Anda di halaman 1dari 15

BAB LARAS BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir bab ini pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti jenis laras bahasa dalam Bahasa Melayu.

2. Menganalisis bahasa tinggi dan bahasa rendah dalam Bahasa


Melayu.

3. Mengenal pasti ragam bahasa dalam masyarakat Bahasa Melayu.

1
2.1 PENGENALAN

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.


Sosiolinguistik tertumpu kepada dua entiti iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik
menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur yang mempunyai hubungan
yang rapat antara kedua-duanya. Bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang yang
mengkaji bahasa dan masyarakat yang sangat luas. Ia menumpukan kepada bahasa
dalam konteks sosial dan kebudayaan. Melalui bahasa, manusia dapat berhubung,
menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Dengan bahasa juga mereka
dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai anggota masyarakat.

Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan,
perbendaharaan kata dan tatabahasa. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk
bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. Perubahan berlaku dalam pelbagai sudut
sosiolinguistik masyarakat seperti struktur, nilai, organisasi dan sistem sosial yang akan
mempengaruhi aspek lain. Penyesuaian atau penggantian fitur yang berlaku dalam
bahasa ini membawa kepada perubahan lain terutama dalam konteks bahasa dari
peringkat ke peringkat dalam perkembangan sejarahnya.

Bahasa dan budaya mempunyai perhubungan dan penggunaan yang erat serta
mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan bagi
menggambarkan sesuatu suasana, menyampaikan maklumat antara penutur dan
pendengar, menyatakan atau mengujarkan perasaan dan sebagainya. Perubahan
bahasa berlaku pada banyak segi kebahasaan seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik, kosa kata, ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa dan sebagainya.

Oleh hal yang demikian, Kepelbagaian bahasa membawa pengertian bermacam-


macam jenis bahasa. Kepelbagai bahasa ini juga turut dikenali sebagai kelainan bahasa.
Kepelbagaian bahasa merangkumi sama ada besar atau kecil, tinggi atau rendah, dan
termasuklah juga aspek dialek-dialek. Oleh itu, bab ini akan membincangkan kelainan
tinggi dan kelainan rendah dalam bahasa.
2.2 KELAINAN BAHASA BERTARAF TINGGI

Bahasa tinggi ialah bahasa baku atau bahasa standard dengan penggunaan kosa
kata dan nahu yang betul. Ia adalah bahasa yang digunakan untuk bahan cetakan kekal.
Bahasa tinggi hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku (awam @
persendirian). Bahasa bukan sahaja bertindak sebagai lambang penyatuan, tetapi
berfungsi sebagai alat yang melambangkan pengasingan apabila dikaitkan dengan
nasionalisme. Ragam bahasa baku menekankan kerapian, kejelasan, dan ketepatan baik
alam susunan mahupun makna.

Bahasa baku menjalankan fungsinya dalam pelbagai bidang. Fungsinya yang


paling besar ialah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan atau ilmu, dan
bahasa kesusasteraan. Dengan demikian bahasa baku mengalami proses kecendekiaan
untuk memastikan fungsinya itu berkesan.

Kecendekiaan bahasa ialah proses yang menyediakan sesuatu bahasa untuk


membolehkannya membuat kenyataan-kenyataan yang tegas dan cekap. Maksudnya,
bahasa itu mestilah berupaya untuk menyatakan idea yang kompleks dengan teratur dan
licin, melalui kosa kata dan perkataan yang tepat dan berkesan

Ciri-ciri Bahasa Melayu Tinggi (BMT) adalah:

(i) Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.

(ii) Menggunakan tatabahasa yang betul.

(iii) Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang betul.

(iv) Menggunakan sistem sendi yang beul.

(v) Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.

(vi) Menggunakan semantik (makna) yang betul.

3
(vii) Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.

(viii) Menggunakan sistem panggilan yang betul.

(ix) Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.

Bahasa Melayu tinggi ialah ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi,
sebagai bahasa baku atau standard. Bahasa Melayu tinggi tidak dapat dijelmakan melalui
bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan. Bahasa
Melayu tinggi juga bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial).

Oleh sebab penggunaan jenis bahasa baku ini berlaku dalam situasi rasmi, maka
perlulah ditentukan sifat bahasa ini benar-benar seragam dan mantap pula
penggunaannya. Proses pembakuan bahasa berlaku pada banyak tahap antaranya
tahap pembakuan sistem tulisan, pembakuan sistem ejaan, pembakuan kosa kata,
pembakuan tatabahasa dan pembakuan sebutan.
2.3 PEMBAKUAN SISTEM TULISAN

Pembakuan sistem tulisan bermaksud usaha memantapkan sistem huruf yang digunakan
untuk menulis menggunakan bahasa tersebut. Pembakuan dalam sistem tulisan berlaku
apabila sistem tulisan rumi diterima sebagai tulisan rasmi bagi bahasa kita. Proses
pembakuan ini dilakukan melalui pernyataan dalam perlembagaan persekutuan.

Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan, iaitu:

i. Bahasa tulisan umum: tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi
diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Contoh penggunaannya seperti
dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain.

ii. Bahasa tulisan rapi: terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.

2.4 PEMBAKUAN SISTEM EJAAN

Pembakuan sistem ejaan ialah proses yang menentukan sistem ejaan sesuatu bahasa

itu bersifat baik dan mantap. System ejaan rumi dirumuskan system penulisannya sejak

abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun asas system ejaan Rumi

Bahasa Melayu. Bagi tulisan Rumi bahasa kita, tahap pembakuan yang terakhir adalah

pada tahun 1972. apabila kita ( bersama-sama Indonesia) bersetuju untuk menerima

sistem penggunaan ejaan baharu. Di Malaysia, system Ejaan Rumi Baharu ialah Ejaan

Za’ba. Setelah itu, Za’ba telah memperkemaskannya sehingga menjadi satu system yang

digunkan di sekolah selama 30 tahun.

5
Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun1904

dan disempunakan pada tahun 1972. Antara sistem ejaan rumi yang pernah wujud ketika

itu ialah:

a) Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1904)- ejaan sekolah Melayu di Malaya

b) System ejaan Za’ba (1949) ejaan sekolah hingga 1972

c) System Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954)

d) System Ejaan Rumi Kongress 1956 – ejaan Asas ‘50’ (Angkatan Sasterawan ‘50’)

2.5 PEMBAKUAN SEBUTAN

Pada amnya, boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu telah mantap dari segi proses
pembakuannya. Sudah wujud bahasa Melayu baku dari segi sistem tulisan, ejaan rasmi,
kosa kata dan tatabahasa. Pembakuan sebutan sahaja yang masih belum mantap,
kerana aspek ini susah untuk dicapai. Namun, usaha untuk menyeragamkan aspek
sebutan sudah dimulakan sejak tahun 1989, iaitu kira-kira 19 tahun dahulu. Dalam masa
yang agak panjang itu, proses itu telah berjalan dengan baik, dan jika tidak diusik
oleh mana-mana pihak pasti ia akan berhasil.

Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

i. Bahasa lisan subbaku: bahasa lisan yang tidak terkawal, mengandungi unsur
tempatan atau bersifat individu (ideolek). Jenis bahasa yang tergolong dalam
kategori ini ialah dialek dan bahasa pasar.

ii. Bahasa lisan umum: adanya unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan
penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk
panggilan hormat dan bersopan.
iii. Bahasa lisan terkawal: diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa
terkawal. Sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi amat dipentingkan.

2.6 BAHASA RASMI

Bahasa Rasmi merupakan bahasa tinggi yang digunakan dalam pentadbiran dan segala
urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa), pentadbiran
perniagaan, surat-surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen peribadi
yang merangkumi surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos,
bangunan syarikat, dewan dan bilik kuliah universiti, pertunangan, pernikahan, dan
perkahwinan dan sebagainya hanya bahasa tinggi digunakan.

Bahasa tinggi adalah bahasa yang digunakan dengan kawalan rapi. Dengan perkataan
lain, bahasa rasmi ini ialah bahasa persuratan. Dalam dunia persuratan, penggunaan
bahasanya dikawal dengan rapi, yakni dikawal berasaskan bahasa bertulis. Oleh sebab
itu ejaannya dikawal supaya tiada yang salah, sebutan setiap huruf diucapkan dengan
betul, perkataan dan imbuhan lengkap digunakan, frasa dan ayat dibentuk dengan
sempurna, perkataan-perkataannya dipilih secara berhati-hati supaya sesuai dengan
maksud yang hendak disampaikan. Setiap ayat dan paragraf pula diucapkan dengan
intonasi yang sesuai dan sempurna.

Contoh:

Semoga Ramadhanmu sempurna,


Hakikatnya seharum cendana,
Iktikadnya seagung singgahsana,
Makrifatnya seanggun kencana,
Lebaranmu bermakna.
Diiringi ikhlas, dilindungi ihsan, dipayungi insaf

7
Ampunilah dan minta diampuni,
Selamat berpuasa dan solat tarawih,
Selamat Hari Raya, Salam daripada kami sekeluarga

Contoh ucapan dalam majlis rasmi:

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar
Selangor, diiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah
Pelajaran Negeri Selangor masuk ke dewan.

Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta
kerjasama berdiri.

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta
memeriahkan sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Daerah Kuala Selangor…

2.7 BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa
pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena media massa
sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat pengajian tinggi
menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di samping menggunakan lain.
Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di dalam sistem pemerintahan negara,
parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi bahasa pengantar di seluruh sekolah
kebangsaan di negara kita. Bahasa Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan
kebanggaan bagi sesebuah negara. Kemegahan dan kebanggaan terhadap bahasa
kebangsaan ini tercetus atas sebab faktor-faktor berikut :
a. Penutur bahasa bersikap positif terhadap bahasa berkenaan
b. Ketaatan bahasa terutama di kalangan para nasionalisme
Bahasa menggambarkan kemerdekaan dan kedaulatan Negara
c. Menjadi indentiti bagi sesebuah Negara
d. Memiliki sejarah kegemilangan
e. Menjadi bahasa peribumi
f. Menjadi bahasa lingua franca
g. Ramai mengetahui dan boleh menutur bahasa tersebut
h. Bahasa yang berkemampuan

2.8 KELAINAN BAHASA BERTARAF RENDAH

Penggunaan Bahasa Slanga

Kamus Dwibahasa mendefinisikan slanga sebagai kata-kata,ungkapan dan lain-lain yang

biasa digunakan dalam percakapan sahaja dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan.

Bahasa ini biasanya digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk

tujuan berkomunikasi.

Kata –kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa dan diberi erti tertentu

sehingga orang yang bukan ahli kumpulan tersebut tidak akan memahaminya. Aspek

geografi memainkan peranan penting dalam pengwujudan slanga ini. Umpamanya bagi

perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah gua dan lu bagi negeri-

negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi Kedah dan Pulau Pinang ialah

aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi golongan yang berpendidikan pula,

istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.

9
Contoh Bahasa Slanga :

Fulamak, lagu baru Emy Search mantaplah brader. Dia punya tarik sikit punya garing,

gua tangkap lentuk, gua cakap lu.

Usha/Ushar - pandang/ melihat sesuatu, jika hendak mendekati lelaki atau perempuan

perkataan ini boleh digunakan.

Contoh ayat: aku nk usha awek tu la…

Tibai/Bedal - dua perkataan ni membawa maksud pukul, tetapi boleh juga membawa

maksud main hentam.

Contoh ayat: tibai jela jawapan dier!

Sengal – sengal membawa maksud lenguh2, tapi di salahgunakan membawa maksud

entah apa-apa

Contoh ayat: eh sengal lah kau ni.

2.9 Penggunaan Bahasa Basahan

Bahasa basahan atau bahasa tidak formal biasanya digunakan dalam pertuturan
seharian. Za’ba menggunakan istilah bahasa cakap mulut untuk menjelaskan bahasa
basahan ini. Disebabkan sifatnya yang tidak formal, maka bahasa basahan yang
digunakan banyak dipengaruhi bahasa-bahasa daerah.

Bahasa basahan ini juga ditandai dengan struktur ayat yang lebih pendek. Umpamanya
ayat, “Kamu hendak ke mana” akan menjadi , “Nak ke mana?” Atau “Awak sudah makan
atau belum” akan menjadi “Dah makan belum!”. Selain itu bahasa basahan ini juga tidak
mementingkan kegramatisan ayat atau tatabahasa. Soal ayat tergantung, ayat tidak
mempunyai subjek atau predikat, perkataan tidak sesuai dan sebagainya jarang diambil
perhatian. Yang penting ialah orang lain memahami apa yang diperkatakan .Contoh :

a) Siapa yang menyuruh awak datang ke mari?-


 Siapa suruh datang?

b) Emak pergi ke pasar-


 Emak pergi pasar.
c) Bila awak hendak mendirikan rumahtangga?-

 Bila nak kahwin.

Bahasa Baku Bahasa Basahan

Mengapa kenapa

bagaimana Macam mana

hendak nak

ambil ambik

sudah dah

pula pulak

tidak tak

11
2.10 Penggunaan Bahasa Pasar

Bahasa pasar ialah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa

bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana susuk atau bentuk

bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang Melayu dengan bangsa

lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu.

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini telah meresap

masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa

bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa Melayu yang sebenar.

Antaranya ialah ungkapan :

Apa boleh buat, apa mau, kasi tau , banyak mahal , sedikit masa , cukup pandai , jangan

bilang sama dia , ini orang , dia punya rumah , nanti sikit jam , itu macam la , saya punya

anak.Contoh ayat :

 Itu budak sudah curi saya punya dua ayam


 Sana punya olang ada baik
 Kita olang ada satu payung
 Pandai punya orang
 Dia punya rumah
 Jahat punya budak
 Dia punya bini
 Ini punya buku manyak mahal
 Banyak lebat/cantik/mahal
 Itu dia punya adik
2.11 Penggunaan Bahasa Dialek

Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan
penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu,
dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku
dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya
tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik,


penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah
membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang
mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Contohnya :

Awak -Terengganu: mung


- Kelantan: demo
-Kedah/Penang: hang
-Sarawak: kitak
-Negeri sembilan: jang
Gaduh -Terengganu: gocoh
-Kelantan: gomo
-Kedah: kelahi
Saya kebanyakan negeri: aku
-Kelantan: kawe
-Negeri sembilan: den
-Sarawak: kamek

13
2.12 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan rakyat
Malaysia sendiri terhadap bahasa.Jika diperhatikan, penggunaan bahasa rojak lebih
selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan.Ini adalah kerana, jika bercakap secara
bahasa malaysia formal,kita dapat merasakan kebanyakan masyarakat tidak mahu
dirinya dilihat sebagai seorang yang terlalu formal. Kita akan berasa ralat apabila kita
dengar orang berkata :

a. "boleh saya pinjam telefon bimbit saudara?", tetapi kita akan lebih selesa dengan
"Boleh I pinjam u punye handphone tak?".

b. "saya akan sambung pelajaran membuat ijazah," tetapi kita akan lebih selesa
dengan, "I akan sambung degree".

Kedua dua contoh tadi boleh lah menunjukkan bahawa kebanyakan kita menggunakan
bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Mungkin ada pihak yang menaikkan isu ini
kerana 'geli' mendengar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris diperadukkan. Cuma yang
menjadi isu ialah, ditakuti bahasa rojak ini telah terbawa- bawa dalam penulisan atau
bahasa persuratan.Dan ini jelas sepatutnya tidak boleh berlaku untuk mendaulatkan
keaslian bahasa .

Selain itu , kita juga dapat melihat deretan papan – papan tanda ataupun papan-papan
iklan di pelusuk negara yang secara terang dan jelas telah merosakkan penggunaan
bahasa Melayu. Di plaza tol lebuhraya kini terdapat bahasa papan tanda yang berbunyi,
‘” Lorong Touch ‘n Go’’. Bahasa apakah ini?. Inilah bahasa rojak rasmi. Inilah juga yang
dikatakan pandai meniru tetapi tidak pandai menuras. Satu kerja yang memalukan
bangsa sendiri. Kenapa tidak dipakai saja istilah ‘’ Lorong pacu segera’’ atau ‘’ Lorong
tekan & pacu’’. Secara jelas penggunaan bahasa Melayu di perkotak- katikkan.
2.13 Penutup

Daripada penjelasan mengenai neka-neka bahasa di atas tadi, dapatlah kita lihat
bahawa penggunaan bahasa rasmi yang mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan
budi bahasa yang dikatakan bahasa tinggi itu ialah bahasa yang rapi, atau lebih mudah
dikenali dengan panggilan bahasa persuratan, iaitu bahasa yang digunakan oleh orang
terpelajar atau berbudi bahasa adalah bahasa yang kita panggil Bahasa Tinggi.
Penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan yang tidak mematuhi semua peraturan
tatabahasa dan budi bahasa pula adalah Bahasa Rendah.

Pada tahap ini perlulah pula kita kita mengetahui satu konsep penting bagi
menentukan sama ada bahasa yang kita gunakan itu adalah sopan atau tidak. Yakni,
adakah bahasa yang kita gunakan itu berbudi bahasa atau tidak. Perkara penting yang
perlu kita ingati adalah bahawa setiap neka bahasa ini mempunyai konsep
penggunaannya.

Apabila kita menggunakan neka bahasa yang bersesuaian dengan konteks


penggunaannya maka kita dilihat sebagai orang yang berbudi bahasa. Apabila kita
menggunakan neka bahasa rendah dalam konteks bahasa tinggi, kita dilihat sebagai
orang yang yang tidak berbudi bahasa, yakni ’kurang sopan,’ malah ’kurang ajar.’

Kemahiran kita menggunakan kata ganti nama, sistem panggilan, sistem gelaran
atau peadan taraf yang betul dapat menimbulkan iklim komunikasi yang positif. Namun
demikian, dalam peraturan menggunakan bahasa, kita sentiasa dapat meningkatkan
keberkesanan komunikasi kita dengan memberi perhatian kepada aspek-aspek lain
dalam bahasa komunikasi.

15

Anda mungkin juga menyukai