Anda di halaman 1dari 6

1.

0) SEJARAH BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca yang telah menjadi kebanggaan dan
warisan kebudayaan Melayu. Penghasilan karya-karya yang menggunakan bahasa
Melayu semakin giat dilaksanakan. Pada umumnya, kerajaan Sri Vijaya yang telah
menggunakan bahasa melayu dalam sistem pentadbiran pada abad ke-7. Namun, pada
abad ke-13 era kegemilangan Melaka perkembangan bahasa Melayu dipergiatkan lagi
sesuai dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1995), asal-usul bahasa mempunyai hubungan


dengan kewujudan sesuatu bangsa di alam ini. Selain itu, sesebuah tamadun atau
kerajaan sesuatu bangsa akan menjadi lengkap dan sempurna dengan wujudnya
bahasa. Oleh itu, bahasa dan bangsa bertindak saling melengkapi antara satu sama
lain. Menurut beliau lagi, bahasa Melayu dan tamadun telah wujud sejak abad kedua
masihi lagi. Kerajaan Champa telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi dan perantaraan.

Bahasa Melayu telah berkembang menjadi bahasa antarabangsa hasil daripada proses
evolusi yang berlaku ketika peredaran zaman. Terdapat lima zaman perkembangan
bahasa Melayu. Penyataan ini dinyatakan oleh Amat Juhari Moain (2006:27). Perkara ini
menjadi bukti kepada perkembangan dan penyebaran bahasa Melayu secara bertahap-
tahap iaitu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut dikenali sebagai zaman bahasa
Melayu purba, Melayu kuno, Melayu klasik, Melayu pramoden dan Melayu moden.

Zaman yang pertama ialah zaman Bahasa Melayu purba. Pada zaman ini, bahasa
Melayu digelar sebagai bahasa Melayu purba kerana tiadanya kewujudan sejarah
bertulis pada waktu tersebut. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain
(2006), beberapa orang ahli bahasa telah membuat rekontruksi bahasa berdasarkan
maklumat-maklumat pada bahasa dan dialek Melayu yang wujud pada masa tersebut
bagi membuktikan kedudukan dan keadaan bahasa Melayu purba ini.

Contoh perkataan ialah gajus yang memiliki tujuh nama. Tiga daripadanya diketepikan
penggunaannya iaitu ketereh, jambu golok dan jambu monyet manakala empat nama
lain iaitu gajus, jagus, janggus, dan kajus. Terdapat perbezaan antara gajus dan kajus.
Ini berpunca daripada kewujudan perubahan bunyi bersuara ke tak bersuara (g ke k);
bunyi gajus ke jagus hanya merupakan proses metatesis (bunyi terbalik). Sebutan
janggus pula merupakan hasil penyimpangan bunyi iaitu penyengauan bunyi. Sebutan
asal bagi nama ini akan dapat dicari melalui proses ini dan inilah yang disebut sebagai
proses rekonstruksi.

Menurut Asmah Haji Omar, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu purba
dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Kelompok ini hanya berbahasa
melayu secara lisan. Bahasa Melayu purba dalam bentuk tulisan masih belum wujud
pada peringkat ini. Terdapat juga individu lain yang menyatakan bahawa bahasa Melayu
telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Champa, Vietnam. Individu itu ialah Harry
Judge (1991).

Zaman bahasa Melayu kedua pula ialah zaman Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu
kuno menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain (2006:27), telah wujud pada sekitar
abad keempat Masihi ekoran penemuan sebuah prasasti di Dong Yen Chau di Teluk
Tourane Vietnam. Disebabkan penerimaan pengaruh daripada India, wujudnya bahasa
Melayu kuno. Zaman kerajaan Sriwijaya iaitu dari abad ketujuh hingga abad ke-13
merupakan zaman kegemilangan bahasa Melayu kuno.

Bahasa tersebut telah menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran pada
zaman tersebut. Manusia yang menetap dan singgah di Semenanjung Tanah Melayu,
Kepulauan Jawa dan sekitar Sumatera menggunakan bahasa Melayu kuno untuk
bertutur. Prasasti bahasa Melayu kuno telah ditemui di beberapa tempat. Antaranya
ialah semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra, Thailand, Ligor – bertarikh abad
kelapan dan Chaiya selepasnya, Lembah Bujang serta Minye Tujuh.

Kerana ciri-cirinya yang memenuhi aspek-aspek tertentu, Bahasa Melayu kuno telah
dianggap sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Bahasa Melayu kuno bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Selain itu, bahasa tersebut tiada ikatan
kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem dan struktur bahasa
yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Dalam aktiviti perdagangan dan
aktiviti penyebaran agama, bahasa Melayu kuno banyak digunakan oleh masyarakat.

Bahasa Sanskrit boleh dikatakan sebagai asas kepada bahasa Melayu kuno kerana
bahasa tersebut mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem bahasa Melayu kuno.
Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh bahasa Sanskrit seperti pengayaan kosa
kata dan ciri-ciri keilmuan bahasa Melayu. Antara faktor-faktor yang menyebabkan
bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit ialah agama. Agama Hindu
banyak mempengaruhi bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu kuno. Selain itu, banyak
lagi faktor yang menjadikan bahasa Melayu mudah dipengaruhi.

Zaman bahasa Melayu klasik pula menurut Asmah Haji Omar (1985:33) menyatakan
kewujudan bahasa Melayu klasik adalah sekitar sekitar abad ke-13 dan abad ke-17.
Perkembangan bahasa Melayu klasik dan perkembangan karya sastera mempunyai
hubungan yang khusus kerana gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari
segi kebudayaan dan keperibadian bangsa telah ditunjukkan oleh karya sastera yang
berkembang dari zaman ke zaman. Pada zaman ini bahasa Melayu berfungsi sebagai
penghasilan karya ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan.

Itulah sedikit sebanyak sejarah kewujudan bahasa Melayu yang telah membuatkan
bahasa itu sendiri berkembang sehingga wujudnya zaman bahasa Melayu moden.
Pelbagai fungsi bahasa Melayu yang boleh kita lihat pada zaman ini. Antaranya ialah
sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang dijadikan
sebagai bahasa utama sesebuah negara dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi
negara tersebut. Bahasa tersebut juga mewakili lambang jati diri negara dan
kewarganegaraan, bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara
setanding dengan negara yang lain.

2.0) FUNGSI BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu juga digunakan sebagai bahasa rasmi negara. Kebiasaannya, dalam
perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan surat-menyurat, penggunaan
bahasa Melayu akan dilaksanakan. turut berfungsi sebagai bahasa rasmi. Di samping
itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar dalam pendidikan. Hampir semua
sekolah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika pengajaran dan
pembelajaran kecuali institusi-institusi pendidikan tertentu.

Selain daripada fungsi-fungsi tersebut, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai


bahasa ilmu yang kekal dan tidak akan pernah lapuk. Dari zaman dahulu hinggalah
zaman kini, jasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak akan pernah terhitung
kerana ilmu itu sendiri tidak ternilai harganya apatah lagi bahasa yang membantu
menyalurkan ilmu kepada orang ramai. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa
perpaduan yang menyatupadukan rakyat dari setiap lapisan masyarakat dan kaum bagi
membentuk negara yang tercinta. Kewujudan bahasa perpaduan membuatkan
bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Bahasa Melayu turut berfungsi sebagai bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan.
Bahasa Melayu digunakan dalam komunikasi antara kaum yang ada dalam sebuah
negara. Apabila komunikasi dihadkan menjadi cuma satu bahasa maka setiap jiwa
dalam diri masyarakat akan menjadi satu kerana semuanya menumpukan sepenuh
perhatian kepada satu bahasa tanpa menimbulkan gangguan berupa bahasa lain dalam
komunikasi. Semua ini akan membuatkan persefahaman mudah dibentuk.

3.0) LARAS BAHASA

Laras bahasa merupakan gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada
pelisanan dan penulisan manakala penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar,
situasi, topik serta tujuan perbincangan.

