Anda di halaman 1dari 2

Pemakanan yang baik akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang dan juga memastikan agar tahap kecergasan dan

kecerdasan seseorang itu kekal di tahap yang memuaskan. Menurut sebuah laporan dari lembaga amal Inggris, Save the Children, mengatakan bahawa seperempat anak-anak di dunia tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik di sekolah kerana masalah malnutrisi yang kronik

Biasanya, kanak-kanak yang berusia belasan tahun yang terhambat pertumbuhannya hampir 20 peratus lebih, berkemungkinan sukar untuk membaca ayat-ayat sederhana dibandingkan dengan mereka yang sama usia dan mengambil zat yang baik. Hal ini kerana, makanan yang mereka makan saban hari tidak mengandungi zat makanan yang baik untuk perkembangan otak dan tumbesaran badan.

Mereka yang kekurangan zat makanan secara konsisten akan memiliki nilai ujian matematik yang lebih rendah berbanding para pelajar yang mengambi zat makanan secara mencukupi dan akan lebih sukar untuk membaca ayat sederhana pada usia belasan tahun. Selanjutnya, hal itu mempengaruhi kepercayaan diri, aspirasi pekerjaan dan akhirnya kemampuan mereka menghasilkan duit dan sumber kewangan pada masa akan datang.

Bagi ibu yang hamil pula, pemakanan yang baik sangat mempengaruhi sistem perkembangan dan tumbesaran bayi. Anak-anak yang berusia dua tahun adalah waktu kritis bagi perkembangan otak. Jika perempuan yang hamil atau yang sedang menyusui dan bayi tidak memiliki akses terhadap zat pemakanan yang baik, makan perkembangan otak dan pertumbuhan badannya akan terganggu.

Perkara menarik mengenai rangsangan yang mereka terima ialah kerana anak-anak yang kekurangan zat makanan dilihat lebih kecil dari umur sebenarnya, dan orang tua dan pengasuh mereka cenderung memperlakukan mereka seolah-olah mereka lebih muda dari yang sebenarnya. Sehingga mereka tidak mendapat rangsangan yang benar dan otak-otak mereka tidak berkembang sebagai akibat kurangnya stimulus tersebut. Sama juga seperti di sekolah, mereka akan lebih cenderung untuk dilihat lebih pendiam dan kurang aktif disebabkan oleh masalah yang mereka sendiri alami. Malnutrisi yang di hadapi oleh kanakkanak juga sekaligus akan memberi ancaman yang besar bagi pertumbuhan ekonomi jangka panjang di kebanyakan negara yang sedang pesat berkembang.

Tambahan pula, pemakanan miskin ini akanmengurangkan keupayaan kanak-kanak untuk belajar dan untuk mendapatkan ilmu yang diperlukan dengan berkesan. Ada kajian yang menunjukkan bahawa makanan yang tidak berkhasiat boleh menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk membaca dan menulis ayat yang mudah dan menjawab soalan-soalan matematik asas dengan betul - tanpa mengira jumlah dan kualiti sekolah yang mereka terima.

Seterusnya, sistem pemakanan kanak kanak akan mempengaruhi tahap kesihatannya dan bergantung dengan apa yang kanak kanak itu ambil dalam diet hariannya. Jika kesihatannya baik, maka lebih senang untuk pelajar itu belajar dan menerima ilmu yang disampaikan oleh gurunya dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai