Anda di halaman 1dari 8

Ramai yang mengaitkan bahawa Bahasa merupakan satu alat komunikasi dan interaksi

sesama makhluk yang berlaku dalam kehidupan seharian. Memetik beberapa pendapat
mengenai Bahasa, Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa
ini, pentinglah kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya
menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat
perhubungan”. Selain itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) juga berpendapat
bahawa “banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah
orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa
merupakan alat perhubungan atau komunikasi”. Namun, menurut Kamus Dewan edisi ketiga
(1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan satu kelompok manusia.Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua
cetakan kesepuluh (1999:77) pula mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi
yang arbitrari, yang diperguna oleh para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama,
berinteraksi dan mengidentifikasikan diri. Secara keseluruhan, dapat kita simpulkan bahawa
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain) dan
penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis
untuk membentuk kalmat yang memiliki maksud.

Istilah 'Melayu' digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.Dalam
pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-
pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini.Penggunaan
istilah 'Melayu' yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa
Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
Sebernanya, asal-usul atau maksud perkataan ‘Melayu’ telah banyak dibahas dan
dibincangkan oleh para sarjana, ilmuwan dan para pembaca sejarah. Namun semuanya tidak
mendapat jawapan yang pasti kepada misteri kewujudan perkataan ‘Melayu’ hatta orang
Melayu sendiri kebanyakan masih ‘buta huruf’ dengan isu tersebut. Untuk mengeluarkan diri
daripada semua misteri ini, seringkali dikatakan kononnya perkataan ‘Melayu’ berasal dari
perkataan Sanskrit, ‘Malaya’ yang bermaksud ‘gunung’ atau ‘bukit-bukau’. Namun ini adalah
ganjil apabila bertentangan dengan kehidupan purba orang Melayu sebagai pelaut dan
pengembara maritim. Satu isu lain juga tidak mampu dijawab oleh mereka; bagaimana bunyi
di hujung -a pada ‘Malaya’ menjadi -u pada ‘Melayu/Malayu’?Sebenarnya, perkataan ‘Melayu’
berakar umbi dari linguistik bahasa-bahasa Austronesia yang membawa konsep, ‘bebas‘.
Perkataan Melayu dikatakan muncul pertama kalinya dalam tulisan Cina antara tahun 644 –
645 M, iaitu disebutkan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara Cina untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja Cina.Kerajaan Melayu merupakan sebuah
kerajaan yang besar dan luas pengaruhnya di Pulau Sumatera, iaitu zaman sebelum kerajaan
Srivijaya.Perkataan Melayu juga berasal daripada perkataan"Himalaya".Tambahan lagi ,
istilah Melayu juga turut ditemukan tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang
bertarikh 1286M yang diemukan di Padang Rocore di Sungai a M, Sumatera Selatan. Melalui
pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972, perkataan Melayu juga digunakan
untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semananjung Malaysia, Thailand, Indonesia,
Filipina, dan Madagaskar.Perkataan Melayu juga dapat dikesan dalam sebuah kitab Hindu
Purbayang berjudul Purana. Dalam kitab tersebut, terdapat perkataan Malaya dvipa.Menurut
para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepada Pulau Sumatera,yang merupakan tempat
asal bahasa Melayu.R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di
Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa
Melayu.W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik)
merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. J.R. Logan yang membuat kajiannya
berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum
Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan
adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil
kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M.

