ABSTRAK
Bahan pengajaran merupakan alat yang penting yang dapat menjadi pemangkin dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Untuk berupaya menjadi bahan pengajaran yang efektif, bahan tersebut haruslah
menitikberatkan kesediaan, keupayaan dan minat murid dalam Bahasa Melayu(BM). Memandangkan
meningkatnya jumlah pelajar yang mempelajari BM datang dari keluarga yang menggunakan Bahasa
Inggeris(EL) di rumah, satu pedagogi alternatif perlu diterokai untuk membantu murid-murid ini. Oleh itu,
kajian ini merupakan kajian awal bagi meneliti kesan penggunaan bahan pengajaran dwibahasa terhadap
pengajaran dan pembelajaran BM dalam kalangan murid-murid darjah 1 yang datang daripada keluarga
yang tidak menggunakan BM di rumah. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui praujian dan
pascaujian sebelum dan sesudah murid menggunakan bahan ini. Kajian kualitatif juga dilakukan untuk
meneliti perubahan sikap dan perlakuan murid dalam proses pembelajaran. Secara umum, terdapat
perubahan yang signifikan di segi pemahaman dan motivasi murid dalam proses pembelajaran di bilik
darjah.
Kata kunci: Dwibahasa, bahan pengajaran dwibahasa, literasi bahasa, teknik terjemahan, kurikulum
bahasa Melayu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1. Pengenalan
Dasar dwibahasa di Singapura bertujuan untuk mengekalkan nilai tradisi melalui bahasa ibunda dan pada
masa yang sama menguasai bahasa Inggeris (EL) bagi kepentingan ekonomi telah berakar umbi sejak tahun
1959 lagi1. Dasar ini memang telah mendapat banyak perhatian di dalam dan luar negara dan
pelaksanaannya juga sering diperdebatkan untuk tujuan meningkatkan mutu pendidikan bahasa agar
hasrat dwibahasa ini dapat dicapai. Atas alasan inilah, pengemaskinian2 terhadap kurikulum bahasa
Melayu dijalankan agar selaras dengan perubahan yang berlaku terhadap penggunaan bahasa dalam
kalangan masyarakat majmuk Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini untuk memastikan
agar dasar bahasa ini dapat diperbaik, diperkukuh dan tetap relevan demi mempersiapkan generasi muda
menghadapi era globalisi pada masa kini dan mendatang.3
L. Quentin Dixon. , 2005. The Bilingual Education Policy in Singapore: Implications for Second Language Acquisition, Proceedings of
the 4th International Symposium on Bilingualism, MA: Cascadilla Press, hal 625.
2
Semakan Kurikulum BM telah dijalankan oleh Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi BM yang
dipengerusikan oleh A/P Dr Hadijah Rahmat dan saranan pembaikannya terdapat dalam Laporan Semakan Kurikulum
dan Pedagogi BM, 2005. Selepas itu, Semakan Kurikulum BM 2010 yang dipengerusikan oleh Pengarah Agung
Pendidikan menyusuli untuk memperhalus Kurikulum BM 2005 bagi menangani profil murid Bahasa Melayu yang
terus berubah.
3
MOE Singapura, 2007. Mempersiapkan Pelajar bagi Masa Depan yang Global Memperkukuh Pembelajaran Bahasa
dalam Sidang Akhbar , 7 Mar 07.
614
Ucapan Dr Ng Eng Hen, Menteri Pelajaran dan Menteri Kedua Pertahanan dalam Upacara Pelantikan Pengetua ke-12
di Hotel Shagri-La pada 29 Dec 2009.
5
Kementerian Pendidikan, 2005. Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu.
Singapura, hal 2.
6
Au Yong, J., Bilingual policy was most difficult: Minister Mentor, The Straits Times, 3 Nov 2009.
7
Bahan dwibahasa ini bertajuk Mari Ikut DIdi oleh Noor Afidah Abdul Rahman dan Haslindah Mispan yang dibina bagi
memenuhi satu modul dalam Kursus Sarjana, Literasi dalam Pendidikan.
615
4. Permasalahan Kajian
Sebelum menyarankan penggunaannya secara meluas, bahan yang dibina ini haruslah diuji untuk
mengetahui sejauh mana bahan ini boleh diguna pakai. Langkah ini merupakan langkah rintis kerana ini
merupakan kali pertama bahan dwibahasa ini digunakan untuk membantu murid meningkatkan
pemahaman mereka.
Pernyataan Masalah Justeru kajian ini dijalankan untuk mencari pendekatan alternatif yang sesuai bagi
membantu murid-murid ini darjah 1 yang baru sahaja memasuki sekolah rendah bulan Januari. Pelajaran
BM yang dimaksudkan ialah pelajaran kosa kata dan memahami arahan-arahan asas yang dapat membantu
mereka menjalankan aktiviti pembelajaran. Pengajaran akan menggunakan bahan dwibahasa, BM dan EL,
bagi pembelajaran BM murid-murid darjah 1 ini. Dua soalan yang ingin diteliti dengan terperinci dalam
kajian ini adalah: Dapatkah kita membantu meningkatkan pemerolehan kosa kata dan pemahaman murid-murid darjah 1
yang tidak berbahasa Melayu di rumah dengan menggunakan bahan dwibahasa, BM dan EL?
Bagaimanakah dapat kita menambah kosa kata dan pemahaman mereka dengan menggunakan bahan
dwibahasa tersebut?
Kedua-dua soalan ini sebenarnya membawa pengkaji melihat peningkatan jumlah kosa kata yang diperoleh
murid-murid dengan meneliti jumlah perkataan sebelum dan selepas bahan ini digunakan. Di samping itu
pengkaji juga boleh mengukur pemahaman murid dengan meneliti aspek-aspek lain seperti bagaimana
respons mereka secara lisan dan pergerakan8 terhadap arahan dan soalan serta interaksi mereka bersama
guru dan kawan-kawan yang lain. Hal ini juga penting untuk menunjukkan pemahaman mereka.
Oleh itu hipotesis kajian ini ialah penggunaan bahan dwibahasa, BM dan EL dapat membantu
meningkatkan kosa kata dan pemahaman murid-murid mempelajari BM.
5. Pengertian Istilah
5.1 Bahan Pengajaran Dwibahasa
Bahan pengajaran dwibahasa (BM dan EL), Mari Ikut Saya(MIS) yang digunakan dalam kajian ini
merupakan bahan yang dibina untuk memberikan pendedahan murid terhadap dua bahasa yang dicetak
pada muka surat yang sama. Kedua-dua bahasa ini menerangkan cerita yang serupa bagi gambar yang
sama agar dapat membantu murid membina makna9 yang disampaikan dalam BM dengan bantuan EL yang
lebih difahami oleh murid seperti yang terdapat dalam Rajah 1 berikut.10
Ini Didi.
Didi hendak ke
Bumi.
Mari ikut Didi.
This is Didi.
Didi wants to go to
Earth
Lets follow Didi.
Anstey, M. & Bull, G., (2006). Teaching and Learning Multiliteracies: Changing Times, Changing Literacies.
International Reading Association , hal 25
9
C. Driessen, et al., 2008. A Quantitative Analysis of Language Learning Tasks: The Design of a Tool, Journal of
Curriculum Studies, 40:6, hal 805.
10
Mari Ikut Saya, hal 14.
616
Selain itu, buku MIS ini juga menerapkan prinsip pembinaan bahan yang bertujuan untuk menggalakkan
perlakuan mental. Hal ini termasuklah pengulangan rima dan struktur, seperti yang tertera di atas; Didi,
bumi, mari dan ayat-ayat yang terdapat dalam halaman 15 dalam buku MIS. Contohnya, Nasib Didi malang.
Didi jatuh melayang-layang, ke atas penyu yang sedang berenang.
Begitu juga susunan perkataan dari mudah kepada susah dan ayat yang pendek kepada yang panjang.
Contohnya, ayat pertama ialah Ini Didi dan ayat terakhir pula ialah Dia melambung keluar dan jatuh ke
tempat asal. Susunan idea pula dari yang konkrit kepada yang abstrak. Contohnya perjalanan daripada
hutan ke dalam lautan, dan kata kerja lompat kepada hidup dalam lautan.
MIS juga bermatlamat untuk memupuk pemikiran positif dalam diri mereka agar berani meneroka hal-hal
yang baharu. Hal ini ditekankan semasa murid diajak melihat perkara-perkara yang dapat dilihat di darat
secara dekat, melalui pandangan dari angkasa dan menyelam dalam air. Soalan seperti Awak siapa?, Awak
makan apa, Tupat?, Ini apa? dapat menggalakkan mereka berfikir dan menimba pengetahuan tentang
alam sekeliling mereka. Soalan-soalan ini dapat memberikan peluang pada murid mengaitkan hal tersebut
dengan kehidupan mereka. Menurut Westhoff (2000), hal dan objek yang menggerakkan mental melalui
perlakuan memudahkan ingatan dan informasi yang diperoleh dapat disimpan dalam ingatan jangka
panjang.
Bertemakan alam semula jadi, perkara yang disentuh juga merupakan perkara yang biasa didengar
daripada ibu bapa atau guru walaupun dalam EL. Konsep benda maujud seperti nama binatang, perbuatan
dan deskripsi benda juga telah mereka peroleh dalam EL. Mereka juga diberi peluang untuk mempelajari
pengetahuan bahasa yang lain. Buku MIS juga memasukkan input bahasa yang disisip secara kontektual
seperti yang disarankan oleh Krashen (1981). Matlamat pengajaran dan pembelajaran BM dalam buku MIS
adalah:
Memperkenalkan golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan
kata yang lazim digunakan ialah kata nama yang terdiri daripada kata nama konkrit seperti nama orang
dan binatang.
Merangsang penggunaan mental dan psikomotor murid misalnya melalui penggunaan rima dan aktiviti
membaca secara lantang secara beramai-ramai.
Menggalakkan murid berkongsi pengalaman melalui peristiwa dalam bahan.
Menggalakkan literasi dwibahasa agar murid terangsang untuk membaca dalam dua bahasa BM dan EL.
Mengukuhkan kemahiran mendengar, bertutur di peringkat awal dan kemudian kemahiran membaca
dan menulis di peringkat selanjutnya.
Selain itu, warna dan ilustrasi kartun disertakan untuk merangsang minat dan perhatian murid. Buku yang
berukuran 400X550 mm boleh digunakan untuk kegiatan membaca bersama bagi kelas kecil yang kurang
daripada 10 orang. Reka letak buku ini juga disusun berdasarkan cerita yang ingin disampaikan. Aksara
bagi BM lebih besar untuk pembelajaran daripada aksara EL. Ini membolehkan tumpuan kepada BM bagi
memudahkan pemerolehan kosa kata.
5.2 Pemerolehan Kosa Kata
Memiliki kosa kata yang banyak dan tepat merupakan satu tuntutan dalam membolehkan murid bertutur
dan menulis dengan baik. Seseorang murid yang mempunyai kosa kata yang banyak dapat bertutur dengan
yakin dan lancar. Menurut Snow & Dickinson (1991) pendedahan terhadap peluang memperoleh kosa kata
pada peringkat awal melalui wacana yang merangsang kognitif dan linguistik murid mempunyai kaitan
dengan kejayaan literasi pada masa hadapan. Kosa kata boleh dikembangkan melalui pendengaran dan
pembacaan. Pendekatan yang boleh digunakan melalui penggunaan bahan ini ialah pendekatan terus dan
617
pendekatan tidak langsung.11 Murid akan mempelajari perkataan dalam bahan ini melalui sebutan yang
diulang berkali-kali dalam bacaan atau nyanyian mereka. Perkataan lompat misalnya digunakan dalam
teks dan diperkukuh dalam lagu Lompat si Katak Lompat dan penggunaan alitrasi serta asonansi dalam
teks yang disertakan. Pendekatan tidak langsung pula diperoleh melalui kegiatan mempelajari tatabahasa,
membaca dan menulis.
5.3 Mengukuhkan Pemahaman
Dalam usaha memberikan makna pada apa yang didengar atau dibaca, seseorang murid harus memahami
teks. Menurut Freebody & Luke (2003), teks pula boleh dalam bentuk kertas, elektronik atau lisan. Teks
juga mencakupi sistem semiotik yang melibatkan sistem linguistik seperti penggunaan perbendaharaan
kata atau kosa kata. Selain itu, kesan visual seperti gambar tetap dan bergerak, warna dan sudut
pandangan juga termasuk dalam sistem semiotik ini. Kesan bunyi seperti rentak dan rima, dan ekspresi
muka dan bahasa isyarat atau badan juga termasuk dalam sistem semiotik.
6. Kepentingan Kajian
Untuk membantu guru menangani kesulitan kerana terpaksa menterjemah setiap perkataan yang terdapat
dalam teks, buku yang telah tersedia perkataannya dalam EL yang boleh membantu murid membina
pemahaman mereka semasa membaca. Murid juga dapat membina keyakinan mereka dalam
pembelajaran. Dengan erti kata yang lain, kaedah menggunakan bahan dwibahasa ini mempunyai potensi
memudahkan pengajaran. Guru dapat menggunakan masa menterjemah untuk mengembangkan kosa kata
yang terdapat dalam teks dan mengukuhkan pemahaman murid terhadap teks yang dibaca. Kajian ini juga
diharapkan dapat memberikan peluang murid-murid menggunakan keupayaan EL mereka untuk membina
makna dalam BM. Dengan mengetahui apa yang dipelajari, minat dan keyakinan mereka untuk belajar BM
semakin bertambah dan meningkatkan.
7. Kajian Lepas
Penggunaan buku cerita dwibahasa bagi memperkayakan kosa kata, meningkatkan kecekapan membaca,
memperkukuh pemahaman dan memperbaik penguasaan bahasa lisan dalam dua bahasa pernah dikaji
oleh ramai pengkaji di barat.
Durgunoglu, Nagy, Hancin (1993) misalnya mengkaji faktor yang mempengaruhi penguasaan kosa kata EL
bagi pembaca berbahasa Sepanyol. Mereka mendapati bahawa kelakonan pembaca mempunyai kaitan
dengan kebolehan mereka mengalihkan pengetahuan bahasa Sepanyol ke EL. Gonzales(1999) pula
membuat kesimpulan bahawa perkembangan fonologi EL penutur bahasa Sepanyol ialah rintitan bukan
serentak.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Neugebauer dan Currie-Rubbin (2009), mereka memperlihatkan
bagaimana buku dwibahasa digunakan dalam pengajaran bacaan di Calca, Peru. Kajian yang berkaitan
dengan kaedah bacaan kuat. Kajian buku dwibahasa juga pernah dijalankan oleh yang lain seperti Mello,
2001 dan Silverman, 2007. Hal ini melibatkan kanak-kanak tahun satu di sekolah yang mengamalkan
bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar di Calca, dalam kelas EL. Kanak-kanak membaca dengan kuat
dan diajak berbincang mengenai teks dan gambar dalam buku. Melalui perbincangan dan penceritaan
semula, kanak-kanak dapat menemukan makna kosa kata dalam buku tersebut. Di dalam kajian ini,
penggunaan bahasa pertama untuk pembelajaran bahasa kedua telah menunjukkan keberkesanan dalam
perkembangan kosa kata serta pemahaman kanak-kanak.
