Anda di halaman 1dari 137

1

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM



PRAKATA
Assalamualaikum.
Bersyukur terhadap Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya diberikan
kekuatan dan kelapangan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada
saya.Tugasan yang diberikan ialah Tugasan Kerja Kursus Projek ( menyediakan
portfolio kursus yang lengkap ) BMM 3112 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Encik Abdul
Ramli Bin Sanusi dan Puan Rabahyah Binti Tahir. Beliau telah banyak memberi
bimbingan dan tunjuk ajar yang secukupnya dalam matapelajaran BMM 3112 pada
semester ini ( Semester 7, 2012). Bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan ini
banyak membantu saya menyelesaikan tugasan seperti yang dikehendaki .
Dengan mengikuti kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan
Dan Terjemahan , ia telah banyak memberi ilmu pengetahuan kepada saya,dengan
pengetahuan tentang Sejarah perkembangan Bahasa Melayu, sistem ejaan jawi
bahasa Melayu, Sistem perkamusan bahasa Melayu dan Prinsip-prinsip Penterjemahan
bahasa Melayu.Kursus ini juga dapat memantapkan ilmu kami tentang bahasa
Melayu.Kursus ini banyak memberi keyakinan dan kekuatan kepada diri kami untuk
mengajar dan mendidik anak bangsa agar meminati dan mencintai Bahasa Melayu.
Akhir kata, saya berharap agar semoga apa yang diusahakan ini akan memuaskan
hati , menepati kehendak pensyarah yang budiman dan menepati kehendak soalan..
Akhirkata, saya sudahi sedikit coretan ini dengan ucapan terima kasih buat rakan-
rakan PGSR Bahasa Melayu yang banyak memberi kerjasama dalam menyiapkan
tugasan ini.

Sekian.

JUMAHADI BIN HJ MIN
PGSR BM 2008 2012
IPGM KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT , JOHOR.


2
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,
PERKAMUSAN, DAN TERJEMAHAN
BMM 3112


TAJUK 1 : FALSAFAH BAHASA MELAYU
- Hakikat Bahasa
- Bahasa dan Pemikiran Melayu
- Bahasa dan Budaya Melayu


1.1 HAKIKAT BAHASA

Takrif bahasa : satu sistem bunyi yang bterdiri daripada lambang-lambang yang
diujarkan oleh manusia dengan menggunkan alat-alat artikulasi yang ada pada
mereka..
Bahasa adalah sistem lambang bunyi bahasa arbitrari yang digunakan
masyarakat untuk bekerja sama berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Bahasa-bahasadi dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain terutamanya
dari segi bunyi dan bentuk, namun hakikatnya bahasa-bahasa ini mempunyai
ciri sepunya yang sama.
Tarigan ( 1990 ) mengemukakan lapan prinsip dasar hakikat bahasa iaitu:
I. Bahasaa adalah suatu sistem
II. Bahasa adalah vokal
III. Bahasa tersusun daripada lambang-lambang arbitrari
IV. Setiap bahasa bersifat unik
V. Bahasa dibentuk daripada kebiasaan-kebiasaan
VI. Bahasa ialah alat komunikasi
VII. Bahasa berhubungan erat dengan tempatnya berada
VIII. Bahasa itu berubah-ubah

Charles F. Hocket menyenaraikan ciri bahasa lebih terperinci iaitu :
- Saluran lisan pendengaran ( bukan komunikasi lain seperti sentuhan,
visual dan bau )
- Sistem penghantaran
- Cepat senyap
- Mudah ubah ( menjadi penutur dan pendengar dalam masa sama )
- Maklum balas total
3
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

- Pengkhususan ( tujuan penghantaran gelombang bunyi )
- Bermakna
- Arbitrari
- Terpisah-pisah ( perkataan boleh diasingkan kepada fonem )
- Pemindahan
- Produktiviti ( bahasa tidak terhad )
- Pemerolehan ( bukan melalui pewarisan )
- Fakta dan imaginasi
- Boleh dipelajari
- Boleh dianalisis


CIRI-CIRI BAHASA
1. Bahasa sebagai satu sistem
2. Bahasa sebagai satu simbol
3. Bahasa sebagai alat komunikasi
4. Bahasa bersifat arbitrari
5. Bahasa bersifat unik
6. Bahasa bersifat segajat
7. Bahasa bersifat dinamis
8. Bahasa bersifat bervariasi

1. Bahasa sebagai satu sistem
Definasi - bahasa mempunyai kaedah atau cara untuk diujarkan atau
dituliskan.
Setiap bahasa memiliki sistem, aturan , pola , dan kaedah sehingga memiliki
kekuatan atau alasan ilmiah untuk dipelajari dan diverfikasi.
Pada hakikatnya setiap bahasa memiliki dua jenis sistem iaitu sistem bunyi
dan sistem makna.

2. Bahasa sebagai satu simbol
Definisi - bahasa menjadi simbol isyarat bersuara yang dihantar oleh
penutur kepada pendengar dalam proses interaksi.
Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan atau ungkapan yang
membentuk simbol tersebut.
Dalam proses komunikasi, melalui simbol poenutur dapat menyampaikan
sesuatu maklumat kepada pendengar.
Pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek untuk
menerangkan sesuatu.
Kemudian manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol.
4
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Bunyi disusun secara sistematik dan berurutan untuk menghasilkan
perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara
yang dilakukan atau difiirkan oleh manusia.
Simbol boleh membawa makna yang berbeza mengiut pengguna bahasa,
namun yang pastinya makna tersebut diterima oleh pengguna bahasa yang
berkenaan.

3. Bahasa sebagai Alat Komunikasi
Definisi konsep - bahasa sebagai saluran untukmembolehkan berlakunya
tingkah laku sosial yakni manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai,
difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain.
Untuk berkomunikasi , manusia perlu menguasai cara menarik perhatian
pendengar, memulakan dan mengakhiri perbuala, mencelah perbualan,
mendapatkan penjelasan lanjut, memperbetul kesilapan dan mempengaruhi
orang lain.

4. Bahasa bersifat Arbitrari
Definisi konsep - tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi bahasa
yang dilafazkan dengan benda atau perkara yang dimaksudkan.
Setiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi menyampaikan
benda yang sama.
Makna bahasa juga berbeza. Contohnya, dog dalam bahasa Inggeris ( anjing
dan kesetiaan/ pertolongan / ketaatan )
Mengikut konteks dan fleksibel.

5. Bahasa bersifat Unik
Definisi konsep - setiap bahasa mempunyai bentu tertentu seperti binaan
ayat, susunan huruf yang menbentuk perkataan dan golongan kata.
Contoh : BI boys, boys ( berbeza makna )
BM - jatuh, terjatuh
Cara memperoleh bahasa juga unik iaitu perlu dipelajari dan bukan diwarisi.
Bahasa manusia begitu unuk berbanding bahasa haiawan kerana
- Ia produktiviti
- Semantik ( anjing boleh menyalak bila0bila masa )
- Ada pengkhususan ( marah , gunakan nada dan intonasi yang berbeza-
beza )
-
6. Bahasa bersifat Sejagat
Definisi konsep - bahasa boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja
di dunia ini.
Keuniversalan sifat bahasa:
5
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

- Bunyi bahasa (I semua bunyi bahasa dihasilkan oleh alat artikulasi )
- Makna ( semua bahasa mempunyai makna yang difahami oleh penutur
dan pendengarnya )

7. Bahasa bersifat Dinamis
Definisi konsep - bahasa berpotensi untuk berkembang, membuat
penyesuaian, serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
Pertembungan kebudayaan akan menerbitkan pertambahan perbendaharaan
kata sesuatu bahasa tetapi struktur tatabahas biasanya tidak berubah.

8. Bahasa bersifat Bervariasi
Definisi konsep - yterdapat kepelbagaian bagi satu-satu bahasa
Kepelbagaian melibatkan cara dan gaya mengujarkan, serta istilah-istilah
khusus yang digunakan.
Kepelbagaian dialek
Laras bahasa


1.2 : BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU

Bahasa ialah teras kebudayaan
Kebudayaan Inggeris adalah berteraskan bahasa Inggeris, kebudayaan Jepun
adalah adalah berteraskan bahasa Jepun dan kebudayaan kebangsaan negara
kita mestilah berteraskan bahasa kebangsaan negara, iaitu Bahasa melayu.
Bahasa bukan hanya sekadar memberikan identiti kepada bangsa dan budaya
para penuturnya, bukan sekadar memberikan jati diri sesuatu bangsa.
Bahasa adalah pembentung yang di dalamnya terkandung konsep0-konsep,
nilai-nilai dan idea-idea yang diwarisi oleh bangsanya.
Bahasa juga menentukan pemikiran, dan oleh itu nasib serta survival sesuatu
bangsa bergantung pada bahasanya.
Bahasa ialah alat yang menyimpan perbendaharaan atau himpunan memori
sesuatu bangsa. Oleh itu bahasa ialah kenderaan yang memindahkan satu
kebudayaan dari satu generasi kepada generasi akan datang.
Tradisi penulisan Melayu telah bermula sejak zaman praIslam ( tulisan rencong,
pallava dan kawi )
Karya-karya besar mula dihasilkan sejak zaman pengaruh Islam.
Hikayat pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu ialah Hikayat raja Pasai (
pertengahan abad ke -14 ).

6
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Tradisi pemikiran Melayu bercirikan empat kaedah iaitu :
I. Kaedah teologis rasional
II. Kaedah alegorikal
III. Kaedah analogis
IV. Kaedah pragmatik

I. Pemikiran Teologis Rasional
Kepercayaan animisme ( percaya pada roh/ semangat ) mantera (
mengubati penyakit dll )
Kedatangan pengaruh Hindu membawa kepercayaan panteistik yang
hampir sama dengan kepercayaan animisme.
Pemikiran teologis rasional dapat digambarkan melalui pewacanaan
teologis di dunia Melayu untuk menjelaskan soal akidah, makna
ketauhidan dan hukum syariah.

2. Pemikiran Alegorikal
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah bahasa simbolik dan metafora
untukmenyampaikan konsepnya.
Kaedah ini digunakan oleh penyair sufi Melayu Islam iaitu Hamzah
Fansuri.
Kaedah ini mula digunakan opabila orang Melayu cuba menjelaskan
masalah baru yang cukup kompleks, misalnya soal wujud tuhan dan
wujud makhluk halus , cara untuk mengenal diri dan mengenal tuhan.
Manusia bukan hanya memerlukan akal atau rasionaliti untukmemahami
hakikat alam atau sebaliknya kita juga perlu perkara ghaib melalui
renungan hati, instuisi dan pengalaman makrifat.
Pengharang Melayu zaman itu menghadapi tugas berat untuk
menyampaikan hakikat yang sukar difahami oleh akal biasa manusia.
Walaubagaimanapun , kaedah ini telah membolehkan pengarangnya
seperti Hamzah fansuri memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa
pemikiran tinggi, bahasa metafizik dan bahasa yang mampu
membahaskan hal-hal yang kompleks.Beliau dianggap sebagai peneroka
bahasa Melayu Moden. Beliaubtelah menyerap lebih 700 perkataan dan
istilah ilmu teologi dan metafizik daripada bahasa arab ke dalam bahasa
Melayu.
Contoh Karya beliau ialah Syair Perahu Dagang dan Syair Ikan Tongkol.



7
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

3. Pemikiran Analogis
Pemikiran disampaikan melalui kaedah perumpamaan , kiasan, ibarat dan
teknik ironi yang menyerlahkan kegeniusan, kegeligaan dan kebijaksanaan
minda Melayu.
Pantun ( 4 kerat ) misalnya memperlihatkan keupayaan minda Melayu untuk
menyatukan imaginasi ( baris pertama dan kedua 0 dengan alkal/maksud (
baris ketiga dan kekempat ).
Pantun membolehkan otak kanan manusia ( tempat letaknya emosi )
digabungkan dengan otak kiri ( tempat letaknya fikiran logik rasional)
Peribahasa dan pepatah Melayu : masa itu emas.
Unsur metaforik : kaki manusia, kaki haiwan ( kaki bukit, kaki langit, kaki
botol, kaki perempuan )
Watak-watak : Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk.


4. Pemikiran Paragmatik
Pemikiran ini ,menunjukkan bahawa minda Melayu juga mencipta makna
melalui lambang, cerita dan sebagainya.
Minda Melayu mencipta makna bukan sahaja melalui teks bertulis tetapi juga
melalui Oleh itu, makna baru dan makna khusus seringbtercipta melalui
konstruksi sosial atau berdasarkan konteks.kegiatan komunikasi interaktif
yang berlaku dalam masyarakat.
Perkataan yang sama boleh jadi berubah-ubah maknanya atau hanya dapat
difahami melalui konteks.











8
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 2 : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
- Asal Usul Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu Kuno
- Bahasa Melayu Klasik

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu.
Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Apa yang
dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata
Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi.
Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi,
Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai
Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing
menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan
yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan
Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan
Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian
yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada
bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-
pulau yang meliputi Indonesia hari ini.
Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk
kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bahasa
yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini
menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai
Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.

2.1 : ASAL USUL BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-
bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H.
Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W.
Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut
9
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain,
Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan
Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H.
Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa
Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua
(beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan
kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di
Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan
bahasanya sekali.
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan
bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa
perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan
Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa pulau di kepulauan
Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan
berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa
Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa
serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari
Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Dalam kajian
ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau
lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati
tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama:
Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia

Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia
Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan nesos.
Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala
perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu,
istilah austronesia membawa pengertian pulau-pulau selatan (Asmah,1985:35). Istilah
ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan
oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan
bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa
Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris
bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan TibetChina. Istilah rumpun
digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa
antara 2,500 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di
kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii,
10
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di
Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert,
Carolina, Marshall dan Marianna)

Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa
Austronesia. Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah
kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun
Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China.
Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia
(Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2). Dalam keluarga bahasa
Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa
tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera,
Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki,
Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-
Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah
Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara.
Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum
Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah. Mereka tinggal di kuala-kuala
sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan. Golongan kedua
disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi.
Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini
telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di
selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke
kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro
tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal
dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat.
H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari
Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran
terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo
dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India. Henry Yule pula berpendapat
seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-
penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu.
Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan
yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan
Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara. Tetapi
tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya
negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari
11
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat
kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada
pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci.
Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai
hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa
Melayu. Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan
Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya
memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu Bahasa Austronesia berdasarkan
prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di
bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo,
Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan
Lampung.

Keluarga Bahasa Melayu
Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang
daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu
juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai
induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu
Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa
Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16
subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-
Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-
Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya.
Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu,
Nias, Lampung, dan orang Laut.
Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu
tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan
bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu
sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau
bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk
Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985)
kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan
kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga bahasa ini melebihi
mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada
keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat
perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia,
Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara
semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan
kerajaan Melayu-Johor.
Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan
12
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima
unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka
jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-
bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa
Melayu kepada beberapa tahap, iaitu:
i) Bahasa Melayu Kuno
ii) Bahasa Melayu Klasik
iii) Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan
dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba
dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada
masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada perkembangan Bahasa
Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Klasik yang menjadi asas kepada perkembangan
Bahasa Melayu Moden.
1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur
aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini
masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert
von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar
belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan
akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun
Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang
dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir
pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-
orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda
dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman.
Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada
pada masa kini.
5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-
bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada
rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa
Tibet-Cina.
6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap
utama iaitu:
13
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

2.2 BAHASA MELAYU KUNO
1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan
bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13
pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua franca
dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan
bahasa Jawa.
2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu
banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada
pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa
Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa
Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad
ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu:
a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja
Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa,
Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan
bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke
tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa
Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.
5. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645
Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan
ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.
Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan tetapi ada yang mencatatkan
di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera.
14
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli,
Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
7. Bahasa Melayu kuno mempunyai beberapa ciri iaitu;
a. Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan)
d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
1. Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13
turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu. Kedatangan Islam ke
Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek
kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
2. Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya
berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat
pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan
rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam tulisan Jawi
dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad
itu.
3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk
tulisan.


15
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

2.2 : BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-
19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di
sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan
Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang
bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul
dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-
14. Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di semenanjung Tanah Melayu
seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan
beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau,
Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa
oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak
mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata,
struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan bahasa Melayu Kuno kepada bahasa
Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu
bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui
penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat
Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7,
iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman
kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal
ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk
kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika
itu.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa
buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat
kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh
tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi
yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh
(1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan
surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King
James I (1615). Penemuan ini menunjukkan bahasa Melayu telah menjadi bahasa
lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang
sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas
kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun
demikian dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi
vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o,
16
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan
bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden.
Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf ra dalam
bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan
bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik.
Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam bahasa
Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan
dalam bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini
memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama
rumusannya dengan bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif.
1. Abad ke 13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu
dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa
dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit
demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya
bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman
kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau
2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar
yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di
rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan
serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat
penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah
mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa
oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam
Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang
sangat tinggi nilainya.
3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan
Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai
di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai
bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :
a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama
Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada
tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh
orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar
kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada
tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia
antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah
17
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap
sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
c. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa
Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah
menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi
juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.
4. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di
wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan
Melayu. Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
5. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk
menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang
morfologi, sintaksis dan fonologi.
6. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan
usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah
menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh
antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin)
c. Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab)
d. Hamzah Fansuri (Syair Perahu)
7. Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat Al-
Salakin.
8. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat
lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah
menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-
Banjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani
pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.

18
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Ciri-ciri bahasa Melayu klasik:
1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat
pasif.
2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.
3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran
(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat ,
6. Banyak menggunakan partikel ``pun' dan `lah'
7. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
8. Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang
telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
9. Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang
bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.Frasa
dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa
ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma
badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk
ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu
Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu
zaman kuno atau Hindu.









19
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 4 : BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAKOLONIAL
- Bahasa Melayu dalam Bidang Pelajaran, Politik dan Sosioekonomi
- Bahasa Melayu dan Kemerdekaan
- Akta 152 Perlembagaan Persekutuan


BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
PENGENALAN
Pada tahun 1935, O.T. Dusseck memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga
tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,
...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia
merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan
hakikat itu.
Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di
kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf
bangsa kamu. (The Straits Times, 1935.)
Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang
bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan
gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain
sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. bahasa
itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda
menelusuri perkembangan Bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan
penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari
tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan Bahasa Melayu dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa
pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang
digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar
sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak
tahun 1900. Siri buku tulisan Zaba dalam bentuk tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu
dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman
pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar
ekonomi baru (1971-1990).
20
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:
Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum
Melayu
Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina
Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan
Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk
memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes,
Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini
termasuklah:
Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan
taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris
Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan
mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian; dan
Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan
menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi
yang sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada
bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang satu lagi
digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan
tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah
kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran, menggalak,
merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam
perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu
pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua
kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang
menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada
pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

21
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu
berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadangkan
agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan sistem
persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak
perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil
keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dianggap
bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit
sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan
seharian. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes
oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada
cadangan yang dikemukakan.

Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran
1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara.
Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara
ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah:
Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang
baik untuk tiap-tiap individu.
Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam
masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri
dari berbagai kaum.
Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem
pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:
Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua
jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata
pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai
bahasa kedua.
Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu
(Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam
salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.
Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-
tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat
di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
22
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C.
Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan
asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden
dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu
(Penyata Pelajaran 195, 2008).

Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam
cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan
yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara
cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan
ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang
menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.
Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun
semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan
nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan
disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai
guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa
mahu supaya tumpuan diberikan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai
syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah
dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan
tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang
bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola
dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,
jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran
yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan
dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga
mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil
Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di
semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur
semula serta memajukan pelajaran teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran
Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak
Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua
sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa
kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua
23
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak
ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang
menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.

Zaman Pascamerdeka (1957-1970)
Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu
sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan
Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa
Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman
Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat
pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua
pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms. 17).

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib, Menteri
Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan
1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah
mengumumkan nama sembilan orang anggota Jawatankuasa Penyemak Dasar
Pelajaran.
Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah :
untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956;
mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu
termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan
percuma; dan
mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional
yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang
akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah
kewangan dan latihan guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya
diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada
jawatankuasa pengkaji itu.

24
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu
dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh
atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa
Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang
dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan
peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di
bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956.
Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh
Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula
pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar
dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962
dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar
ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila
peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.
Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan
ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar
yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai
tahun 1992


Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa
Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala
di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961,
sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai
bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar
pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979
telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem
pendidikan.
Laporan ini telah:
Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan
mengira
Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin
yang diingini
Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui
dua jurusan, akademik dan vokasional
Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
25
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh
hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat
awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, Bahasa Melayu menjadi
bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun 1980, Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di
sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun
1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di institusi pengajian tinggi,
kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama,
Bahasa Melayu sebagai mata kursus; kedua, Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah,
analisis linguistik, dan aspek budaya. Penggunaan Bahasa Melayu di universiti
merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan
memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam Bahasa
Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila Bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian
jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam Bahasa Melayu. Sejak tahun 1983
hingga tahun 1991, penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada
peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti terlaksana dengan
lancar.

