Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN Bagi tugasan tinjauan bacaan dan ulasan kritis untuk kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu,

saya akan membuat tinjauan bacaan tentang sebutan baku kata pinjaman dari bahasa Arab dalam Istilah agama serta sebutan dan penyukuan perkataan yang mengandungi vokal. Bahasa Melayu dan bidang ini merupakan satu ilmu disiplin teras yang diwajibkan. Melalui kursus ini, saya dipertanggungjawabkan untuk membuat tinjauan bacaan atas tajuk tersebut dan sejurusnya menghasilkan ulasan kritis yang bernas. Menurut pandangan umum daripada pelbagai sasterawan, bahasa Melayu baku berasal daripada loghat Riau-Johor. Pandangan umum ini berpaksikan kepada kenyataan bahawa sebahagian besar karya Melayu lama muncul di daerah Riau dan Johor. Salah satu contoh karya sastera Melayu yang agung ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang diilhamkan oleh Tun Seri Lanang. Pola-pola ayat Melayu yang terdapat dalam Sejarah Melayu itu dianggap sebagai pola-pola ayat Melayu baku yang hingga sekarang masih tetap menjadi teras bahasa Melayu itu. Jadi, pandangan umum tentang bahasa Melayu Riau-Johor sebagai dasar bahasa Melayu baku masih dapat dipertahankan oleh masyarakat Melayu sehingga kini.Oleh sebab itu, bahasa Melayu baku dikatakan berasal daripada loghat Riau-Johor. Maka sebutan orang-orang Melayu yang berloghat RiauJohor itu pun dianggap umum sebagai sebutan baku bahasa Melayu juga. Dengan adanya anggapan ini, maka orang-orang Melayu dari daerah-daerah lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka berusaha mengubah sebutan yang menjadi kebiasaannya di tempat-tempat itu kepada sebutan orang Melayu Johor. Secara keseluruhannya, sebutan baku perlu diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Walaupun terdapat berbagai-bagai longhat di semua negeri di Malaysia, namun masyarakat dapat berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang baku di semua peringkat.

ULASAN KRITIS Melalui bacaan yang telah ditinjau Bahasa Melayu memang dipengaruhi oleh Bahasa Arab dalam unsur kata pinjaman, aspek perbendaharaan kata atau kosa kata dalam bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi, pengaruh Bahasa Arab meresap ke dalam Bahasa Melayu ini berlaku kerana kedatangan Islam di tanah Melayu. Kedatangan Islam ini menjejaskan proses pengislaman terhadap penduduk di kepulauan Melayu ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Karya-karya sastera Islam mula muncul pada zaman kesultanan melayu di Melaka dan zaman-zaman seterusnya. Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada bahasa Arab dalam pelbagai istilah islam dan sejurusnya memartabatkan bahasa Melayu sehingga kini. Tambahan pula, Bahasa Melayu telah diperkasakan dan mampu mencapai status sebagai bahasa ilmu yakni bahasa yang menyampaikan ilmu serta falsafah selain daripada islam dan juga bidang-bidang yang lain. Di negara kita, bahasa Melayu merupakan Bahasa Malaysia yang digelar sebagai bahasa kebangsaan seperti yang dipampangkan dalam perlembagaan negara. Secara keseluruhannya, pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu lebih dominan sekiranya dibandingkan dengan bahasa Sanskrit serta bahasabahasa asing yang lain. Mengikut sejarah perkembangan bahasa Melayu di tanah Melayu iatu sebelum tahun 1975, perbendaharaan kata daripada bahasa Arab telah dijadikan sumber untuk proses pembentukan istilah bahasa Melayu dalam pelbagai lapangan. Contohnya dalam bahasa istana, istilah agama dan juga bahasa penggunaan harian. Unsur- unsur Arab turut mempengaruhi identiti dan cara hidup orang Melayu. Antara Bahasa Arab yang dimurnikan ke dalam bahasa Melayu terdiri daripada beberapa bidang. Dari segi agama, perkataan yang sering digunakan ialah seperti baligh, doa, hadis, haji, imam, kiblat, mufti, munafik, murtad, nabi, rasul, rukuk, zakat, tarekat, tasawuf, tauhid, umrah, wahid, dan juga wali. Dari segi ilmu pula, terdapat perkataan seperti ahli ,ayyat, falak, fasal, falsafah,

hikayat, hisab, ilmu, jawab, kalam, kamus, khatam, kitab, makrifat, riwayat, sejarah, soal, tabib, takwim, dan tarikh. Dari segi mempamerkan perasaan dan fikiran pula, perbendaharaan kata seperti akal, amam, faham, fikir, hajat, ikhlas, ilham, insaf, kabul, kalbu, khuatir, maksud, mustahil, nafsu, nasihat, niat, dan yakin sering digunapakaikan. Selain itu, dari segi hukuman pula merangkumi adil, batal, fatwa, halal, haram, hakim, hukum, kadi, mahkamah, makruh, mansuh, sah, tertib, wajib, wakaf, wakil, wilayah, dan zalim. Seterusnya dari segi adat pula termasuklah seperti perkataan akad, fakir, fitnah, hormat, kafilah, karib,kaum, kerabat, maaf, maruah, musafir, nasab, nikah, salam, sedekah, tahniah, takziah, umat, waris, dan juga ziarah digunakan. Dalam pada yang sama, bagi benda dan kejadian pula, perkataan akhirat, alam, dunia, haiwan, insan, jasad, jubah, kopiah, kubah, nur, roh, salji, wajah, wilayah, dan wujud sering digunakan. Bahasa Melayu mengikut seorang guru bernama Suhaimi Mohd Salleh amat dipengaruhi oleh pengaruh Arab Islam iaitu bahasa Arab dan agama Islam. Bahasa Melayu yang berstatus sebagai ingua franca ini sejak zaman kesultanan Melayu Melaka yang bersifat unik telah menjadi sebab utama agama Islam disebarkan dalam bahasa Melayu dan bukannya dalam bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bahasa Arab dengan kedatangan Islam ke tanah Melayu ini telah banyak menjejaskan perkembangan bahasa Melayu dalam pelbagai unsur, antaranya ialah perbendaharaan kata, sebutan kata dan juga tulisan. a) Perbendaharaan Kata Hampir sebahagian besar perbendaharaan kata bahasa Melayu ini merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab. Melalui muka sesawang Wikipedia, terdapat senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Berikut disenaraikan beberapa contoh yang dipetik iaitu perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu.

Bahasa Arab Abba Syukr Jadwal Qamus Subh Waqtu Hayawan Wajh Aqal Dunya Mahkamah Asal Mas'alah Hadyah Sadaqah Mawt Quwat Janin Kitab

Bahasa Melayu Abah Syukur Jadual Kamus Subuh Waktu Haiwan Wajah Akal Dunia Mahkamah Asal Masalah Hadiah Sedekah Maut Kuat Janin Kitab

b) Sebutan Kata

Bagi sebutan pula, perkataan bahasa Melayu yang disebutkan dipengaruhi oleh bahasa Arab-Islam. Bahasa Melayu dituturkan menghampiri sebutan bahasa Arab ekoran daripada masyarakat Melayu terdorong untuk membaca Al-Quran dengan betul. Hal ini mencerminkan bahasa Arab memberi kesan kepada masyarakat Melayu kerana penutur bukan asal seperti kaum Cina, India ataupun bangsa Eropah tidak dapat menyebut beberapa perkataan yang menerima pengaruh Arab. Penutur asal bahasa Melayu iaitu orang-orang Melayu dapat menyebutkan perkataan yang membezakan sebutan bagi penutur bukan asal. Contohcontoh perkataan yang berbeza sebutan antara sebutan penutur Melayu dan penutur bukan Melayu seperti Abdullah, maklumat iklan dan qadhi. c) Tulisan Kedatangan pengaruh bahasa Arab-Islam menyumbangkan kepada penulisan bahasa Melayu dalam tulisan `Arab yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini digunakan untuk memudahkan orang-orang Melayu yang beragama Islam membaca Al-Quran dan Tulisan Jawi juga digunakan dalam menyampaikan Al-Quaran kepada murid-murid sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini dapat diperkata dengan jelas apabila sistem pendidikan Malaysia menukar tulisan Jawi kepada tulisan Rumi ekoran daripada ramai orang Melayu mula tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik. Ia dinamakan sindrom Buta Jawi atau Buta Al-Quran. Menurut Kamarulzaman Abd. Ghani,(1996), Bahasa Arab telah

berkembang di alam Melayu bersama dengan kedatangan Islam dan orang Melayu telah berusaha menguasai sebutan bahasa Arab semasa mempelajari alQuran. Banyak kata Arab, terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam telah dipinjam oleh bahasa Melayu dan kata pinjaman ini telah bertukar sebutannya mengikut kebiasaan lidah orang Melayu. Pertukaran sebutan ini telah membawa perubahan makna kata itu.

Selain daripada itu, kata pinjaman juga dipinjam daripada bahasa Arab melalui unsur bahasa asing yang terdiri daripada bunyi, bentuk morfem dan sintaksis. Dari segi peminjaman Bunyi, terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris. Antaranya bunyi yang dipinjam daripada bahasa Arab adalah seperti jadual berikut: Bunyi Bahasa Arab kh gh sy f z q Kata Pinjaman - khairat, bakhil, fasakh - ghaib, maghrib, baligh - syarikat, masygul, Quraisy - fikir, fatsir, takrif - zahir, azab, lafaz - Quran, furqan

Selain itu, dipinjam juga bunyi dh dan th, tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu, masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja.

dh - dharab (darab), fardhu (fardu) th - Thalatha (Selasa), Ithnin (Isnin), hadith (hadis) Dari segi peminjaman kata dasar pula, Bahasa Arab memberi pengaruh

yang besar seperti yang ditujukan oleh sasterawan yang mengkaji tentang unsurunsur asing yang dimurnikan dalam bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk seperti unsur agama, ilmu, fikiran dan perasaan, hukuman dan peraturan, bendabenda perbuatan dan kejadian, serta adat dan pergaulan manusia. Selain daripada pengaruh bahasa Arab, Istilah sebutan baku dan sebutan standard merujuk kepada perkara yang sama. Merujuk Kamus Dewan 1989,

perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingannya. Dalam konteks yang sama, proses pembakuan merujuk kepada proses pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa, sebutan ejaan, pengkamusan dan peristilahan. Para idealisme telah memberikan definisi kepada konsep sebutan baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan baku sebagai a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community. Definisi ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Dalam pada ini, satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai sebutan baku dalam bahasa Melayu. Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya masyarakat Kelantan mempunyai variasi bahasanya sebutan ang yang tersendiri, manakala orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya yang tersendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek atau longhat. Menurut definisi yang diberikan oleh Garvin dan Mathiot menyatakan bahawa sebutan baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi iaitu hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Walaupun bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain juga bersistem dan berperaturan, namun dialek atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Justeru, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mengandungi kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada yang lain dalam bahasa masyarakat tersebut. Contohnya orang Kedah

mempunyai variasinya sendiri, begitu juga orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Hakikatnya, sistem sebutan baku dalam bahasa Melayu lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya, ramai yang beranggap bahasa baku ini hanya digunakan dalam majlis atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ada yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, terutamanya di negeri Johor, Melaka, Selangor dan Perak dan juga berpaksikan perkembangan sejarah, bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Dalam proses perkembangan Bahasa Melayu yang baku ini, ianya terbentuk dengan imejnya yang tersendiri serta menerima pengaruh daripada unsur-unsur asing terutamanya bahasa Arab dalam istilah-istilah agama. Kini Bahasa Melayu yang baku adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya. Menurut Nik Safiah Karim, 1987, Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan. Hal ini mempamerkan bahawa setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad, 1989, Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris.

Dalam konteks bahasa baku pula terbahagi kepada dua aspek, antaranya aspek pertama ialah ragam bahasa baku yang memiliki sifat pemantapan dinamis, yakni kaedah dan peraturan yang tetap. Selain itu, baku atau standard tidak boleh mengalami perubahan setiap saat. Oleh itu, proses pengimbuhan digunakan dalam proses pembentukan kata. Dengan kata yang lain, kebakuan itu cukup luwes memungkinkan perubahan yang bersistem dan teratur di bidang kosa kata dan peristilahan. Bagi aspek yang kedua adalah berkenaan dengan bahasa baku yang bersifat kecendekiaan. Perwujudan dari kecendekiaan itu ialah dalam kalimat, perenggan, dan kesatuan bahasa lain yang dapat mengungkapkan penyelarasan dan idea yang teratur, logik, dan masuk akal. Oleh itu, sangat penting dan tepat jika proses pembakuan bahasa iaitu proses penyeragaman kaedah dan bukannya penyamaan ragam bahasa atau penyeragaman variasi bahasa. Demikianlah dengan adanya peminjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu yang kebanyakannya merangkumi istilah-istilah agama, proses pembakuan dalam sebutan menerima kesan pengaruh daripada bahasa Arab sejak abab ketujuh lagi semasa zaman kegemilangan penyebaran agama Islam dengan menggunakan bahasa Melayu di kepulauan Melayu.

PENUTUP Kerja kursus ini secara keseluruhannya amat memanfaatkan saya dalam kefahaman terhadap Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu. Melalui tinjauan bacaan, Fonologi ialah ilmu yang mengkajikan sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh manusia. Setiap bunyi bahasa yang dituturkan haruslah bermakna dan boleh difahami. Manakala fonetik pula ialah bidang yang mengkaji tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). Sebutan-sebutan juga dipengaruhi oleh pelbagai longhat dan dialek dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu merangkumi kedua-dua bidang ini dengan statusnya sebagai bahasa utama negara Malaysia. Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi Bahasa Melayu menerima pengaruh daripada pelbagai bahasa asing, namun pengaruh Arab-Islam paling dominan dalam menerima kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Sekarang bahasa Melayu memang merupakan satu bahasa yang mampu memperkata dan menyampaikan ilmu pendidikan serta pembangunan. Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya, mewujudkan unsur-unsur yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yang diperkatakannya bukan sahaja tetap tetapi juga dalam bentuk yang menarik dan menyentuh cita rasa yang tinggi. Unsur-unsur asing sememangnya dapat memurnikan bahasa Melayu, namun kita seharusnya memandatkan bahasa kebangsaan kita menjadi bahasa yang unik dari segi penggunaannya. Sekali lagi mempamerkan bahawa bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangannya semasa zaman kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu dapat bersaing dengan dengan bahasa-bahasa yang lain dengan adanya langkah pemantapan serta langkah memperkasakan penggunaannya melalui pendidikan, kajian dan penerbitan penulisan ilmiah di semua peringkat institusi pengajian di negara ini. Kajian-kajian yang dijalankan amat mustahak dalam menjadikan bahasa Melayu setara dengan kedudukannya yang sewajar dengan

kewujudan dan perkembangannya semenjak ratusan, malahan ribuan tahun lamanya dalam penyebaran agama Islam. REFLEKSI (a) Pengalaman anda semasa melaksanakan tugasan ini. Daripada pentaksiran kerja kursus bagi Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang telah saya sempurnakan dengan jayanya, saya mendapat kefahaman baru tentang bahasa Melayu yang sekian lama telah saya gunakan ini dengan lebih mendalam lagi. Melalui kerja kursus ini, saya sedar bahawa bahasa Arab-Islam memang mempengaruhi bahasa Melayu bukan sahaja dalam kalangan masyarakat melayu, malah bagi penutur bahasa Melayu bukan asal juga menerima kesan yang besar. Sebutan baku amat penting dalam mempelajari bahasa Melayu di negara kita. Sebaik sahaja saya mendapatkan jadual spesifikasi tugasan projek sama ada tajuk individu ataupun tajuk berkumpulan ini, saya berasa agak berkeyakinan kerana saya telah menyempurnakan tugasan bahasa Melayu yang terbahagi kepada pelbagai jenis ilmu linguistik yang kebanyakannya telah saya selami terutamanya sejarah perkembangan ilmu linguistik pada zaman yang berbeza. Maka, dengan adanya pengetahuan tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu di negara kita dan bahasa Melayu pernah mencapai kegemilangannya pada zaman kesultanan Melayu Melaka, saya dapat mencari persamaannya dalam bahasa Arab dengan lebih senang. Selain daripada itu, saya sedar bahawa perbendaharaan kata bahasa Melayu banyak merangkumi kata pinjaman dari bahasa Arab serta istilah Islam yang dipinjamkan dengan adanya penyebaran Islam di kepulauan Melayu. Senarai kata-kata serta istilah istilah seperti yang dilampirkan telah menimba ilmu pengetahuan saya yang selama ini saya tidak tahu bahawa perkataan tersebut adalah kata pinjaman daripada bahasa Arab. Saya dapat menyelami unsur-unsur pinjaman ini melalui tinjauan bacaan yang begitu meluas. Alangkah terpegunnya, istilah-istilah yang terdapat dalam senarai tersebut merupakan kata

dasar bahasa Melayu yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian dalam kelas. Selama ini, saya juga seperti orang ramai menganggap bahawa tulisan Jawi ini hanyalah wujud dalam Al-Quaran. Setelah menyempurnakan kerja kursus ini saya dapati bahawa Tuliasan Jawi merupakan penyampaian Al-Quan dalam bahasa Melayu untuk memudahkan masyarakat melayu yang beragama Islam lebih memahami Al-Quaran sehingga ke peringkat yang tertinggi. Melalui kerja kursus ini, saya sedar bahawa bahasa Melayu memang mempunyai ciricirinya yang unik dan sesuai dijadikan sebagai bahasa ilmu bagi menyampaiankan falsafah Islam. (b) Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugas ini dan cara

mengatasinya. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya sememangnya menghadapi kesukaran yang amat menyusahkan saya dalam melaksanakan tugasan ini. Aspek yang paling penting merupakan masa untuk menyiapkan tugasan ini amat pendek. Saya tiada asas dalam ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Lebihlebih lagi, istilah agama telah memeranjatkan saya ekoran daripada saya merupakan penutur bahasa Melayu bukan asal. Namun demikian, saya terpaksa mengorbankan masa saya untuk mencari buku dan bahan rujukan yang berkenaan dengan tugasan ini. Selain daripada itu, kursus ini hanya diadakan perjumpaannya dengan pensyarah pada hari minggu. Saya dapat mengemukakan kemusykilan saya melalui panggilan telefon ataupun emel sahaja ekoran daripada masa yang diberi begitu genting. Sebelum itu, penantara kursus ini dijalankan pada minggu perjumpaan yang akhir-akhir ini. Setelah diberi pendedahan tentang kursus ini, saya dapat serba-sedikit rangkanya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan kerja kursus yang merangkumi tajuk-tajuk yang begitu meluas dan tidak pernah saya dedah sebelum ini. Saya berasa binggung apabila mentafsir tajuk-tajuk yang diberikan

sebelum kursus itu didedahkan oleh pensyarah. Setelah perbincangan dengan ahli kumpulan saya dan juga pensyarah kursus ini dilaksanakan, barulah saya cuba merangka tugasan projek ini. Sejurusnya, saya bekerjasam dengan rakan kumpulan saya agar dapat mencari sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Saya juga mengambil inisiatif untuk mencari bahan-bahan melalui internet selain daripada meminjam buku rujukan daripada pusat sumber yang berkenaan. (c) Jelaskan bagaimanakah pengalaman yang didapati daripada

pelaksanaan tugasan ini dapat meningkatkan kefahaman anda terhadap ilmu Linguistik bahasa Melayu. Saya mengaku bahawa komunikasi dan berkongsi pengalaman antara pensyarah serta rakan-rakan sama ada rakan sekelas ataupun rakan sekerja amat penting dalam membantu saya meningkatkan kefahaman saya terhadap kerja kursus ini. Melalui muka sesawang yang adanya forum perbincangan sangat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Pada pendapat saya, saya percaya bahawa para pendidik hendak berkongsi ilmu dengan ikhlas. Segala kemusykilan yang saya tujukan dikembalikan dengan idea-idea dan pendapat-pendapat yang bernas. Ustazah dan ustaz yang berilmu pengetahuan amat membantu dalam menjelaskan kekeliruan saya terhadap tugasan ini. Jadi, saya seharusnya menimba ilmu pengetahuan yang banyak melalui pembacaan yang lebih meluas serta selalu berinteraksi dengan para pendidik yang sanggup berkongsi pengetahuan di seluruh negara.

BIBLIOGRAFI Indirawati Haji Zahid, Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Kamarulzaman Abd. Ghani. (1996). Pengaruh Bahasa UTM, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim (1987). Bahasa Melayu dalam cabaran . Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Paitoon M. Chaiyanara. (2006). Pengenalan Fonetik dan Fonologi . Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Melayu ke atas

Penguasaan Sebutan Bahasa Arab dan Kemahiran Tilawah Al-Quran.

Artikel: ______________, PENGARUH BAHASA ARAB, dipetik dari:

http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab6.html . ______________, PENGARUH DARIPADA BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU, dipetik dari: http://nuramalku.blogspot.com/2012/05/pengaruhdaripada-bahasa-asing-dalam.html . ______________, 2010 BAHASA ASING YANG DIMURNIKAN KE DALAM BAHASA MELAYU dipetik dari: http://h2hnurul-nurulnurul.blogspot.com/2010/10/bahasa-arab.html Suhaimi Mohd Salleh, 2011. UNSUR BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU dipetik dari: http://dermagabmk1.blogspot.com/2009/10/unsurbahasa-asing-dalam-bahasa-melayu.html.

Anda mungkin juga menyukai