11
Othman, Y., 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Snd. Bhd, hal 126.
618
Sneddon (2008) menggunakan buku dwibahasa dalam pembacaan buku cerita dua orang kanak-kanak
sekolah tahun satu berketurunan Albania yang belajar di England. Kajian yang bertitik-tolak daripada
Cummins (1986) menunjukkan bahawa kejayaan di dalam pendidikan boleh diraih jika bahasa dan budaya
sesuatu masyarakat itu disepadukan dalam pengajaran. Cummins menggalakkan keluarga untuk
memainkan peranan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka. Sekolah dan rumah harus menggalakkan
sesi interaktif sewaktu pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini dijalankan terhadap dua orang kanak-kanak, Magda dan Albana yang fasih bertutur di dalam
bahasa Albania sewaktu mereka kecil. Semenjak kanak-kanak ini mengikuti prasekolah, amalan literasi
mereka dalam bahasa Albania semakin merosot walaupun ibu bapa mereka masih berbahasa Albania. Guru
mereka telah memperkenalkan buku cerita dwibahasa untuk melancarkan bacaan dalam bahasa ibunda
dan EL dengan bantuan ibu mereka. Melalui inisiatif guru serta bantuan ibu bapa akhirnya kanak-kanak ini
mahir dan yakin membaca dalam bahasa Albania.
Terdapat juga kajian yang dijalankan terhadap penguasaan bahasa Mandarin dengan menggunakan buku
dwibahasa. Ma (2008) di dalam kajiannya pula menunjukkan bagaimana buku dwibahasa dapat digunakan
untuk mempertingkatkan pemahaman kanak-kanak berusia tujuh tahun, Minnie, yang berketurunan Cina,
berasal dari Hong Kong dan tidak lagi boleh menguasai bahasa Mandarin semenjak berhijrah dan
bersekolah di England. Proses membaca dan memahami yang dijalankan melalui buku dwibahasa oleh
Minnie dan ibunya adalah sama seperti yang digunakan oleh Sneddon (2008). Secara tidak langsung, ibu
Minnie pula telah memperluaskan kosa kata EL melalui penerangannya kepada Minnie.
Edwards, Monaghan & Knight (2000) pula dalam kajian mereka cuba memperlihatkan bagaimana buku
dwibahasa dapat mempertingkatkan amalan literasi dalam EL dan bahasa Welsh bagi kanak-kanak berusia
antara 6 hingga 10 tahun. Kajian ini juga memperhatikan respons, penggunaan serta pemilihan bahasa
kanak-kanak serta gaya pembelajaran mereka. Pembelajaran bacaan dan pemahaman diajar melalui
kegiatan intepretasi makna perkataan dalam kedua-dua bahasa yang tidak difahami.
Kajian ini telah membuktikan keberkesanan penggunaan buku dwibahasa akibat interaksi antara
kanak-kanak dengan bahan dwibahasa tersebut. Kehadiran dua bahasa di dalam buku cerita ini telah
mempercepatkan proses permaknaan dan pemahaman kanak-kanak terhadap teks yang mereka baca.
8. Kerangka Teori
Pembinaan dan penggunaan bahan dwibahasa dalam pembelajaran dan pengajaran BM sebenarnya
berlandaskan Teori Pemerolehan Bahasa Kedua (L2) oleh J. Cummins(1980). Menurut Cummins penutur
asing telah mempunyai kefasihan dan ketepatan bertutur dalam bahasa pertama (L1) mereka dan hal ini
dapat digunakan untuk mempelajari bahasa kedua (BM). Secara am, Cummins berpendapat bahawa dalam
mempelajari bahasa, seorang murid memerlukan set kemahiran dan pengetahuan metalinguistik dalaman
yang boleh digunakan dalam proses mempelajari bahasa lain. Ini dikenal pasti sebagai Kecekapan Asas
Umum yang menjadi dasar bagi pembelajaran bahasa kedua. Sebarang pengembangan dalam bahagian ini
akan memberikan kesan yang positif pada yang lain. Rajah 2 di bawah menerangkan kedudukan Kecekapan
Asas Umum yang diperoleh dalam L1 dapat menjadi asas pada pemerolehan L2.
619
Te ori Cummins
Bahasa
Pertama
Bahasa
Kedua
Ke ceka pa n
As a s Umum
620
Sekolah-sekolah ini mempunyai murid BM yang datang daripada pelbagai latar belakang bahasa
dominan. Oleh itu, kedua-dua sekolah ini berkemungkinan tinggi dapat digunakan untuk melaksanakan
pengumpulan data yang lebih baik.
Kajian ini mendapat sokongan daripada guru besar dan guru.
Ada semacam kepercayaan antara guru dan pengkaji.
621
Sampel dan latar belakang Darjah 1 kelas BM Sekolah A terdiri daripada 15 orang murid lelaki. Enam
orang berbangsa Melayu, empat Nasrani, tiga Cina dan dua India. Kesemua murid termasuk murid Melayu
datang daripada keluarga yang menggunakan EL di rumah. Melalui pemantauan dan maklum balas guru,
mereka merupakan murid aktif yang mempunyai kepelbagaian minat, keupayaan dan kecerdasan. Namun
bahasa yang digunakan untuk komunikasi ialah EL. Mereka juga datang daripada status sosial yang
pelbagai.
Bagi murid-murid darjah 1 di Sekolah B, terdapat enam orang murid yang mengikuti kajian ini, tiga lelaki
dan tiga perempuan. Namun, seorang murid perempuan tidak hadir kerana sakit. Dua orang berbangsa
Filipino, seorang Inggeris, seorang lagi Melayu dan seorang India. Murid lelaki juga sama seperti Sekolah A,
aktif dan mempunyai kepelbagaian minat serta datang dari status sosial yang pelbagai. Murid perempuan
lebih terkawal tetapi responsif dan mengambil bahagian dalam aktiviti kelas secara aktif. Mereka amat
selesa berbual dalam EL.
Pengajaran dijalankan oleh guru BM. Sekolah A diajar oleh seorang guru lelaki (KZ) berumur 36 tahun dan
tidak mempunyai pengalaman mengajar darjah 1. Pengalaman mengajar ialah lebih kurang tiga tahun dan
mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya. Sekolah B pula diajar oleh seorang guru wanita
(AA) yang mempunyai pengalaman mengajar enam tahun. AA juga mempunyai lima tahun pengalaman
mengajar murid darjah 1 dan 2. Beliau juga mengajar menggunakan buku besar dan kerap menjalankan
strategi membaca bersama-sama.
10. Prosedur Kajian
Kajian ini dimulakan dengan pengumpulan data kuantitatif melalui ujian prapembelajaran yang diajukan
untuk mengukur kecekapan kemahiran mendengar dan bertutur murid. Semua perkataan, ayat dan warna
yang diuji ini terdapat dalam buku dwibahasa. Selepas seminggu praujian, pengajaran dwibahasa ini
dijalankan.
Selepas tiga minggu mengajar, pascaujian dijalankan dan kali ini murid-murid tersebut diberikan kertas
ujian yang mempunyai 33 soalan. 25 soalan lama dan 8 soalan baharu. Soalan-soalan lama ditukar
kedudukannya secara rambang. Soalan bagi melakukan arahan dijalankan secara individu dan soalan kosa
kata, ayat dan warna diberikan kepada seluruh kelas.
Semasa guru menjalankan pengajaran, pengkaji mencatat nota anekdotal untuk mengumpul data yang
menunjukkan reaksi dan interaksi dalam bentuk lisan seperti soalan dan jawapan antara murid dengan guru
serta murid dengan murid.
Soalan temu ramah dengan guru dijalankan pada hari terakhir ujian ini dijalankan. Semua murid di temu
bual untuk mengetahui minat dan tabiat membaca mereka. Mereka juga memberikan pendapat mereka
tentang buku dwibahasa ini.
11. Pengumpulan Data
Kesemua data kuantitatif (praujian dan pascaujian) dan kualitatif kemudian dikumpulkan sebagai data
primari dan diproses untuk mendapatkan perangkaan deskriptif yang dapat menerangkan kelakonan murid
secara individu dan kumpulan. Beberapa ujian statistik dijalankan untuk mengetahui korelasi antara keduadua ujian. Ada juga untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan yang signifikan ke atas kelakonan
murid jika diteliti dengan menggunakan purata skor.
622
Praujian
Jumlah Soalan
AL
MDI
MHAR
RH
LKA
MDE
NAPSK
RSG
CL
MAAH
SLO
CCB
MNA
EF
MA
Purata jawapan yang betul
Pascaujian
Soalan Baharu
25
0.64
1
0.96
0.32
0.24
0.64
0.44
0.4
0.36
0.88
0.44
33
0.82
0.97
0.91
0.70
0.52
0.79
0.91
0.88
0.58
0.82
0.67
8
0.75
0.88
0.75
0.63
0.25
0.63
0.88
0.5
0.5
0.5
0.5
0.44
0.28
0.4
0.16
0.51
0.67
0.58
0.48
0.24
0.70
0.37
0.5
0.5
0
0.54
Jadual ini menunjukkan bahawa skor ujian semua murid meningkat kecuali MD,MH dan MA. Jumlah
penurunan kadar ini antara 0.06 0.02. Apabila diteliti skor pascaujian, ketiga-tiga murid ini mendapat
skor penuh atau hampir penuh bagi soalan-soalan praujian. Oleh yang demikian, amat jelas bahawa
penurunan ini disebabkan oleh kelakonan mereka yang tidak sepenuhnya dalam soalan-soalan tambahan
yang baharu bukan penurunan di segi jumlah kosa kata yang diperoleh.
Walau bagaimanapun, terdapat perubahan positif yang signifikan terhadap kelakonan NA, RGS, CL, MNA
dan RH. Mereka menunjukkan kenaikan antara 0.28 0.48. NAPSK menunjukkan penambahan kadar yang
tinggi dan mencapai kelakonan yang baik dalam pascaujian dan soalan-soalan baharu yang terdapat dalam
ujian tersebut. RGS yang sebelum ini mendapat 0.4 pula telah menunjukkan kenaikan sebanyak 0.48
kepada 0.88. Ini disebabkan oleh kelakonannya yang amat baik dalam menangani soalan-soalan praujian
sebelumnya. Walau bagaimanapun, kelakonannya dalam soalan-soalan baharu adalah sederhana.