BAHASA MELAYU DAN KEMERDEKAAN
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah
tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah
Bahasa Melayu.
4.3 : PERKARA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan
syarat bahawa:
Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa
bahasa lain; dan
Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau
hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.
26
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan
Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
naskhah yang sahih:
Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan
mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan
Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam Bahasa Inggeris.
4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen,
segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi
hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah
dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa
yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam Bahasa
Inggeris.
Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah
telah diberikan terhadap kedudukan Bahasa Melayu. Sejak tahun 1957, apabila
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor, iaitu Bahasa Melayu
mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada waktu itu, kumpulan ini
membentuk 49.78 peratus, manakala kaum Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum
India 11.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu,
Bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah
penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan
ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, keempat ialah
Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah
oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan
pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya,
pengiktirafan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal
oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undang-undang, dasar ini telah
dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.
Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat suara
meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu
sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka yang dapat
diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat
27
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa
dengan tujuan hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang
bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.).
Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang
ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan
jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam
perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini
dinamakan Laporan Razak 1956.
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan
bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya daripada jabatan
kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa
dan Pustaka. Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang
matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP dibenarkan menggubal dasar-
dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa
dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri, dan menjalankan
kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan
amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup.
Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai
dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang
kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP melancarkan gerakan
psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada
semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di
seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari
1960, Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara
yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961..
Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa
Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan
rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya
menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari; menunjukkan
kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa
kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai
bahasa perantaraan; untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa
kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi
bahasa ilmu pengetahuan; memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan
kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam
pergolakan dunia sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa
kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan
bahasa asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri.

28
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan
hingga sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan
bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa
kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan
bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.
Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk:
pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduan-peraduan
untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan
bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada
peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan. (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960)
Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti
mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata, iklan-
iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar
dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan
Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduan-peraduan syarahan yang
dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila
pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding
untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan
melukis poster, peraduan mengarang rencana dan sebagainya.
Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan
dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan
Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan
jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk
memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan
Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri.
Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk
disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan
kerajaan mahupun separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-
sekolah, akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang
mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan
kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancangan-
rancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan
Minggu Bahasa Kebangsaan.
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai bahasa dan Sastera telah diadakan di
Balai Budaya Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran Dewan
bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Sebanyak 50
kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini.
29
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah
air. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah
mengenai bahasa dan kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini
mencakupi masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan
persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat
(Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan
Kesusasteraan Kebangsaan, 2008).

Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan, iaitu
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun
merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan
mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan
disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971
dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).


















30
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 5 : PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
- Peranan Organisasi dan Institusi Bahasa
- Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan


PERANAN ORGANISASI DAN INSTITUSI BAHASA
a. Gabungan Persatuan Penulis Nasional ( GAPENA )
Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau ringkasnya 'Gapena' ditubuhkan pada 23
Oktober 1970.Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan
di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu. GAPENA beribu pejabat di Rumah
GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tujuan Penubuhan
Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita
Gabungan;
Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu
Bahasa Melayu;
Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana
sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini
Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan;
dan
Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kegiatan Gabungan
Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan
dan ilmu pengetahuan;
Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam
a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b.
31
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan
dengan bahasa dan kesusasteraan.
Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai
dengan cita-cita Gabungan.

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu; (singkatan:KBPM) merupakan suatu majlis
yang menghimpunkan ahli-ahli kongres yang terdiri dari para penulis, peminat sastera,
pencinta bahasa dan budaya Melayu serta para cendekiawan Melayu yang mewakili
badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara Malaysia. Kongres ini juga
akan mengeluarkan keputusan-keputusan yang mendapat persetujuan dari ahli-ahli
kongres menerusi cabutan undian, dimana keputusan-keputusan yang dicapai
merupakan hasrat sebenar ahli kongres dalam mengembalikan hak-hak keutamaan
bahasa dan persuratan Melayu sebagai agenda utama pemartaban bahasa rasmi di
Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.
Setakat ini kira-kira 9 sidang kongres telah dilaksanakan di pelbagai tempat iaitu:
Kongres KBPM pertama: 12-13 April 1952 di Hotel Sea View, Singapura.
Kongres KBPM kedua: 1-2 Januari 1954 di Sekolah King George V, Seremban, Negeri
Sembilan.
Kongres KBPM ketiga: 16-21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura.
Kongres KBPM keempat: 7 hingga 10 Disember 1984 di DBP, Kuala Lumpur.
Kongres KBPM kelima: 2 Mei 1998 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, bangunan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kongres KBPM keenam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim,
Perak pada tahun 2002.
Kongres KBPM ketujuh pada 6-8 November 2006 bertempat di Balai Budaya Tun Syed
Nasir (dahulunya Balai Budaya) di DBP, Kuala Lumpur.
Kongres KBPM kelapan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
pada 28-30 Oktober 2011



32
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kongres pertama
Kongres pertama KBPM telah berlangsung pada 12-13 April 1952 di Hotel Sea View,
Singapura. Ia dihadiri oleh para cendekiawan Melayu dari 21 badan bahasa dan
persuratan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, (Malaya) ketika itu. Hasil
pertemuan adalah kewujudan piagam yang telah ditandatangani oleh ketua-ketua
perwakilan badan bahasa pada 13 April 1957. Butiran piagam adalah:
Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan menyelaraskan usaha
badan persuratan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Borneo
Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamd yang sama atas
sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak
pengarang, sasterawan dan ahli cendekiawan bahasa Melayu.
Kongres seterusnya hendaklah diadakan pada bila-bila masa jika perlu oleh sebuah
pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi bergabung menjadi satu;
dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi
Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta
memanggil pertubuhan-pertubuan lain ke kongres tersebut.
Pertubuhan-pertubuhan persuratan Melayu yang menjadi kerabat kongres hendaklah
mentaati keputusan muktamad yang diambil oleh kongres; pertubuhan-pertubuhan
kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang telah
diambil (dipersetujui) oleh kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu;
sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala
keputusan kongres akan diambil mengikut undi terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan
hanya mempunyai satu undi sahaja.
Dalam kongres pertama ini, hanya satu keputusan penting telah dicapai iaitu: kedua-
dua tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunapakai dalam persuratan Melayu dan pada
masa ini sehingga didapati suatu keputusan lain pada kongres yang kedua kelak.

Kongres kedua
Kongres kedua KBPM berlangsung pada 1-2 Januari 1954 di Sekolah King George V,
Seremban dan dihadiri oleh 24 perwakilan dari pelbagai badan bahasa dan persuratan
Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Antara keputusan yang berkaitan dari
pelbagai bidang yang dipersetujui adalah:
Menganjurkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak
penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan
Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan
pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan hadiah bagi
karangan-karangan dan penulisan bahasa Melayu yang terbaik dalam bahagian-
bahagiannya setiap tahun, menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi;
pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu; dan
33
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatan Kuasa Penapis
Filem.
Dua keputusan penting telah dicapai dalam kongres KBPM kedua, iaitu setelah
mengkaji penyata tulisan Jawi-Rumi yang dibentangkan oleh Jawatan Kuasa Penyiar
Tulisan Jawi-Rumi, kongres telah mengambil keputusan bahawa telah sepatutnya
tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan
Jawi sehingga masa akan menentukannya; dan menutur Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu supaya membesarkan lagi Jabatan Penterjemahan menjadi sebuah Balai
Bahasa yang lengkap.

Kongres ketiga
Kongres ketiga KBPM berlangsung pada 16-21 September 1956 di Johor Bahru dan
Singapura dan dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59
buah badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh Malaya. Beberapa orang wakil
rasmi dari Indonesia yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Pengajaran dan Pendidikan
Indonesia, Profesor Prijana turut hadir. Rumusan yang dipersetujui adalah:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga
hal-ehwal dan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu supaya tidak cacat asal
usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan
rakyat Tanah Melayu kelak; DBP hendaklah menyiasat, membongkar dan
mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu semenjak zaman
purba, selain DBP ditubuhkan bertujuan untuk mewujudkan butir tentang taraf,
pentadbiran, pengelolaan jabatan dan bahagiannya serta tugas yang seharusnya
dijalankan oleh DBP turut diputuskan.
Bahasa Melayu yang diakui sebagai bahasa kebangsaan hendaklah disempurnakan
keadaannya dan diamalkan sebagai bahasa rasmi negara; DBP ditugaskan bagi
menerbitkan hasil kesusasteraan yang bernilai untuk menyempurnakan perkembangan
prosa dan puisi Melayu (lama dan baru); unsur kebangsaan hendaklah ditanamkan
sebanyak mungkin dalam lagu kebangsaan dan patriotik bagi memelihara keasliannya;
udang-undang negara tentang perlindungan hak cipta hendaklah diadakan; dan pihak
pengusaha filem melayu hendaklah mengambil berat untuk menggunakan bahasa
Melayu yang baik dalam filem terbitannya.
Membentuk suatu jawatankuasa kecil yang dianggotai oleh ahli seni lukis Melayu dan
pakar bahasa Melayu untuk membentuk perkataan baru bagi menyatakan benda dan
fikiran baru dalam seni lukis; mengambil terus perkataan asing yang mudah sebutan
dan ejaannya dengan tidak mengubah bunyi dan ejaannya itu; mengambil perkataan
asing yang keras sebutannya dan ganjil ejaannya dengan memadankan bunyi
perkataan tersebut itu dengan lidah dan ejaan Melayu; dan menyiasat dan
menimbulkan semula perkataan Melayu yang sedia ada dalam seni ukir dan
sebagainya untuk kegunaan dalam lapangan seni lukis.
34
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Lembaga Tetap Kongres hendaklah mendesak jabatan yang tertentu di DBP supaya
menyusun kamus khas berkenaan dengan seni rupa; menterjemahkan buku tentang
fikiran Timur dan Barat tentang seni lukis; menyusun buku baru yang mengandungi
lukisan pilihan dengan kritikan secara ilmiah; dan menyusun buku baru daripada hasil
penyelidikan tentang seni rupa bangsa Melayu.
Bahasa Melayu hendaklah diperluaskan penggunaannya dalam pelbagai bidang seperti
pertanian, penternakan, pentadbiran, perusahaan, penyiaran, persuratkhabaran dan
sebagainya.
Mengusulkan kepada jabatan Pelajaran Tanah Melayu dan Singapura supaya bahasa
Melayu digunakan seluas-luasnya dalam kursus kelas dan akademi seni lukis.
Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang berbeza-beza sedikit akan perihal
ejaannya, dan hal-hal lain berkaitan harus disatukan, kerana asal dan dasar bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia itu sama sahaja.
Lembaga Bersama Melayu-Indonesia hendaklah diadakan untuk menyatukan bahasa
Melayu dan bahasa Indonesia; mempelajari dan menyelenggarakan hal tentang
tatabahasa, istilah dan kamus; dan lembaga ini hendaklah bekerjasama dengan
kerajaan.
Selain membincangkan kertas kerja tentang penubuhan DBP, penggunaan bahasa
Melayu dalam pelbagai bidang, dan penyatuan bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia, kongres ini juga turut membincangkan cara mengembangkan bahasa
kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan.

Kongres keempat
Kongres keempat KBPM ini telah diadakan pada 7 hingga 10 Disember 1984 di DBP,
dengan tujuan untuk menilai prestasi pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan secara
menyeluruh. Kongres ini ditaja secara bersama oleh 14 buah badan dan agensi yang
terlibat dalam perjuangan bahasa seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), GAPENA, Persatuan Linguistik Malaysia,
Persatuan Penterjemah Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
dan sebagainya.
Kongres yang berlangsung selama 4 hari ini juga dihadiri oleh perwakilan pelbagai
pertubuhan dan orang perseorangan yang terdiri daripada para ahli dalam dalam
pelbagai bidang keilmuan. Perwakilan dari negara-negara serautau khususnya dari
Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand serta beberapa orang
perseorangan dari negara asing turut hadir menjayakan kongres.
Sebanyak 13 buah kertas kerja telah diperbincangkan dan dikategorikan dalam
beberapa kumpulan iaitu: Hasrat dan Cita-cita, Dasar dan pelaksanaan, Agensi, Hakikat
yang Wujud di pelbagai bidang dan sektor serta Masa Hadapan.
35
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Berikut adalah usul yang penting yang dibincangkan menerusi persidangan tersebut:
Untuk meningkatkan imej bahasa Melayu sebagai bahasa bagi semua bidang, penulis
ilmiah hendaklah mengutamakan dan memperbanyakkan penulisan dalam bahasa
Melayu.
Kegiatan menghasilkan buku tentang tatabahasa dan bahasa baku hendaklah
ditingkatkan supaya masyarakat tidak menghadapi masalah kekeliruan bahasa.
Kekurangan kamus istilah, misalnya hedaklah diisi dengan segera.
Usaha menterjemahkan karya ilmu ke dalam bahasa Melayu hendaklah digiatkan
supaya tradisi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat diperkukuhkan.
Pindaan peruntukan tambahan hendaklah dibuat dalam mana-mana undang, akta dan
peraturan bagi melicinkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah bertangungjawab juga mendorong kegiatan
intelektual dan pembaharuan kebudayaan dalam bahasa Melayu disamping
bertangungjawab bagi pembinaan dan perkembangan bahasa dan sastera Melayu.
Usaha penyebaran karya sastera antara negara berbahasa Melayu menstilah digiatkan
dengan tulus ikhlas serta bersemangat tinggi dengan memecahkan halangan tembok
pemisah antara peluhuran bahasa Melayu dengan ekonomi, politik dan lain-lain.
Sistem dan strategi pengedaran bahan bercetak hedaklah disusun utuh supaya bahan
bacaan berbahasa Melayu dapat disebarkan seluas-luasnya.
Supaya bahasa Melayu dapat memenuhi fungsi intelektual, kesenian, kebudayaan dan
ilmu pengetahuan, disarankan pertemuan lebih kerap dan kerjasama yang lebih erat
antara cendekiawan, ahli bahasa, sasterawan, seniman dan budayawan negara-negara
berbahasa Melayu dapat diperteguhkan.

Kongres keenam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kali keenam, telah berlangsung di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pada tahun 2002. Dr Awang
Sariyan dan Kamal Shukri Abdullah Sani dari Persatuan Linguistik Malaysia telah
membentangkan kertas kerja bertajuk Kesan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam
Pengajaran Sains dan Matematik di Institusi Pendidikan di Malaysia.
Kesimpulan dari apa yang terkandung dari kertas kerja tersebut adalah:
Di sekolah rendah kebangsaan (tahun 1-6) dan menengah rendah (Tingkatan 1-3),
hanya mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris.
36
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Mulai sekolah menengah atas (Tingkatan 4-6) kira-kira 47 mata pelajaran
Sains/Matematik dan yang bersekutu (teknik vokasional), iaitu peringkat SPM akan
diajarkan dalam bahasa Inggeris.
Hanya 19 mata pelajaran peringkat SPM dijangka kekal pengajarannya dalam bahasa
Melayu.
Peringkat pendidikan lepasan SPM (tingkatan enam, matrikulasi, dan universiti bagi
program diploma dan ijazah) akan lebih bertambah kursusnya dalam bahasa Inggeris
yang dilihat dapat mencapai angka melebihi seribu kursus (1000) bagi satu universiti
sahaja.
Sekalipun bahasa Melayu dikatakan kekal sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan di Malaysia (seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,
Perkara 152), tetapi peranan bahasa Melayu selanjutnya dalam bidang ilmu Sains dan
teknologi akan tersekat terus dan terbantut kecuali dalam bidang yang amat terhad,
khususnya bagi pendidikan tinggi (era selepas SPM) sedangkan bahasa Melayu
telahpun banyak meneroka bidang tersebut dengan lebih 800,000 istilah, 200,000 buah
buku pelbagai judul, dan sebagainya. Segala usaha tersebut hanya perlu
disempurnakan serta dibaiki dari semasa ke semasa.
Potensi bahasa Melayu (sebagai bahasa keempat terbesar di dunia) dinafikan dan
seolah-olah tidak diakui, dan kerana itu tidak akan berkembang maju sehingga bila-bila,
bagi pengucapan bidang ilmu Sains dan teknologi, malah seolah-olah tidak layak untuk
842 Kongres Bahasa dan Pensuratan Melayu VI membicarakan bidang ilmu tersebut,
dan hanya layak atau terbatas bagi pengucapan bidang umum yang lain sahaja, seperti
sastera dan kemasyarakatan.
Peratus mata pelajaran berbahasa Melayu jelas kelihatan mengalami hakisan mulai
pendidikan peringkat menengah atas (Tingkatan 4-6 dan Matrikulasi) dan seterusnya
menjunam teruk ke ambang kepupusan di peringkat universiti, yang begitu jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu jelas semakin terhakis khususnya bagi
pengajaran ilmu moden, sains, dan teknologi khususnya di peringkat pengajian tinggi di
Malaysia. Keadaan ini bermula dengan (kadar peratusan pengajaran subjek dalam
bahasa Melayu terus menurun dengan amat drastik dan ketara) 60% di pendidikan
rendah, menjadi 62% di sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3), seterusnya
merosot kepada 35% di peringkat menengah atas (Tingkatan 4-5), merosot lagi menjadi
20% bagi Tingkatan Enam dan Matrikulasi dan seterusnya menjunam lagi sehingga
tinggal 9% di peringkat universiti. Manakala hal yang sebaliknya berlaku bagi
penggunaan bahasa Inggeris, iaitu peningkatan secara terancang bagi mengambil
kembali hak peranan bahasa Melayu (sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan
di negara Malaysia) sebelum ini, sebagai bahasa pengantar bidang ilmu sains dan
teknologi selama kira-kira 30 tahun. Daripada 40 penggunaan di peringkat sekolah
rendah menjadi 38% bagi menengah rendah (Tingkatan1-3), meningkat dengan
mendadak kepada 65% bagi menengah atas (Tingkatan 4-5 Sains), dan seterusnya
meningkat lagi kepada 80% bagi peringkat Tingkatan 6 dan Matrikulasi, dan mencapai
kemuncaknya, iaitu 91% penggunaan di peringkat universiti.
37
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Ketetapan utama KBPM kali ke-6 ini ialah untuk meminta kerajaan supaya tidak
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik di sekolahsekolah, dan pelbagai isu lagi demi mengembalikan semula
martabat bahasa Melayu di negara ini.

Kongres ketujuh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 telah diadakan pada 6-8 November 2006
bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir (dahulunya Balai Budaya,) di DBP Kuala
Lumpur.
Mengikut rancangan KBPM kali ke-7 ini dijangkakan berlangsung dua bulan lebih awal
iaitu pada 15-17 September 2006 di Johor Bahru. Namun beberapa faktor, ianya tidak
dapat dijalankan disebabkan:
Mengikut laporan dari majalah Siasah dalam edisi 17-30 November 2006, Datuk Dr.
Abd. Latif Bakar yang merupakan pengarah KBPM kali ke-7, melahirkan rasa kesalnya
dengan karenah dan birokrasi sesetangah kementerian yang berdolak dalih dalam
menjayakan kongres tersebut. Kongres ini semacam tidak mendapat dorongan
daripada kepimpinan UMNO, parti kebangsaan yang mengaku menjadi pejuang bangsa
Melayu. Bukan itu sahaja, agensi kerajaan juga seperti malu-malu atau takut untuk
melibatkan diri di dalam kongres berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana agensi
kerajaan bekenaan yang ditunjangi orang politik bimbang penyertaan mereka akan
menjejaskan masa depan politik mereka.
Kedua, menurut salah satu sumber dari DBP yang boleh dipercayai menyifatkan dua
tokoh politik sentral yang dikaitkan dengan penyelenggaraan kongres ini ialah Menteri
Pendidikan, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Menteri besar Johor, Dato Abd.
Ghani Othman. Hal ini dapat difahamkan apabila Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr.
Firdaus Hj Abdullah sebelum ini telah diminta oleh Menteri Besar Johor, khabarnya
melalui Gapena untuk mengeluarkan satu pernyataan atau komitmen bahawa Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 akan diadakan di Pusat Konvensyen Persada
Negeri Johor, bersebelahan Bangunan Kerajaan Bukit Timbalan yang menjadi lokasi
pertama pejabat DBP. Menurut ceritanya, pusat konvensyen yang hampir siap itu akan
dibuka secara rasmi dengan berlangsungnya kongres berkenaan dan dianggap satu-
satunya penghormatan tertinggi kepada DBP, khususnya dalam mendaulatkan bahasa
Melayu.
Ketiga, karenah birokrasi yang begitu menebal di DBP tidak terkecuali menjejaskan
persiapan kongres. Sebagai sebuah agensi separuh kerajaan dan mempunyai kuasa
autonomi, DBP amat jarang atau hampir tidak langsung memanfaatkan fungsinya
sebagai institusi yang mempunyai kuasa autonomi. Ini kerana, apa sahaja keputusan
yang mahu dilaksanakan di DBP hendaklah merujuk kepada peruntukan dan peraturan
yang termaktub dalam Jabetan Perkhidmatan Awam (JPA).
38
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Ketika kongress berlangsung, Prof. Dr Awang Sariyan telah membentangkan kertas
kerjanya bertajuk Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad
Mendatang: Upaya Pemerkasaannya.
Berikut adalah ketetapan-ketetapan yang dikeluarkan oleh KBPM ke-7:[1]
Kongres ini akan diadakan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya dua tahun sekali
untuk memberi kesempatan kepada pelbagai pihak dan golongan memperkukuh dan
memperbaharui azam dalam pembinaan bahasa, persuratan dan kebudayaan
kebangsaan.
Meminta kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik sikap
masyarakat sentiasa menghormati setinggi- tingginya bahasa Melayu sebagai bahasa
yang dapat mengungkapkan kecanggihan pemikiran, penanggapan dan
pengembangan serta pengayaan ilmu, sains dan kesusasteraan karya agung bagi
bangsa Malaysia.