Berdasarkan sebuah bahan ilmiah yang telah ditelaah, didapati bahan ilmiah tersebut
mengandungi laras bahasa yang menunjukkan kematangan dan berkeupayaan
menyampaikan hujah serta hasil pemikiran dengan tepat lagi efektif. Laras bahasa
tersebut ialah laras bahasa akademik. Laras bahasa ini boleh dikenali melalui ciri-ciri
seperti ayatnya tidak meleret, ringkas tetapi mengandungi maklumat yang tepat, ada
kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan. Selain itu, laras
bahasa akademik juga mengandungi penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk.
RUJUKAN

1) Yurtoğlu, N. (2018). Http://www.historystudies.net/dergi//birinci-dunya-savasinda-bir-


asayis-sorunu-sebinkarahisar-ermeni-isyani20181092a4a8f.pdf. History Studies
International Journal of History, 10(7), 241-264. doi:10.9737/hist.2018.658
2) Mud, N. L. (2014, August 07). Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa. Retrieved from
https://www.slideshare.net/Nicholas940217/jenis-jenis-dan-ciriciri-laras-bahasa
3) Essay: The Malay language (bahasa Melayu). (2015, October 08). Retrieved from
https://www.essaymarketplace.com/malay-essays/essay-the-malay-language-bahasa-
melayu/
4) Arbakyah. (n.d.). FUNGSI BAHASA MELAYU. Retrieved from http://lestari-
intelek.blogspot.com/2010/08/fungsi-bahasa-melayu.html
Kohesi dalam Warkah Sosial Melayu Abad Ke-17
Hingga Abad Ke-19

Abstrak

Makalah ini untuk membincangkan kepelbagaian aspek kohesi sebagai satu unsur wacana
dalam warkah sosial Melayu. Warkah sosial Melayu terbina dengan struktur tersendiri yang
membezakannya dengan teks yang lain. Setiap komponen teks yang mendasarinya mempunyai
perkaitan proses antara satu sama lain di samping memperkatakan kerencaman kandungan.
Oleh itu, jalinan makna dan hubungan antara unsur bahasa dalam wacana dapat ditelusuri oleh
peranan kohesi. Kehadiran unsur kohesi dalam pendekatan Konseptual Wacana Tiga Dimensi
oleh Fairclough (1992) menghubungkaitkan pernyataan yang melibatkan pemerihalan, deduksi
dan struktur yang membina wacana tersebut. Analisis 21 pucuk warkah bersifat empirik kerana
perbincangan berdasarkan data yang terkandung dalam teks. Selaras dengan pendekatan
kualitatif, penghuraian data adalah deskriptif. Kajian kohesi dengan kerangka kohesi Komponen
Fungsian Sistem Semantik oleh Halliday dan Hasan (1976) mendapati kesinambungan
hubungan antara kata, klausa dan ayat berlaku dalam berbagai-bagai cara sehingga melahirkan
teks yang utuh. Antaranya, menerusi dua kategori utama, iaitu gramatikal yang melibatkan
unsur-unsur kohesi rujukan, penggantian, elipsis dan penghubung dan kategori leksikal seperti
pernyataan semula dan kolokasi.Analisis kohesi memandu pengirim warkah menyalurkan unsur
tekstual dan membentuk kesinambungan klausa dan ayat sehingga menjadi teks yang lebih
besar. Semua unsur kohesi ini menghuraikan komponen ideasional, interpersonal dan tekstual
sebagai fungsi semantik yang menghubungkan unsur linguistik dalam teks warkah sosial
Melayu.
Kata kunci: kohesi, warkah sosial Melayu, Komponen Fungsian Sistem Semantik, semantik,
kesinambungan

PENDAHULUAN

Apabila membicarakan tentang warkah sosial Melayu pada abad ke17 hingga ke-19,
warkah sosial lazimnya dikaitkan dengan warkah yang dihantar oleh raja, pembesar
ataupun orang-orang tertentu kepada orang lain untuk meminta bantuan atau
pertolongan, hal-hal peribadi, perdagangan, perniagaan atau sebagainya (Ab. Razak,
2006 p. 22).

Anda mungkin juga menyukai