Anda di halaman 1dari 6

Tugasan 1

Pengenalan
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, bahasa bermaksud bicara, unjuran,
tatatertib, sopan-santun, tingkah laku yang baik, pertuturan atau percakapan yang baik
(Zainal Abidin Safarwan 1996:128). Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun
bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh
dan diperluas peranannya. Era globalisasi mencetuskan perkembangan ilmu yang
begitu pantas dan pesat serta memberikan impak secara langsung dan tidak langsung
terhadap bahasa Melayu. Selain itu, sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki
sejarah yang panjang untuk menjadi Bahasa Melayu seperti wujud sekarang.
Perjalanan sejarah bahasa inilah yang akan dicatat dan dibahaskan dari keadaan awal,
seterusnya menempuh beberapa fasa tertentu sehingga ke arah pembentukan dasar
bahasa di Malaysia. Bahasa Melayu di Malaysia mempunyai fungsi yang tertentu
mengikut perkembangan sejarahnya.
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia dan fungsinya
Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu yang dikenali sebagai
Nusantara atau Asia Tengah. Menurut R.H. Geldern, bangsa Melayu berasal dari Asia
Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap beliung batu yang dikenali sebagai
kapak tua yang ditemui. Sebenarnya, Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga
Nusantara di bawah rumpun bahasa Austronesia. Asmah, 1985 mengatakan bahawa
istilah Austronesia membawa maksud kepada pulau-pulau selatan. Austronesia pula
telah dipecahkan kepada empat keluarga iaitu Melanesia, Indonesia (Nusantara),
Mikronesia dan Polinesia.
Wilhem von Humboldt yang merupakan ahli bahasa yang telah mengkaji aspek
keserumpunan bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah
Polinesia telah menggunakan istilah Malayo-Polinesia. William Marsden mendapati
bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Ismail
Hussien (1948:5) pula mengatakan bahawa bahasa Melayu hanyalah merupakan satu
daripada lebih kurang 200 bahasa dalam Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu menjadi
sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di Kepulauan
Melayu disebabkan oleh bentuknya yang amat sederhana dan berkemungkinan
menerima unsur barat dan juga sifatnya yang mampu dilenturkan buat memenuhi
keperluan semasa. Bahasa Melayu yang berkembang pesat sehingga dijadikan
bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darulssalam.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang quantitinya besar jumlahnya
dibandingkan dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog. Menurut
2

pandangan Magellan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di alam
Melayu dari Acheh hingga ke kepulauan Maluku. Kepentingannya sebagai bahasa
lingua franca disebabkan oleh sifatnya yang sederhana dan mudah menerima
pengaruh barat, mempunyai sistem yang mudah berbanding dengan bahasa Jawa dan
tidak bergantung kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
Bahasa Melayu mengalami transformasi nama beberapa kali di Malaysia.
Bahasa Malaysia dinamakan sebagai Bahasa Melayu pada awal 1970-an. Selepas
itu, bahasa Melayu telah ditukarkan kepada Bahasa Malaysia kerana politik pada
tahun 1970 sehingga 1986. Namun kemudiannya nama Bahasa Melayu digunakan
semula terutamanya dalam bidang pendidikan pada tahun 1986 sehingga Jun 2007.
Bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai
simbol bermula pada 1 Julai 2007 bahawa bahasa ini merupakan bahasa untuk semua
dan tidak kira kaum dan agama. Selain daripada ini, tujuan lain ialah untuk mencapai
perpaduan kaum dalam negara kita iaitu Bangsa Malaysia dan tidak mengulangi lagi
peristiwa pada 13 Mei 1969.
Seterusnya, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukkan undang-undang yang tersirat dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas dan tepat bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan sejak tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi sebagai bahasa
kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu bahasa Melayu
mempunyai quantiti penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini
membentuk 49.78 %, manakala kaum Cina adalah 37.1% dan kaum India pula 11.0%
(Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260).
Faktor kedua ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai medium untuk
komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi
komunikasi umum. Sementelahan itu, faktor ketiga ialah bahasa Melayu merupakan
bahasa yang bersifat peribumi bagi nusa ini. Oleh itu, bahasa Melayu dapat melahirkan
jati diri penduduk negara ini. Faktor yang keempat ialah bahasa Melayu telah lama
menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disangguh oleh mana-mana pihak.
Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam
semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasabahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, penggunaan dan pengiktirafan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan
3

