Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Tulisan Jawi

1.0 Pengenalan Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di Malaysia. Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris. Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal. Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu

nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab. Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum : a) Ejaan Tradisi Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( ) , pada ( ) , dan kepada ( ) . b) Ejaan Lazim Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada( ) , pasu() , suka( ) , barang( ) , bulan( ) ,nangka( ) , dan bantal( ) . C) Ejaan Mengikut Hukum Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum. 1.1 Objektif Kajian a) Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu Jati dan kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam Akhbar Fikrah Harakah. b) Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut. c) Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam akhbar yang dikaji. 1.1 Bahan Kajian Dalam melaksanakan tugasan ini penulis menggunakan Akhbar Fikrah Harakah sebagai bahan kajian utama. Tajuk yang diutarakan ialah Allah Berkuasa Menarik Balik Penglihatan, Pendengaran Golongan Yang MenyanggahNya dan Peranan Umat Islam Dalam Menghadapi Cabaran Global tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertarikh 14 Febuari 2010.

1.2 Kaedah Kajian Dalam membuat kajian penggunaan ejaan yang terkandung dalam akhbar ini, sumber rujukan diperolehi dan dirujuk dari sumber perpustakaan, sumber internet, dan individu tertentu iaitu guru mata pelajaran Pendidikan Islam, dan Bahasa Melayu. 1.3 Batasan Walaupun jumlah perkataan dalam akhbar Fikrah Harakah agak banyak, namun penulis hanya menghadkan kepada 1000 perkataan awal sahaja. Daripada 1000 perkataan ini kajian akan dibuat berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

2.0 Hasil Kajian Setelah mengkaji 1000 perkataan daripada akhbar, bermula daripada perkataan : Tafsir hingga Amin didapati ejaan bagi setiap perkataan adalah seperti berikut (terdapat juga perkataan berulang) :

2.1 Ejaan Lazim 1 Tanda 2 Tanya 3 Banyak 4 Baru 5 Tahu 6 Besar 7 Hasil 8 Usaha 9 Dan 10 Dalam 11 Dewan 12 Ahli 13 Majlis

14 Tentang 15 papan 16 Lagi 17 Batu 19 tanda

2.2 Ejaan Mengikut Hukum

2.2.1 Hukum Darlung 23 kali

2.2.2 Hukum Luar Darlung 24 saya 25 Mana-mana 26 nama

2.2.3 Hukum Ka dan Ga 27 ketika

2.2.4 Hukum Ha dan Aha 28 bahasa

2.3 Ejaan Tradisi 30 Orang 31 Utama 33 Yakni

34 Itu 35 Sendiri 36 Apabila 37 Pertama 38 Ia 39 Yang 40 Huruf sin 41 Atau 42 Tidak 43 Maknanya 44 Sampai 46 Melayu 47 Wujud 48 telah 49 kepada 50 kerana 51 apatah 52 penggaram 53 segera 54 Rahmat 55 sebarang

2.4 Kata Berimbuhan 57 perkataan 58 menjadi 59 melintasi

62 dibandar 63 apakah 64 Terpinga-pinga 65 terlihat 66 perkataan 67 tertinggal 68 Sebaik 69 kerumah 70 menyelongkar 71 pelbagai 72 termasuk 73 ternyata 74 terbaru 75 menyebabkan 76 bertanya 78 tersebut 79 sebuah

2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris 80 edisi

2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah Ejaan Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah

1. Ejaan tradisi 2. Ejaan lazim 3. Ejaan kata serapan Inggeris 4. Kaedah kata imbuhan apitan (awalan -akhiran) Imbuhan per..an 5. Ejaan lazim 6. Ejaan lazim 7. Ejaan lazim 8. Hukum di luar Darlung 9. Ejaan lazim 10. Kaedah kata berimbuhan awalan (mem) 11. Ejaan lazim 12. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 13. Ejaan lazim 14. Nama khas 15. Nama khas Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah 16. Kata serapan Arab 17. Ejaan lazim (suku kata terbuka) 18. Kaedah kata berimbuhan awalan (di) 19. Ejaan lazim (suku kata tertutup) 20. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) 21. Ejaan tradisi 22. Ejaan lazim (suku kata terbuka) 23. Kata berimbuhan awalan (ber) 24. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (kean)

25. Kata seru 26. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (se..nya) 27. Ejaan tradisi (suku kata terbuka) 28. Bunyi glotis 29. Kata gabungan 30. Ejaan lazim (Suku kata terbuka + terbuka) Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah 31. Kaedah kata berimbuhan awalan (se) 32. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke) 33. Ejaan lazim (Suku kata tertutup + tertutup) 34. K.L.I.A Penggunaan Bahasa Inggeris 35. Kata perbuatan 36. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 37. Kaedah kata berimbuhan awalan (se) 38. Kata serapan Inggeris 39. Kata diftong 40. Ejaan lazim 41. Ejaan lazim 42. Kata serapan Inggeris 43. Kata serapan Inggeris 44. Ejaan tradisi 45. Ejaan lazim 46. Nama khas Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah 47. Ejaan lazim 48. Ejaan lazim

49. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke) 50. Ejaan lazim 51. Ejaan lazim 52. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 53. Ejaan lazim 54. Ejaan lazim 55. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (me..an) 56. Ejaan kata serapan Inggeris 57. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an) 58. Kaedah kata berimbuhan awalan (se) 59. Ejaan tradisi 60. Ejaan lazim 61. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 62. Kaedah kata berimbuhan awalan (ke) Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah 63. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 64. Kata seru 65. Ejaan kata serapan Inggeris 66. Ejaan lazim 67. Ejaan lazim 68. Ejaan tradisi 69. Ejaan lazim 70. Nama khas 71. Kata diftong 72. Ejaan lazim 73. Ejaan lazim

74. Kaedah kata berimbuhan awalan (di) 75. Kaedah kata berimbuhan akhiran (an) 76. Ejaan tradisi 77. Ejaan lazim 78. Nama khas Bil. Perkataan Jenis dan Kaedah 79. Kata geluncur 80. Kaedah kata berimbuhan awalan (me) 81. Kata berimbuhan apitan (awalan-akhiran) (pe..an) 82. Ejaan lazim 83. Ejaan kata serapan Inggeris 84. Ejaan lazim - kata dasar satu suku kata - dieja tidak menggunakan alif 85. Ejaan tradisi 86. Kaedah kata berimbuhan awalan (di) 87. Ejaan lazim

2.7 Penilaian semula Sistem Ejaan Jawi Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka buta dalam pembacaan tulisan Jawi.

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama.

3.0 Kesimpulan Sistem Tulisan Jawi yang terkandung didalamnya sistem ejaan dan kaedah ejaan merupakan aspek yang amat penting dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Kemunculan tulisan Jawi

juga banyak berkaitrapat dengan kedatangan Islam dan budaya al Quran. Pengaruh al Quran dalam penggunaan kata bahasa Melayu juga wujud daripada peminjaman perkataan Arab ke atas bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana pada suatu ketika dahulu, tulisan Jawi pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara. Kelalaian dan kealpaan dalam menyanjungi tulisan Jawi bererti mengabaikan budaya yang sudah berakar umbi dalam alam Melayu sejak dahulu lagi.

Lantaran itu, dalam pembentukan perkataan Jawi bermula daripada pembentukan sukukata Jawi itu sendiri. Pembentukan sukukata Jawi dapat dipecahkan kepada dua iaitu sukukata Jawi terbuka dan sukukata Jawi tertutup. Sukukata terbuka ialah sukukata yang berakhir dengan huruf vokal, manakala sukukata tertutup pula ialah sukukata yang diakhiri dengan huruf konsonan. Dalam sistem tulisan Jawi juga terdapat tiga huruf vokal yang mewakili enam huruf vokal dalam bahasa Melayu, iaitu huruf alif () mewakili huruf vokal a, u, dan e(pepet); diikuti huruf ya ( ) mewakili huruf vokal i dan e (taling); manakala huruf wau( ) mewakili huruf vokal o. Hurufhuruf konsonan pula adalah selain daripada huruf vokal a, e, i, o, dan u. Oleh itu, pembentukan sukukata terbentuk dengan gabungan antara huruf konsonan dengan huruf vokal atau sebaliknya. Pembentukan ejaan Jawi dari pengaruh Arab dan Melayu ini telah lama digunapakai oleh orang-orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang merangkumi sistem ejaan lama seperti (sudah - ;) ejaan tua (itu - ;) ejaan baharu ( billik - ;) ejaan Arab (wajib ;)ejaan kemelayuan ( peduli - ;) dan ejaan kata asing/Inggeris seperti ( vokal ) .

Maka, dalam abad ke-20 ini, telah banyak cabaran yang wujud dalam memelihara tulisan Jawi di mata dunia agar sentiasa dihargai. Antara cabaran tersebut ialah penggunaan sistem ejaan Jawi yang tidak menggunakan vokal pada sukukata akhir terbuka masih digunakan dan bagi perkataan baru dan kata pinjaman vokal digunakan bagi mendapatkan bunyi sehampir yang boleh dengan perkataan asal (Hashim Musa,1999:180-181). Perkara ini banyak tercatat dalam penggunaan tulisan Jawi di dalam majalah Dian, Mastika, Hiburan, akhbar Utusan Melayu seperti yang dikaji, Semangat Asia, dan akhbar Fajar Asia.

Cadangan penggunaan sistem fonetik oleh majalah Dian juga kurang mendapat sambutan kerana ketika itu sistem ejaan Zaaba telah sebati digunakan; ini menyukarkan lagi perubahan sistem lama kepada sistem baru.

Penghasilan buku,Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi, yang diterbitkan pada 1988 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka adalah gabungan dan pemantapan yang diusahakan daripada buku,Daftar Ejaan Melayu Zaaba(1939). Kedua-dua buku tersebut bertujuan untuk pemantapan, pengekalan, pengubahsuaian, dan pembaharuan dalam menyelesaikan beberapa masalah ejaan Jawi yang dihadapi oleh para pengguna. Lantaran itu, penghasilan buku-buku tersebut dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam sistem ejaan tulisan Jawi pada masa dulu, kini, dan mungkin selamanya.

Menerusi kertas kerja kajian ini diharapkan masyarakat Melayu khasnya dan pencinta tulisan Jawi amnya terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran sama ada untuk menerima atau menolak pembaharuan/perkembangan ejaan Jawi yang diketengahkan. Bagi menangani cabaran yang berlaku, pelbagai seminar, perbincangan, bengkel, dan seumpamanya akan/telah diadakan namun peningkatan dan menghargai tulisan Jawi masih di ambang kekaburan.

Bibliografi

Amat Juhari Moain( 1994,Februari). Sistem Ejaan Jawi Prasasti Terengganu, Jurnal Dewan Bahasa,Jilid 38.Bil.2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100-104

Amat Juhari Moain(Julai 2004).Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM.hlm.167-179

Hj. Mohd Hussein Hj Baharuddin,Ph.D(2006). Modul BBM3402 Sistem Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia, PPL, Serdang: Pro-Office Shoppe Sdn. Bhd.

Mohd Hussein Baharuddin(Julai 2004).Gagasan dan Aktiviti ke Arah Memartabatkan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,Jabatan Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm. 181-187

Mohd Hussein Baharuddin(November 2000).Tulisan Jawi:Perkembangan dan Cabaran. Monograf: Bil.4 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu,Serdang,Jabatan Bahasa Melayu, FBMK :Universiti Putra Malaysia.hlm.139-153

Samat Buang(2007,Januari). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. Pelita Bahasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11

Saiful Bahri Aziz,etc.(2005). Pengajian Islam, Modul 2/3, Mod latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, Major j-QAF, Bahagian Pendidikan Guru, KPM.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi bertarikh 16/03/2009 . http://www.ftsm.ukm.my/IRPA/EA0036/01Tjawi.html. bertarikh 16/03/2009

. http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00089 & s=1&t=toc.htm. bertarikh 29/03/2009

Anda mungkin juga menyukai