Anda di halaman 1dari 12

Jumat, 02 April 2010

SISTEM TULISAN JAWI


SISTEM EJAAN JAWI MODEN BERDASARKAN AKHBAR UTUSAN Melayu
(Apakah Perkataan berubah menjadi )

1.0 Pengenalan
Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi

Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya
amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak
berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi
berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam
sistem penulisan bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun


penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat
pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga
penggunaannya di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem
Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh
golongan pelajar di Malaysia.

Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum
banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi
sejarah perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu
pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi
dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula,
wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting
dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan
penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa
seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi
catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel,
menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan
utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah
kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-
bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama,
majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit
syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber
penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus,
Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu
nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya
batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah,
dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa
Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal
dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf
Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan
kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang,
Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang
mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah
pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak
menggunakan huruf-huruf Arab.

Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan
sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan
tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :

a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya
ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti
tiada ( ‫) تئاد‬, pada ( ‫) قد‬, dan kepada ( ‫) كقد‬.

b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata
tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh
perkataannya seperti lada( ‫) لدا‬, pasu(‫) قاسو‬, suka( ‫) سوك‬, barang( ‫) بارغ‬, bulan( ‫) بولن‬,nangka(
‫) نغك‬, dan bantal( ‫) بنتل‬.

c) Ejaan Mengikut Hukum


Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti
hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan
lampau hukum.

1.1 Objektif Kajian


a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata
serapan yang terdapat dalam Akhbar Utusan.
b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.
c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji.

1.2 Bahan Kajian


Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Utusan Melayu sebagai
bahan kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah “Apakah perkataan intan akan berubah
menjadi Intan” hasil tulisan Pak Madlub bertarikh 30 Mac 2009.
1.3 Kaedah Kajian
Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar Utusan Melayu
ini, sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan
individu tertentu iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu.

1.4 Batasan
Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar utusan Melayu agak banyak, namun penulis
hanya menghadkan kepada 100 perkataan awal sahaja. Daripada 100 perkataan ini kajian
akan dibuat berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

2.0 Hasil Kajian


Setelah mengkaji 100 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan :
Hingga didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga perkataan
berulang) :

2.1 Ejaan Lazim


1 Tanda
2 Tanya
3 Banyak
4 Baru
5 Tahu
6 Besar
7 Hasil
8 Usaha
9 Dan
10 Dalam
11 Dewan
12 Ahli
13 Majlis
14 Tentang
15 papan
16 Lagi
17 Batu
19 tanda

2.2 Ejaan Mengikut Hukum

2.2.1 Hukum Darlung


23 kali

2.2.2 Hukum Luar Darlung


24 saya
25 Mana-mana
26 hatta
27 nama

2.2.3 Hukum Ka dan Ga


28 ketika

2.2.4 Hukum Ha dan Aha


29 bahasa

2.3 Ejaan Tradisi


30 Orang
31 Utama
32 Batu pahat
33 Yakni
34 Itu
35 Sendiri
36 Apabila
37 Pertama
38 Ia
39 Yang
40 Huruf sin
41 Atau
42 Tidak
43 Maknanya
44 Sampai
45 Kamus
46 Melayu
47 Wujud
48 telah
49 kepada
50 kerana
51 apatah
52 penggaram
53 segera
54 Jalan Rahmat
55 sebarang
56 Hj. Zainal Abidin Sapruan

2.4 Kata Berimbuhan


57 perkataan
58 menjadi
59 melintasi
62 dibandar
63 apakah
64 Terpinga-pinga
65 terlihat
66 perkataan
67 tertinggal
68 Sebaik
69 kerumah
70 menyelongkar
71 pelbagai
72 termasuk
73 ternyata
74 terbaru
75 menyebabkan
76 bertanya
77 perbandaran
78 tersebut
79 sebuah

2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris


80 edisi

2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan


Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
1. ‫ ڤد‬Ejaan tradisi
2. ‫ چوتي‬Ejaan lazim
3. ‫ سمستير‬Ejaan kata serapan Inggeris
4. ‫ ڤرسكولهن‬Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per……..an
5. ‫ للو‬Ejaan lazim
6. ‫ ايبو‬Ejaan lazim
7. ‫ دان‬Ejaan lazim
8. ‫ باڤ‬Hukum di luar Darlung
9. ‫ تله‬Ejaan lazim
10. ‫ ممباوا‬Kaedah kata berimbuhan awalan (mem)
11. ‫ كامي‬Ejaan lazim
12. ‫ ملوات‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
13. ‫ بندر‬Ejaan lazim
14. ‫ كوچيڠ‬Nama khas
15. ‫ سراوق‬Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
16. ‫ وقتو‬Kata serapan Arab
17. ‫ كامي‬Ejaan lazim (suku kata terbuka)
18. ‫ دبريتاهو‬Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
19. ‫ تنتڠ‬Ejaan lazim (suku kata tertutup)
20. ‫ ڤرچوتين‬Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran)
21. ‫ ايت‬Ejaan tradisi
22. ‫ كامي‬Ejaan lazim (suku kata terbuka)
23. ‫ برسورق‬Kata berimbuhan awalan (ber)
24. ‫ كڬمبيراءن‬Kata berimbuhan apitan
(awalan-akhiran) (ke……an)
25. ‫ وه‬Kata seru
26. ‫ سرونوقڽ‬Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se……..nya)
27. ‫ داڤت‬Ejaan tradisi (suku kata terbuka)
28. ‫ ناءيق‬Bunyi glotis
29. ‫ كاڤل تربڠ‬Kata gabungan
30. ‫ كامي‬Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
31. ‫ سكلوارڬ‬Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
32. ‫ كلڤڠن‬Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
33. ‫ تربڠ‬Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup)
34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris
35. ‫ دڠن‬Kata perbuatan
36. ‫ مناءيقي‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
37. ‫ سبواه‬Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
38. ‫ تكسي‬Kata serapan Inggeris
39. ‫ امبوءي‬Kata diftong
40. ‫ ڤرامه‬Ejaan lazim
41. ‫ سوڠڬوه‬Ejaan lazim
42. ‫ دريبر‬Kata serapan Inggeris
43. ‫ تكسي‬Kata serapan Inggeris
44. ‫ ايت‬Ejaan tradisi
45. ‫ كات‬Ejaan lazim
46. ‫ ايه‬Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
47. ‫ اڤابيل‬Ejaan lazim
48. ‫ سمڤأي‬Ejaan lazim
49. ‫ د سان‬Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
50. ‫ كامي‬Ejaan lazim
51. ‫ سڬرا‬Ejaan lazim
52. ‫ ملڤور‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
53. ‫ ديري‬Ejaan lazim
54. ‫ سمبيل‬Ejaan lazim
55. ‫ منونجوقكن‬Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me……..an)
56. ‫ تيكيت‬Ejaan kata serapan Inggeris
57. ‫ ڤنربڠن‬Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
58. ‫ ستله‬Kaedah kata berimbuhan awalan (se)
59. ‫ ايت‬Ejaan tradisi
60. ‫ كامي‬Ejaan lazim
61. ‫ منوجو‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
62. ‫ كبلي‬Kaedah kata berimbuhan awalan (ke)
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
63. ‫ منوڠڬو‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
64. ‫ وه‬Kata seru
65. ‫ چڠڬيه‬Ejaan kata serapan Inggeris
66. ‫ سوڠڬوه‬Ejaan lazim
67. ‫ باڠونن‬Ejaan lazim
68. ‫ ايت‬Ejaan tradisi
69. ‫ كات‬Ejaan lazim
70. ‫ ايبو‬Nama khas
71. ‫ ادوهاي‬Kata diftong
72. ‫ سجوق‬Ejaan lazim
73. ‫ ساڠت‬Ejaan lazim
74. ‫ ددالم‬Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
75. ‫ باڠونن‬Kaedah kata berimbuhan akhiran (an)
76. ‫ اين‬Ejaan tradisi
77. ‫ كلوه‬Ejaan lazim
78. ‫ ايه‬Nama khas
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
79. ‫ سمنتارا‬Kata geluncur
80. ‫ منوڠڬو‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
81. ‫ ڤنربڠن‬Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe……..an)
82. ‫ كامي‬Ejaan lazim
83. ‫ دريستورن‬Ejaan kata serapan Inggeris
84. ‫ يڠ‬Ejaan lazim
- kata dasar satu suku kata
- dieja tidak menggunakan alif
85. ‫ اد‬Ejaan tradisi
86. ‫ دسيتو‬Kaedah kata berimbuhan awalan (di)
87. ‫ كامي‬Ejaan lazim
88. ‫ ماكن‬Ejaan lazim
89. ‫ ساندويچه‬Ejaan kata serapan Inggeris
90. ‫ دان‬Ejaan tradisi
91. ‫ مينوم‬Ejaan lazim
92. ‫ جوس‬Ejaan kata serapan Inggeris
93. ‫ اورين‬Ejaan kata serapan Inggeris
Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah
94. ‫ سمبيل‬Ejaan lazim
95. ‫ منونتون‬Kaedah kata berimbuhan awalan (me)
96. ‫ تيليۏيشين‬Ejaan kata serapan Inggeris
97. ‫ ايه‬Nama khas
98 ‫ ڤول‬Ejaan lazim
99. ‫ مينوم‬Ejaan lazim
100. ‫ كوڤي‬Ejaan lazim

2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi

Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam
kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi,
ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan
mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha
dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan
penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar
tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana
majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah
lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka ‘buta’ dalam
pembacaan tulisan Jawi.

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan
Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi
tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara
tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan
kesungguhan yang hakiki.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai
pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan
menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna
pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan,
Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran
Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan
peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di
Negara ini.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan
pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan
apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk
digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan
Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan
Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan
bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang
memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah
termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan
peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi.
Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya,
peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak
Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu
daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk
pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan
tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru
dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang
masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.

3.0 Kesimpulan

Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan
merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu.
Kemunculan tulisan Jawi juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al
Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada
peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika
dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang
menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan
dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi
dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata
Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata
Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup.
Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata
tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan.
Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal
dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif (‫) ا‬mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti
huruf ya ( ‫ ) ي‬mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( ‫ ) و‬mewakili huruf
vokal o. Huruf-huruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh
itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan
huruf vokal atau sebaliknya.
Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh
orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan
lama seperti (sudah - ‫ ;) سد ه‬ejaan tua (itu - ‫ ;) ائت‬ejaan baharu ( billik - ‫ ;)بئلئق‬ejaan Arab
(wajib - ‫ ;)واجب‬ejaan kemelayuan ( peduli - ‫ ;)قد ولئ‬dan ejaan kata asing/Inggeris seperti
( vokal – ‫)ؤ وكل‬.

Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan
Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem
ejaan Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan
dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi
sehampir yang boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini
banyak tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan,
akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.

Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan
kerana ketika itu sistem ejaan Za’aba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi
perubahan sistem lama kepada sistem baru.
Penghasilan buku,’Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan’, dan ‘Daftar Ejaan Rumi-Jawi’,
yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan
pemantapan yang diusahakan daripada buku,’Daftar Ejaan Melayu Za’aba’(1939). Kedua-
dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan
pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para
pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya
kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.

Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta
tulisan Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima
atau menolak pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi
menangani cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan
seumpamanya akan/telah diadakan namun peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih
di ambang kekaburan.

Bibliografi

Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal
Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 :


Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi,


Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan


Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187

Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan


Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan
Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153

Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita


Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11

Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

……http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009


. ……http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html. bertarikh 16/03/2009
. ……http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00089
& s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009