Peningkatan kelakonan yang sederhana juga dapat dilihat pada murid-murid lain.
Statistik Perihalan ini juga menunjukkan bahawa skor purata telah meningkat. Skor min juga meningkat
daripada 50% kepada 70% setelah murid-murid diajar dengan menggunakan buku MIS. Walaupun skor min
bertambah baik, kita juga ingin melihat sama ada murid-murid ini telah bertambah baik kelakonannya
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
623
sebagai kumpulan. Hal ini amat penting untuk memastikan bahawa tidak ada murid yang tertinggal
kebelakang. Peningkatan ini ditunjukkan oleh data yang berikut.
Jadual 2 : Kadar Min dan Pemusatan
Praujian
Pascaujian
Mean
0.51 Mean
Median
0.44 Median
Mode
0.44 Mode
Standard Deviation
0.26 Standard Deviation
Sample Variance
0.07 Sampel Variance
Skewness
0.85 Skewness
Right skewed data
Right skewed data
Mean>Median
Mean>Median
0.70
0.69
0.82
0.20
0.04
-0.74
Jadual yang diberikan menunjukkan bahawa kadar sisihan piawai (standard deviation) dan varian sampel
(sample variance) kumpulan Sekolah A semasa praujian pada min 0.51, sisihan piawai ialah 0.26 dan lebih
besar daripada kadar semasa pascaujian pada min 0.7 dan sisihan piawai ialah 0.2. Hal ini bererti lebih
ramai yang berkelompok di min yang lebih tinggi semasa pascaujian. Jarak antara murid yang mendapat
skor rendah dan tinggi semakin mengecil.
Pencongan data di mana terdapat pengelompokan kelakonan berdasarkan median pula menunjukkan
bahawa min pada kedua-dua ujian ini lebih daripada median. Namun, kita dapat melihat bahawa lebih
ramai murid yang berada di sekitar min yang lebih tinggi dan ini menunjukkan peningkatan di segi
kelakonan murid keseluruhannya.
Jadual berikut merupakan dapatan data yang telah diuji dengan menggunakan Ujian-t berpasangan (T- test:
Paired Two Sample). Koefisien korelasi 0.76 pula menunjukkan bahawa murid-murid yang berkelakonan
baik semasa ujian pertama mempunyai kemungkinan yang besar untuk berkelakonan baik pada masa ujian
kedua. Ujian-t ini juga menerangkan bahawa pada aras signifikan 5%, terdapat perubahan yang signifikan
pada skor purata sebelum dan sesudah ujian. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran dengan
menggunakan buku MIS mempunyai kesan pada pemerolehan kosa kata dan pemahaman murid.
Jadual 3 : Ujian-t Berpasangan
Praujian
Pascaujian
Mean
0.51
0.70
Variance
0.06
0.03
Pearson Correlation
0.76
Hypothesized Mean
Difference
0
P(T<=t) one-tail
t Critical one-tail
P(T<=t) two-tail
t Critical two-tail
0.000311
1.76131
0.000621
2.144787
Analisis Data Kelakonan Sekolah B Jadual berikut merupakan analisis data bagi kelakonan setiap murid.
Seperti murid-murid Sekolah A, semua murid juga menunjukkan kelakonan yang baik selepas pascaujian.
624
Peningkatan yang signifikan terdapat pada MA dan FLCG. CMB yang memang baik pemahaman dalam BM
juga menunjukkan peningkatan, walaupun tidak begitu banyak. Begitu juga dengan RN dan ASA.
Jadual 4: Kelakonan Murid Sekolah B (Kadar Jawapan yang Betul)
Nama
Praujian
Jumlah Soalan
MAJ
FLCG
CMB
RN
ASA
Purata jawapan yang betul
25
0.24
0.56
0.8
0.32
0.32
0.448
Pascaujian
Soalan Baharu
33
0.484848
0.727273
0.818182
0.393939
0.363636
0.557576
8
0.88
0.5
0.5
0.5
0
0.45
Pascaujian
0.45
0.32
0.32
0.23
0.05
1.08
Mean
Median
Mode
Standard Deviation
Sample Variance
Skewness
0.56
0.48
#N/A
0.20
0.04
0.52
Jadual ini menunjukkan bahawa kadar sisihan piawai dan varian sampel yang lebih kecil semasa pascaujian
berbanding praujian menunjukkan bahawa lebih ramai yang berkelompok di min yang lebih tinggi. Jarak
antara murid yang mendapat skor rendah dan tinggi semakin mengecil.
Pencongan data di mana terdapat pengelompokan kelakonan berdasarkan median pula menunjukkan
bahawa min pada kedua-dua ujian ini lebih daripada median. Namun, kita dapat melihat bahawa lebih
ramai murid yang berada di sekitar min yang lebih tinggi dan ini menunjukkan peningkatan di segi
kelakonan murid keseluruhannya. Hal ini mengulangi dapatan yang sama seperti Sekolah A. Koefisien
korelation bagi Sekolah B lebih tinggi daripada Sekolah A. Kadar 0.91 menunjukkan bahawa murid-murid
ini mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapatkan skor yang lebih baik pada ujian
selanjutnya.
Jadual 6 : Ujian-t Berpasangan
Praujian dan Pascaujian
Correlation Coefficient
0.91282
Hypothesized Mean
Difference
0
P(T<=t) one-tail
0.030111
t Critical one-tail
2.131847
P(T<=t) two-tail
0.060222
t Critical two-tail
2.776445
Proceeding of the Global Summit on Education GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6),
4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net
625
Ujian-t ini juga menerangkan bahawa pada aras signifikan 5%, terdapat perubahan yang signifikan pada
skor purata sebelum dan sesudah ujian. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran dengan menggunakan
buku MIS mempunyai kesan pada pemerolehan kosa kata dan pemahaman murid. Oleh yang demikian
bagi kedua-dua kumpulan, kajian ini menolak hipotesis Ho dan menerima hipotesis alternatif Ha yang
telahpun dinyatakan sebelum ini.
Dengan menggunakan skor kedua-dua ujian yang menunjukkan jawapan yang betul, pengkaji meneliti
perubahan pemerolehan kosa kata dengan penggunaan MIS. Yang berikut merupakan analisis data
kuantitatif kedua-dua sekolah.
Gabungan Analisis Data Kuantitatif [Sekolah A dan Sekolah B) Apabila digabungkan data daripada keduadua sekolah ini, dapatan yang dikumpulkan ialah tekal. Min praujian 0.47 meningkat ke 0.66 semasa
pascaujian. Begitu juga dengan sisihan piawai yang semakin kecil dari 0.27 ke 0.2. Hal ini amat konsisten
dengan dapatan kedua-dua sampel.
Apabila diterjemahkan kepada bentuk graf, kedua-duanya, Graf (a) dan (b) serta histogram yang
menunjukkan min, taburan markah, sisihan piawai dan varian menunjukkan perubahan yang signifikan
terhadap kelakonan murid dalam meningkatkan kosa kata dan pemahaman selepas menggunakan buku
MIS. Jarak antara kes terpencil (markah tertinggi dan markah terendah) juga semakin kecil. Perangkaan ini
ditunjukkan dalam jadual yang berikut.
Jadual 7 : Taburan bagi Praujian dan Pascaujian Sekolah A dan Sekolah B
Praujian
Pascaujian
Jumlah
21
21
Min
46.86
66.10
Median
40.00
67.00
Sisihan piawai
26.598
20.393
Skewness
.620
-.305
Range
100
75
Praujian
Pascaujian
Frequency
Frequency
2
1
Mean =46.86
Std. Dev. =26.598
N =21
0
Mean =66.1
Std. Dev. =20.393
N =21
0
20
40
60
Praujian
80
100
20
40
60
80
100
Pascaujian
Rajah 3: Graf Histogram Pencapaian Murid, Min dan Sisihan Piawai , Sekolah A dan B
Kedua-dua graf ini pada Rajah 3 menunjukkan bahawa secara kumpulan, penggunaan MIS dapat
peningkatan pemerolehan dan kefahaman murid-murid. Begitu juga taburan markah semasa pascaujian.
Dua puncak menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bukan hanya terlihat secara individu, peningkatan
secara kumpulan juga terdapat selepas semua murid menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan bahan dwibahasa ini.
626
Yi-Chia, C. et al, 2009. From Concept of Motivation to its Application in Instructional Design: Reconsidering
Motivation from an Instructional Design Perspective. , 40: 4 hal 597.
627
keinginan untuk melakukan tugasan atau memberikan respons dalam proses pembelajaran. Apabila muridmurid menjawab soalan, mereka berlumba-lumba membuat percubaan dalam memberikan jawapan.
Apabila mendapat jawapan yang betul, mereka lebih berani membuat percubaan demi percubaan. Kelas
menjadi sedikit bising namun kebisingan ini merupakan kebisingan yang produktif tetapi perlu dikawal
dengan disiplin. Murid menjadi lebih responsif terhadap soalan dan tidak perlu dipanggil nama untuk
menjawab soalan. Ini menunjukkan keberanian dan keyakinan mereka dalam memberikan respons.
Terdapat juga murid yang pendiam pada mulanya, bersuara untuk mencuba memberikan jawapan selepas
pelajaran 2 dan 3 kerana mereka lebih berkeyakinan untuk memberikan jawapan yang betul.
Semasa perbualan dengan guru, kedua-duanya juga berpendapat bahawa penggunaan buku ini
memberikan kesan yang positif terhadap sikap dan motivasi murid. Banyak pertanyaan diajukan, yakin dan
melibatkan diri dalam pembelajaran.
Bahan Pengajaran Kedua-dua guru berpendapat bahawa bahan dwibahasa ini mempunyai kekuatan di
segi memberikan bantuan kepada murid membina makna dengan menggunakan literasi mereka yang telah
terbina di rumah. Mereka juga memberikan pendapat bahawa kesan visual juga dapat memberikan
sokongan. Selain itu, bahan yang mempunyai ilustrasi yang menarik dan warna yang terang dan ceria dapat
membangkitkan minat dan menarik perhatian murid. Perkara-perkara ini membantu murid meluaskan
kosa kata dan membina makna dari apa yang didengar dan dibaca.
Selain itu jika bahan ini dinilai tambah dengan elemen interaktif seperti dijadikan ebook dengan animasi
dan bunyi, buku ini berpotensi untuk mempercepat pembelajaran. Aspek budaya harus ditekankan agar
murid boleh meningkatkan pengetahuan mereka terhadap budaya mereka. Hal ini boleh disampaikan
melalui cerita atau watak yang digunakan. Genre yang digunakan juga haruslah mempunyai pelbagai moda
agar dapat memberikan kepelbagaian yang tidak membosankan.
12. Kesimpulan Kajian
Kajian yang dijalankan ini memberikan peluang bagi pengkaji untuk meneliti dan melihat dengan lebih
dekat lagi potensi dan cabaran yang boleh dijangkakan dalam usaha meningkatkan kosa kata dan
pemahaman murid-murid yang bukan datang daripada keluarga penutur jati. Penggunaan bahan
dwibahasa yang berkesan tidak mustahil untuk diraih kerana kajian ini menunjukkan bahawa terdapat
perubahan yang signifikan terhadap pengembangan kosa kata dan pemahaman murid secara persaorangan
dan berkumpulan.
Selain itu, dengan perancangan yang teliti dan kemahiran guru dalam menjalankan pengajaran, bahan
dwibahasa ini dapat juga meningkatkan motivasi murid untuk meningkatkan kelakonan mereka dalam BM.
Murid juga boleh menggunakan keupayaan EL mereka untuk mempelajari BM kerana murid-murid
telahpun memperoleh konsep tentang sesuatu perkara dalam bahasa pertama mereka.
Satu lagi aspek yang penting ialah, kajian ini menunjukkan bahawa masih ada lagi cara alternatif untuk
mengajarkan BM selain dengan teknik terjemahan. Guru tidak perlu menterjemahkan semua perkataaan ke
EL semasa mengajar dan hal ini dapat memberikan peluang bagi guru meluaskan lagi kosa kata dan
mendalamkan lagi pemahaman murid tersebut. Menterjemahkan setiap perkataan dalam pengajaran amat
meletihkan.
628
Bibliografi
Anstey, M. & Bull, G., (2006). Teaching and Learning Multiliteracies: Changing Times, Changing Literacies.
International Reading Association and Australian Literacy Teachers Association.
Baker, C. 2006. Foundations of Bilingual Education and Bilingualism, 4th Edition. Clevedon: Multilingual
Matters. In Chapter 14 on Literacy, Biliteracy and Multiliteracies for Bilinguals.
Brozo, W. G., 1999. Readers, Teachers, Learners: Expanding Literacy Across the Content Areas. New Jersey:
Prentice-Hill Inc.
Cummins, J., 1979. Linguistics Interdependence and the Educational Development of Bilingual Children.
Review of Educational Research, 49(2), pp 222 251.
Cummins, J., 1980. The Cross-lingual Dimension of Language Proficiency: Implications for Bilingual
Education and the Optimal Age Issue. TESOL Quartely, Vol 14, hal 175 187.
Cummins, J.,2009. Forward Thinking, IB World - The Magazine of the International Baccalaureate, Issue 55,
Jan 2009.
Driessen, C., et al, 2008. A Quantitative Analysis of Language Learning Tasks: The Design of a Tool, Journal
of Curriculum Studies, 40:6, 803 - 20.
Edwards, et. al, 2000. Books, Pictures and Conversations: Using Bilingual Multimedia Storybooks to
Develop Language Awareness, Vol 9, No.3 , hal 135 145.
Kementerian Pendidikan, 2005. Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu.
Singapura.
Krashen, Stephen D. 1981. Principles and Practice in Second Language Acquisition. English Language
Teaching series. London: Prentice-Hall International (UK) Ltd. 202 pages.
L. Quentin Dixon. , 2005. The Bilingual Education Policy in Singapore: Implications for Second Language
Acquisition, Proceedings of the 4th International Symposium on Bilingualism, MA: Cascadilla Press,
hal 625 635.
Mahzan Arshad, 2003. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Utusan Publication and Distribution, Snd. Bhd.
Marshall, C.& Rossman, G.B., 1999. Designing Qualitative Research 2nd edition. CA: Sage
Publication. Inc.
Neugebauer, S., & Currie-Rubin, R. 2009. Read-Alouds in Calca, Peru: A Bilingual Indigenous Context. The
Reading Teacher, 62(5), hal 396405.
629
Nunan, D. & Bailey, K. M., 2009. Exploring Second Language Classroom Research, A Comprehensive Guide.
Heinie. Cengage Learning.
Othman, Y., 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Snd. Bhd.
Sneddon, R., 2000. Magda and Albana: Learning to read with dual language books. Language and
Education, 22 (2), hal 137 154.
Yi-Chia, C. et al, 2009. From Concept of Motivation to its Application in Instructional Design: Reconsidering
Motivation from an Instructional Design Perspective. British Journal of Educational Technology,
40:4. Hal 597 -605
630