri dan keluarga.

Soalan kelima iaitu, soalan yang terakhir, adalah mengenai tadahan air di rumah
masing-masing. Ramai murid yang bersetuju bahawa mereka tadah air di rumah akibat
pemotongan bekalan air yang kerap berlaku di taman perumahan mereka. Oleh itu,
para ibu bapa telah mempraktikkan hal ini di rumah masing-masing. Bila ditanya
tentang cara penyimpanan air, hampir satu kelas telah memberitahu bahawa mereka
tadah air dalam tong-tong besar dan ada tong yang tidak ditutup. Walaupun, ibu bapa
mereka mengetahui kesan buruk membiarkan tadahan air tanpa penutup, akan tetapi,
mereka biarkan kerana ini telah menjadi sebuah kebiasaan dalam kalangan mereka.
Selepas taklimat ringkas tentang kesan cara penyimpanan air tersebut, para murid telah
berjanji akan menukar sikap mereka dan juga akan menasihati para ibu bapa untuk
tadah air dengan cara yang betul.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa para murid tahap 1 iaitu terdiri
daripada darjah 1 hingga darjah 3 lebih menghayati kesan-kesan dan langkah-langkah
mencegah pembiakan nyamuk aedes. Ini kerana, mereka lebih menghafal dan lebih
aktif dalam mengambil bahagian dalam aktivti-aktiviti gotong-royong. Bila ditanya
soalan secara oral, mereka dapat jawab semua soalan dengan tepat. Saya telah
bertanya beberapa murid yang dipilih secara rawak untuk menjawab soalan yang
dijawab oleh murid-murid darjah 5 dan 6. Didapati bahawa, hanya sebahagian muridmurid yang mempraktikkan kebiasaan seperti para murid darjah 5 dan 6. Selebihnya,
mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan juga diberitahu bahawa ibu bapa akan
marah jika kebersihan rumah dan persekitarannya tidak dijaga.
Disamping itu, para guru juga telah ditemuduga untuk mendapatkan info-info
tentang tahap keberkesanan program yang telah dilaksanakan. Didapati bahawa, para
guru lebih cakna tentang kesan-kesan negatif pembiakan nyamuk aedes dan mereka
juga mempraktikkan gaya hidup yang sihat. Mereka telah banyak berusaha untuk
memberi input tentang denggi dengan mengadakan pelbagai program. Mereka juga

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

telah berusaha untuk memberi input dan kesedaran melalui ucapan yang diberi pada
setiap perhimpunan. Ini kerana, Guru Besar SJK (T) Jerantut telah menyarankan
semua guru bertugas untuk memberi info tentang cara penjagaan tahap kesihatan
mereka.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah merupakan
inisiatif yang sangat baik untuk memberi ilmu tentang pencegahan demam denggi. Akan
tetapi, program ini memerlukan penambahbaikan untuk mencapai objektifnya seratus
peratus. Antara cadangan penambahbaikan adalah penglibatan masyarakat setempat
khususnya ibu bapa, dan menjemput pegawai perubatan atau agensi luar untuk
memberi taklimat.
Penglibatan masyarakat setempat khususnya ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti
sekolah akan membentuk kerjasama di antara warga sekolah dan dapat menyokong
dan meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah. Kerjasama ini akan membentuk
satu hubungan yang rapat dan dapat memberi kesan positif kepada pembangunan
sekolah dan meningkat prestasi sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan
salah satu kelab yang dapat mengurangakan jurang perhubungan antara ibu bapa dan
pihak sekolah.
Mereka juga dapat membelajari cara-cara menjaga tahap kesihatan keluarga
mereka. Ini kerana, seperti yang diberitahu, terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak
sedar tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan. Ibu bapa juga dapat
menyedari kepentingan membawa anak-anak mereka ynag sakit untuk mendapatkan
rawatan yang selanjutnya bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang boleh membawa
maut.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sebegini dapat memberi sokongan dan

dorangan moral kepada para murid dan mereka juga dapat menjadi teladan yang baik
kepada amalan cara hidup yang sihat.
Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti gotong-royong sebegini dapat memberi
sokongan yang kuat kepada warga sekolah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

dengan persetujuan ibu bapa. Ini juga memberi impak yang positif kepada para murid.
Para murid dapat melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Mereka akan lebih berkeyakinan dan memberi sokongan yang penuh
kepada pihak sekolah.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh menjemput pihak luaran atau agensiagensi kesihatan untuk memberi taklimat tentang punca dan akibat pencegahan
nyamuk aedes. Ini kerana, pihak luaran atau agensi-agensi kesihatan seperti Jabatan
Kesihatan akan memastikan para pelajar dapat mengetahui dan menghayati cara-cara
mengelakkan serangan nyamuk aedes. Selepas kajian selidik yang diadakan, saya
dapat membuat konklusi iaitu, para murid tidak sebegitu serius dalam mendengar
ceramah atau taklimat yang diberi oleh warga sekolah.
Pasukan kesihatan akan memberi taklimat ringkas tetapi tepat dengan faktafaktanya dengan menggunakan cara-cara yang kreatif. Ini kerana pihak pasukan akan
mempunyai model-model nyamuk aedes yang pastinya menarik perhatian para murid
dalam mendengar ceramah dengan teliti. Mereka juga akan mengadakan pameran
poster-poster dan gambar-gambar berkaitan dengan isu yang dibincang. Hal ini akan
memberi impak yang sangat berbeza dan besar terhadap para murid dalam menangani
isu denggi. Mereka juga lebih mempercayai fakta-fakta jika fakta tersebut dikeluarkan
oleh pihak yang bertanggungjawab.
Apabila pihak luaran atau pegawai perubatan memberi taklimat, para murid juga
akan lebih mengambil berat tentang isu ini dan akan lebiih serius dalam menangani hal
ini. Ini juga dapat membantu mereka dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang
disampaikan kepada para ibu bapa kerana fakta-fakta ini adalah sahih. Selain itu, pihak
jabatan kesihatan juga dapat mengajar cara-cara mengenal pasti nyamuk aedes dan
gigitannya. Dengan ini, mereka dapat sedar bahayanya demam denggi.
Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk menjemput ibu bapa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memastikan

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

hubungan silaturahim dapat dipupukkan antara warga sekolah dan ibu bapa selain
menjadi teladan kepada para murid. Agensi luar juga harus dijemput untuk melibatkan
diri dan memberi ceramah tentang kesan negatif pembiakan nyamuk aedes dan cara
menangani masalah sebegini.

Sila jawab soalan berikut.


Nama: ________________

Kelas:__________________

Pekerjaan Emak & Ayah: ___________________________


1. Apakah nama nyamuk yang membawa demam denggi?
A. Nyamuk Aedes

B. Nyamuk Aids

2. Antara jawapan yang berikut, yang manakah temapat pembiakan nyamuk?


A. Tempat kering

B. Tempat air bertakung

C. Lantai yang basah

3. Sila pilih tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.


i. tempat air bertakung
ii. tandas
iii. pasu bunga
iv. lantai yang kering
A. i , ii

B. i, iv

C. i, ii, iii

D. ii, iv

4. Apakah tindakan seterusnya jika anda didapati demam.


____________________________________________________________

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

5. Adakah anda tadah air di rumah anda? Nyatakan tempat tadah air dan
caranya.

Bibliography
Demam Denggi. (2008, November 14). Retrieved from Jabatan Penerangan:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/456-demam-denggi.html
Malaysia, K. K. (2002). Buku Panduan Program Bebas Denggi Di Sekolah. Kuala
Lumpur.
Malaysia, K. K. (2005). Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005.
Putrajaya.
Malaysia, K. K. (2010). Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi
Kesihatan . Putrajaya.
Program 3K. (2012, Disember 24). Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/my/program-3k
Program Sekolah Selamat. (n.d.). Retrieved from Wikipedia:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Program_Sekolah_Selamat
Rancangan Kesihatan Sekolah. (2008, November 14). Retrieved from Jabatan
Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/756
rancangan-kesihatan-sekolah.html
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003. (2012, Disember 24). Retrieved from Kementerian
Pendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/index.php/database_stores/store_view/17

TUGASAN 1: PENDIDIKAN KESIHATAN

Anda mungkin juga menyukai