dan dari segi undang-undang, dasar ini telah dimaktubkan melalui akta dan
perlembagaan.
Di samping itu, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar
ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan
tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa
Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib.
Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu
menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.
Laras Bahasa Melayu dan fungsinya serta contoh-contoh laras Bahasa Melayu
Laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur
dalam kehidupan seharian. Seorang penutur akan mengubah laras bahasa bergantung
kepada situasi sesuatu peristiwa itu berlangsung. Selain itu, laras bahasa juga boleh
didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras
bermaksud variasi yang ada pada setiap penutur. Antara ciri laras yang penting ialah
perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras yang
tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu sahaja. Daripada satu segi,
dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi
yang berlainan, masyarakat boleh menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasisituasi sosial yang berbeza yang wujud di sekitar mereka.
Halliday (1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang
berlainan berdasarkan fungsi. Beliau menyatakan bahawa laras bahasa berubah-ubah
mengikut situasi. Jika diamati perlakuan bahasa yang ada dalam pelbagai konteks,
didapati faktor kelainan dan jenis-jenis bahasa yang digunakan bersesuaian dengan
situasi yang berlainan. Ure dan Ellis (1977) pula menganggap laras bahasa sebagai
pola bahasa yang lazim digunakan mengikut keadaan tertentu. Hal ini bermakna
sesuatu situasi akan menentukan bentuk bahasa yang digunakan oleh pengguna
bahasa itu dan pemilihannya berdasarkan konvensi sosial masing-masing. Seterusnya,
Asmah Haji Omar (1987), menyatakan bahawa laras bahasa mempunyai ciri-ciri
khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunannya. Kelainan atau
variasi bahasa yang digunakan mempunyai disiplin ilmu yang berbeza-beza.
Pilihan laras amat luas, misalnya laras apabila bercakap dengan rakan
sepejabat mengenai hal-hal pekerjaan, laras dengan majikan, laras dalam suasana
rumah tangga, misalnya antara ibu bapa dengan anak-anak, dengan mertua dan
dengan sanak saudara, laras sewaktu menulis laporan atau minit mesyuarat, laras
4

sewaktu tawar-menawar di pasar dan laras sewaktu menyampaikan ucapan. Jumlah


laras seseorang itu menggambarkan sesuatu pengalaman bahasanya dan fungsi yang
dimainkan olehnya dalam masyarakat. Semakin besar jumlah peranannya, maka
semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan.
Selain daripada itu, terdapat juga beberapa jenis laras bahasa Melayu.
Contohnya, laras bahasa ekonomi, perundangan, perhubungan, biasa, akademik,
media dan lain-lain lagi. Laras bahasa ekonomi biasanya digunakan dalam dunia
korporat terutamanya khususnya pada bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan,
perbankan, perniagaan dan perdagangan. Penggunaan laras bahasa ekonomi dalam
Bahasa Melayu amat penting kerana negara kita berada di abad ke-21 sedang
menjurus ke arah negara perusahaan dan perindustrian. Seterusnya, gaya bahasa
yang digunakan adalah lebih formal dan tidak mengutamakan struktur ayat. Malahan,
maklumatnya disampaikan secara jelas atau eksplisit, iaitu setiap fakta yang diberikan
benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik. Antara contoh laras bahasa
dari segi ekonomi ialah seperti berikut:
1) Penurunan harga minyak mentah seluruh dunia baru-baru ini dijangka akan
memberi kesan yang baik ke atas ekonomi Malaysia dalam bentuk
memperbaiki permintaan bagi eksport barang-barang utamanya.
(Utusan Malaysia, 19 April 1983)

2) Perbendaharaan kata
Istilah Khusus (penanda aras), antaranya:

Anggaran kos
Harga mutlak
Agihan jualan
Urus niaga
Kredit

Istilah Umum: diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi

Untung
Tempoh hutamg
Tunai
Runcit

Tambahan pula, laras bahasa perundangan atau undang-undang ialah salah


satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa Melayu sejak zaman dahulu
lagi. Walaubagaimanapun, laras undang-undang lebih bersifat moden dan banyak
menggunakan istilah teknikal pada hari ini. Laras undang-undang juga digunakan
oleh orang yang terlibat dalam bidang perundangan seperti peguam, hakim dan
pendakwa apabila mereka menulis atau bercakap mengenai undang-undang
sesama mereka sama ada di dalam mahkamah atau tidak. Sebahagian besar klausa
dan ayat dalam laras ini ditulis dalam ayat penyata. Contoh-contoh laras bahasa
perundangan ialah;
a) Defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju
dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang
dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan berkenaan.
b) Barang siapa yang dijumpai berada di mana-mana premis yang telah
dikhaskan atau digunakan untuk mana-mana tujuan seperti yang telah
ditetapkan dalam seksyen 13 supaya mana-mana dadah berbahaya
tersebut boleh diberikan atau dihisap atau dengan kaedah lain olehnya
adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap akta ini dan jika
disabitkan hendaklah di denda tidak lebih dari lima ribu ringgit atau di
kenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.
Selain itu, laras bahasa Melayu dari segi perhubungan mempunyai kaitan
dengan laras bahasa media massa kerana media massa merupakan alat
komunikasi yang menghubungkan masyarkat. Jadi, laras media massa kurang
memntingkan nahu atau gaya, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung.
Bahasa yang digunakan bersifat melaporkan sesuatu peristiwa yang berlaku.
Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan
kepada pembaca dan penonton. Contohnya, Pasukan Biru telah memalukan pihak
lawan apabila pasukan Merah dikalahkan di gelanggang sendiri dengan jaringan dua
gol berbalas satu. Bukan itu sahaja, laras bahasa iklan juga merupakan salah satu
bahagian dalam laras bahasa perhubungan. Laras bahasa iklan ialah bentuk bahasa
yang digunakan dengan tujuan untuk memperkenalkan barang yang diperniagaan.
Penggunaan laras ini bertujuan untuk mengubah persepsi para pengguna agar
mengubah sikap mereka dan seterusnya mempengaruhi sikap mereka dalam
membuat keputusan. Jadi, laras ini menghubungkan masyarakat dengan iklan.
Namun, laras bahasa ini tidak mementingkan tatabahasa dan sifat bahasanya
adalah kreatif dan imaginative. Malah, pelbagai kaedah untuk memujuk atau
menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan, pujukan, kemesraan, gesaan

dan doa. Contohnya, kaedah mengumpan seperti Ayuh, cepat-cepat. Mari rebut
jenama Z. Beli satu, percuma satu.

Kesimpulan
Kesimpulannya,

kekuatan

sesuatu

bangsa

dan

sesebuah

tamadun

bergantung kepada bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu sumber


kekuatan kesatuan bangsa Malaysia. Perkembangannya bukan lagi setakat sebagai
alat komunikasi semata-mata tetapi berkembang seiring dengan meluasnya
penggunaan bahasa ini dalam pelbagai arena ilmu, baik yang berasaskan sains dan
teknologi mahupun yang berteraskan manusia dan kemanusiaan. Laras bahasa juga
sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Jumlah laras sesuatu bangsa
mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu
bangsa. Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa
Melayu. Pembelajaran laras dalam bahasa Melayu haruslah dimulakan di bangku
sekolah bukannya baru di institute pengajian tinggi supaya masyarakat benar-benar
menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai