Anda di halaman 1dari 15

Priscilla Geliga (PISMP Pend.

Khas Jan 10)

AMALI 4

1. 2.

3. 4.

Saksikan video yang ditayangkan. Dengan kreativiti anda, hasilkan satu skrip berita dan berlakon sebagai pemberita di hadapan kelas. Selain daripada pemberita, ahli kumpulan lain juga boleh menjadi bahan dalam berita. Buat yang terbaik.

Bahan yang sesuai


Membantu mencapai objektif dan matlamat pengajaran. Jelas dan pemilihannya ditentu terlebih dahulu. Ambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar. Suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid.

Minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Aspek Lain
Bahan yang dipilih mesti mencabar. Bahan yang menepati objektif pengajaran . Bahan yang menarik minat murid-murid. Bahan yang jimat dan murah Bahan yang praktikal Bahan yang bersifat luwes
bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan


Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan


Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.

Aktiviti kemahiran komunikatif


Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa.

Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsurunsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud.

Aktiviti pengumuman lisan


Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.

Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.

Alat Bantu Mengajar


Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahanbahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal.
Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.

Beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur:

Boneka

Bahan Kartun

Video dan Bahan Sastera

Gambar Foto (potret)

Kesimpulan
Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

http://aida4eva.blogspot.com/2012/05/nota-bmm-3104pengajaran-kemahiran.html (diakses pada 23 Jun 2012).

http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-2-kemahiranmendengar-dan.html (diakses pada 23 Jun 2012).


http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategipendekatan-kaedah-teknik_11.html (diakses pada 23 Jun 2012). http://www.youtube.com/watch?v=iaOrCXZrgEw (diakses pada 24 Jun 2012). Faridah Nazir (2011).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Selangor:Penerbitan Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai