Bagi tugasan individu ini, saya diamanahkan menyempurnakan penulisan esei
berdasarkan teks ucapan oleh YAB Tan Sri Dato Hj. Mohd Yassin sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013. .sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka lebih 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan Negara dipetik daripada teks ucapan oleh YAB Tan Sri Dato Hj. Mohd Yassin sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Berdasarkan teks ucapan tersebut, guru boleh dikatakan sebagai satu profesion. Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Keguruan sebagai satu profesion pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi serta memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Maka, guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan yang mengutamakan perkhidmatan dalam pendidikan. Dalam konteks yang sama, profession ini dapat memantapkan kualitinya dengan adanya kod etika keguruan yang dijadikan panduan agar tidak menyangkal daripada paksi profesion yang bermutu. Maksud etika ialah satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Menurut kamus Oxford, 1994 pula menyatakan etika bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Bagu perspektif umum pula etika membawa makna tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Akhir sekali berdasarkan persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Kod Etika Guru Semua garis panduan etika ini adalah bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Hal ini kerana Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai kod etika. Justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Skop Etika Profesional merangkumi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam perspektif Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Etika Perguruan pula bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Kod Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan untuk para guru tentang cara-cara bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod etika guru amat sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Selain itu, kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Sejurusnya, guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Selain itu, kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen supaya usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Dalam hal yang sama, kecemerlangan sesuatu profesion boleh ditinjau melalui sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara rasmi. Hal ini demikian kerana imej yang baik dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Tambahan pula, etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam organisasi sekolah. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi sekolah. Nilai-Nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya ialah amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, penyayang dan akauntabiliti keguruan. Di sini saya ingin meneliti tentang nilai akauntabiliti guru. Pada hemah saya, akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur dan amanah. Guru haruslah bertugas sebagai penjaga murid-murid dalam membentuk tingkah laku mereka ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru juga bertanggungjawab mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru hendaklah bersifat atas pagar dan tidak menyebelahi mana-mana murid yang berkenaan. Guru berkewajipan mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertangungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kewajiban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga bermakna tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah. Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar. Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.
Akauntabiliti Terhadap Masyarakat Dan Negara Sebagai seorang guru, beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Sejak dari bangku sekolah lagi, guru-guru membimbing murid-murid menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Maka, gurulah berperanan penting dalam memahami dan meneliti prinsip- prinsip tersebut sebelum menyampaikan kepada murid-murid. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Identiti negara kita terserlah melalui pelbagai kemajuan dalam pelbagai aspek. Hakikatnya, penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara mampu meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang disegani di mata dunia. Lima prinsip Rukun Negara yakni, Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Guru perlulah menyebarkan cita dan matlamat pendidikan berlandaskan prinsip- prinsip Rukun Negara. Seumpamanya, Kepercayaan kepada Tuhan; boleh dijadikan asas kepada pembentukan identity warganegara Malaysia. Hal ini demikian kerana pengwujudan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Malah, sahsiah diri setiap insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai kewujudan Tuhan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. Namun begitu, jika diteliti dengan baik, ternyatalah ajaran setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna, terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri. Maka, sekiranya hendak melahirkan masyarakat Malaysia yang bersahsiah unggul, kita harus mengamalkan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Guru seharusnya menerapkan prinsip-prinsip ini dalam pengajaran dan pembelajaran harian agar dapat mengacuankan murid-murid menghayatinya dengan baik. Prinsip yang kedua pula ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengamalan serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan, tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara. Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan, keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara. Guru seharusnya menyemaikan prinsip ini dengan mengajar murid-murid menghayati Lagu Negaraku dan menghormati bendera Malaysia, iaitu Jalur Gemilang. Kesetiaan kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan. Pada masa yang sama, kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia. Sekiranya semua warga Malaysia telah disesmai semangat patriotik, sudah tentunya keharmonian serta kemakmuran negara kita akan terus terjamin. Pemimpin Malaysia sentiasa menyeru rakyat Malaysia agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Prinsip ini penting kerana perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa. Walaupun perlembagaan Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh penduduk di Malaysia. Begitu juga dengan pelbagai aspek lain seperti bahasa rasmi negara serta ketuanan masyarakat Melayu. Dalam konteks ini guru amat penting dalam menyampaikan matlamat pendidikan melalui pemikiran yang logik, kritis dan inovatif. Kebebasan setiap aspek tersebut masih terpelihara dan disebut dengan jelas dalam perlembagaan Malaysia. Oleh itu, kemurniaan perlembagaan Malaysia sememangnya penting dan bertepatan dengan prinsip Keluhuran Perlembagaan. Para sejarawan sememangnya menegaskan bahawa ketamadunan sesebuah masyarakat tidak harus diukur berdasarkan pencapaian lahiriah semata-mata, tetapi harus juga disertai dengan pencapaian kerohanian dan kesusilaan yang tinggi. Oleh itu, wujudlah prinsip Rukun Negara. Sejarah Tamadun China membuktikan bahawa masyarakat yang sempurna hanya dapat diwujudkan melalui undang-undang. Maka, Kadaulatan Undang- undang perlulah diterapkan semasa di sekolah lagi. Guru bertanggungjawab membimbing anak murid mematuhi undang-undang dan peranan mereka dalam membantu menjamin kesejahteraan masyarakat. Pada masa yang sama, keharmonian dan perpaduan masyarakat di Malaysia hanya dapat dipelihara jika setiap rakyat di negara ini bersopan-santun, berbudi bahasa dan bertoleransi. Maka, suasana harmoni di negara kita dapat dikekalkan sekiranya kita mengamalkan undang-undang dan etika-etika yang positif. Hal ini juga perlu ditekankan berdasarkan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Kedua, Guru hendaklah memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Akauntabiliti Guru terhadap pengamalan nilai-nilai murni serta mencerminkan tngkah Laku yang berhemah tinggi dan selalu disanjung mulia. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan haruslah menjadi matlamat guru untuk melahirkan murid-murid yang berkelakuan mulia. Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat agar selalu dipandang tinggi juga menjadi kewajiban guru dalam membina personel murid-murid serta dirinya. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Pengamalan nilai-nilai dan sikap-sikap murni ini haruslah disemai sejak kecil lagi. Guru pula perlulah menjadi contoh kepada anak murid dan juga masyarakat. Selain itu, guru haruslah mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana serta tidak melibatkan diri dalam sebarang gejala yang tidak sihat. Oleh yang demikian, guru-guru yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan dapat menjamin dan memelihara penampilan diri. Guru juga perlulah melibatkan diri dalam hobi, aktiviti yang berfaedah pada masa lapang agar dapat melapangkan fikiran serta mengawal emosi ketika mengajar. Rentetan itu, membimbing murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat serta mencerminkan sahsiah yang baik dalam kalangan masyarakat setempat. Akauntabiliti guru terhadap komuniti tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara. Nilai serta sikap bersopan- santun dan tingkah laku yang baik dalam segala aktiviti social di samping mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Sentiasa menghormati ahli- ahli masyarakat setempat dan juga tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat merupakan amalan yang baik. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar supaya dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Lebih- lebih lagi, guru hendaklah menghormati masyarakat setempat ekoran daripada guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat setempat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan seterusnya disanjung tinggi oleh masyarakat setempat. Ketiga, guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Guru haruslah sentiasa sedia agar rela melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang berfaedah dan dapat mendampingi masyarakat setempat. Guru yang membawa diri serta melibatkan diri dengan cergas dalam aktiviti masyarakat akan dihormati serta disanjung tinggi. Dalam konteks ini, pihak kerajaan telah bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru haruslah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan. Guru juga perlu mengelakkan diri daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas, dan juga politik Guru haruslah bijak dan selalu bersedia membantu masyarakat serta pintar menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya. Keempat, guru sentiasa mengambil inisiatif untuk mengikuti perubahan agenda nasional terutama dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang sering dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara bagi merealisasikan Malaysia sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Guru haruslah sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai informasi terkini dan serba tahu. Guru sentiasa diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar serta masyarakat melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat boleh dibincangkan untuk menyedarkan para pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang semakin serius. Rentetan itu, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Tambahan pula, mereka juga dapat menyampaikan mesej kepada ahli keluarga mereka. Melalui pembacaan yang luas, guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, jenayah, ekonomi seperti urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik seumpamanya hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri untuk menggunakan isu-isu semasa supaya dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Guru harus bijak memilih topik berdasarkan perubahan agenda Negara terutamanya dalam bidang pendididkan. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut keperluan zaman. Perkembangan yang pesat dengan percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada para pendidik. Guru tidak dapat menyangkal betapa cepatnya teknologi mempengaruhi perubahan dunia pembelajaran contohnya kemunculan pembelajaran melalui internet atau atas talian. Para guru pada hari ini perlulah bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak murid supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Kelima, guru juga menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memajukan sekolah. Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa amatlah dipentingkan ekoran daripada anak-anak mereka dipertanggungjawabkan kepada guru-guru semasa waktu persekolahan. Segala perkembangan dan peningkatan potensi atau kemajuan anak-anak mereka haruslah dibincangkan. Maka menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa amat diperlukan untuk menjamin kebajikan anak-anak murid tersebut. Guru dan ibu bapa wajiblah saling mengharmati agar dapat menggembleng tenaga menjayakan serta melicinkan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru menghormati tanggungjawab utama ibu bapa dan ibu bapa juga mengambil berat tentang kewajipan guru agar dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Para pendidik memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka serta mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Guru yang bersahsiah tinggi hendaklah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Guru haruslah menjaga diri dan pandai membawa diri serta tidaklah bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. PIBG amatlah dititikberatkan dalam membantu menjayakan serta melicinkan segala aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah. Selain itu, ia juga membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka; membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan; memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran. PENUTUP Kesimpulannya, akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara amatlah dititikberatkan. Sebagai seorang guru, beliau mestilah memiliki niat yang betul, perlakuan yang baik, menjadi pengerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan sebagai teladan murid dan juga masyarakat setempat, berdisiplin dan beradab semasa membawa diri serta menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi dengan hati yang ikhlas. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya serta lapisan masyarakat yang berkenaan supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Sikap seseorang guru mencerminkan darjat profesion perguruan, maka guru-guru haruslah bijaksana dalam memperkatakan segala kenyataan yang benar dan sahih. Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti, guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah dihayati dengan sepenuhnya agar dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru melaksanakan kewajiban serta tugas- tugasnya dengan penuh dedikasi.
BIBLIOGRAFI Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Ee Ah Meng, 1996. Pendidikan Di Malaysia 1 : Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Edu-Nota, 2014. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru: Bab 2 Etika dan Akauntabiliti Guru. Sungai Petani: Percetakan Peladang (M) Sdn Bhd
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu