1. Peraturan Linguistik
Peraturan linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa menitikberatkan
ketetapan bentuk dan binaan bahasa. Ada dua faktor mengapa peraturan linguistik perlu diberi
perhatian dalam urusan dan majlis.
Yang pertama ialah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang
bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan. Yang kedua ialah untuk memastikan
bahwa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis resmi itu dapat saling
memahami pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami jurang komunikasi
disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.
2. Peraturan Sosiolinguistik
Peraturan sosiolinguistik berkaitan pula dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan
hubungan social antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan
antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah
penggunaan kata sapaan yang benar, penggunaan kata ganti diri maupun kata panggilan
hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
3. Peraturan Pragmatik
Peraturan pragmatik menekankan penggunaang bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan
komunikasi. Peraturan pragmatik yang terpenting adalah pemilihan kata, ungkapan dan
wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara, latar belakang, bidang dan suasana.
C. Kesatuan Bahasa Dilihat dari Sudut Agama
Bahasa menjadi wahana atau saluran akal melahirkan ide, pikiran dan perasaan seseorang
sehingga dapat disampaikan kepada pihak lain. Peranan bahasa dalm pembentukan kebudayaan
dan tamadun manusia dapat diringkaskan seperti berikut ini.
1. Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu – Dalam Surah Al-Baqarah, ayat
31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Adam tentang nama sekalian ciptaan dan kejadian di
alam, yaitu sebagai bukti bahwa pemerolehan dan pengembangan ilmu memerlukan bahasa
sebagai alatnya.
2. Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi) – pembentukan sahsiah yang
bermula dengan institusi keluarga
3. Bahasa menjadi tali pengikat persepaham dan perpaduan – Baik dalam kalangan sesama
bangsa, kaum atau suku maupun dalam pergaulan antar bangsa.
D. Kesatuan Bahasa sebagai Warisan Kebudayaan Bangsa
Kesatuan bahasa direkam dalam pelbagai karya persuratan (seperti hikayat, syair, pantun,
gurindam dan seloka) dan tradisi lisan (seperti pelipur lara, wayang kulit dan menora). Antar unsur
kesantunan bahasa yang kita warisi termasuklah penggunaan kata ganti nama diri.
Gambaran tentang pentingnya kesatuan bahasa dalam kehidupan bermasyarakat, seperti yang
telah disebut sebelumnya, terdapat pada peribahasa yang diungkapkan sejak zaman-berzaman
antara lain sebagai berikut.
1. Bahasa jiwa bangsa.
2. Bahasa menunjukkan bangsa.
3. Bahasa tidak dijual beli (atau bahasa tidak berjual beli).
4. Berbunyi bahasa diketahuilah bangsa.
5. Karena pulut santan binasa; kerana mulut badan binasa.
6. Bercakap siang pandang-pandang; bercakap malam dengar-dengar.
7. Terlajak perahu dapat ditarik;terlajak kata buruk buruk padahnya.
8. Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya.
9. Kata di kota
10. Orang berbudi kita berbahasa; orang memberi kita merasa.
Ungkapan pentingnya kesatunan bahasa juga terdapat dalam pantun seperti berikut.
1. Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
2. Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada dari Melaka;
Makan sirih mengenyang tidak,
Sebab budi dengan bahasa.
E. Jenis dan Bentuk Kesatuan Berbahasa
Jenis dan bentuk kesatuan berbahasa terdiri dari kesantunan verbal dan kesantunan nonverbal.
1. Kesatuan Berbahasa dari Aspek Verbal
Kesantunan berbahasa dari aspek verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara
lisan, pertuturan atau percakapan. Contohnya dapat dilihat melalui media massa seperti radio,
televisi, internet, pengucapan awam dan ceramah seminar serta ucapan. Semua komunikasi ini
memerlukan penggunaan bahasa yang sopan.
a. Penggunaan kata sapaan dan gelaran
1) Sistem panggilan dalam kelurga
2) Gelaran pergaulan secara formal
3) Gelaran warisan
4) Gelaran kurniaan
5) Kata panggilan dalam majlis rasmi
b. Penggunaan kata sesuai dengan Bahasa Arab
Penggunaan kata-kata bahasa Arab yang merupakan kata-kata dalam Al-Quran.
Bahasa Biasa Bahasa Bersantun
Saya berpuas hati dengan usaha itu Saya bersyukur dengan usaha itu.
Saya berjanji akan membantu saudara Saya akan membantu saudara. Insya-Allah.
Mendiang Razif pasti gembira atas Allahyarham Razif pasti atas gembira
kejayaan anaknya kejayaan anaknya.