Anda di halaman 1dari 22

Maklumat tentang masalah menulis, mengeja, mengarang

Maklumat tentang strategi pemulihan, teknik pengajaran.



maklumat 1
PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM BAHASA MELAYU
a. Kemahiran Tulisan
b. Kemahiran Ejaan

KEMAHIRAN TULISAN
3.1. DEFINISI
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan
bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
3.2. PERANAN TULISAN
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa
kini).
Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam
pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh
insan umumnya.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
3.3.1 Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh
kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di
ataspermukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan
benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra
tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

3.3.2 TULISAN MEKANIS
Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan
boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan.
Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran
bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

3.3.3 TULISAN KREATIF
Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini
kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di
peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
3.3. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan
dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

3.4. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat
ermulaan dan mendirikan asas.
Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan
betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti
dengan mudah.
Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat
dengan teliti dan betul.
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan
sempurna.
Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang
kanak-kanakiItu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

EJAAN
4.1. DEFINISI
Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak
mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi
melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca
tetapi lemah dalam ejaan.

4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN
4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu
perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan lemah dalam bacaan.

4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA

- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )
Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.
- Mendiskriminasi perkataan.
- Melengkapkan atau menambah perkataan.
- Membina perkataan di dalam perkataan.
- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.
- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.
- Permainan teka teki.
- Permainan Silang kata.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU UNTUK MURID-MURID PEMULIHAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN
2. MENGENAL PASTI MASALAH
3. STRATEGI PENGAJARAN
4. PELAKSANAAN
5. PENILAIAN

1. MENGENAL PASTI MURID YANG HENDAK DIPULIHKAN

1.1 Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M)
1.2 Berdasarkan PKBS, atau
1.3 Berdasarkan pemerhatian guru, atau
1.4 Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru
Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas.

2. MENGENAL PASTI MASALAH

2.1 Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid:
Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran
atau pertuturan.
Jika masalah tersebut agak berat, ianya memerlukan bantuan pakar yang
berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas.
Jika masalah tersebut ringan memadai dengan menjalankan ujian pengamatan
serta latihan-latihan yang berkaitan.

2.2 Masalah yang berkaitan dengan akademik murid:
2.2.1 Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat
dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas terbitan
JPK, KPM)
2.2.2 Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK
DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja)
2.2.3 Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid
untuk menjawab.
2.2.4 Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara
murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid
boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil.
2.2.5 Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan
teruskan ujian.

2.3 Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi;
2.3.1 Masalah sosial seperti:
Selalu tidak hadir ke sekolah
Tiada galakan keluarga
Kemiskinan
Takut
Malu
Rasa rendah diri, dan lain-lain
Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau
lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

3. STRATEGI PENGAJARAN
3.1 Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua
jawapan murid dan merekodkannya.
3.2 Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid.
3.3 Tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk.


Rujukan:
Anonymous . (2008). PENGAJARAN BAHASA MELAYU KELAS PEMULIHAN
KHAS . Dimuat turun daripada http://pemulihankhas.blogspot.com




Maklumat 2
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
MASALAH PENGAJARAN BAHASA
Mengingat kembali perkataan
Memahami perkataan pelbagai makna
Menyatakan sesuatu yang abstrak
Menggunakan ayat yang betul dan lengkap
Memberi penjelasan
Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
Menghasilkan mesej yang kompleks
Memaklumkan sesuatu maklumat
EJAAN
DEFINISI

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang
untukmelahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada
kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu
boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang
boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.

PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN
Lemah dalam ingatan penglihatan.

- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu
perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.

Lemah dari segi Analisis Pendengaran.

- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam
perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan lemah dalam bacaan.
AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
- Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )
Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.
- Mendiskriminasi perkataan.
- Melengkapkan atau menambah perkataan.
- Membina perkataan di dalam perkataan.
- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.
- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.
- Permainan teka teki.
- Permainan Silang kata.

KEMAHIRAN MENULIS
Pengenalan tulisan :-
Bahasa yang bertulis dengan lambang-Iambang bunyi.
Seseorang akan dapat membaca hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui
butiran-butiran tulisannya.
Mementingkan teknik dan akal kerana membaca tidak mungkin ada kalau tidak
ada tulisan.

Definisi kemahiran menulis :-
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997)
Menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik
yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan
seterusnya menjadi ayat.

Pusat Perkembangan Kurikulum-
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat
dramatis,tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.
Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi
pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.
Menulis adalah proses memberi respons yang bertujuan memberikan reaksi
pada suatu perkara,hal dengan menggunakan perantaraan bahasa.

Yahya Othman
Kemahiran menulis adalah penyaluran ilmu,idea atau maklumat secara
bersistem dan ia mengambil kira aspek tujuan penulis,penggunaan bahasa,audience
dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan alam dan kehidupan
secara lebih menyeluruh

Don Byrne
Menulis memerlukan usaha mental secara sedar. Ini kerana semasa menulis,
proses mengekodkan berlaku dalam fikiran penulis iaitu menterjemahkan kandungan
pemikiran ke dalam bahasa yang dapat di fahami.

Koh Boh Boon
Menulis merupakan satu aspek yang penting.Sebahagian besar kegiatan
belajar memerlukan kecekapan merakamkan pengetahuan secara bertulis.Penulisan
merupakan kemahiran melahirkan idea dalam bentuk tulisan secara tersusun dan
logik.

Ishak Haron
Beliau berpendapat, penulisan berkaitan keupayaan intelek dan mental penulis
dalam menggarap idea. Kemahiran pertama yang diperlukan bagi menulis ialah
kemahiran penulisan secara mekanis.

MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara
perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Kaedah Menulis
Kemahiran menulis secara mekanis
Melibatkan latihan pergerakan tangan, otot, jari dan sebagainya
Penting dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menulis dengan
kemas.
Pelajar diperkenalkan huruf, tanda bacaan dan lain-lain.
Menulis Secara Mekanis
Latihan pergerakan tangan, otot dan jari
Tunjukkan pergerakan tangan menulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan
sebagainya.
Melatih menulis unsur-unsur huruf perkataan dan gambar.
Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong dan
lain-lain.
Melatih murid menulis cepat, senang dan kemas.
Penulisan Kreatif / Pelahiran Mental
Biasanya dikuasai selepas pelajar menguasai kemahiran mekanis
Contohnya membuat karangan melibatkan pernyataan pendapat atau
lain-lain.

Kaedah menulis
1. PRAMENULIS
Melatih otot-otot tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata kepada
murid-murid.
Aktiviti boleh dilakukan dengan pelbagai cara
2. PERINGKAT MENDIRIKAN ASAS (MEKANIS)
Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
Semasa menulis, murid digalakkan menyebut sambil menulis.
3. PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN
Mengajar murid menulis dengan bersih dan kemas dengan kepantasan yang
sesuai.
Membolehkan murid-murid menulis dengan jarak yang sesuai antara perkataan
dalam ayat.
Contoh aktiviti pramenulis
Aktiviti membuat corak :
Aktiviti mewarnakan corak :
Aktiviti melukis secara menyerong atau menegak :
Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya
Contoh aktiviti peringkat mendirikan asas (mekanis) :-
1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.
2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu atau dua
3. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
4. Menulis huruf mengikut urutan yang tetap
5. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
6. Menyalin perkataan dan ayat-ayat yang mudah.
Kesalahan biasa dalam tulisan :-
Bentuk huruf tidak sama saiz.
Jarak antara huruf tidak sama.
Tulisan menjadi kotor.
Kecondongan tulisan tidak sama.
Proses kemahiran menulis
1. Pembelajaran tiga peringkat menulis
2. Mengajar tentang kedudukan badan,kertas dan pensel semasa menulis.
3. Mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf
4. Kenalpasti kesalahan murid.
5. Menyediakan pelbagai alat pembelajaran.
Jenis-jenis penulisan :-
Karangan terkawal
Separuh terkawal
Karangan bebas
Karangan berpandu

Kaedah pengajaran penulisan kreatif :-
Motivasi
Persediaan
Persembahan
Perlaksanaan

Contoh Aktiviti Kemahiran Penulisan Kreatif
Mengisi silang kata.
Mengisi tempat kosong dalam ayat
Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi
Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai
Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita
Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan dan lain-lain.

Rujukan:
Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong. (2011). Kaedah Pengajaran
Bahasa. Dimuatturun daripada
http://ppkismkkl.blogspot.com/


Maklumat 3
PENGAJARAN MENULIS
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu
dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan
perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata
dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan
orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu pelajaran menulis sangatlah
penting kerana ia bertindak sebagai alat menurunkan segala isi pelajaran dan
mempamerkan buah fikiran seseorang.
Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik
dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitu juga
sebaliknya. Seseorang menulis karangannya kerana ada yang membacanya. Dan
seseorang berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah suatu yang terpisah
sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.
Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada
kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah
merisaukan kerana mereka sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.
Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia
tahu membaca.

TUJUAN TULISAN
Tujuan Serta-merta adalah untuk:
1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik, cekap dan pantas.
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan
menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
3. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan
yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.
4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna
dalam bentuk tulisan.
5. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai
bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.
6. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,
perkembangan bahasa dan tulisan.
7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.
Tujuan Lanjut adalah untuk:
1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan.
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
Misalnya, seseorang penulis, penyajak atau pengarang dapat menggambarkan
sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang
berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya.
3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak
dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri untuk orang
ramai umumnya.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN
Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran
tulisan. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran
untuk pelahiran (mental).
Kemahiran Menulis Secara Mekanis.
Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya
murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.
Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf-huruf
dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman
asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid menguasai
kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan meknikal yang boleh dijalankan untuk
mendapatkan kemahiran tersebut antaranya:
a) Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat
garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
b) Tunjukkan cara pergerakkan tangan, tulisan di awangan, di pasir, di papan tulis
dan sebagainya.
c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan
melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
d) Melatih dan tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak,
kekemasan, kebersihan dan lain-lain.
f) Melatih manulis cepat, jelas dan senang dibaca.
g) Melatih menulis cantik.
Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)
Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak
mendapat mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental.
Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis
untuk pelahiran adalah:
a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.
b) Latihan pernyataan perasaan.
c) Latihan pernyataan kehendak.
d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Peringkat Pratulisan (persediaan)
2. Peringkat Tulisan Mekanis (mendirikan asas)
3. Peringkat untuk Pelahiran

PERINGKAT PRATULISAN (PERSEDIAAN)
Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas
dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi
tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal lagi. Bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran berbentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas,
pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik tolak daripada
aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan
latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti menggerakkan jari di atas
garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat
menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di pasir, di
atas rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil
juga boleh dilakukan. Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan
pergerakkan jari dengan memainkan jari, menekan jari, menggoyangkan tangan,
meramas-ramas jari dan sebagainya.
Setelah mahir aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan
pergerakkan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan
koordinasi tangan dan mata. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah
seperti latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, Latihan
membentuk garis lurus, latihan mewarna rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan
atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak gabungan antara
bulatan dan garis lurus secara bebas.
Aktiviti-aktiviti latihan pratulisan:
1. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan.
2. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput
tanpa menggunakan alat tulis
.3. Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari, menekan-nekan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
4. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garis lurus. Dilakukan
secara bebas.
5. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garis-garis lurus dan bulat.
6. Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan perkara-perkara berikut:
a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.

PERINGKAT TULISAN MEKANIS (MENDIRIKAN ASAS)
Setelah murid-murid menjalani latihan pratulisan, faham dan tahu cara memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid-murid
membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.
Setelah didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang
bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan
tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula pada garisan lebar hingga kepada
lembaran satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke
lembaran satu garis itu.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk bulatan dan
garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris
dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan membentuk
lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis
bagi menghasilkan tulisan yang seragam. Semasa menyampaikan kemahiran
tersebut, guru haruslah memberi perhatian kepada beberapa perkara iaitu
kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan
membetulkan urat-urat daging kanak-kanak.
Selain itu, guru haruslah member perhatian kepada kanak-kanak untuk menulis
dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan
menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah
menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat dapat
menggunakan alat-alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat
lain yang sesuai.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis
mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan
menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya
menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini
diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang
mudah dan sebagainya.
Semasa menyampaikan kemahiran ini, guru haruslah memberi perhatian kepada
beberapa perkara berikut:
a) Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan
menggunakan gambar.
b) Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan
urat-urat daging kanak-kanak.
c) Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
d) Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baru bergaris.
e) Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, barulah dilatih
menggunakan buku dan alat-alat yang sesuai.
Aktiviti-aktiviti latihan tulisan mekanis:
1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.
2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
3. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris,
4. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis

PERINGKAT UNTUK PELAHIRAN
Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan
fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada
yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh
menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh
dijalankan adalah dengan mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat,
melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang
lengkap dengan perkataan yang diberi.
Selain itu, aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambah rangka kata yang
sesuai juga boleh dilakukan. Seterusnya asah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat
bagi menyudahkan cerita, menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan,
menulis jawapan-jawapan kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang
diperlihatkan dan menulis karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti
yang dapat dijalankan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis,
antaranya:
a) Mengisi silang kata.
b) Mengisi tempat kosong dalam ayat.
c) Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
d) Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
e) Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
f) Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
g) Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
h) Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
i) Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
j) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.
KESALAHAN-KESALAHAN BIASA DALAM TULISAN
a) Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
b) Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya,
tegak dan condongnya.
c) Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara:
1. Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan peringkat
mendirikan asas.
2. Berilah penerangan dan contoh-contohyang betul dan sesuai supaya dapat diikuti
oleh kanak-kanak dengan mudah.
3. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid atau
sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
4. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.
5. Jangan galakkan mereka menggunakan pemadam getah terlalu kerap kerana
boleh mengotorkan tulisan.
6. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
7. Dari segi kedudukan dan cara menulis:
a) Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan
betul.
b) Kedudukan bangku, meja, kerusi dan sebagainya biarlah memberi keselesaan.
c) Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan tangan kiri
menyokong badan.
d) Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci.
e) Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
f) Pen atau pensel hendaklah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu.
g) Jangan duduk membongkok ketika menulis.

PENDIDIKAN PEMULIHAN
Murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran di sekolah-sekolah akan diberi
langkah-langkah khas untuk membantu mereka meningkatkan prestasi dalam
pemeblajaran iaitu melalui pendidikan khas. Program pemulihan ini adalah bertujuan
untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan hanya dilakukan dalam tempoh masa
yang pendek sahaja.
Murid-murid yang diletakkan di bawah program pemulihan ini bukanlah murid-murid
yang cacat akal tetapi murid-murid yang memperlihatkan tahap pencapaian yang
tidak memuaskan dalam pembelajaran berbanding dengan murid-murid yang sebaya
dengan mereka. Mereka juga sering ketinggalan di dalam kelas dan tidak dapat
menyiapkan tugasan yang diberi.
Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan berada di
bawah program pendidikan pemulihan ini ialah dari segi makanan kekurangan zat,
ketika membuat kerja mereka kurang tekun dan kurang fokus terhadap sesuatu,
kebolehan pengamatan seperti pendengaran dan penglihatan mereka lemah,
pencapaian dalam pembelajaran mereka juga berada pada tahap rendah serta
tercicir dalam mata pelajaran sejak dari awal lagi, mempunyai konsep kendiri yang
negative seperti malu bertanyakan soalan di dalam kelas, mempunyai masalah
disiplin seperti ponteng kelas dan tidur di dalam kelas semasa guru sedang mengajar
dan lemah untuk mengalihkan pengetahuan kepada berbagai-bagai situasi
pembelajaran.
Prinsip-prinsip pendidikan pemulihan merangkumi aspek psikologi dan kognitif.
Antaranya ialah memberi kata-kata semangat untuk membangkitkan keyakinan
murid-murid ini . Hubungan mesra antara guru-guru dengan murid-murid dan antara
murid-murid dengan rakan-rakan perlu diwujudkan bagi membantu membangkitkan
keyakinan murid-murid yang bermasalah ini. Selain itu, cara lain ialah murid-murid
yang berada di bawah program pemulihan ini perlu di beri perhatian secara individu.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu memperbanyakkan
penglibatan mereka dalam aktiviti kelas. Untuk menaikkan lagi semangat mereka
untuk belajar, guru juga perlu menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan
yang dicapainya dan wujudkan situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan
pelajarannya.
Peranan Guru
Untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ini, guru-guru
perlu memperluaskan peranan sebagai seorang penyusun dan penyampai pelajaran.
Guru-guru perlu mempunyai kemahiran tertentu untuk memainkan peranan sebagai
pencari-pemulih kelemahan dan keistimewaan mereka bergantung kepada
kebolehan dan kecekapannya dalam menjalankan pengajaran pemulihan. Selain itu,
guru juga perlu bergantung kepada kemahuannya untuk mempelajari dan mencuba
kegiatan-kegiatan pemulihan. Guru-guru juga perlu bekerjasama dengan
rakan-rakan sejawat dan guru besar dalam mencuba sesetengah kegiatan
pemulihan yang dipelajari.
Oleh itu, bengkel-bengkel yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran guru
pemulihan hendaklah sentiasa diadakan untuk membekalkan lebih banyak
kemahiran dan sekaligus memperlengkapi mereka sebagai pencari-pemulih yang
berkesan. Selain itu, boleh juga diadakan pameran alatan mengajar dan demonstrasi
teknik mengajar murid-murid lembam. Ini akan memberikan guru-guru tersebut lebih
banyak ilmu-ilmu yang berguna untuk dipraktikkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Proses Pengajaran Pemulihan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengajar kanak-kanak
pemulihan ini secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat ini disusun secara
berturutan dimana peringkat-peringkat ini saling berhubung antara satu dengan yang
lain. Peringkat-peringkat ini diberi nama pendekatan mengatasi masalah kerana
dimulakan dengan aktiviti-aktiviti pengesanan masalah dan kemudian cuba
mengatasinya. Pendekatan ini mempunyai empat langkah yang merupakan proses
Pengajaran Pemulihan.
1. Peringkat pertama ialah penentuan murid-murid lemah dan masalah pembelajaran
mereka.
Guru perlu mengesan dan mencari kelemahan-kelemahan yang ada dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Guru-guru juga perlu mengesan murid-murid yang lemah di dalam kelasnya dan
juga kekurangan pengajaran yang mungkin menyebabkannya.
2. Peringkat kedua ialah penentuan punca kelemahan.
Semasa menganalisis ujian diagnostik yang telah dijalankan dahulu, guru perlu
memikirkan mengapakah sesetengah murid mengalami masalah terhadap item-item
tertentu.
Masalah-masalah ini mungkin disebabkan faktor-faktor seperti masalah
pembelajaran, masalah peribadi, masalah kecerdasan, masalah psikologi, masalah
kecacatan fizikal dan masalah kecacatan mental atau terencat akal.
3. Peringkat ketiga ialah pilihganti tindakan.
Guru-guru haruslah merancangkan aktiviti yang berkesan untuk membantu
murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran setelah mengetahui
faktor-faktor yang menyebabkannya.
Contohnya sekiranya murid itu lemah dalam diskriminasi penglihatan, guru akan
memberi latihan yang boleh membantu mereka memperolehi kemahiran diskriminasi
dalam membezakan benda-benda, gambar, bentuk, huruf dan perkataan.
4. Peringkat keempat ialah penilaian kejayaan program pemulihan.
Peringkat ini merupakan proses yang harus dijalankan terus menerus kerana
pemulihan adalah bertujuan untuk mengesan kemajuan murid-murid yang lemah
menjalankan kegiatan pemulihan.
Setelah mendapatkan maklumat daripada penilaian ini, guru-guru akan
menentukan tindakan yang selanjutnya.

Pemulihan Menulis
Saringan Dan Diagnosis
Antara cara yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk mengesan dan membuat
saringan tentang kebolehan menulis murid-murid mereka iaitu dengan melihat
tulisan-tulisan anak murid mereka dalam buku latihan.
Cara ini kurang memuaskan kerana tulisan murid-murid ini mungkin berubah
mengikut keadaan.
Contohnya jika diberi masa yang lebih lama mungkin tulisan mereka akan lebih elok
dan jika masa terhad mereka akan menulis dengan tidak kemas.
Antara cara lain untuk mengesan atau membuat saringan kebolehan menulis
murid-murid di dalam kelas ialah dengan mengikuti langkah-langkah berikut.
Guru perlu sediakan bahan bacaan yang mempunyai ayat yang tidak mengandungi
perkataan yang sukar difahami murid-murid mereka.
Setelah murid-murid membaca ayat tersebut, beberapa kali dan sudah memahami
semua kandungan ayat tersebut, guru boleh mengarahkan murid-murid menulis ayat
tersebut sebanyak lima kali dengan tulisan yang terbaik tanpa masa yang dihadkan.
Setelah mereka selesai menulis, guru mengarahkan mereka menulis semula ayat
yang sama seberapa banyak yang mereka mampu dalam masa tiga minit. Setelah
tiga minit, guru akan mengutip hasil kerja mereka.
Semasa menilai tulisan murid-murid, guru perlu membandingkan kualiti kedua-dua
tulisan antara yang masa tidak dihadkan dengan tulisan yang menghadkan masa.
Cara untuk mengira kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad ialah
dengan membahagikan jumlah perkataan dengan masa.
Daripada ujian yang telah dilakukan, guru-guru dapat mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan tulisan. Antara murid-murid yang tergolong dalam
kumpulan pemulihan ini ialah,
murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang
masanya terhad.
murid yang tulisannya tidak dapat dibaca dalam ujian yang menghadkan masa
murid yang kadar menulisnya lambat dan murid yang tulisannya terlalu condong ke
kiri atau tulisannya terlalu besar atau terlalu kecil sehingga sukar di baca.

Untuk mengesan murid-murid yang mempunyai tulisan sukar dibaca ialah guru-guru
boleh menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh
tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel tulisan ini telah disediakan
berdasarkan kajian yang luas dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang
dapat dikaitkan dengan tahap murid. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu
tahap dapat dibandingkan dengannya. Walaubagaimanpun, Skel Tulisan ini hanya
merupakan alat mengesan dan tidak dapat menentukan kelemahan murid seperti
yang dibuat dalam diagnosis.
Cara-cara Mengatasi Masalah Tulisan.
Untuk mengatasi masalah tulisan, guru-guru perlulah memberi latihan dan
pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan
asas. Untuk sesuaikan dengan tahap keupayaan murid secara individu, tunjukkan
cara dan contoh-contoh yang jelas dan betul supaay dapat diikuti dengan mudah.
Seperti mana yang diketahui, guru merupakan contoh atau model yang menjadi
ikutan murid-murid semasa di sekolah. Oleh itu, tulisan dan cara-cara guru menulis
akan menjadi contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan
teliti dan betul. Guru-guru juga perlu memastikan kertas-kertas lembaran kerja
bertulis dibuat dengan sempurna. Selain itu dalam proses mengatasi masalah tulisan
di kalangan murid-murid, guru juga perlu memberikan mereka latihan yang banyak
dan berterusan.
Kaedah Pengajaran Pemulihan Tulisan dan Penilaiannya.
Bagi murid-murid sekolah rendah pengajaran pemulihan tulisan adalah berdasarkan
pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Pengajaran penulisan ini akan lebih mudah
dipelajari jika murid-murid itu diajar sejak kecil lagi. Umur yang paling sesuai untuk
memulakan pengajaran penulisan adalah pada umur empat tahun setengah. Mereka
boleh diberikan latihan dengan menggunakan pensil atau krayon. Untuk mengajar
kanak-kanak memegang pensil atau krayon, murid-murid disuruh memegang pensil
dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Mereka diberitahu supaya
membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Cara mengacau adalah
dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat dan seluruh anggota badan perlu dihayun
bukan setakat tapak tangan sahaja. Setelah mahir membuat pergerakan bulatan
murid akan diajar bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil
dimana pensil itu harus dipegang dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Kemudian murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk tadi sambil membiarkan tiga jari yang lain berada dalam
keadaan selesa dan senang. Kemudian mereka akan diajar supaya meletakkan ibu
jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh mengawal jari di
kedudukan ini. Kemudian mereka akan diajar melonggarkan pegangan pensil oleh
ibu jari serta jari teluntuk supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah di
kedudukan yang betul.
Latihan Sebelum Menulis
Sebelum menulis, murid-murid diajar menggunakan jari mereka untuk membuat
berbagai-bagai bentuk. Latihan ini boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang
menggunakan kanji dan warna untuk membuat bentuk-bentuk asas seperti bulatan,
garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus dengan
menggunakan jari mereka. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan dan guru
harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. Titik permulaan
harus diberitahu serta dilukiskan dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang
perlu mereka lakukan.
Latihan Menulis
Setelah pandai menggunakan pensil, murid-murid akan dilatih tangan mereka.
Huruf-huruf yang hampir sama perlu diajar bersama kecuali huruf b dan d. kedu-dua
huruf ini tidak harus diajar bersama kerana huruf-huruf ini mudah dibalikkan oleh
murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. manakala huruf q perlu diajar bersama
dengan huruf u lewat sedikit. Sebaikbaiknya beberapa kumpulan huruf harus diajar
berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru
dipelajari seperti dalam contoh berikut.
1. Murid-murid disuruh menyalin atau meniru bentuk-bentuk huruf yang disediakan.
2. Guru perlu menyediakan titik permulaan di atas kertas tulisan murid dan guru perlu
menyatakan langkah-langkah yang dibuat ketika mengajar murid secara individu.
3. Murid perlu diajar untuk menulis di atas kertas yang lebih kecil selepas mereka
mahir menulis huruf yang besar di atas kertas besar.
4. Murid yang mempunyai masalah persepsi visual harus diberi huruf-huruf yang
sudah sedia dipotong yang ditampalkan pada sehelai kertas untuk panduannya.

Rujukan:
Pasirpekani. (2011). Kemahiran Bahasa. Dimuat turun daripada
http://pasirpekani.blogspot.com/


Maklumat 4
KEMAHIRAN MENGEJA untuk Murid Pemulihan Khas.
Wasilah Pendidikan Khas 2010 9 18 4:44
Pengenalan
Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan
bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari.
Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir
mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran ini boleh diperolehi
melelui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca
tetapi lemah dalam ejaan.
Punca kanak-kanak lemah dalam ejaan
Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah :
i. Lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory)
ii. Lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis)
Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga
kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek.
Lemah mengeja dari segi ingatan penglihatan
i. Mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili
bunyi-bunyi tertentu.
ii. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan itu.
iii. Pembalikan huruf: (b d), (n u) , (m w) dsbnya.
iv. Memilih huruf-huruf yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi
susunan. Ct: rumah jadi ramuh , padat jadi dapat dsbnya.
v. Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Ct. Saya jadi sAyA
vi. Meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Ct. Tinggal jadi tingal,
berenang jadi bernang dsbnya.
Lemah mengeja dari segi analisis pendengaran
i. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
ii. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam
perkataan itu.
iii. Memilih lambang-lambang secara arbitrari dan rawak.
iv. Besar kemungkinan lemah di dalam bacaan.
Kaedah / teknik / pendekatan pemulihan ejaan
a. STRATEGI A (Mike Torbe 1979)
i. Tuliskan perkataan itu di papan tulis atau kad dengan terang.
ii. Sebutkan perkataan itu dengan jelas.
iii. Murid ikut guru menyebut perkataan.
iv. Beri masa untuk murid memerhati perkataan itu.
v. Minta murid menuliskan perkataan itu dari ingatan.
vi. Murid menutup perkataan yang tertulis dan eja. Jika betul, minta ia
menuliskannya sekali lagi, jika salah, ulang langkah 2 6.
vii. Pastikan kanak-kanak menggunakan perkataan itu dalam kerja bertulis.
b. Pemulihan Cara Multi-Sensori (Fitzgerald 1955)
i. Murid diminta melihat dan menyebut perkataan itu dengan betul serta
menggunakannya di dalam ayat.
ii. Murid diminta membayangkan perkataan itu dan menyebut suku kata yang
terlibat satu per satu. Kemudian murid diminta mengeja perkataan itu secara lisan,
diikuti dengan menyalin di udara atau di atas perkataan itu sendiri.
iii. Minta murid melihat semula perkataan itu dan kemudian lelapkan mata dan
perhatikan gambaran perkataan itu dalam ingatan. Minta murid mengeja perkataan
itu sekali lagi. Jika berlaku kesalahan, ulang proses di atas.
iv. Minta murid menulis perkataan itu tanpa melihat kad contoh. Jika betul, tulis
perkataan itu berulang kali.
Aktiviti-aktiviti ke arah kemahiran mengeja
i. Membina perkataan berirama sama di pangkal, di tengah atau di hujung.
Contoh: labu, laku, lalu, lagi
keladi, selalu, lelaki, belalang
kala, bala, sila, pahala, menjala
ii. Mendiskriminasikan perkataan. Cth: lelaki, kelapa, selipar, selalu, keladi
iii. Melengkap atau mengimbuh perkataan
Contoh: makan menjadi dimakan, memakan, makanan, dimakannya, makanlah dll
iv. Mencari perkataan di dalam perkataan
Contoh: di perkarangan : perkara, karang, karangan, ara, arang, rang
v. Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan
Contoh: sapu menjadi usap, suap, paus, puas
vi. Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau kumpulan
vii. Mencari perkataan berlawan, berganda, dan jantina.
viii. Permainan teka-teki
ix. Permainan teka silang kata
x. Aktiviti kamus, iaitu; mencari perkataan, memberikan perkataan seerti dan
memberi erti perkataan atau sebaliknya.


Rujukan:
Wasilah Pendidikan Khas. (2010). KEMAHIRAN MENGEJA untuk Murid Pemulihan
Khas. Dimuat turun daripada
http://www.facebook.com/pages/Wasilah-Pendidikan-Khas/153420324676020

Anda mungkin juga menyukai