Sarjana yang mengkaji asal usul bahasa Melayu berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal
daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah kelompok bahasa induk yang paling
tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5,000 tahun.Rumpun Austronesia ini
menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan Melanesia. Bahasa
Melayu turunan daripada bahasa Nusantara.Bahasa ini mempunyai keluarga bahasa yang
terbesar, terdiri daripada 200 hingga 3000 bahasa.Keluarga Nusantara kemudiannya
menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan,
Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya
bahasa Melayu, selain bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang
Laut.Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga
peringkat, iaitu, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden
Bahasa Melayu kuno berkembang pada penghujung abad ketujuh hingga abad ke-13,
manakala bahasa Melayu klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan
Islam ke Nusantara, hingga abad ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada
zaman penguasaan Barat di Asia Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.
Bahasa Melayu turut meminjam perbendaharaan kata asing bagi memperkayakan
perbendaharaan katanya. Bahasa Melayu mudah menerima bahasa asing disebabkan
bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik. Peminjaman sesuatu kata boleh dilakukan
secara terus atau melalui penterjemahan sesuatu perkataan atau konsep asing. Peminjaman
terus dilakukan dengan cara menyesuaikan bentuk atau sebutan sesuatu kata asing ke dalam
bahasa Melayu manakala peminjaman melalui terjemahan dilakukan dengan mengambil
makna atau konsep perkataan asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi
padanannya dalam perkataan Melayu.

Kelebihan peminjaman secara terjemahan ialah dapat mempertahankan ketulenan bahasa


Melayu. Apabila sesuatu perkataan bahasa asing tidak mempunyai padanan maknanya
dalam bahasa Melayu atau kata terjemahan Melayunya tidak membawa makna atau konsep
asal kata bahasa sumber, maka peminjaman secara terus perlu dilakukan. Sesuatu kata juga
boleh terserap ke dalam perbendaharaan kata bangsa lain melalui pertembungan budaya.
Misalnya Semenanjung tanah Melayu pernah mempunyai hubungan kebudayaan dan
perdagangan dengan negara asing seperti India, Arab dan China sejak beratus-ratus tahun
dahulu. Hasil daripada interaksi dan hubungan yang berlaku dalam jangka waktu yang lama
menyebabkan beratus-ratus kosa kata asing terserap ke dalam bahasa Melayu. Terdapat
beberapa sebab bahasa Melayu meminjam perbendaharaan kata bahasa asing. Antaranya
ialah keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep atau fenomena baru kerana
bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang sesuai untuk menjelaskan hal tersebut.
Selain itu, kekerapan menggunakan perkataan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding
menggunakan perkataan itu dalam bahasa penutur natif. Hal ini menyebabkan perkataan
asing itu lebih mudah diingati dan difahami. Bahasa Melayu turut meminjam perbendaharaan
kata asing kerana untuk mengatasi masalah sinonim. Contohnya, perkataan nikah dipinjam
daripada bahasa Arab untuk maksud yang lebih sopan dan rasmi bagi perkataan kahwin. Di
samping itu, perbendaharaan kata asing juga dipinjam untuk mengungkapkan sesuatu kata
dengan lebih tepat. Contohnya, dalam bahasa Melayu telah ada perkataan buruk, tetapi untuk
mengungkapkan sesuatu yang lebih buruk digunakan perkataan dahsyat yang dipinjam
daripada bahasa Arab. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan bahasa Melayu meminjam
kosa kata asing. Walau bagaimanapun, tugasan ini hanya akan memberikan fokus terhadap
pengaruh unsur bahasa asing pada zaman bahasa Melayu klasik dalam Kitab Sulalatus
Salatin sahaja. Antara kosa kata asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu dalam kitab
tersebut adalah daripada bahasa Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa, Cina ,Tamil dan Inggeris.
Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga
ke 13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu
dan Buddha.Contoh pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu
antaranya,bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata,
emas dan keranda.

Pengaruh bahasa Arab pula meresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam ke
alam Melayu oleh pedagang dan pendakwah Arab. Proses pengislaman orang Melayu
berjalan lancar kerana apabila pihak istana memeluk islam maka rakyat jelata akan
mengikutinya. Proses pengislaman bukan sahaja mengubah kepercayaan agama, tetapi juga
memberi kesan kepada budaya, sastera dan bahasa orang Melayu. Pengaruh bahasa Arab
lebih dominan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Sanskrit kerana bahasa Arab
banyak mempengaruhi bab-bab berkaitan hukum.Pengaruh bahasa Arab yang terpenting
ialah terciptanya tulisan jawi. Tulisan jawi yang diambil daripada aksara Arab dan ditambah
dengan 6 huruf digunakan dalam tulisan untuk bahasa Melayu. Dengan adanya tulisan jawi,
maka karya sastera islam, kitab agama dapat dihasilkan dalam bentuk tulisan.Seterusnya,
kosa kata bahasa Arab juga banyak terdapat dalam bahasa Melayu terutama bagi
membicarakan hal-hal agama dan bidang lain contohnya ,doa, hadis haji, kiblat, murtad,
rukuk, hisab, ilmu, sejarah, soal, tarikh, akal, faham, fakir, halal, haram, zalim, akad, fitnah
hormat, kaum, kerabat, maaf, salam, wujud, dan roh.Pengaruh bahasa Arab dalam struktur
ayat bahasa Melayu terlihat menerusi penggunaan ayat songsang dan ayat pasif. Dalam
bahasa Arab struktur ayat dimulakan dengan kata kerja (fi’liah) dan apabila diterapkan ke
bahasa Melayu akan menjadi ayat songsang contohnya, duduklah dia di atas bangku itu
sambil menyiapkan kerjanya. Bahasa Arab turut mempengaruhi bunyi dalam bahasa Melayu
contohnya, ‘dh’ : dhaif, dharab, hadhirat, haidh dan ‘gh’ : ghaib, ghairah, loghat, maghrib.

Seterusnya seperti bahasa Arab, pengaruh bahasa Parsi dalam bahasa Melayu dikaitkan
dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Kebanyakan pengaruh bahasa Parsi lebih
tertumpu dalam lapangan kesusasteraan dan gelaran raja-raja dan adapt pertabalan seperti
Syah, nobat dan sebagainya. Antara kosa kata bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah agar,
andai andam,bahari, baju andam, banjir, beriani, cokmar, dewan, gandum garam, istana,
juadah, kamar, kahwin, kelasi, kebab, laksa, nakhoda, nisan, pinggan seluar, takhta, seruling,
pelana, pahlawan, lawak, pesona, piala. Imbuhan bahasa Parsi dalam bahasa Melayu ialah
imbuhan bi yang bermaksud tidak seperti biadab (tidak beradab) dan bitara (tiada tara).

Selain itu, penyebaran bahasa Jawa ke alam Melayu berlaku ketika pemerintahan kerajaan
Majapahit melalui kesusasteraan jawa iaitu cerita panji, selain penghijrahan orang-orang Jawa
kealam Melayu.Antara kosa kata Jawa yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah adegan,
awet ayu, bagus, beres, calon, duda, enak, garing, gembleng, kaget, keringat, keruan, ketara,
kiai, lakon, lapor, lontong, lumayan, lumrah, lurah, matang, pamer, perabot, prihatin, rawat,
saring, sering dan tulen.

Bahasa cina juga memainkan peranan yang penting dalam proses peminjaman Bahasa
melayu kerana kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu berasal dari daerah
selatan (Hokkien dan Canton), maka kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek
bahasa daerah tersebut.Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa Melayu ialah camca,
pongkes, cawan, teko, beca, abah, amoi, apek, encik, tauke, bohsia, beng, suun, kuaci, lobak,
tauhu, tocang, gincu, amah, pisau, tong, loceng kicap, laici, cincau, dacing, kuih mihun, pau,
cat, inci, sampan dan tauge.

Jumlah bahasa Tamil dalam bahasa Melayu agak sedikit.Sebahagiannya pula merupakan
pinjaman atas pinjaman iaitu bahasa Tamil yang dipinjam daripada bahasa asing kemudian
dipinjam pula oleh bahasa Melayu. Antara bahasa Tamil yang dipinjam ke dalam bahasa
melayu ialah ceti, kapal, kedai, mempelam, bagai, kawal, modal, kolam, ayah, kakak, apam,
canai, ceut, coli, gudang, gerudi, guni, ketumbar, kuli, nelayan, nilam, sami, ragam, tali,
tembikai, emak, jodoh, kari, pondan dan pinggan.

Pengaruh bahasa Inggeris mula bertapak ke dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-
18, iaitu bermulanya penjajahan Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan dan
menguasai Bahasa Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat
disebabkan oleh beberapa faktor seperti dasar penjajah yang lebih mementingkan bahasa
Inggeris berbanding Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh penjajah
Inggeris, pendidikan Inggeris sangat mempengaruhi penduduk berbilang kaum di Tanah
Melayu, peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, sikap orang Melayu sendiri
yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dan kebanyakan
pengaruh bahasa Inggeris terhadap kosa kata bahasa Melayu. Di samping itu juga, Bahasa
melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi. Contoh pengaruh
bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu termasuklah ‘work load’ bermaksud
beban kerja dan ‘honey moon’ bermaksud bulan madu.Contoh pengaruh bahasa Inggeris
terhadap imbuhan bahasa Melayu pula ialah anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris,
automatic, autimobil, makroekonomi, mikroekonomi,monopoli, multimedia, poligami,
prokerajaan, subtajuk, supranasional, ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter,
detektif, automatic, artis, Zionisme, kronologi, koleksi, mentality dan editor.Namun ,keburukan
pengaruh bahasa Inggeris terhadap sistem tulisan bahasa Melayu ialah apabila bahasa
Inggeris menguasai bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan menggantikan
tulisan jawi dan akibatnya, tulisan jawi semakin terpinggir.

Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat,
ejaan, istilah, penggunaan bahasa rojak dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak
dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan
gramatis hanya dipandang enteng oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadi ‘lingua
franca’ kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak
dikenakan tindakan. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang
rendah martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai
inisiatif untuk memperkasakan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah
mengambil langkah yang proaktif dan efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat
dikekalkan.

Salah satu langkah untuk membendung masalah penemaran bahasa ialah peranan pihak
sekolah. Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan
bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam
berbahasa, guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka. Biarkan mereka
belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan diulang lagi.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bahasa. Sebagai contohnya, pihak sekolah mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan
pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang
sesuai. Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang
bahasa yang betul, bak kata pepatah “Sambil menyelam minum air”

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
yang gramatis di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media
massa kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk
menyebarkan informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan
bukan kerajaan (NGO), kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan
kempen ini, diharapkan masalah pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.

Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan
menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan
mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang
gramatis dalam sektor kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah ini, semua pegawai
dan kakitangan kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data,
surat ataupun melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan,
sesuai dengan peribahasa Melayu, “Alah bisa tegal biasa”. Dengan cara ini, masalah
pencemaran bahasa dapat diminimumkan.

Pencemaran bahasa yang sering kita lihat adalah di papan-papan tanda. Pihak kerajaan
perlu mewajibkan penggunaan bahasa yang gramatis bagi papan-papan tanda. Hal ini perlu
dipandang serius kerana bahasa menunjukkan bangsa. Jika pelancong asing datang ke
negara kita, mereka akan terpengaruh oleh penggunaan-penggunaan bahasa yang salah,
seterusnyamasalah pencemaran bahasa menjadi lebih serius. Oleh itu, papan-papan tanda
yang ingin dibuat perlulah mendapat kelulusan bahasa daripada pakar-pakar bahasa Melayu.
Dengan ini, isu pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat dibendung. Hal
ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada merawat”.

Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam memperkasakan usaha mengatasi
masalah pencemaran bahasa. Ibu bapa perlu membudayakan anak-anak mereka dengan
budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini mempengaruhi minat dan cara anak-anak
menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, anak-anak akan terdedah
kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang baik dan digunakan sebagai bahasa
percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak mendatangkan maslahat kepada anak-
anak, ibu bapa, mahupun negara malahan semakin memburukkan keadaan. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di
rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-
anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk


menjalankan langkah yang pragmatik bagi menangani masalah pencemaran bahasa. Usaha
yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya
sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari
semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa
dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk memprioritikan bahasa Melayu ini dilakukan agar
generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang
selama ini diperjuangkan agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

Anda mungkin juga menyukai