Kongres kelapan
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8 telah berlangsung di Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur pada 28-30 Oktober 2011. Kongres tersebut dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin.Pengerusi KBPM 2011
ialah Datuk Wira Profesor Dr. Abdul Latif bin Abu Bakar. Manakala, Jawatankuasa
Resolusi Kongres terdiri oleh:
i. Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ii. Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan iii.
Profesor Emeritus Dr.Abdullah Hassan iv. Tuan Rusli Abdul Ghani
Berikut adalah resolusi/ ketetapan yang dikeluarkan oleh KBPM kali ke-8. KBPM 2011
ini telah dianjurkan oleh GAPENA, Majlis Muafakat Melayu Malaysia serta Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia. Seramai 500 orang peserta yang mewakili 200
pertubuhan bahasa dan persuratan Melayu telah menghadiri kongres ini.
Landasan utama
I. Mengingatkan bahawa Kongres ini telah berlangsung sebanyak lapan kali dengan
membuat pelbagai ketetapan;
II. Memahami bahawa pada ketika ini bahasa dan persuratan Melayu berhadapan
dengan pelbagai cabaran dalam pemerkasaannya dalam pelbagai bidang urusan
pentadbiran negara.
III. Meyakini bahawa bahasa dan persuratan Melayu adalah landasan benar bagi
pembinaan peradaban Malaysia moden, MAKA INILAH DITETAPKAN OLEH
KONGRES YANG BERSIDANG INI SEPERTI DIPETURUNKAN DI BAWAH INI:

39
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

BAHAWA KONGRES MEMBUAT DESAKAN BERIKUT:
I. Sistem Pendidikan:
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah bertegas,
dengan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai Akta yang berkaitan,
untuk menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dalam semua
urusan rasmi dan secara rasmi melarang segala gagasan dan desakan untuk amalan
selain daripada peruntukan undang-undang itu. Semua cadangan bertentangan seperti
PPSMI (Pembelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggersis) adalah merupakan tindakan melanggar undang-undang dan wajar dilarang
serta dikenakan hukuman. Maka Kongres menyokong penuh pemansuhan PPSMI itu
sebagai dasar pengajaran dan pembelajaran.
II. Kerajaan Tempatan:
i. Kerajaan-Kerajaan Negeri mestilah menyeragamkan semua peruntukan undang-
undang berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan yang mengenai dasar Bahasa
Kebangsaan supaya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekuuan untuk
dapat mengawal semua penamaan jalan raya dan bangunan serta pengiklanan dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan terutama bagi pemaparan
di khalayak awam termasuk oleh pihak swasta.
ii. Kerajaan Pesekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
melaksanakan penyelarasan dengan pelbagai agensi PBT dalam urusan meluluskan
permit dan lesen selaras dengan kedudukan Bahasa Kebangsaan.
III. Ekonomi dan Kewangan:
i. Kerajaan Malaysia hendaklah, melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam semua
urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai
penggerak utama sistem ekonomi negara;
ii. Melalui Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka memperkasakan
semula secara berterusan Jawatan Kuasa Istilah supaya dapat membina peristilahan
ilmu sejajar dengan perkembangan ekonomi dan kewangan semasa dan supaya dalam
rangka 5 tahun seluruh sistem ilmu terutama ekonomi dan kewangan dapat
dilaksanakan dalam bahasa kebangsaan.
IV. Pengajian Tinggi:
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian
Tinggi hendaklah melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan dengan
menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua
tahap pendidikan; dan berusaha sepenuhnya menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu dalam semua bidang keilmuan. Dalam hubungan ini, Kongres menegaskan
sokongan kuat terhadap pengumuman Menteri Pengajian Tinggai pada 27 Oktober
40
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

2011 tentang pembinaan ilmu, penerbitan buku dan kenaikan pangkat tenaga akademik
di Malaysia berlandaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
V. Perkhidmatan Awam:
Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia hendaklah sentiasa
memperkasakan penggunaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dalam semua urusan tadbiran negara dan menjadikan Jabatan
Perkhidmatan Awam sebagai pelindung kepada Bahasa Kebangsaan itu serta tidak
melanggar semua peruntukan undang-undang berkaitan dengannya. Dalam hubungan
ini Kongres menyokong sekuatnya keputusan JPA untuk melaksanakan Pekeliling
penggunaan bahasa Melayu dalam tadbiran Negara dan menegaskan supaya sentiasa
memantau atau mengaudit pelaksanaan itu.
VI. Media, Komunikasi dan Penyiaran:
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
penyiaran berita dan pengucapan para pemimpin negara sebagai kaedah penyampaian
maklumat kepada seluruh masyarakat awam Malaysia; dan juga mewujudkan satu garis
panduan untuk digunakan oleh semua badan penyiaran dan penerbitan.
VII. Perlembagaan:
Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perdana Menteri hendaklah sentiasa memastikan
penghakiman dan penulisan penghakiman di semua tahap mahkamah menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan demi menegakkan keadilan berasaskan
undang-undang;
VIII. Pemasyarakatan Persuratan Melayu:
Kerajaan Malaysia melalui pelbagai Kementerian dan Jabatan hendaklah sentiasa
berusaha memperbanyak penerbitan dalam bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dalam semua bidang ilmu untuk mencapai matlamat-matlamat berikut:
i. Memandaikan dan memperluas ilmu ke dalam seluruh lapisan masyarakat sebagai
asas ketamadunan Malaysia;
ii. Menggunakan teknologi penerbitan yang ekonomis untuk mengurangkan berlebihan
inventori dan supaya bahasa Melayu berkembang rapat dengan anggota rumpunya
serta tersebar luas ke seluruh dunia;
iii. Mendesak semua penerbit IPT menerbitkan semua penulisan para pensayarah
dalam bahasa Melayu sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sebagai
penegasan nilai ekonomi bahasa Melayu;
iv. Memastikan warganegara Malaysia mendapati segala jenis ilmu untuk
melangsungkan kehidupan mereka melalui bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan;
41
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

v. Mengembangkan lagi daya cipta dan kreativiti yang sedia ada pada para penulis dan
ilmuwan melalui bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan mengangkat
darjat mereka.


5.2 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Jenis Badan berkanun.Ditubuhkan 22 Jun 1956
Ibu pejabat Kuala Lumpur (ibu pejabat dan Menara DBP), Malaysia.
Perkhidmatan Memartabatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu
Laman web www.dbp.gov.my
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Tulisan Jawi: ), atau nama
asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada
22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Pada 22 Jun 2006, Dewan Bahasa dan Pustaka menyambut ulang tahun
penubuhannya yang ke-50. Sempena ulang tahun tersebut Pos Malaysia melancarkan
setem kenang-kenangan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa dan Pustaka dengan
menampilkan denominasi setem bernilai 50 sen (dua rekaan) dan seringgit (RM1).

Matlamat penubuhan DBP dan falsafah
Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP
(semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah:
Untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam
semua bidang termasuk sains dan teknologi;
Untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa
kebangsaan;
Untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau
penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;
Untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan;
Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan
Untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang
sedang berkuat kuasa.
42
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Visi
"Bahasa Melayu Salah Satu Bahasa Utama Dunia"
Misi
"Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu"
Wawasan
"Menjadi Peneraju Utama Pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam
Pembinaan Negara Bangsa"
Falsafah
"BAHASA JIWA BANGSA"

Sejarah DBP
DBP ditubuhkan sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia di Johor Bahru, Johor semata-mata untuk mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.
Nama asalnya "Balai Pustaka".
Setelah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan
Johor Bahru pada 16 - 21 September 1956, Balai Pustaka dinamakan sebagai "Dewan
Bahasa dan Pustaka" atas cadangan kongres tersebut. Di samping itu, DBP juga dinaik
taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaga sendiri.
Pada tahun 1957, DBP berpindah ke Kuala Lumpur, ketika ibu pejabatnya merupakan
bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan
penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk:
menggubal dasarnya yang khusus;
menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor
swasta.
Pada 31 Januari 1962, DBP berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang
Lama (sekarang Jalan Dewan Bahasa). Kemudian pada tahun 1977, DBP
mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan pembukaan dua pejabat di Kota
Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak. DBP juga membuka pejabat di Brunei pada
tahun 1963. Ini diikuti pula dengan pembukaan tiga buah pejabat lagi, iaitu:

43
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam, Pulau Pinang (1999);
Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, Kelantan (1999); dan
Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003).
DBP menyambut ulangtahun Jubli Emas 50 Tahun DBP dan perasmian Menara DBP
pada 22 Jun 2006. DBP juga berjaya mencungkil bakat terpendam penulis-penulis
muda. Antara penulis muda DBP yang terus menampilkan novel-novel berkarya tinggi
untuk DBP adalah Cik. Siti Habsah Abdullah, Pn.Malardevi Margamuthu & En.Syed
Satahkatulah Bin Mohamed Kalik.
Lebih kuasa
Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda
supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa
rojak' di kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya
lebih kepada memberi pendidikan.
Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz,
peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil
iklan PBT.
Menurut bidang kuasa yang diberikan, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa
dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak
yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan
boleh dipasang.
Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh
dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.[
Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujari bahawa telah ramai pengiklan
memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut
dipaparkan di laman portal DBP.
Di Malaysia, penggunaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam pengiklanan
dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan bahasa Melayu sebagai medium
bahasa pengiklanan utama di negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada
namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti
pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan
dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.


44
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU MASALAH YANG TIMBUL DALAM MASYARAKAT KINI
TENTANG PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Bahasa merupakan suatu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium
komunikasi antara satu sama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan
yang digunakan oleh masyarakat tanpa mengira warna kulit. Bahasa ini telah mula
dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauan nusantara terutamanya Tanah Melayu.
Bahasa Melayu pernah dikenali sebagai lingua franca atau dalam erti kata lain sebagai
bahasa yang digunakan oleh para pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan
aktiviti perniagaan mereka di Tanah Melayu. Ini menyebabkan bahasa ini menjadi
bahasa yang tersohor pada ketika dahulu. Seiring dengan perkembangan sains dan
teknologi, pertuturan dalam Bahasa Melayu semakin berkurangan. Hal ini disebabkan
Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang utama dalam pertuturan kerana bahasa ini
mudah difahami oleh semua pihak. Apakah usaha yang dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk memelihara Bahasa Melayu?. Siapa yang
dipertanggungjawabkan untuk memelihara Bahasa Melayu?
Justeru, pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang
bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah
dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi bagi menggubal
dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa
dan sastera, serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara
kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada
tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik. Walaupun DBP
menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar
melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak
yang sedang menular dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP
masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa
kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan.
Contohnya, singkatan bagi sungai, bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan
ini memudahkan penulis surat bagi alamat dan kawasan.
Perkembangan menakjubkan berkenaan dengan Bahasa Melayu dan DBP ialah dapat
mengeratkan hubungan diplomatik dua negara. Peranan bagi membina dan
memperkayakan bahasa kebangsaan dalam segala bidang termasuk teknologi dan
sains secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan diplomatik yang erat antara
Malaysia dan China yang terjalin sejak lebih tiga dekad yang lalu. Berdasarkan suatu
rencana Berita Harian, 22 Ogos 2007 lawatan Universiti Pengajian Bahasa-bahasa
Asing Beijing (BFSU) untuk membincangkan tentang projek sekolah bahasa
45
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

antarabangsa yang dibina di Pulau Pinang. Di samping itu, DBP juga tidak ketinggalan
dalam menyampaikan satu penerangan seperti kuliah yang bertajuk Kesantunan
Bahasa: Gelaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Munsyi Dewan kepada para
pelajar BFSU. Hubungan diplomatik yang erat ini dapat mengembangkan bakat
kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara. Detik demi detik
matlamat DBP makin hampir. Kejayaan 52 tahun dahulu mungkin mampu diulangi
dengan gemilang.
Selain itu, DBP juga menjalankan pelbagai program dalam mengusahakan
memperkembangkan bakat kesusasteraan. Menurut Berita Harian, DBP mengiatkan
program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan
dan memupuk penulis muda. Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu
kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan
ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan
sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
Setiap suatu organisasi itu mesti mempunyai peranan-perananya yang tersendiri.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi
memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin
lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak akibat perkembangan era globalisasi
yang hanya mementingkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya
dalam rutin harian setiap masyarakat. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa
selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu,
Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar
Nasional untuk Membina Bangsa". Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan untuk
membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan
teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya
dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya
bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada
Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti
bidang sains dan teknologi.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1)
bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan
tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan
DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari
luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan
perbendaharaannya.
Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperanan untuk mencetak dan
menerbitkan atau membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-
majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan
dan dalam bahasa-bahasa lain. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu
penting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-
46
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah
organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak
dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan
yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku
kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan
yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik
dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan Negara.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga berperaan untuk menggalakkan penggunaan
bahasa kebangsaan yang betul. Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau
hanya segelintir sahaja daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu
dengan betul. Majoriti daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul.
Sebagai contoh yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar
sebagai bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan
harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya
tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-
poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang
demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi
masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan
risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan
penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia.
Masalah yg timbul dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu
juga wujud hasil daripada perkembangan sains dan teknologi. Sebagai contoh,
maklumat-maklumat kajian yang diperoleh dari negara asing tidak boleh dimelayukan
kerana ia akan menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat. Perkembangan
dalam kajian perubatan sehingga hari ini telah melahirkan pelbagai jenis ubat-ubatan
yang begitu banyak. Tambahan pula, istilah yang digunakan adalah sama di seluruh
dunia. Jika istilah-istilah ini dimelayukan, kekeliruan akan timbul bukan sahaja terhadap
pengguna, malahan juga pedagang dan peniaga ubat-ubatan dari negara luar dan ini
amat merbahaya.
Selain itu, masalah yang timbul dalam kalangan masyarakat kini berkenaan dengan
penggunaaan Bahasa Melayu adalah kesan daripada bahan bacaan ilmiah yang
kebanyakannya dalam bahasa asing, contohnya BahasaIinggeris. Buku-buku yang
dikarang dalam Bahasa Melayu adalah amat terhad dan ini memberi kesan kepada
pelajar-pelajar yang bergantung kepada sumber-sumber rujukan berbahasa Melayu.
Kesannya, masalah ini akan menjadi antara faktor penghalang dalam usaha kerajaan
mewujudkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan luas.
Tambahan pula, penterjemahan buku-buku berbahasa Inggeris adalah kurang kerana
langkah ini memerlukan tenaga professional dalam melakukan penterjemahan.
Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini menimbulkan masalah dalam
masyarakat tentang penggunaan Bahasa Melayu melalui teknologi internet dan dunia
komunikasi. Contohnya, penggunaan Bahasa Melayu yang salah sangat meluas.
Contohnya, wujudnya bahasa sms dan bahasa internet yang merosakkan Bahasa
47
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Melayu. Isu ini telah membelenggu bukan sahaja Malaysia, malahan juga negara-
negara asing seperti Australia dan Eropah sehingga sampai ke suatu tahap dimana
penggunaan bahasa sms dibenarkan dan dijadikan bahasa yang sah. Perkembangan
dalam bidang sains dan teknologi turut menimbulkan sedikit salah faham tentang
maksud sesuatu perkataan. Sebagai contoh dalam bidang penerokaan angkasa lepas,
istilah angkasawan merujuk kepada maksud yang sama dengan astronaut dan istilah
yang digunakan oleh masyarakat di negara China iaitu taikonaut
Selain itu, perkembangan teknologi juga telah meletakkan Bahasa Melayu pada satu
tahap dimana ia dianggap kurang penting kerana peralatan dan perisian komputer pada
masa kini menggunakan bahasa-bahasa asing seperti Jepun, Inggeris, dan juga Rusia
yg merupakan negara pengeluar teknologi-teknologi tersebut. Kesannya, semangat
cintakan bahasa semakin pudar kerana rakyat tidak melihat Bahasa Melayu sebagai
satu aset yang penting untuk maju sedangkan kita sepatutnya lebih gigih berusaha
untuk memartabatkan Bahasa Melayu melaui penerokaan dalam bidang teknologi dan
sains sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat negara Jepun sehinggakan mereka
mampu menggunakan seratus peratus Bahasa Jepun dalam semua bidang termasuk
sukatan pelajaran di negara mereka.
Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu kian merosot penggunaannya dalam
masyarakat terutamanya para belia. Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa asing
kepada belia dalam negara kita. Mengapa semua ini berlaku? Tepuk dada tanyalah
selera. Mungkin kita perlu melihat permasalahan ini dengan lebih mendalam hingga ke
akar umbi. Ini disebabkan isu penggunaan bahasa Melayu bukanlah isu remeh yang
boleh dipermainkan oleh sesiapa saja. Tambahan pula, dalam perlembagaan
persekutuan ada memperutukkan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi menerusi Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Walaubagaimanpun,
masih wujud sesetengah pihak yang ego dan sombong dengan mencampuri Bahasa
Melayu dengan bahasa Asing. Siapakah mereka?
Isu bahasa rojak bukanlah isu yang baru namun isu ini sudah lapuk. Tetapi masyarakat
tidak boleh memandang enteng kerana ini berkaitan maruah negara. Maka tidak
wajarlah Bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua ataupun bahasa sampingan sahaja
dimana sahaja termasuklah institusi undang-undang seperti mahkamah. Menurut Bekas
Ketua Hakim Negara, Yang Amat Berbahagia Tun Salleh Abbas (1989: 18) bahawa
beliau menyesali peguan-peguam yang tidak menggunakan Bahasa Malaysia yakni
Bahasa Melayu ketika membentangkan hujah sebaliknya mengutamakan bahasa
penjajah iaitu Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi mereka dalam lapangan
pengadilan. Justeru, pada tahun 1985 beliau telah menggesa supaya Bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya di mahkamah rendah, mahkamah majisterit, dan mahkamah
tengah.
Kelangsungan daripada cadangan beliau itu, Majlis Peguam Negara (1989: 18) pada
tahun 1986 telah membuat keputusan supaya Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya
di mahkamah dalam masa 20 tahun akan datang. 20 tahun telah berlalu, sistem
perundangan masih belum mencapai matlamatnya dalam penggunaan Bahasa Melayu.
Ini disebabkan kurangnya nasionalisme dalam seseorang pengamal perundangan kini.
48
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Bahasa Melayu telah dirojakkan oleh peguam-peguam ini untuk membuat lontaran
hujah.
Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu secara tidak langsung kurang meluas dan kurang
efektif. Selain itu, masyarakat dapat melihat bagaimana bahasa mendominasi lapangan
perniagaan dan perdagangan sama ada antarabangsa mahupun domestik. Lihat sahaja
bagaimana Bahasa Inggeris menghiasi katalog, iklan, dan pembentangan bagi sektor
perniagaan kini. Kegagalan Bahasa Melayu menjadi agen utama merupakan suatu
yang mengecewakan kerana Bahasa Melayu pernah digelar sebagai lingua franca
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dimanakah kedaulatan Bahasa Melayu?.
Meskipun wujud usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa Melayu kembali bernafas
dalam sektor perniagaan dan perdagangan namun masyarakat kini masih gentar
tentang kewibawaan Bahasa Melayu sehinggakan ada pihak yang sanggup
mempertikaikannya. Lantas Bahasa Melayu ketinggalan ke belakang daripada bahasa-
bahasa asing yang lain seperti Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis.
Menurut Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (1988: 38) bahawa usul penggunaan
Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Melayu dalam bidang perdagangan dan perniagaan
dalam setiap seminar sama ada peringkat negeri mahupun peringkat antarabangsa
namun telah ditolak. Ini disebabkan wujud pemikiran sempit daripada beberapa
golongan memikirkan bahawa Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, maka
Bahasa Melayu tidak wajar menggantikan peranan dalam perniagaan dan perdagangan
kini. Apabila menyingkap sejarah dunia, Bahasa Melayu dilihat mampu dijadikan
sebagai lingua franca abad ke-21. Ini dapat dilihat Bahasa Inggeris digantikan dengan
Bahasa Perancis di Quebec, Kanada (1988: 38). Penggantian itu dilakukan menerusi
Undang-Undang 101 Negeri Quebec.
Tambahan pula, menurut Perdana Menteri Quebec, Encik Levesque (1988: 38) bahawa
kita harus menjamin bahawa orang Quebec akan dapat mengalami perkembangan ilmu
dan teknologi pada masa akan datang dalam Bahasa Perancis. Maka hari ini Bahasa
Perancis dipertuturkan oleh 130 juta penutur diseluruh dunia (2004). Ini yang perlu
dilihat oleh setiap lapisan masyarakat.
Sementara itu, kekangan yang wujud dalam perkembangan penggunaan Bahasa
Melayu disebabkan perlumbaan sektor swasta dalam mendominasi Bahasa Inggeris
dalam setiap urusan. Menjelang acara Sukan Komanwel 1998, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) pernah menegur penganjur sukan berprestij itu iaitu Ninety Eight Berhad
kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam kempen dan promosi temasya ke-2
terbesar di dunia itu (1998: 38). Sementara itu, objektif penubuhan Gerakan Bahsa
Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) gagal kerana kebanyakan syarikat baru di Bursa
Saham Kuala Lumpur (BSKL) masih menggunakan Bahasa Inggeris. Akibat
kelonggaran dari segi pelaksanaan maka tidak mustahil Bahasa Melayu bakal dianak
tirikan oleh negara sendiri. Presiden BSKL, Yang Berbahagia Dato Muhd. Salleh Majid
(1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas dalam undang-undang mahupun peraturan-
peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi institusi
kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam
komunikasi harian.
49
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Oleh sebab itu, masyarakat hari ini lebih tertumpu dalam penguasaan Bahasa Inggeris
daripada memperkasakan Bahasa Melayu. Ini dapa dibuktikan menerusi suatu kajian
oleh sebuah syarikat akhbar tempatan mendapati akhbar harian yang paling laris
jualannya di Malaysia ialah akhbar Cina yang mencecah 350,000 naskah sehari
manakala akhbar Inggeris akhbar kedua tertinggi dan malangnya akhbar Melayu
mencatat jualan yang terendah daripada ketiga-tiga jenis akhbar. Natijahnya, masyarkat
kini kurang berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu secara tidak langsung orang
Melayu dianggap kurang membaca
Kemerosotan penggunaan Bahasa Melayu tidak harus dilihat secara umum sebaliknya
secara khusus. Ini memboleh penumpuan diberika secara lebih proaktif. Justeru, dasar
pendidikan negara perlu dipertikai kerana dasar ini yang menjadi akar kepada
perkembangan Bahasa Melayu kini. Apabila kita menoleh sejenak ke belakang awal 80-
an dimana kerajaan giat mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu dalam
masyarakat Malaysia. Namun usaha tersebut terbantut dipertengahan jalan kerana
wujud anasir-anasir tertentu yang menjadi kekangan.
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam Majlis Kongres Tamadun Melayu (1989: 43) bahawa pengajian
Bahasa Melayu tidak seharusnya hanya mampu menggali, mencari, dan mengilap-gilap
terma budaya Melayu yang lama dahulu tetapi seharusnya mampu menganggap
perngertian dinamisnya dalam konteks perubahan masyarakat Melayu moden yang
sedang memasuki abad ke-21. Kelangsungan daripada menjayakan suatu wawasan
yang cenderung ke arah sains dan teknologi, maka Bahasa Melayu telah dikorbankan
dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada tahun 1970, para cendikawan Melayu yang
memperjuangkan Bahasa Melayu melahirkan kebimbingan tentang polarisasi di negara
ini. Pada dekad itu, Bahasa Melayu ditekankan sebagai Bahasa Perpaduan yang
menyatukan masyarakat berbilang kaum pada zaman kepimpinan Allahyarham Tun
Abdul Razak.
Namun dengan langkah kerajaan memberi penekanan yang serius pada penggunaan
Bahasa Inggeris pada tahun 1990-an sehingga mengatasi Bahasa Melayu dalam
aspek-aspek kehidupan yang menimbulkan kerisauan kepada para cendiakawan .
Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk subjek Sains dan
Matematik telah merencatkan perkembangan Bahasa Melayu yang telah diusahakan
sejak zaman Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lagi. Secara tidak langsung
ramai pelajar berlumba-lumba menguasai Bahasa Inggeris sehingga sanggup
menghabiskan wang beratus-ratus ringgit. Inilah fenomena masyarakat kini yang
mampu melenyapkan khazanah bangsa dan negara.
Tambahan pula, mengikut statistik pungutan pendapat yang dijalankan oleh Bernama
(www.bernama.com) (2001: 1) tentang adakah Bahasa Melayu relevan dalam
pengajian tinggi swasta? dan adakah ianya harus ditingkatkan? mendapati 94 peratus
daripada 110,000 undian dicatatkan oleh laman web tersebut tidak mahu penggunaan
Bahasa Melayu digunakan di universiti-universiti dan kolej swasta. Ini mengambarkan
suatu perspektif baru sudah wujud dalam mentaliti generasi kini bahawa Bahasa
Melayu tidak penting lagi sebagai medium pendidikan kini.
50
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Yang memeritkan lagi, kumpulan pakar Bahasa Melayu masih lagi kurang. Meskipun
ada beberapa orang namun tidak semua yang menjalankan kajian bahasa (linguistik)
seperti Clifford Geertz (1989: 43). Justeru, usaha demi usaha perlu diikhtiarkan supaya
Bahasa Melayu tidak terpinggir daripada arus perdana.
Konklusinya, pendekatan secara tuntas perlu diambil setiap pihak berwajib sama ada
pihak kerajaan mahupun masyarakat dalam memulihkan dan meneguhkan semula
Bahasa Melayu dalam diri setiap masyarakat terutamanya bangsa Melayu. Malahan
setiap perancangan tidak harus sekadar melepas batuk ditangga semata-mata
sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten dan efektif. Ini dapat dilihat bagaimana
langkah kerajaan membentuk Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya yang
diumumkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan Malaysia
dalam Majlis Perasmian Seminar Pengajian Melayu (1989: 43). Oleh itu, inisiatif
sebegini perlu diteruskan. Maka martabat Bahasa Melayu dapat diangkat semula selari
dengan Wawasan 2020.

5.3 : KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN

Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia
Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang
ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah
dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini
telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh
Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli
Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati
Muljadi.
Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam
suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu tanggapan masing-
masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan
memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat
kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan
pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman
bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan
sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian
bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa
Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun
tulisan. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara
rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang
ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka terciptalah Ejaan
Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan
serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Kempen-kempen
memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah
51
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen, serta melalui majalah-majalah,
dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di
Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).
Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
yang mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam
semua urusan rasmi negara menggantikan tempat Bahasa Inggeris. Pada 1
September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah
mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi
Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen
yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya
yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah
Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan
bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu
zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh
rakyat supaya mengguna dan memajukan Bahasa Melayu dengan bersungguh-
sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.
YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama pula dalam satu
kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya
sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah
dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar
yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata
Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.
Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan bahasa
kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan
bahasa kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan buku-buku ilmu
pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu,
pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling
Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu, bahasa
kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sahaja hendaklah digunakan untuk maksud-maksud
rasmi dalam pentadbiran sehari-hari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian,
Jabatan-Jabatan Kerajaan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan
dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen,
Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana Bahasa Inggeris boleh digunakan
setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau
bahasa kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu
membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek.
4 akta tersebut.


52
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

MABBIM
MABBIM (singkatan untuk "Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia") merupakan
sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau
perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Majlis ini dianggotai oleh tiga
negara, iaitu Brunei, Indonesia, dan Malaysia.
MABBIM merupakan waris kepada "Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia" (MBIM) yang
ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani
oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia dan Bapak Mashuri
Saleh S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972
di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei menganggotai Majlis ini pada
4 November 1985 iaitu pada persidangan yang ke-24. Singapura masih menjadi negara
pemerhati Majlis sehingga kini.



















53
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 6 : MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu dalam pendidikan, pentadbiran kerajaan, ekonomi negara, dll
Pendidikan
Pentadbiran kerajaan
Ekonomi negara, dll
Kedwibahasaan
Perlunya menguasai bahasa lain di dunia selain daripada bahasa Melayu
Matematik, sains, dan teknologi dalam bahasa Inggeris
Matematik, sains, dan teknologi dalam bahasa Inggeris
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi


6.1 : BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN, PENTADBIRAN KERAJAAN,
EKONOMI DLL.
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik
pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan
memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan
menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.
Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran,
bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah
dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa
bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan
pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh
itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam
sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacara-
upacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi
sesebuah negara.


54
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kedudukan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan
Menurut Jeniri Amir ( 1999), keghairahan beberapa institusi pengajian tinggi awam di
Malaysia untuk mengajar semua kursus di universiti dalam bahasa Inggeris,
menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang
boleh menentukan nasib bangsanya pada masa depan. Nampaknya orang Melayu tidak
menyedari bahawa kebanyakan tindakan mereka sebenarnya boleh memmusnahkan
tamadun bangsa mereka. Salah satu kaedah paling berkesan untuk menyekat
kemajuan sesuatu bangsa adlah dengan mencegah bangsa itu menggunakan bahasa
mer3eka untuk berfikir dan mengembangkannya. Selepas kemerdekaan Malaysia,
apabila peranan bahasa Melayu sebagai alat kemajuan bangsa Melayu dikembalikan
semula melalui dasar pendidikan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan begara, barulah ribuan pelajar terdidik dalam
Bahasa Melayu memperoleh kemajuan yang tinggi dalam pelbagai bidang ilmu dan
profesion. Segala ilmu yang diperoleh oleh mereka melalui Bahasa Melayu tentu sama
nilainya dengan ilmu yang diperolh melalui bahasa Inggeris.
Dasar itu dikatakan tidak berubah. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi pentadbiran
negara. Hal ini merupakan dasar yang termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan
1967/68, dan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar penggunaan bahasa
kebangsaan dalam sitem pendidikan, kalau meurut undang undang atau Akta
Pendidikan yang ada selama ini juga tidak berubah.
Akta Pendidikan yang terbaharu, iaitu Pendidikan 1996, yang menggantikan bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan (dari sekolah rendah hingga ke
tahap universiti), ialah Bahasa Melayu. Dasar ini dikenakan juga terhadap institusi
pengajian tinggi swasta. Kalau itulah dasarnya selagi tidak diubah oleh Parlimen
mengapakah baru baru ini seorang naib canselor salah sebuah universiti Malaysia
seolah olah mempunyai kuasa untuk mengubah dasar itu, lalu mengumumkan
kepada rakyat bahawa universitinya akan mengajarkan semua kursus dalam bahasa
Inggeris? Nampaknya, beliau membuat pengecualian lebih banyak daripada dasar yang
pokok.
Begitu juga dengan keputusan mewajibkan semua kursus sains dan matematik, dari
sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, diajarkan dalam bahasa Inggeris,
tidak lagi dalam bahasa Melayu. Tidakkah keputusan ini juga melanggarkan akta atau
dasar yang ada? Orang Melayu suka berkata bahawa pelajar Melayu yang tidak
menguasai bahasa Inggeris akan terpinggir dalam arus kemajuan pada zaman
globalisasi zaman yang mementingkan teknologi dan kemajuan ekonomi. Pelajar
yang tidak fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dianggap sukar untuk mendapat
pekerjaan di negara berbahasa Inggeris, seperti di Australia , bolehlah diterima, tetapi di
negara sendiri, negara yang berbahasa rasminya ialah bahasa Melayu, alasan itu
tentulah pelik.


55
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Hegemoni Bahasa Melayu
Dalam tempoh lebih kurang tiga dasarwarsa bahasa Melayu berkembang dengan amat
cepat di Malaysia, daripada bahasa politik untuk menunjangi kekuatan dalam
perjuangan antikolonialisme, dan sebagai pernyataan dan tekad bangsa Melayu untuk
hidup sebagai bangsa yang merdeka, kepada bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
yang begitu berjaya untuk menampung dan mengungkap segala berkaitan kehidupan.
Bahasa Melayu berjaya mencapai serti yang dinikmatinya kini kerana beberapa faktor.
Pertama
Faktor sosiopolitik yang memungkinkan pembangunan dalam semua bidang,termasuk
perancangan dan perlaksanaan bahasa rasmi.
Kedua
Azam dan tekad politik serta budaya bahasa yang dilaksanakan melalui pelbagai dasar
dan strategi.ketiga
Sokongan masyarakat umum terhadap aktiviti kebahasaan lagipun sistem plolitik,
ekonomi, sosial, dan dimensi penggunaan bahasa Melayu selama ini telah memberi
dampak terhadap wibawa bahasa itu.
Kini bahasa itu sedang berhadapan dengan tandingan yang paling hebat.
Kedudukannya tercabar sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi, dan bahasa kebangsaan.
Hal ini demikian kerana utnuk menjamin kehebatan Malaysia dalam bidang ekonomi
dan diplomasi antarabangsa, kerajaan menekankan kepentingan bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris begitu dominan dan menjadi wahana hegemoni dan berwibawa.
meskipun penjajahan sudah berlalu, pensejagatan dan imperialisme bahasa Inggeris
semakin mencegkam akar budaya dan minda bangsa. Seakan akan bahasa Melayu
tidak akan mampu mengambil tempat bahasa Inggeris hingga pemakai bahasa Melayu
kini berasa seolah olah tidak berguna mempelajarai bahasa itu. Bahasa Melayu pula
dianggap tidak intelek, tidak sempurna, kerana korpus ilmunya terbatas, tidak bersifat
antarabangsa, tidak standard dan berprestij, dan hanya sesuai digunakan dirantau ini
meskipun penuturnya melebihi 250 juta ornag. Bahasa itu dikatakan tidak berdaulat lagi
sebgaai wahana komunikasi pelbagai bidang, khususnya teknologi maklumat. Bahasa
itu dikatakan tidak sempurna sebagai bahasa utama dalam industri maklumat kerana
bukan bahasa komunikasi global.
Kita telah menyaksikan kejayaan dasar pendidikan negara dan dasar kebangsaan
apabila lulusan universiti dan sistem pendidikan kita dapat menggunakan bahasa itu
dengan fasih. Memang menggerunkan apabila sebagai ekoran langkah pengguanna
bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, pelbagai pihak yang
masih belum mantap keyakinan mereka terhadap keupayaan bahasa Melayu
mengambil langkah yang melampau hasrat kerajaan dan menjadikannya sebagai
lessen untuk memperluas dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris. Malah
sudah terserlah sekarang keinginan sesetengah universiti awam untuk menggunakan
56
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

bahasa Inggeris sepenuhnya bermula tahun 2005. sebelum ini sudah pun terdengar
cadangan agar bahasa Melayu digantikan oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar sistem pendidikan. Yang mengejutkan juga, ada senator yang
mencadangkan agar bahasa Inggeris turut dibenarkan di Dewan Negara bagi memberi
peluang kepada senator untuk menggunakan bahasa itu. Jika hal ini tidak kelihatan
berlebihan, seorang anggota Dewan Negara menganjurkan agar penguasaan bahasa
Inggeris diperluas di tengah tengah orang kampung agar dapat ilmu daripada internet
( New Straits Times, 8 Disember 2000). Golongan ini menganggap bahawa bahasa
Melayu tidak akan mungkin dapat menjadi wahan untuk membina kehidupan nasional
dan negara yang moden dan maju. Krisis keyakinan dalam kalangan golongan elit
politik, termasuklah pemimpin birokrasi Melayu sendiri, memberikan kesan psikologi
dan budaya yang parah, termasuklah mengakibatkan kendurnya kepercayaan dan
semangat perjuangan rakyat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu.
Dikhuatiri, gejala yang berlaku di Amerika Selatan, di Quechua, dan di Aymara akan
menimpa penggunaan bahasa Melayu
Menurut Amiruddin Mohd. Akhir (1993),sebenarnya, kenyataan golongan definitive,
yang menenkankan pentingnya bahasa Inggeris bagi menguasai ilmu dan maklumat
serta perhubungan antarabangsa, sedikit banyak menjejaskan keyakinan dan peranan
bahasa Melayu yang dibina dengan bersungguh sungguh selama ini. Nilai ekonomi
bahasa Melayu merosot, malah pengantar yang digunakan, seolah olah yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kurang berkualiti berbanding
bahasa Inggeris. Walhal pelajar bukan Melayu membuktikan bahawa dasar
penggunaan bahasa itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai
kejayaan sehingga seorang pelajar Cina memperoleh 16A dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2002. dari tahun 1990 hingga 1995, universiti awam yakin
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama berjaya mengeluarkan 35 ribu
orang siswazah dalam bidang sains dan teknologi, 55 peratus daripada mereka
Bumiputera dan 45 peratus bukan Bumiputera.
Keadaan ini akan memberi kesan yang mendalam dari segi pengambilan pekerja
terutama dalam sector swasta, lebih lebih lagi ada pihak yang menyatakan bahawa
faktor utama menyebabkan hampir hampir 30 ribu orang siswazah menganggur
kerana kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris, walhal banyak lagi faktor lain yang
menyebabkan berlakunya pengangguran, termasuklah penguasaan dalam pemilikan
ekonomi oleh kaum tertentu. Langkah ini ini turut memberi kesan terhadap usaha
pensyarah universiti awam dalam penulisan buku. Mereka menjadi keliru kerana
pengurusan universiti menyarankan agar ditingkatkan penerbitan buku dalam bahasa
Inggeris dan hasil penyelidikan dibuat dalam bahasa Inggeris. Kesan terhadap
penerbitan buku dalam bahasa Melayu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun
yang akan datang. Kini jumlah buku ynag diterbitkan dalam bahasa Melayu hanya
sekitar 6000 tajuk setahun.
Hal ini sekaligus meminggirkan bahasa Melayu daripada kedudukannya, dan akhirnya
menggagalkan peranannya sebagai alat pembentukan kebudayaan kebangsaan yang
diperjuangkan untuk sekian lama. Malah langkah membiarkan bahasa Inggeris
mengambil tempat utama sebagai bahasa perdagangan, bahasa pendidikan, bahasa
57
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

cita cita merealisasikan Wawasan 2020. transformasi social rakyat Malaysia tidak
mungkin berlaku sekiranya peranan bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelajar dan
masyarakat pelbagai kaum. Sistem pendidikan dalam bahasa itu berjaya melahirkan
jutaa lulusan universiti. Namun begitu, krisis keyakinan terhadap bahasa Melayu
menyebabkan anak bangsa kita dikatakan tidak akan dapat mencapai kemajuan dan
kejayaan dalam mata pelajaran tersebut jika bahsa Melayu digunakan. Walhal, Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan pelajar pelbagai
kaum, sekali gus melahirkan rupa bangsa yang diiingini. Denganmenggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan, semakin banyak rakyat dpat
menguasai bahasa itu, terutama generasi muda.
Menurut Ahmad Kamal Abdullah (1991), dikatakan lebih daripada pengantar sistem
pendidikan, semakin banyak rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa itu, terutamanya
generasi muda. Malah, dikatakan lebih daripada 80 peratus rakyat telah menguasainya.
Bahasa Melayu menjadi alat perpaduan dan meruntuhkan pelbagai tembok penghalang
perpaduan, hingga orang dalam lingkungan geogr4afi, etnik, profesion, dan strata social
yang berlainan dapat berkomunikasi dengan perantaraan bahasa Melayu. Kejayaan
dasar tersebut penting dalam meletakkan asas kestabilan politik, social, dan ekonomi
dalam kalangan rakyat berbilang keturunan. Kestabilan dalam semua sektor itu
merupakan harga yang tidak dapat dinilai dari sudut kesejahteraan negara pada
keseluruhannya. Justeru langkah itu merupakan ironi ketika jutaan pelajar berjaya
dilahirkan melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu.
Menurut Kassim Ahmad (2000), kita perlu menyedari hakikat bahawa keperkasaan
budaya dan bangsa kita dapat dibina melalui bahasa Melayu untuk sesuatu bangsa
akan maju seiring dengan kemajuan bahasanya. Keupayaan dan ketahanan bangsa,
dari segi intelektual, reka cipta, dan budaya, tentu digerakkan oleh golongan
cendekiawan yang mengungkap diri dalam bahasa pribumi. Tentu amat berbahaya
apabila bahasa ibunda ibunda atau bahasa kebangsaan dilihat penggunanya sebagai
bahasa kemuduran atau sebagai penghalang kejuan dan peningkatan status social
mereka. Peluang harus diberi seluas-luasnya agar bahasa Melayu tidak dipinggirkan.
Menurut Jadidah Ibrahim (2000), yang memburukkan keadaan ialah apabila bahsa
pribumi tidak digunakan dalam ranah rasmi, seperti sektor awam, perbankan, media,
dan institusi pengajian tinggi. Sebagai akibatnya, bahasa berkenaan terpinggir dariapda
bidang serius dalam kehidupan. Kewujudannya, kata crystal, mungkin masih terasa
dalam sesetengah domain, seperti seni, hiburan popular, dan sastera tidak tinggi
statusnya. Kreativiti dan kebijaksanaan golongan cendekiawan mengungkap ilmu dan
pengalaman dalam bahasa Melayu akan menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada
masa depan.
Namun begitu, golongan ini gagal menuanikan tanggungjawab mereka. Golongan
intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif atau komunikatif dalam
bahasa Melayu menyebabkan kita tidak dapat menggantungkan harapan pada mereka
untuk membina tradisi intelektual, dengan menghasilkan buku dalam bidang kepakaran
mereka dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang sama golongan ini tidak pula produktif
menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris. Mereka gagal mengetengahkan fikiran dan
58
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

sumbangan yang bererti teerhadap masyarakat. Golongan ini sering memberi alasan
tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Tanpa satu bahasa yang dapat difahami dan dikuasai oleh seluruh rakyat sebagai alat
pemersatuan dan pengikat jiwa rakyat kerana tidak menggunakan bahasa pribumi dan
bahasa itu tidak digunakan sebagai alat komunikasi umum untuk menyampaikan
maklumat,negara tidak dapat mencapai kemajuan, sebagaimana yang dialami oleh
India dan Amerika oleh sebab rakyat di luar Bandar dan terpinggir serta tersisih di
pedalaman, sebagai akibat tidak memahami bahasa bekas jajahan yang digunakan
untuk menyampaikan maklumat tentang dasar pembangunan negara.
Malaysia masih dalam perjalanan jauh dan berliku kearah pembentukan jati diri dan
keperibadian sebagai negara bangsa. Sebagai masyarakat multietnik, masyarakat kita
terbahagi mengikut ideologi, kepercayaan, agama, bahasa, dan social seumpamanya.
Dalam keadaan demikian, hanya Bahasa Melayu yang akan dapat menjadi alat untuk
menyatukan pelbagai kaum di negara ini. Penekanan yang melampau terhadap bahasa
Inggeris akan menyebabkan kita tergelincir daripada landasan perjuangan pemimpin
terdahulu. Hal ini sudah begitu ketara, terutamanya di bandar.
Kesimpulan
Bahasa sebagai tunjang penting kebudayaan dan tamadun bangsa sekali gus
memperlihatkan tahap kemajuan kita. Bahasa Melayu merupakan wahana komunikasi
yang mutlak dan paling berkesan bagi rakyat Malaysia. Hanya melalui bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan, kita dapat menggambarkan diri kita sebagai bangsa
Malaysia secara utuh. Kalau tidak, kita bagai bangsa yang tidak mempunyai wajah.
Maka, kita perlu meningkatkan iltizam dan daya usaha untuk memastikan agar bahasa
Melayu mengambil pentas utama hingga menjadi meta naratif dalam pembangunan
negara. Jika kita membiarkan bahasa kita ditelan oleh bahasa asing, kita yang
membunuhnya. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyuburkan, memperkasakan,
dan memperluaskan penggunaannya.
Kita perlu menjaga supaya kita tidak kembali ke hierarki bahasa pada zaman colonial
apabila bahasa daerah menjadi bahasa yang paling rendah dan hanya berada di
pinggiran, iaitu sebagai bahasa pergaulan antara keluarga dan antara sahabat, bahasa
Melayu sebagai bahasa komunikasi yang lebih luas di tingkat kedua,dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa elit dan bahasa ilmu pengetahuan moden atau sebagai
bahasa untuk masuk ke dalam golongan elit Bumiputera. Dalam pembangunan negara,
adalah dikhuatiri bahawa lama kelamaan bahasa inggeris kembali menjadi bahasa
penjajah di negara ini. Antara lainnya, bahasa penjajah bererti bahasa yang dipupuk
sebagai alat bagi menyekat peluang orang lain untuk maju dalam bahasanya
sendiriwalaupun orang menentang bahasa Inggeris, perkara yang ditentanya bukan
bahasa itu tetapi peranan atau fungsinya sebagai bahasa penjajah. Hal inilah yang
perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

59
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kerajaan hendaklah memastikan bahawa pengajaran bahasa Melayu hendaklah
diperbaiki supaya semua pelajar, terutamanya pelajar Melayu di sekolah luar Bandar,
dapat menguasai bahasa ini dengan baik dalam atempoh 11 tahun( dari sekolah rendah
hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Kalaysia). Hal inilah masalah yang dihadapi pelajar
Melayu yang harus diselesaikan secara bersungguh sungguh. Masalah ini harus
diberikan perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab memajukan pendidikan anak
anak Melayu dalam arus pembangunan negara.
Bagi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia(PLM), Dr. Awang Sariyan, bahasa Melayu
mempunyai sejarah yang panjang lagi gemilang serta tonggak tamadun umat.
Menurutnya, kini bahasa Melayu sedang mengulangi sejarahnya. Tiada kesangsian
bahawa Bahasa Melayu telah memasuki era moden. Adalah penting kita tanyakan kini
bukan kemampuan bahasa Melayu, tetapi kemahuan setiap ornag daripada kita
sebagai pendukungnya untuk mengungkapkan fikiran dan perasaan dalam bahasa
Melayu yang berwibawa
Sehubungan itu, bangsa Melayu, terutamanya ahli politik, cendekiawan dan tokoh
korporat perlu menerajui usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan didukung
oleh rakyat Malaysia lain. Mereka harus memperkasakan bahasa Melayu untuk
menjadikannya bahasa antarabangsa yang dihormati dan disegani. Rasa cinta terhadap
bahasa Melayu perlu ditanam dalam jiwa setiap anggota masyarakat sepanjang masa
dan bukannya bermusim. Pemimpin juga perlu menunjukkan teladan betul kepad usaha
memperteguhkan bahasa kebangsaan dalam arus pembangunan negara. Pemimpin
perlu menggunakan bahasa yang betul dan tidak merojakkan bahasa di majlis rasmi
sehingga menjadi ikutan masyarakat. Pihak media harus memulaukan pemimpin yang
tidak menghormati bahasa Melayu. Selain itu, semua pihak perlu membantu Dewan
Bahasa dan Pustaka(DBP) melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan untuk
pembangunan negara. Sektor swasta juga perlu bekerjasama dalam hal penggunaan
bahasa Melayu yang betul dan berkesan. Jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak
berkuasa perlu memastikan bahawa bahasa Melayu diutamakan di papan tanda dan
iklan. Dan tidak mencampur adukan bahasa tersebut. Kerajaan perlu menggerakan
pemberian kuasa kepada DBP bagi membolehkannya mengenakan tindakan terhadap
pihak yang tidak mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan 1963. mereka yang tidak
menghormati bahasa Melayu wajar dianggap sebagai penjenayah bahasa.
Bagaimanapun, kalaupun sesetengah orang menganggap bahasa Inggeris masih perlu
digunakan dalam sektor ekonomi dan perusahaan negara(dengan alasan menarik
pelabur asing!), namun begitu bahasa Melayu tetap menjadi tunjang dalam
pembangunan negara dekad ini. Dasar dwibahasa lebih baik daripada kita
mengenepikan langsung bahasa Melayu dalam sector itu. Kemajuan bahasa Melayu
bergantung pada perluasan penggunaannya. Ketidakmampuan orang menggunakan
bahasa Melayu dalam bidang bidang tinggi jangan dijadikan alasan untuk menyekat
penggunaan bahasa ini dalam semua sector pembangunan negara.


60
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Nilai ekonomi Bahasa Melayu
Masih banyak orang khususnya dalam kalangan mereka yang berkecimpung dengan
dunia perniagaan percaya dongeng bahawa bahasa kebangsaan negara ini iaitu
bahasa Melayu tidak mempunyai sebarang nilai ekonomi justeru tidak digunakan bagi
tujuan iklan dan perhubungan rasmi dan tidak rasmi dalam urusan perniagaan atau
perdagangan sekalipun di peringkat dalaman syarikat sahaja termasuk urusan
domestik, apatah lagi di peringkat antarabangsa. Benarkah kenyataan ini? Penulis
telah membayangkan jawapannya dengan menggunakan perkataan dongeng.
Sejarah kita sendiri telah membuktikan bahawa di alam Melayu atau kepulauan Melayu
di nusantara ini, bahasa Melayu telah digunakan sejak berabad-abad dahulu lagi oleh
semua pedagang yang berurusan di sini sama ada dari Eropah, China, Gujerat India,
Portugis, Belanda dan lain-lain dalam perdagangan rempah-ratus, kain-baju, herba,
ubat-ubatan, makanan dan sebagainya. Merenung Melaka sebagai sebuah empayar
perdagangan pada suatu ketika dahulu bukanlah untuk tujuan nostalgia tetapi
mengambil pengajaran mengapa Melaka maju sebagai pusat perdagangan dan bahasa
Melayu berkembang dengan penggunaannya sebagai bahasa perdagangan di samping
bahasa perhubungan diplomatik.
Bagaimana sesuatu bahasa mendapat nilai yang tinggi? Tidak lain dan tidak bukan
apabila penuturnya sendiri menggunakannya pada masa-masa tertentu dan di tempat-
tempat tertentu. Penuturnyalah yang menentukan ( atau undang-undang dan
peraturan?) sama ada bahasa itu mahu digunakan di pasar ikan dan peniaga di kaki
lima sahaja atau sebenarnya mahu digunakan sehingga di gedung- gedung ternama, di
hotel-hotel, dalam mesyuarat, persidangan peringkat kebangsaan sahaja atau hatta
peringkat antarabangsa, perniagaan runcit sahaja atau juga dalam urusan perbankan
dan perdagangan luar negara.
Mengambil contoh mudah, misalnya pada satu ketika dahulu, ulam-ulaman seperti ulam
raja dan pegaga hanya tumbuh di bawah-bawah tangga rumah di kampung, tak banyak
orang yang beria-ria mencari petai, jering, pucuk paku, air kelapa muda, buah
mengkudu, buah durian belanda, kacip fatimah, tongkat ali, daun serapat, daun sirih
dan seumpamanya. Tetapi kini segala ulaman tersebut telah memasuki hotel
terkemuka. Kajian yang membuktikan khasiat tertentu seperti buah mengkudu, sirih
dan lain-lain telah menyebabkan banyak orang bersedia membeli jus mengkudu
sekalipun harganya mencecah puluhan malah ratusan ringgit di samping minuman
herba tempatan yang sudah dikomersialkan dan menjadi industri yang sangat
menguntungkan. Dahulunya orang mencari bahan atau ubatan import seperti kapsul
import dari Eropah di gedung farmasi berbanding kapsul herba tempatan yang
dipandang rendah. Orang lebih selesa dengan salad dan mayonis. Pernah pada satu
ketika santan kelapa sukar dicari kerana buah kelapa tidak sempat menjadi tua kerana
sejak mudanya telah diambil orang.
Tetapi kini keadaan sudah berbeza. Jika kita sendiri yang menetapkan bahawa bahasa
Melayu hanya boleh digunakan semasa makan di kafeteria atau di pondok pengawal
dan tidak boleh digunakan dalam mesyuarat syarikat atau hanya bahasa Inggeris
sahaja dalam brosur, iklan syarikat dan bungkusan produk maka kitalah yang
61
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

sebenarnya merendahkan nilai atau tegasnya nilai ekonomi bahasa tersebut dan
bukannya bahasa itu yang bernilai rendah atau tidak mampu dan dipersalahkan.
Bahasa itu telah lengkap dengan laras dan istilahnya untuk digunakan. Kitalah
sebenarnya yang bersalah kerana memandulkan keupayaannya dengan
menetapkan secara paksa akan had-had penggunaan bahasa tersebut begitu dan
begini sedangkan keupayaan bahasa tersebut jauh menjangkau lebih daripada itu
malah sehingga ke peringkat antarabangsa sebagai bahasa ilmu dan sebagainya.
Kitalah yang perlu menetapkan nilai ekonomi yang tinggi terhadap bahasa kebangsaan
dengan menunjukkan keutamaan penggunaan jenama produk, iklan, pembungkusan,
pengumuman dan sebagainya.
Bank Negara Malaysia memaklumkan bahawa sebuah bank perdagangan asing di
Malaysia telah turut menggunakan bahasa Melayu dalam urusannya. Tentulah ini
merupakan sesuatu yang amat dibanggakan berbanding cerita yang ironi tentang
sebuah bank tempatan yang dikatakan enggan memberi nilai ekonomi yang lebih tinggi
terhadap bahasa kebangsaan negaranya sendiri. Kita juga sebenarnya ingin bertanya,
jika sesebuah gedung itu tidak bernama Midvalley Megamall, Lot Ten, Sunway Piramid,
Berjaya Times Square, KB Mall, One Borneo Mall, Bangsar South, BBPark, akan
berkurangkah penyewa atau pengunjungnya sekalipun barangan yang dijual berkualiti
termasuk barangan yang diimport?
Mungkin kita tidak perlu risau dan dapat menerima jika cuma beberapa kerat sahaja
yang berjenama asing itu tetapi malangnya ketara sekali yang berjenama asing itu
terlalu banyak jumlahnya sehingga menenggelamkan jati diri kebangsaan negara ini.
Selain jenama produk yang sememangnya milik rangkaian antarabangsa, sepatutnya
yang lain perlu memaparkan citra dan jati diri kebangsaan negara ini dan kita tidak perlu
berkompromi lagi setelah usia negara melebihi lima-puluh tahun. Jika dibiarkan kita
percaya status sedia ada akan berterusan sampai bila-bila. Justeru usaha secara
lembut dan diplomasi perlu digantikan dengan penguatkuasaan undang-undang sahaja
oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan dan Dewan Bahasa dan Pustaka misalnya.
Bagi sektor awam mungkin tidak banyak masalah kerana keterikatannya dengan
undang-undang dan peraturan tetapi tetap ada ruang yang perlu ditambah baik. Pihak
DBP juga misalnya perlu memastikan penguatkuasaan semula peraturan
mengembalikan sebarang surat bagi urusan berkaitan dengan jabatan kerajaan dan
kementerian yang tidak ditulis dalam bahasa Melayu jika pengirimnya warganegara ini
atau organisasi tempatan seperti yang pernah dilakukan semasa allahyarham Tun Syed
Nasir Ismail mengepalai DBP pada satu ketika dahulu sebagai suatu pengajaran
berterusan agar bahasa kebangsaan tetap dihormati, dulu, kini dan selamanya dan
bukannya semasa perayaan Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja.




62
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
Dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia fungsi bahasa Melayu adalah sebagai bahasa
perpaduan. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang
menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai
penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang
penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu
kelompok manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum dalam sesebuah negara.
Menerusi cetusan idea Perdana Menteri Malaysia, Gagasan 1 Malaysia ingin
membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek terpenting
untuk membentuk satu budaya ialah melalui satu bahasa dan satu suara. Sejarah
membuktikan bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai oleh masyarakat pelbagai ras
dan etnik tetapi bukan mustahil. Semasa zaman kolonialisasi, British mengamalkan
dasar pecah dan perintah yang mewujudkan jurang ekonomi manakala dasar laissez-
faire dalam pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan dan keseragaman
perperiksaan tidak dapat dicapai.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem
Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada
peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British
memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil
dibiarkan berkembang secara sendirian. Pelajaran Cina telah mewujudkan kesedaran
kebangsaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakan
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks
diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil
terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat
yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil
tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem
persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran
Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari
segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris
juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas
sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan
dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia
Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
63
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan
kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran,
keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk
mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam
konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam
membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan
dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa
hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan
diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua
jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu
pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu
perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai
kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Gagasan 1 Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan jati diri
bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.
Penyatuan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan
melalui penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan
kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu
Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf
sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan
kesempurnaan bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai
keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni ampu
menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan.
Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai
bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap yakni
mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan.
Selaras dengan konsep 1 Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja mampu
menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar
sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan
sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang
kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus
merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa
Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini
sejak awal tahun 70-an.
64
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selaras dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada
kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu
pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang
khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus dapat
melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang
terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan juga
bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi,
bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan
pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat
dan kecintaan terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan
peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia,
usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa Komunikasi

Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak
berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di
pejabat bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa
Melayu diujarkan.
Dalam konteks 1 Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya hubungan
antara masyarakat pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau dipertahankan.
Oleh itu, perlu pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan,
cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai
perkara tentang bahasa. Fungsi peribadi pula ialah fungsi bahasa memberi kesempatan
kepada manusia untuk menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.
Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah
selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang ke arah usaha
murni kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1
Malaysia.





65
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

6.2 KEDWIBAHASAAN
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak
bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti
penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi,
yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk
hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu
untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah. Kedwibahasaan yang
sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan
sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat menguasai
lebih dari satu bahasa dengan baik. Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa
atau lebih ( bilingual atau multilingual ) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan.
Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland
pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual
kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa. Menurut Mario
Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang bertutur dalam dua
bahasa. Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua bahasa semasa
kecil.
Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut memperoleh salah satu
bahasa tersebut sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
Kedua-dua sistem tersebut disepadukan dan disimpan secara berasingan.
Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik, agama,
bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing biasanya berlaku
di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang mempunyai pelbagai ragam
manusia dan budaya. Penjajahan juga membawa masuk unsur budaya baru dan
bangsa asing yang menggunakan dan memaksa rakyat pribumi menggunakan bahasa
mereka dalam sistem pemerintahan, khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya
penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Hartmann (1976) mengatakan bahawa
kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat
pengguna bahasa. Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab
kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara
berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa
dalam semua keadaan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan terdapat individu yang
dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-
Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan sebagainya. Individu yang berpengetahuan
dalam kedua-dua bahasa tetapi yang satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk
ujaran atau tulisan, bahkan cuba disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakan
covert bilingual atau dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai
pengetahuan kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut
hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa rasmi
seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur mengamalkan
dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama
66
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga halnya dengan Malaysia yang
menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek
masing-masing di rumah misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri
Sembilan, Kedah dan sebagainya.
Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa
lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Di Rusia misalnya, bahasa Rusia dijadikan
bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan bahasa tempatan
sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia. Kedwibahasaan juga
berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan satu bahasa asing yang
dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan dalam pembelajaran untuk tujuan
mendapat pengiktirafan setaraf dengan bangsa lain. Mengikut ideologi ini,
pembelajaran satu bahasa asing dalam keadaan tertentu akan membentuk individu
yang mempunyai cara pemikiran baru untuk menghapuskan permusuhan dalam
kalangan rakyat misalnya di Singapura.
Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk
berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga
memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa
merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam
membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaiatu Bahasa Inggeris, Belanda,
Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat
yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dalam sistem pendidikan negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa
negara juga melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Satu lagi unsur yang
mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk
yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan
dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua
bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran kod
atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya penukaran
daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh perubahan tajuk
atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas dalam kalangan
penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa Inggeris dengan kawan
berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam Bahasa Melayu apabila
bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa Inggeris.
Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku apabila
seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk satu tajuk
yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa Melayu bercakap
dalam Bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk tetapi kemudiannya
mencampuradukkan dengan Bahasa Melayu kerana sesuatu hal seperti tidak tahu
perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau sebagainya. Fenomena
67
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa sebenar dalam tempoh
pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Namun begitu, dengan berlakunya peredaran masa dan penambahan perbendaharaan
kata, ciri ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam
bahasa kedua untuk menyampaikan maksud. Namun demikian, di Malaysia dengan
latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar persekitaran
yang didedahkan dengan Bahasa Inggeris seperti media elektronik, kanak-kanak telah
didedahkan dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal lagi. Malah, percampuran
kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila terdapat
penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua. Terdapat dua jenis
pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan dan kedua, pemindahan
positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa natif yang menyebabkan kesilapan
dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif pula melibatkan pemindahan yang
memudahkan pembelajaran dan berlaku dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa
sasaran yang mempunyai unsur persamaan.
Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam kedwibahasaan.
Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur oleh generasi kedua
sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda mereka.

HALA TUJU MEMARTABAT BAHASA MELAYU
Langkah kerajaan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan
pentadbiran seperti mana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin perlu disokong oleh semua pihak bagi memastikan peranannya tidak
hanya terbatas sebagai bahasa kebangsaan semata-mata.
Sebagai bahasa kebangsaan dan peranannya sebagai bahasa untuk memupuk
perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, bahasa Melayu dilihat
gagal diangkat kepada kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan ketika sebahagian
besar rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu lebih selesa menggunakan sama
ada bahasa ibunda masing-masing atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan
sehari-hari.
Malah setelah negara mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, isu berkaitan dengan
penggunaan bahasa Melayu masih timbul dan diperdebatkan. Penggunaan bahasa
Melayu di sektor swasta mahu pun di sektor awam masih belum mencukupi untuk
meletakkan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Berbeza dengan negara-negara lain yang mengangkat tinggi bahasa ibunda masing-
masing, bahasa Melayu boleh dikatakan terpinggir dalam banyak aspek di mana ia
banyak berpunca daripada sikap rakyat yang gagal mengangkat bahasa sebagai jiwa
bangsa selain ketidaktegasan kita dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
68
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kita boleh lihat sehingga ke hari ini kita masih mewar-warkan kempen mahu pun slogan
seperti Cinta Bahasa Kebangsaan, Bahasa Jiwa Bangsa dan menentukan bulan-
bulan tertentu dalam setahun sebagai kempen Bulan Bahasa Kebangsaan di mana
kempen dan slogan-slogan seumpama itu menunjukkan kita masih bergelut untuk
mengangkat dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Kita tidak pernah menafikan jauh sekali untuk menidakkan kepentingan mempelajari
bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam era dunia tanpa sempadan hari ini.
Tetapi dalam masa yang sama kita perlu memelihara dan mempertahankan bahasa
Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan
dan bahasa keilmuan.
Mengangkat dan mewajibkan penggunaan bahas Melayu dalam segala urusan rasmi
dan pentadbiran kerajaan perlu dilihat daripada sudut positif. Bahasa Melayu hari ini
semakin jauh terpinggir disebabkan oleh tanggapan dan sikap kita sendiri yang melihat
berbahasa Melayu tidak menampakkan kecerdikan atau keintelektualan seseorang.
Kita boleh lihat bagaimana bahasa Melayu dilacurkan dan dicampuradukkan bukan
sahaja dalam pertuturan sehari-hari tetapi juga dalam program-program ilmu seperti
program-program bual bicara yang banyak mengisi slot televisyen ketika ini.
Umpamanya dalam program bual bicara Bajet 2012 terbitan sebuah stesen swasta
baru-baru ini membuat kita mual dan mungkin juga meluat melihat telatah tetamu yang
dijemput mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris walaupun pengacaranya
nampak jelas berusaha untuk menjadikan perbincangan dan program tersebut
berbahasa Melayu sepenuhnya.
Bagi kita yang melihat dan mendengar, bukan sahaja merasa terkilan apabila melihat
bahasa Melayu diperlakukan dengan sebegitu rupa tetapi juga menimbulkan banyak
persoalan. Adalah lebih baik jika rancangan tersebut disiarkan sepenuhnya dalam
bahasa Inggeris jika tetamu yang dijemput (ke semuanya orang Melayu yang tentunya
fasih berbahasa Melayu) merasakan diri mereka lebih selesa berbahasa Inggeris
daripada berbahasa Melayu!
Ini lah realiti yang harus kita terima apabila memperkatakan tentang kedudukan bahasa
Melayu di negara ini. Kebanyakan daripada kita masih dibelenggu dengan pemikiran
yang sikap bahawa dengan berbahasa Inggeris, kita nampak lebih cerdik dan intelek.
Perlu diingat, mempelajari atau menguasai bahasa Inggeris atau apa juga bahasa lain
hanyalah sekadar untuk menambah ilmu dan bukan sesekali untuk memartabatkannya.
Sebaliknya bagi sesetengah daripada kita, apabila menguasai bahasa Inggeris,
mereka mengangkat dan memartabatkannya sehingga memikirkan bahasa ibunda.
Saya sendiri pernah melalui pengalaman sedemikian apabila diajukan apakah saya
ingin mengadakan wawancara dalam bahasa Melayu atau Inggeris kerana orang yang
mengaku dirinya orang Melayu dan mengamalkan sepenuhnya adat dan budaya
Melayu itu, tidak lagi selesa berbahasa Melayu!
69
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Begitu juga dengan anak-anak muda yang baru empat atau lima tahun melanjutkan
pelajaran di luar negara apabila balik bekerja di negara ini dan disuruh membuat
laporan dalam bahasa Melayu, dengan sombong dan tanpa rasa bersalah berkata,
mereka tidak mahir untuk menulis dalam bahasa Melayu bahasa yang menjadi
pertuturan mereka sejak kecil dan lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris.
Begitu juga dengan pengalaman ketika bekerja di sebuah agensi kerajaan di mana
bacaan doa yang dilafazkan setiap pagi melalui pembesar suara dibacakan dalam
bahasa Inggeris. Pernah juga dibangkitkan soal tersebut , jawapan yang diberikan,
salah satu cara untuk berdakwah.
Sedangkan setahu saya, majoriti atau 99.9 peratus kakitangannya adalah orang Melayu
dan amat janggal rasanya apabila mengaminkan doa dalam bahasa Inggeris dan
alasan yang diberikan sudah cukup untuk saya menilai jati diri orang Melayu yang tidak
lagi mencintai dan menghargai bahasanya sendiri.
Jika orang Melayu sudah mula melihat atau memandang bahasanya sendiri tidak lagi
layak untuk dipertuturkan dan diangkat, apatah lagi orang lain. Dalam soal ini kita
sepatutnya mencontohi negara-negara lain dan bagaimana mereka memelihara dan
mengangkat bahasa ibunda mereka sebagai satu lambang jati diri dan tidak ada tolak
ansurnya.
Lihat juga bertapa bangganya pemimpin-pemimpin dunia bercakap dalam bahasa
ibunda mereka dalam persidangan-persidangan antarabangsa atau ketika
menganjurkan acara-acara bertaraf antarabangsa, bahasa ibunda diangkat sebagai
bahasa utama dengan diselang seli bahasa Inggeris. Berbanding kita yang lebih selesa
menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.
Kelangsungan bahasa dan budaya sebenarnya bergantung kepada bagaimana sesuatu
bangsa itu melihat dan menghargai bahasanya sendiri. Ketika bahasa Melayu semakin
mendapat perhatian dan minat yang ditimbulkan oleh orang asing terhadap bahasa ini
semakin meningkat, kita seharusnya bangga dan mengakui hakikat bahawa bahasa
Melayu punya tempat tetapi semuanya bergantung kepada sejauh mana kita
mengangkat dan memartabatkannya.

PENGAJARAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA
INGGERIS (PPSMI)
Hasrat untuk mengukuhkan bahasa Melayu menghadapi cabaran yang paling getir
apabila munculnya idea pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang
telah dibentangkan dalam perjumpaan kabinet pada 17 April 2002. Pada tahun 2003,
semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan
diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia Ini diikuti pula dengan
cadangan oleh Kementerian Pendidikan menyemak semula Kurikulum Baharu
Bersepadu untuk memberikan ruang bagi pengajaran bahasa Inggeris dalam bidang
70
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Sains dan Matematik yang dilaksanakan bagi murid tahun satu, pelajar tingkatan satu
dan pelajar tingkatan enam rendah pada tahun 2003. Alasan yang diberikan ialah
pelajar masih tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik, walaupun telah diberikan
peluang pemelajaran selama lebih kurang 11 tahun dalam alam persekolahan rendah
dan menengah. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah, maka ini dikira bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Dasar
Pendidikan Negara.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada 8 November 2006 telah membuat
ketetapan meminta kerajaan supaya tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolahdemi
mengembalikan kedudukan bahasa Melayu pada tempat yang sewajarnya,
sebagaimana termaktub dalam Laporan Razak (1956). Apa yang kurang diberikan
perhatian ialah penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri memang lemah dari segi
penyediaan kurikulum, kemahiran pengajaran, dan pelaksanaan strategi menyebabkan
kemerosotan yang begitu ketara dalam pelajar. Namun begitu bahasa Melayu tidak
perlu dihukum apabila menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains
dan Matematik yang telah berjaya ditangani dengan baik sekali selama ini dalam
bahasa Melayu.
Sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti telah
berjaya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya menjelang 1983.
Anjakan dasar pendidikan terhadap bahasa Melayu kelak akan merugikan bangsa
Melayu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menjalankan kajian semula terhadap
kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Pengalaman penulis sendiri
apabila membuat kajian di sekolah di sekitar Petaling Jaya mendapati bahasa
penguasaan tulisan pelajar dalam bahasa Inggeris begitu tinggi sekali. Masalah yang
timbul ialah kemahiran komunikasi mereka dalam bahasa tersebut. Pokok persoalan
inilah yang harus ditangani dengan berhemat. Kita mempunyai tokoh-tokoh akademik
yang boleh menjalankan kajian ini dan menyarankan langkah-langkah yang berkesan
mengatasi masalah ini, tanpa mengorbankan bahasa Melayu.
Awang Sariyan (2002) mengatakan bahawa pendekatan, kaedah dan prinsip
mempelajari bahasa Inggeris perlu dipertingkat seperti membaiki kaedah pengajaran
bahasa itu di institusi pendidikan yang ternyata tidak mencapai matlamatnya dan
kegagalan sesuatu mata pelajaran tidak seharusnya membabitkan subjek lain.
Kementerian Pendidikan perlu menambah kemudahan bahan bantu pengajaran bahasa
Inggeris, termasuk penggunaan teknologi terkini, selain menyelia atau menambah serta
membaiki kemudahan makmal bahasa. Pembudayaan sains dan teknologi dalam
bahasa Melayu memerlukan keyakinan, iltizam dan usaha bersungguh-sungguh serta
berterusan semua pihak. Bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Jepun, bahasa
Korea dan bahasa maju yang lain terbina dalam tempoh yang cukup lama; sebaliknya,
bahasa Melayu telah berjaya dibangunkan sebagai bahasa sains dan teknologi serta
mencapai kemajuan seperti sekarang ini dalam tempoh kira-kira 49 tahun sahaja.
Kita sedia maklum bahawa falsafah pendidikan negara dihasilkan dalam usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
71
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian serta
kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Negara mempunyai matlamat
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui satu sistem
pendidikan yang menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu. Oleh itu dasar
pendidikan negara seharusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan
lebih berkesan dalam kalangan pelajar. Keperluan ini bukan sahaja pada peringkat
sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam tetapi juga perlulah diperluaskan
ke peringkat sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi swasta.
Bahasa Melayu dapat dijadikan alat perpaduan kerana pelajar berinteraksi dengan
mudah serta dapat berbincang menggunakan satu bahasa yang difahami oleh semua
golongan bangsa. Mereka dapat menyampaikan pendapat dengan mudah dan keadaan
ini akan mewujudkan sikap saling memahami dan melahirkan semangat perpaduan
yang kukuh. Bahasa dan pendidikan merupakan dua unsur yang penting dalam
pembangunan sesebuah negara. Peminggiran bahasa Melayu dalam dunia pendidikan
seharusnya tidak berlaku kerana hal ini jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan
negara. Oleh itu, semua pihak yang berwajib dan rakyat Malaysia seharusnya
berkerjasama bagi mengekalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa
PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-
masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah
memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Isu PPSMI
merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada
masyarakat Melayu terutamanya .
Sebab-sebab PPSMI mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana:
(1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan
bahasa Melayu;
(2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot
(3) kurangnya guru yang terlatih.
(4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh
akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organizationyang
memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak
mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan?
Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan
daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka?
Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan
yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama
dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum
bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang dengan masa
depan.
72
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


Isu PPSMI
Pada 26 Ogos 2007 "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" dianjurkan oleh
Gapena dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) di Rumah
Gapena. Kajian Gapena mendapati keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh
500 buah institusi pengajian swasta di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-
olah bahasa itu bahasa utama negara. Hanya 10 % pelajar Cina belajar di sekolah
kebangsaan dan bakinya 90 % memilih sekolah jenis kebangsaan Cina. Profesor
Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menyatakan bahawa tidak wajar IPTA dan IPTS
menggunakan Inggeris kerana bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar utama dari
sekolah rendah ke peringkat tertinggi.
Pada 20 Disember 2008, Gapena telah menganjurkan wacana "Dilema Melayu" dengan
menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir bertegas
dengan dasar PPSMI kerana pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris, ia
tidak bermakna bahasa Melayu dipinggirkan. Identiti Melayu beliau tidak hilang dan
beliau masih lagi boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Takkan hilang Melayu kalau
belajar dalam bahasa Inggeris.
Pada 23 Disember 2008, Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar
menyatakan Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember 2008 untuk Kementerian
Pelajaran Malaysia membuat keputusan sama ada mahu meneruskan pengajaran dan
pembelajaraan sains dan matematik (PPSMI) ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya.
PPSMI telah dilaksanakan sejak 2003 dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
menempelak Gapena kerana selama ini tidak dibantah keras .
AJK Gapena, Prof Datuk Dr Zainal Kling menyatakan bahawa analisis UPSR 2007
menunjukkan 30 % ( 140,000 pelajar) Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang
diajar menerusi sistem PPSMI. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein menyatakan Kementerian memutuskan untuk mengekalkan atau tidak dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
selepas keputusan UPSR 2008
Pada 18 Jun 2009, Gapena menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan syarat PPSMI dimansuhkan.Gapena
memberikan syarat iaitu kerajaan mestilah memansuhkan PPSMI, mengekalkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta
memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia
berkhidmat di luar bandar. Prasarana dan alat bantuan mengajar terutama di luar
bandar mencukupi. Syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi
dibatalkan.Subjek Kesusasteraan Melayu dan Sejarah dimasukkan dalam kurikulum
sekolah.


73
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi? Teknologi merupakan satu
konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama
ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan
rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan
lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam
bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuanteknikal kita berubah (Wikipedia, 2007).
Apakah hubungan teknologi dengan maklumat dan komunikasi? Teknologi Maklumat
(Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information
and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknyasangat luas, iaitu berkenaan segala aspek
dalam pengurusan dan pemprosesanmaklumat. Secara tepat dan mudah dapat
dikatakan sebagai penggunaankomputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses,memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat danwaktu (Wikipedia, 2007). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
wujudberdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang
mikroelektronikyang menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan
komputerriba, jaringan internet, emel, laman sesawang dan sebagainya. Bahasa
Inggeris merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) pada peringkat antarabangsa. Namun demikian, bahasa Melayu sebagaibahasa
ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting untukmenyebarkan ilmu dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)kepada masyarakat di
Malaysia.Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan
komunikasi(TMK)? Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota
masyarakat.Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak
rasmi.
Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan
menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu.
Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa secara dalaman
yang telah terbina sekian lama. Masyarakat pengguna bahasa Melayu perlu bersikap
terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris. Usaha
untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif dan
terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi pengayaan
perbendaharaan kata bahasa Melayu.
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh beberapa zaman
yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya kedatangan
Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut berlaku secara perlahan-
74
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah
mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam
pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks ini kerana
bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan
mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat
muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.
Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan bahasa
Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya jelas sekali
mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran
baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak.. Bahasa
rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan
penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kelahiran
K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan
pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu
dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia.
Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya
perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur
bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet. Muncul perkataan
seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), tipon (telefon), persal (mengapa),
nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri
akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga
tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang
perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
wadah komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa
mengambil kira soal peraturan yang sedia ada.
Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada
keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu telah
menyebabkan kesukaran untuk meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Ketidak yakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa ilmu dan bahasa
antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu mengakibatkan bahasa Melayu
terus tercicir dalam persaingan dengan bahasabahasa lain di dunia.

Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian bahasa Melayu. Mereka
menganggap bahasa Melayu tidak setanding dengan bahasa Inggeris dan akhirnya
mula meminggirkan bahasa Melayu secara perlahanlahan. Bahasa rojak dikatakan
lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti penggunaan bahasa Melayu pasar.


75
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Justeru, penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul harus
diutamakan khususnya dalam laman sesewang yang dikendalikan oleh anak Malaysia,
walaupun menggunakan dwibahasa.Amalan berbahasa yang baik dan betul perlu
dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruh mencapai
segenap anggota masyarakat. Hanya dengan cara ini sahajalah, bahasa Melayu akan
mendapat tempat yang sewajarnya dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi

Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan
ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini tidak ditemui dalam
dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus berkiblatkan Barat dalam
menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris bukanlah satu-satunya bahasa bagi
dunia siber, malah kini kita dapati bahasa Arab dan bahasa Mandarin mulai mendapat
tempat dalam kalangan pengguna internet. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur
yang cukup besar di dunia. Bak kata perumpamaan Melayu, hendak seribu daya, tidak
hendak seribu helaH.
Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan
hendaklah menggunakan bahasa Melayu atau dwibahasa agar maklumat tersebar
dalam bahasa Melayu selain daripada bahasa Inggeris. Sokongan yang berterusan
daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan penggunaan bahasa
Melayu berterusan, di samping pembinaanpangkalan data yang bersesuaian bagi
pengembangan bahasa Melayu. Dengan cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh pusat-
pusat Pengajian Melayu di luar negara yang menggunakan bahasa Melayu.












76
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 7 : SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA
MELAYU

Peringkat Perkembangan Tatabahasa Melayu
Tatabahasa Formal, Deskriptif, Notional
Tatabahasa Preskriptif
Tatabahasa Bebas Konteks dan Tatabahasa Fungsional

Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Antara
karyaawal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait
rapatdengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang
dihasilkanoleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya
nahuMelayu.Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Huraian
tatabahasayang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens
Dankaerts91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya
pada masa ituialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada
kurun ke-19,seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O.
Winstedt(1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P.
Favre(1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah
serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.

Sejarah Perkembangan Nahu Melayu
Menurut sejarah, buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu
ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-muta allimin (Kitab Perkebunan Juru Tulis bagi
Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di
Kepulauan Riau. Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Buku
tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul
AGrammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan
terbit dalam tahun 1812.Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan
pengaruh tatabahasa bahasa Arab. Seorang ahli bahasa Indonesia, Harimurti
Kridalaksana pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji
khususnya dari segi kelas kata. Menurut Harimurti Kridalaksana, kerangka kelas kata
bahasa Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Sebagai
contoh,Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama,
perbuatandan harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab
menjadi isim, fiil dan harf.

77
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Walau bagaimanapun, buku tatabahasa ini tidaklah terkenal, barangkalikerana bahasa
Melayu belum dipelajari secara formalnya. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa
keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu sebagai rujukan tidaklah
timbul pada masa itu.Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian, muncul seorang guru bahasa
Melayu yang kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. Beliau
ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama
Zaba.
Dalam tahun 1930-an, Zaba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada
tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satu-
satunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Selanjutnya
beliaumenerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 danPenggal 3 . Satu
hal yang jelas, tatabahasa Melayu disusun oleh Zaba didasarkan pada kerangka nahu
tradisional. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu
tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu
dengandatangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian , tidak hairanlah bahawa Zaba
sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris
dansedikit-sedikit nahu bahasa Arab.
Di samping Zaba, ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat
kurang diperkatakan orang. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Haji Sulaiman.Buku
beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja
Johor terbit pada tahun 1937. Dari segi uraian dan pendekatan, buku ini tidak banyak
berbeza dengan buku yang terkarang oleh Zaba. Sehingga kini, buku tersebut masih
wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut.
Sementara itu, ada juga orang asing sezaman dengan Zaba menulis buku nahu
Melayu. Misalnya R.O. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar
pada tahun 1939. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Buku ini lebih
menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah
Melayu.Pada penghujung tahun 1960-an, mulalah muncul penulis tatabahasa yang
menggunakan pendekatan struktur. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah
olehFerdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Penerapan
tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter
Fries di Amerika.
Dalam hal nahu Melayu, penulis yang menerapkan acuan nahustruktur ialah Asmah Hj.
Omar. Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay
Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) danNahu Kemas Kini (2008). Uraian
tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini jelas berbeza
dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna semata-mata.Kemudian
dengan agak tiba-tiba, satu aliran baharu terserap ke dalam bahasaMelayu. Aliran
tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskanoleh Noam
Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an.
Ada ahli bahasa yangberpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah
antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan
bentuk sertamakna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu
78
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang
menggunakan acuan nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Sebagai
contoh, Nik Safiah Karim, Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain
menggunakan acuan nahu TG dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa
Melayu walaupun terdapat perbezaan tentang hasil analisis masing-masing. Selain itu,
ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu.
Misalnya Abdullah Hassan banyak menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis
menurut aliran tagmemik.Kemudian, Farid M. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah
mencuba memperkenalkan aliran relational grammar dalam menulis nahu Melayu
melalui rencana dan kertas kerja mereka.Walau bagaimanapun sehingga sekarang
nahu TG yang masih bersifat dominan dalam penulisan tatabahasa Melayu, ini terbukti
apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Namun begitu,
terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Nahu wacana mula
popular sekitar tahun 1980-an.Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M.
Simin. Nahu jenis ini mengkaji pertautan dalam sesuatu teks.
Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang diberikan tadi,
dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi olehaliran-aliran tertentu
yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliran-aliran tersebut daripada
institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa.Harapan kita, mudah-mudahan kita
tidaklah akan tenggelam kerana terlalu mementingkan aliran. Sebaliknya aliran-aliran
itu haruslah hanya sebagai alat untuk menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang
jitu dan mantap.

Jenis-Jenis Tatabahasa
Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistikyang
selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asassetiap
nahu.
a. Tatabahasa Formal (Formal Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistikPemerian
bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa. Setiap rumus dapat ditentukan
tempatnya dalam sistem.Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik.
Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif.

b. Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dikenali juga dengan nama Tatabahasa
uraian.Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa.Kemungkinan yang
merangkumi morfologi dan sintaksisKemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa
itu

79
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

c.Tatabahasa Nosional (Notion Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik)
dan rasa. Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya.Berdasarkan kesejagatan
bahasa.Berdasarkan struktur yang ideal.Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap
gramatis.Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna

d. Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Dikenali juga dengan nama Tatabahasa NormatifCiri yang
dianggap betul sahaja yang diberikanPenggunaan acuan pencarian yang sedia
adaPenentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

e. Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF)Rumus Tulis
semulanya seperti X -------> YRumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira
apa-apa konteks X

f. Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal)Fungsi
bahasa sebagai alat perhubungan sosialBerasaskan rumus yang mengawal hubungan
manusia

g. Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)
Antara ciri-ciri nahu ini ialah:Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan
YunaniDapat diaplikasi pada tatabahasa lainBercirikan kajian bahasa sebelum era
linguitik moden (era Struktural







80
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 8 : ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU
Tradisional: Marsden, Winsted, Zaba,
Struktural: Asmah dan Abdullah
Tranformasi-Generatif: Farid M. Onn
Tatabahasa Dewan: Nik Safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan
Abdul Hamid Mahmood



Tokoh-Tokoh Tatabahasa
Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak
ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula
dengan tulisan A. C. Ruyl,Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku
pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu
Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W.
Marsden,AGrammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay
Grammar (1914).
Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya
dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. VanOphuysen, C.A. Mees,
Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain,Sutan Takdir
Alisyahbana, Slametmuljana, Zaba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas
memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga
buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan
mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itumendasarkan tatabahasa yang
disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasaMelayu seperti Sejarah Melayu dan
sebagainya.
Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)Tatabahasa Struktural (bermula
pada tahun 1960-an)PenjenisanTatabahasaTatabahasa Transformasi Generatif
(bermula pada tahun 1970-an)Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-
an)Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori
Linguistik
Sarjana Tempatan
Seperti yang dinyatakan tadi, terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri
dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan
Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana
seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.
81
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

8.1 : ALIRAN TRADISIONAL: MARSDEN, WINSTED, ZABA,

Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran
inimenekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada
acuanyang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Zaba dalam Pelita Bahasa 1
dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812)
dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat
oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.
Zainal Abidin Ahmad
Tarikh lahir 16 September 1895.Tempat lahir Jempol, Kuala Pilah, Negeri
Sembilan.Tarikh kematian 23 Oktober 1973. Pekerjaan Ahli akademik dan Penulis
Agam Islam
Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai
Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau
yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang
kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya
meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40
tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga
tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan,
Maktab Perguruan Sultan Idris.
Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Zaaba
menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau
menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang
Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada
1915.Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun
1916, dan kemudiannya bertukar ke:
1918: Kolej Melayu Kuala Kangsar
1923: Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
1924: Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim
1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika, Universiti London sehingga 1951
1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959


82
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

.Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang
penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan
majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar
Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu,
termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk
Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura.

Penghargaan
Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:
1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya
1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

83
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM





Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita
hanyameneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu.
Kita hanya meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa iaitu W.
Marsden

84
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM





85
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM






86
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


8.2 : ALIRAN STRUKTURAL
Merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang
dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa.
Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Buktiyang nyata ialah
penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu
Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.
Aliran Struktural: Tokoh bahasa, Asmah Omar dan Abdullah Hassan
Asmah Hj. Omar
Profesor Dr. Asmah Haji Omar (lahir 1940) ialah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh
terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun
Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjung Malim, Perak.[1] Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti
Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor
Universiti Malaya.[2] Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan
Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa
Melayu.Asmah juga pernah mengetuai pasukan penyelidikan untuk dua siri rancangan
Jejak Bahasa, penerbitan televisyen bersama antara Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan TV3.

Kerjaya bidang penulisan
Selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, Asmah juga terkenal sebagai
penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu.
Penyelidikan utamanya termasuk: huraian bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa
Kentakbong (Baling, Kedah) dan bahasa Mah Meri (Sepang, Selangor);sosiolinguistik,
etnolinguistik, dan linguistik sejarah Dunia Melayu.
Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia.
Asmah juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di
Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa
tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini merupakan: [3]
The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (Bahasa Iban Sarawak:
Huraian Kenahuan), sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of
London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun
1981; dan The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu
Malaysia dan Bahasa-bahasanya)


87
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM




88
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


Aliran Struktural : Profesor Abdullah Hassan
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson (Intan), Perak, pada 20 Mac
1942) adalah antara ahli linguistik yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah Profesor
Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak,
Malaysia, sejak 2001.
Latar akademik
Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa
Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am
daripada University of Edinburgh, Scotland.
Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas
pada 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980,
Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 1982-1986 dan, Dekan Pusat Pengajian
Lanjutan 1986-1987, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi
Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001,
dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - sekarang. Beliau
pernah memegang British Commonweallth Scholarship (1969-72) Zamalah Fulbright-
Hays di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Mengenai
Terjemahan di RELC Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Ke-4, di Ohio
University, AS, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur,
Universiti Frankfurt, Jerman (Okt. 2004). Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan
gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006.
Perjuangan
Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi
mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan
hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah
Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur
hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia
(PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1997 -
sekarang). Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan
penterjemahan antarabangsa, iaiatu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7
(1999), Ke-8 (2001), Ke-9 (2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan
Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November
2007. Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).


89
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kerja amal
Beliau dan isterinya Ainon Muhammad @ Ainon Mohd. tinggal di Janda Baik. Di
samping berkarya, mereka menjalankan kerja-kerja amal membantu masyarakat orang
asli, membantu menguruskan sebuah pondok tahfiz, dan membantu pekerja sosial
dalam kalangan remaja.
Karya beliau
Beliau mengarang banyak buku dalam bidang bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan,
dan perkamusan. Di samping itu beliau juga bergabung dengan isterinya, yang juga
adalah seorang cendekiawan terkenal di Malaysia, bagi menulis banyak buku ilmu lain.
Buku
1970: Pola-Pola Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: Ruth
Benedict, Patterns of Culture, 1934) (tiada ISBN)
1974: The Morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka DBP (tiada ISBN)
1976: Bimbingan Bahasa Malaysia I untuk HSC. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN
0195808959
1977: Sivik Menengah Baru Buku 4. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Terjemahan: Goon
Fatt Chee et al. Civic for Secondary Schools, Book 4, Penerbt Fajar Bakti, 1977) ISBN
0195809203
1978: Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (ISBN 9836222685)
1979: Kaedah dan Daftar Ejaan Melayu. Unit Pegajian Bahasa, USM. (tiada ISBN)
1980:
Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. ISBN
019581990X
Mengajar Bahasa: Suatu Pendekatan Saintifik. (Terjemahan: Robert Lado, Langusge
Teaching: A Scientific Approach, 1964.ISBN 070357404
1983: Bimbingan Bahasa Malysia 1 STPM. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN
0195833015.



90
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM






91
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

8.3 : ALIRAN TRANFORMASI GENERATIF
Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957)
yangmemperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping
itu,proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur
yangmemberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil
pendekatanpertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu
pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu
mengaplikasikan nahuTG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak
Othman, Nik SafiahKarim , Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita
dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak
banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.

Aliran Tranformasi-Generatif: Tokoh Profesor Farid M. Onn

8.4 ; ALIRAN TATABAHASA DEWAN: NIK SAFIAH, FARID M. ONN,HASHIM
MUSA, DAN ABDUL HAMID MAHMOOD

Datuk Dr. Nik Safiah Karim
Seorang tokoh dan cendekiawan tanahair
Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan
tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang
tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak
muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun
selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta
kebajikan kaum wanita tanahair.
Latar belakang
Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang dilahirkan pada 17 Disember 1939
di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah
Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian
telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala
Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar
di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun
1959.
92
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam
bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau
memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.
Kerjaya akademik pula telah bermula dengan perlantikan beliau tutor di Jabatan
Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963. Sepanjang kerja beliau telah
berjawatan pensyarah, professor madya dan dilantik Professor Pengajian Melayu.

Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982
sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun
984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990
sehingga 1992.

Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan
Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur
berbakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair
tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam
Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap
Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu
Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan
ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Kepakaran beliau telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering dijemput.
Beliau ada memberi khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan
Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam.Memandangkan kegigihan beliau ini maka
tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan
pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan
tersebut.







93
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 9 : SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
- Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai
- Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor
- Tulisan Jawi di Batu Bersurat

PENGENALAN
Apakah yang anda faham tentang tulisan dan sistem tulisan? Tulisan ialah sejenis
tanda atau isyarat, sama seperti bahasa itu sendiri. Tanda merupakan sesuatu yang
mewakili sesuatu yang lain, iaitu maknanya. Kajian ke atas sistem tanda ini dinamakan
semiotik atau semiologi. Kajian ke atas sistem tulisan ini dinamakan epigrafi atau
palaeografi. Epigrafi mengkhusus kepada tulisan yang dicatat dengan dakwat,
manakala palaeografi mengkhusus kepada tulisan yang dipahat, diukir atau ditoreh di
atas permukaan yang keras. Tulisan merupakan lambang yang berbentuk
coretan/loretan bagi bahasa.
Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia
yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat
bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia
mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-
tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh
orang lain juga.
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga
sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu
memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai
Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar
sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem
ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama.
Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah
mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna.
Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno
(tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di
Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala
tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah
memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa,
iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap
Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India
atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh
indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh
94
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh
Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu
yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong
tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang
dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu
terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia
Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab.
Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain
yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.
Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di
Tanah Melayu.
Batu bersurat memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam
Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal
terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan
penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada
Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad
Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan
yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r
(rasul) dan lain-lain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada
Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak ditemui.
Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z tidak ada pada
zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu
Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun
kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang
diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan
bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati
perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat Melayu.
Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu.
Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa
Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah
ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan
huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi.
Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-
penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah
menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil
orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab
sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang
menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh
orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah
Ca ( ), Nga ( ), Pa ( ), Ga ( ), dan Nya ( ). Huruf-huruf ini dicipta untuk
melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu
ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya.
95
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan
ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan
tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah
pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih
awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam
urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah,
Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan
peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting
dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya
digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu
dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi
(Wikipedia, 2008).

Abjad
SISTEM EJAAN JAWI
Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab
dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya
menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran.
Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa
yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.
Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini
sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk
menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi
versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal,
iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan
language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang
bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli
bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar
Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan
Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih
dikenali dengan panggilan Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim.
Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi
ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm.
P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang dibuat
oleh Allahyarham Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun
1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak
awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut
Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.
96
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul
Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan
diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak
ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini
juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar.
Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata
yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.
Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul
Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem
Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang.
Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian
agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada
tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan
Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail Dahman, 1991):
Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus
menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan
(sebelum tahun 1986).
Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang
terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan
Jawi Za'ba.
Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi)
supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan
Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya,
bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan
wawasan tahun 2020 dan seterusnya.
Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik
oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang
ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan
Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". Untuk
melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah
Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983
(seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai
oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum,
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan.
Bidang tugas jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan
Jawi Za'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan
Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian)
dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan
Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.)
Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen
Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka)
97
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150
orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam Bahasa Arab dan
ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian
tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi
dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh
peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam
bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut
PEJYD).
Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan
menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit
pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian,
naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan
judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD)
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat
dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga,
1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau
dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang
berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar
Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986)
dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang
diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan
diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan
Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan
disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang
termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang
disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan
oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu,
khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:
Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan
Pertama Edisi Ketiga, 1993.
Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab).
Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi,
tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila
98
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi
Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti
di bawah

Jadual Abjad Jawi, Bahasa Melayu

Huruf Jawi Nama Padanan Rumi

alif a
ba b
ta t
ta marbutah t/h
sa [tha] s, (th)
jim j
ca c
a],ha [h) ,h, (h
kha [khO] kh
dal d
zal [dhal] z, (dh)
ra [rO] r
zai z
sin s
syin sy, (sh)
Od],sad [s) ,s, (s
Od],dad [d ,d, (d
O],ta [t) ,t, (t
O],za [z) ,z, (z
ain [ain] awal: a, i, u akhir: k, ()
99
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

ghain gh
nga ng
fa f
pa P
qaf k, q, (q)
kaf k
ga g
lam l
mim m
nun n
wau w, u, o
va v
ha h
hamzah awal: gugur akhir: k, ()
ya y, i, e taling
Ye[ye] e pepet akhir
ny ny

Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab
kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada Bahasa Arab.
Catatan 2: Huruf 3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan t bagi
padanan transliterasi.






100
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 10 : SEJARAH DAN PEREKEMBANGAN EJAAN RUMI.
- Kemasukan Tulisan Rumi
- Perkembangan Tulisan Rumi di Zaman British

Latar Belakang Ejaan Rumi Sebelum Zaman Penjajahan.
Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan
Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara, bahasa
Melayu telahpun mempunyai tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan
Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Sistem
tulisan ini agak maju dan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk
menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi
lebih dikaji secara terperinci kerana tulisan-tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan
masyarakat pada hari ini. Contohnya para pedagang dan pendakwah dari
Semenanjung Arab telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi di Kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu terus berkembang sebagai lingua franca yang masyhur dan dianggap
sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Atas: 1972)
Potensi yang ada pada bahasa Melayu kemudiannya telah dihidu oleh para
sarjana Barat, lalu mereka berusaha menyusun perkataan-perkataan Melayu dalam
bentuk lebih praktikal. Antara yang paling terkenal ialah Antonio Pigafetta, seorang
pelayar Itali yang berjaya belayar bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia.
Mereka telah menyusun 426 daftar kata Itali-Melayu.
Seterusnya para pengembara mahupun orientalis Eropah cuba
mentransliterasikan ejaan Jawi ke ejaan Rumi menggunakan huruf-huruf Latin, tanpa
mengetahui ejaan Jawi sebenar yang telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah
sistem ejaan bahasa Melayu. Hal sedemikian terus berlarutan kerana pengkajian bunyi
sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem ejaan ataupun tulisan. Ini jelas
dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada abad ke-19 telah memasukkan bunyi
Sanskerta, Arab dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa Melayu.

Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka.
Kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris telah menyogokkan
sistem ejaan rumi kepada masyarakatnya, walaupun pada masa itu penduduk sudah
mempunyai sistem ejaan jawi yang lengkap. Hal ini menyebabkan usaha untuk
merakamkan bahasa Melayu dengan aksara latin berterusan. Sistem ejaan bahasa
Melayu terus berkembang sehingga melahirkan leksikografi yang berupa daftar kata,
glosari dan kamus Melayu asing. Kemudahan cetak dan penerbitan membuatkan ejaan
Rumi menjadi lebih praktis daripada mana-mana sistem ejaan lain. Ejaan Rumi pertama
wujud di alam Melayu dengan menggunakan aksara Rumi ialah sistem ejaan yang
diperkenalkan oleh Van Ophuysen, seorang pentadbir Belanda pada tahun 1901.
101
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Sistem ini mempunyai 32 aksara dan berdasarkan sistem ejaan yang digunakan dalam
bahasa Belanda.
Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, usaha menulis bahasa Melayu dengan
menggunakan huruf rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara
perseorangan. Mereka menjalankan kajian terhadap tatabahasa Melayu. Usaha
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori
oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di
Johor pada 1888, ia diteruskan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900).
Usaha tersebut diperkembangkan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1922. Maktab ini berperanan penting
dalam perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu. Atas kebijaksanaan Zaba, Maktab
Perguruan Sultan Idris telah memulakan sistem ejaan baru yang dipanggil Sistem Ejaan
Sekolah atau dikenali juga sebagai Sistem Ejaan Zaba. Di antara buku-buku yang
ditulis oleh Zaba ialah;

a) Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926)
b) Pelita Bahasa Melayu Penggal (1941)
c) Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949)
Sistem Ejaan Sekolah ini kemudiannya dijelaskan dan digunakan oleh Zaba
dalam buku Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii . Sistem ini dikenali
sebagai Sistem Ejaan Sekolah dan digunakan di negara ini sehinggalah ejaan baru
yang diisytiharkan pada tahun 1972. Walau bagaimanapun sistem ini didasarkan
kepada pengamatan umum sahaja dan oleh itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke
huruf Rumi. Ini menyebabkan Sistem Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi
beberapa kelemahan.
Sebelum Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura
(1952), kedua di Seremban (1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956), sudah menjadi
keinginan di kalangan para cendekiawan melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu
dengan bahasa Indonesia yang perlu dirumuskan secara fonemik, khususnya selepas
penubuhan Angkatan Sasterawan 50 pada 6 Ogos 1950. Selepas Kongres ketiga,
pengkaji bahasa bersetuju untuk memperbaiki ejaan Zaba dengan maksud untuk
menyatukannya dengan bahasa Indonesia. Cadangan baru tersebut dikenali sebagai
Ejaan Kongres . Menerusi kongres ketiga itu juga, telah dirumuskan bagi penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun yang sama.
Dalam Kongres Bahasa Melayu ke-3 ini juga masalah ejaan Rumi di beri
perhatian berat. Peserta kongres mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak
radikal. Perakuan-perakuan kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan, dan sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk pada tahun 1957.

102
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Selepas Merdeka.
Pada tahun 1959 iaitu setelah dua tahun menjalankan kajian, diadakan
perundingan dan termaktublah perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah
Melayu dengan negara Republik Indonesia. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan.
Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tuan Syed
Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr.
Slametmuljana, yang diadakan di Jakarta pada tahun tersebut dan terhasilnya Ejaan
Malindo. Namun begitu usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi dan
disambung semula pada 1966.

Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah
pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka serta
mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing supaya Ejaan Malindo (1959) itu
dilaksanakan. Begitu juga dengan istilah, bahawa istilah-istilah bahasa Melayu dan
bahasa Indonesia diselaraskan. Suatu kertas kerja disediakan untuk mengemukakan
sistem Ejaan Malindo tersebut. Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut perlu
diperbaiki lagi sebelum dilaksanakan di kedua-dua negara itu.

Beberapa perundingan terus disusunatur yang melibatkan beberapa buah
jawatankuasa. Kesan dari itu, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah
ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Dato Hussain Onn
dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri untuk
melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak
di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia" diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai. Sistem
ejaan ini masih mengandungi beberapa masalah kecil lalu dibentuk Jawatankuasa
Tetap Bahasa Malaysia dan bertemu dengan Panitia Pengembangan Bahasa
Indonesia. Akhirnya terbentuklah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia pada 29 Disember
1972. Segala masalah mengenai ejaan baru itu dibincangkan dalam persidangan-
persidangan majlis tersebut. Setelah lima kali bersidang, Majlis Jawatankuasa Tetap
Bahasa Indonesia-Malaysia ini berhasil mengeluarkan pedoman umum ejaan yang
lebih lengkap iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia" yang diterbitkan pada 5
Disember 1974.





103
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 11 : ISU BAHASA TERKINI
- Sistem Ejaan Terkini
- Bahasa Rojak
- Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar


BAHASA ROJAK
i. Definisi dan asal-usul bahasa rojak
Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai
bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-
kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa
Inggeris.
Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa rojak dapat dikesan apabila sebuah
entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka.
Pelabuhan ini telah menarik ramai pedagang dari pelbagai bangsa dan budaya yang
secara keseluruhannya bertutur lebih daripada 80 bahasa. Oleh itu, pedagang dunia
dan penduduk tempatan sudah biasa menggunapakai pelbagai bahasa dalam satu
pertuturan . Mengikut ensiklopedia Malaysia (vol. bahasa dan budaya), bahasa rojak
merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia. Keunikan
bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya.

ii. Punca bahasa rojak
Punca utama penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri.Hal ini kerana sikap
penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa
lagi.Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk
berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang
sebenar.Oleh sebab itu, mereka akan cuba melatih kemahiran berbahasa Inggeris
terutamanya para pelajar sekolah luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan
bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak mempunyai kemahiran.
Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang
kepada permasalahan ini. Hal ini disebabkan kebanyakan dalam media sama ada
media cetak mahupun media elektronik tidak menitikberatkan penggunaan bahasa
Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.Malah
golongan yang terkenal dan terpelajar tidak terkecuali menggunakan bahasa rojak. Hal
ini menunjukkan bangsa Malaysia lebih bangga bertutur dalam bahasa yang
bercampuran berbanding daripada menggunakan bahasa Melayu yang betul.
104
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

iii. Keburukan bahasa rojak
Impak-impak peggunaan bahasa rojak yang lain ialah:
Menurunkan kedudukan bahasa Melayu dan seterusnya negara memiliki bangsa
yang gagal berkomunikasi dengan baik.
Menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam masyarakat sekaligus
menimbulkan salah faham.
Mutu penguasaan bahasa Melayu terus merosot dan lemah serta terhakis, hal
ini akan memberi kesan kepada bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa
undang-undang, dan budaya.
Menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah yang mendatangkan
kesan negatif dalam jangka masa panjang.
Penghayatan terhadap bahasa Melayu semakin berkurang. Bahasa Melayu
adalah warisan karya yang menandai ketinggian pemikiran dan estetika bangsa
kita.

iv. Kebaikan bahasa rojak
Antara kebaikan lain bahasa rojak ialah:
Bahasa rojak juga merupakan sesuatu yang boleh dianggap seni dan
menyerlahkan lagi "kebolehan" rakyat Malaysia. (Kreatif)
Bahasa rojak juga boleh menjadi medan mengeratkan lagi hubungan sesama
masyarakat di sesuatu negara contohnya di Jerman. (sumber: Jia Jin Foo
melalui artikel"Bahasa rojak is part of Malaysian identity",2010)
Menyemai semangat 1 Malaysia.

v. Isu-isu bahasa rojak
Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di
Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa
Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan
penggunaan bahasa rojak. Antara isu-isu penggunaan bahasa rojak :
TV3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh
disebabkan oleh kebimbangan orang ramai.
Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya
seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan
menggunakan nama-nama barat seperti Precinct,Boulevard dan Parcel.
Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo menggunakan perkataan atau frasa yang
ditulis dalam bahasa rojak.
105
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita.
Contohnya ialah dorang, "kitorang", glamour, line-up, perkataan Melayu yang
direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.

vi. Langkah-langkah mengatasi isu bahasa rojak
Pihak yang paling berwajib dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan
Pustaka(DBP), Kementerian Pelajaran,Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan
Warisan. Semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif dengan duduk
semeja dan berbincang mengenai isu ini. Bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz
Deraman memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda perlu mengatasi kuasa akta-
akta yang lain. Hal ini bertujuan mengenakan tindakan undang-undang atas mereka
yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta
menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara yang salah. Kerajaan sewajarnya
memberikan penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini.

MENANGANI ISU BAHASA ROJAK
ISTILAH bahasa rojak bukan istilah ilmu. Istilah ini dicipta mereka yang prihatin akan
situasi dan nasib bahasa Melayu. Boleh dikatakan isu ini diperkatakan saban tahun di
negara kita memandangkan apa yang disaran dan dicadangkan tentang isu ini tidak
pernah membawa apa-apa hasil yang diharap-harapkan.
Terbaru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar
diwujudkan semula Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa agar
memastikan semua stesen media di negara kita menggunakan bahasa yang sama
untuk penonton.
Penyeragaman ini sangat penting memandangkan siaran radio dan televisyen
mendapat sambutan ramai di kalangan penonton dan pendengar serta sudah
semestinya bahasa memainkan peranan sangat besar untuk menyampai maklumat dan
pelbagai lagi. Beberapa kertas kerja mengenai bahasa dibentangkan dalam Seminar
Bahasa dalam Penyiaran anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
(IPPTAR) baru-baru ini yang dihadiri wakil stesen penyiaran tempatan.
Nasib bahasa kebangsaan dianggap membimbangkan ekoran sikap kita yang tidak
begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri.
Stesen penyiaran juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini kerana ada
rancangan membabitkan penyertaan penonton yang kebanyakannya tidak ambil kisah
tentang penggunaan bahasa mereka. Penggunaan bahasa rojak yang semakin meluas
terutama kiriman ucapan tahniah, selamat pagi dan sebagainya menerusi Khidmat
Pesanan Ringkas (SMS) oleh penonton menjadikan kita keliru dengan identiti bahasa
kita sendiri.
106
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Maka ramai yang merumuskan bahawa identiti bahasa kita semakin terkikis. Lama-
kelamaan bahasa rojak dianggap akan menguasai pertuturan, penulisan dan lebih
malang dalam penulisan karangan di sekolah sudah dikatakan ada penggunaan
bahasa rojak di kalangan pelajar sehingga menjejaskan markah.
Menurut definisi, bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur iaitu antara bahasa ibunda
dengan bahasa asing. Bagaimanapun, ramai yang mendefinisikan ia sebagai
percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.
Apa pun, definisi bahasa rojak dalam konteks perbualan dan penulisan harian di negara
kita boleh diperluaskan kepada pelbagai tafsiran. Kita juga boleh menganggap
percampuran antara bahasa baku dengan istilah serta penggunaan kata dalam
penulisan serta pengucapan lain daripada bahasa baku adalah bahasa rojak.
Contohnya, jika kita menggunakan kata singkatan seperti tak, nak, mau, tau, dan
beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang sebenarnya tidak
boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan urusan rasmi. Jika kita menggunakan
bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti awek, cun, kantoi, cilok, otai dan
sebagainya juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak jika disalah guna dalam
urusan rasmi. Adalah dikesalkan jika ada akhbar harian yang meletakkan kata-kata ini
sebagai tajuk sesuatu berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah
sebati di kalangan remaja negara kita. Sasaran utama perbincangan orang ramai
tentang kekuatan pengaruh bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah
penglibatan orang ramai dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen. Di
sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan kepada khalayak
sehingga ada yang membawa masuk istilah ini ke dalam urusan rasmi. Datuk Seri Dr
Rais Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang
gemar bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan
rasa tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot
penggunaannya dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua
puluh tahun akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang.
Punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak adalah sikap kita sendiri yang
mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri. Kemasukan istilah asing yang
dianggap lebih sesuai dan dapat mengangkat imej penuturnya terutama bagi
masyarakat bandar memburukkan lagi keadaan.
Perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang diguna pakai dalam
pelbagai bidang. Ada yang menganggap sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri
atau tidak boleh menggunakan dan memahami istilah baru terutama dari luar adalah
mereka yang ketinggalan zaman.
Kita sebenarnya bukan tidak boleh menggunakan bahasa sendiri. Contohnya, jika kita
mengadakan kempen tentang bahasa, Minggu Bahasa atau Bulan Bahasa, sesiapa pun
akan berusaha dan bercakap dengan bahasa yang betul dan berusaha menggunakan
bahasa sendiri sepenuhnya.
Apabila selesai kempen, bahasa rojak muncul semula dan apa yang dilaung-laungkan
atau dipraktikkan semasa kempen lenyap begitu saja.
107
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Bagaimanapun, adalah merugikan masa dan wang jika kita berkempen tentang sesuatu
yang sebenarnya menjadi milik kita zaman berzaman dan sesuatu yang dilaung-
laungkan itu sebenarnya boleh kita lakukan sendiri tanpa didesak dan dipandu arah
oleh sesiapa.
Ironinya, jika kita tahu sampah itu tidak elok, kita tidak akan menyimpan sampah dan
membuangnya di merata-rata tempat. Dalam bahasa pun, jika kita tahu ada sampah,
kita tidak boleh menyimpannya tetapi hendaklah dibuang.
Pihak yang memperlekeh atau memandang rendah kepada bahasa Melayu semestinya
melihat keupayaan bahasa Melayu bukan hanya di negara kita saja kerana bahasa
Melayu dituturkan lebih kurang 300 juta penduduk di dunia. Bagi bangsa Melayu, jika
mereka lebih gemar menggunakan bahasa rojak, jelaslah mereka memperlekeh
bahasa sendiri. Bagi orang India dan Cina misalnya, apabila mereka lebih gemar
berbahasa Inggeris dalam pertuturan, bermakna mereka tidak yakin akan keupayaan
bahasa Melayu meskipun di sekolah, mereka mesti belajar dan mendapat kepujian
dalam bahasa Melayu.
Orang Indonesia pula memandang kita sebagai masyarakat yang tidak mempunyai
pendirian teguh dalam bahasa sendiri. Kerana itulah ada antara mereka yang belajar
bercakap Inggeris terlebih dulu sebelum datang ke negara kita kerana bagi mereka,
orang kita lebih banyak bercakap Inggeris daripada menggunakan bahasa sendiri.
Media sangat penting membentuk masyarakat tidak kira golongan untuk menangani
bahasa rojak. Meskipun tidak boleh dibendung seratus-peratus, tetapi usaha mengawal
bagi sesetengah rancangan yang nyata menggunakan bahasa rojak sangat perlu.
Media boleh mensyaratkan hanya SMS yang menggunakan bahasa betul saja
dipaparkan untuk khalayak. Media juga mesti mempunyai kata sepakat dalam usaha
membanteras penggunaan bahasa rojak supaya tidak timbul kekeliruan masyarakat.
Orang ramai, tidak kira sama ada golongan elit, masyarakat pertengahan atau
bawahan yang terlibat dalam rancangan televisyen terutama ketika diwawancara untuk
siaran televisyen mesti berusaha menggunakan bahasa yang betul.
Media juga perlu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menentukan penggunaan
bahasa yang betul sebelum diketengahkan kepada umum. Dengan cara ini
keseragaman dapat diwujudkan, imej bahasa dapat dipertingkat dan kekeliruan dapat
dielakkan.
Kesimpulan
Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang
dilaksanakan secara berterusan supaya bahasa Melayu benar-benar menjadi jiwa
bangsa sekaligus mengikis perasaan mengagung-agungkan bahasa lain terutamanya
bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia.Keaslian bahasa Melayu perlu
terus dipelihara agar kekal menjadi wahana komunikasi utama di negara ini tanpa
dicampuradukkan dengan bahasa-bahasa lain.

108
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

PERANAN BAHASA MELAYU
I .Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting
menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara
152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1).
Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai
panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini
adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli
lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya
Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah
negara.

ii. Lambang jati diri
Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan
merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara
ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini
sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya
Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan
Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal
demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia
demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan
dalam Wawasan 2020.

iii. Bahasa perpaduan
Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah
penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan
kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum
utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal
Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada
keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih
berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum
kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.
Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
109
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang
kaum.

iv. Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.
Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah
melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib
yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk
memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat
berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan
negara bangsa yang maju dan berdaulat.

v. Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan
negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut.
Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn
cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan
bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata
untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan
bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini
perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk
memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

vi. Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan
pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat
keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan
bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang
istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan
berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu
yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.




110
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

vii. Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara
bangsanya.
Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam
menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat
membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang
brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang
berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri
daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian
tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan
inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang.
Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi
dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam
arenanya.

viii. Menggambarkan bangsa yang berkuasa
Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa
Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun
maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu
ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak
merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan
daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan
yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.












111
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 12 ; KORPUS BAHASA
- Pangkalan Data
- Pengumpulan dan Pengelasan Kata
- Kata dan Pengkomputeran

PERANCANGAN KORPUS BAHASA
Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang
melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau pemiawaian
termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa), pembinaan penggunaan
kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat
diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan
perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus, dan
kesusasteraan.
Asmah Haji Omar (1985:22) mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa tidak
lain daripada pembinaan bahasa kerana perancangan bahasa ini meliputi penciptaan
istilah-istilah baharu, perubahan-perubahan yang dilakukan dalam sistem ejaan dan
morfologi, pengambilalihan sistem tulisan baharu, dan sebagainya. Perancangan
korpus atau bahan melibatkan pembinaan ortografi yang menetapkan sistem ejaan
rasmi bagi sesuatu bahasa.
Ismail Dahaman (2007) mengatakan bahawa usaha perancangan korpus bahasa
termasuklah aktiviti pengayaan kosa kata umum dan ilmu melalui pembentukan istilah
baharu, penyusunan kamus pelbagai jenis, penyempurnaan sistem ejaan Rumi dan
Jawi, sebutan baku, penyelidikan dan pendokumentasian korpus bahasa pada
peringkat nasional dan dalam pelbagai sektor kehidupan masyarakat. Ferguson (1968)
mengatakan bahawa apabila bahasa vernakular dirancang untuk membentuk bahasa
baku, terdapat tiga komponen penting, iaitu pengabjadan, pemodenan, dan
pembakuan. Pengabjadan ialah proses merancang penulisan bahasa, iaitu pemilihan
aksara, sistem ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan istilah, penambahan kosa
kata, perkamusan, dan sebagainya. Usaha ini bagi memastikan bahawa sesuatu
bahasa itu mampu untuk bersaing dan hidup supaya menjadi wahana untuk
penyampaian ilmu dalam sains dan teknologi serta membentuk peradaban moden yang
teguh, kukuh dan mantap.
Ronald Wardhaugh (1998) mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa itu
termasuklah pembinaan ortografi, sumber-sumber baharu kosa kata, kamus,
kesusasteraan dan penggunaan bahasa. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
perancangan korpus bahasa melibatkan beberapa unsur, iaitu pemilihan dan
perancangan aksara, penyusunan ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan istilah,
penyeragaman sebutan baku, pembakuan kosa kata dan penyusunan kamus,
pembakuan ungkapan, penyelarasan laras bahasa, penyelarasan wacana bahasa,
penulisan hasil karya kesusasteraan, dan pengajaran bahasa pertama dan bahasa
112
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

kedua. Logistik perancangan bahasa mengandungi tiga perkara penting, iaitu pakar
bahasa dan perancang bahasa, institusi perancangan bahasa, dan sumber kewangan
bagi membiayai perancangan bahasa.

Perancangan bahasa melibatkan banyak tahap. Pertama, analisis keperluan dilakukan
yang melibatkan analisis komunikasi pola sosiopolitik dalam masyarakat. Kemudian,
pemilihan satu bahasa pelbagai bahasa untuk tujuan perancangan. Tahap ini
kadangkala dikenali sebagai perancangan status yang merangkumi kodifikasi,
penstandardan, perluasan dan pelaksanaan. Sebagai tambahan kepada pelaksanaan
melalui perancangan status dan korpus, penilaian dan maklum balas perlu sebagai
mekanisme bagi menentukan bagaimana perkembangan usaha perancangan bahasa
bergerak.

Peristilahan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu
Asmah Haji Omar (2000) menyifatkan istilah Bahasa Melayu merupakan pengisi
kepustakaan ilmu abad ke-21. Ahli linguistik merupakan golongan yang berfungsi
sebagai anggota yang membantu penilaian menentukan bahasa, atau dialek khususnya
dari segi pemiawaian morfologi dan sintaksis atau perkembangan perbendaharaan kata
teknikal. Pendidik pula membantu melaksanakan dasar pendidikan negara yang
menggunakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan melalui program yang telah
dirancang secara nasional. Penulis dan seluruh anggota masyarakat perlu digerakkan
supaya menulis dalam Bahasa Melayu.
Antia (2000) mengatakan bahawa perancangan bahasa berorientasikan pengurusan
peristilahan amat penting kerana peristilahan dan Bahasa Untuk Tujuan Khusus (BUTK)
sebagai komuniti akademik mempunyai kontak yang agak terhad. Sebagai label
(linguistik dan bukan linguistik) dalam bidang khusus, peristilahan mempunyai peranan
sebagai pemeroleh, penyimpan, pencipta, penghubung, perwakilan, dan pemindah ilmu
dalam bidang khusus. Di Malaysia, peristilahan merupakan unsur yang penting dalam
perancangan bahasa sebagai korpus bagi pengembangan dan pengayaan khazanah
perbendaharaan bahasa, khususnya Bahasa Melayu. Peristilahan sebagai bidang ilmu
menamakan konsep, menghasilkan istilah baharu, menyimpan dan menyebarkan
istilah, melancarkan komunikasi dalam bidang khusus selalunya dikaitkan dengan
perancangan bahasa. Perancangan bahasa dan peristilahan dalam komuniti akademik
seharusnya saling berhubungan agar ilmu pengetahuan daripada luar dapat
dipindahkan ke dalam bahasa ibunda. Peristilahan merupakan aspek penting dalam
perancangan bahasa.
Komuniti peristilahan lebih banyak menumpukan kepada subjek bidang khusus yang
mengkaji ilmu tentang unit, struktur, representasi, evolusi dan pemerolehan
pengetahuan. Komuniti perancangan bahasa pula melihat evolusi ini berterusan dalam
masyarakat dan pilihan bahasa oleh pakar bidang sudah beralih daripada Bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris. Bahasa Melayu memerlukan satu mekanisme untuk
113
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

mengawal perluasan fungsi Bahasa Inggeris dalam domain khusus ini. Walaupun
terdapat rungutan tentang ketidakupayaan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
ilmu namun usaha badan perancang bahasa di Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan
akta yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, perlu dianggap
penting. Peristilahan dalam kerangka perancangan bahasa khususnya di Malaysia
perlulah mengambil kira beberapa aspek penting, iaitu bahan yang digunakan sebagai
korpus, teori dan kaedah yang diterapkan sebagai salah satu aspek penting dalam
perancangan Bahasa Melayu.
Peristilahan juga membantu pengguna bahasa memberikan makna kepada bentuk
istilah tertentu. Di samping itu kelahiran glosari istilah atau kamus istilah merupakan
usaha mengorganisasikan pengurusan peristilahan secara tersusun. Ini juga dapat
menjamin penyebaran istilah dalam kalangan masyarakat pengguna. Selain itu,
peristilahan juga membantu penilaian istilah yang dihasilkan. Dalam peristilahan
penstandardan merupakan fenomena yang biasa dan diterima umum malah
menyumbang penyelesaian kepada masalah ketaksaan dalam komunikasi. Pemiawaian
dilakukan pada tahap tertentu misalnya lima tahun sekali untuk memastikan proses
kemas kini yang dinamik dalam peristilahan. Pengurusan peristilahan juga memerlukan
bank data peristilahan yang sentiasa dikemas kini dan dihubungkan dengan semua
badan peristilahan di dunia. Penyebaran dan penggunaan istilah secara meluas perlu
dijanakan dengan adanya teknologi dan perisian terkini.
Pada peringkat awal perkembangan peristilahan, terdapat kelemahan dari segi
kepakaran dan kemudahan bagi menggerakkan kegiatan peristilahan. Pada waktu itu
mereka yang terlibat dalam peristilahan bukanlah ahli peristilahan tetapi merupakan
pakar bidang khusus. Usaha yang dijalankan oleh DBP melalui penubuhan
jawatankuasa istilah telah menghasilkan istilah dalam bidang pentadbiran dan urusan
kerajaan yang meliputi nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, nama
surat, dan borang. Kegiatan peristilahan semakin pesat apabila pada tahun 1983,
semua institusi pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Peristilahan semakin penting apabila kegiatan
penterjemahan bidang sains juga semakin berkembang. Sepanjang tahun 1959-1975,
terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah dihasilkan: Pedoman
Membentuk Istilah Baharu (1961); Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah
Baharu Bahasa Melayu DBP (1971); dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti
Malaya (1971).
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPI) menjadi penanda
bermulanya zaman pembentukan istilah selepas 1975. Pedoman ini telah diisytiharkan
pemakaiannya oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesia serentak mulai 30 Ogos 1975. Pedoman ini dikatakan
umum kerana kaedah-kaedah dalam pedoman ini dapat digunakan sebagai panduan
untuk membentuk istilah dalam apa juga bidang ilmu (Hassan Ahmad: 1981). Pedoman
ini telah digunakan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI) di dalam DBP dan juga di luar DBP.
Pedoman ini disemak semula pada tahun 1992. Terdapat juga beberapa JKI
menyediakan pedoman tambahan yang membolehkan JKI ini membentuk istilah,
114
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Perkamusan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu
Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan sebagai
wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa moden.
Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman penggunaan bahasa
yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan. Perkamusan Melayu
mempunyai sejarah yang panjang. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu
yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri
daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang
dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary
of Malacca Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511, dalam
Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749).
Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan
oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam.
Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-Melayu
yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet int Duytsch-
Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh Casper Wiltens dan
Sebastianus Dankaerts. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu
Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia dikenali sebagai Kamus
Modern Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan
1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-
institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka
dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum
Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah
menyimpan 20 ribu entri. Kamus ini dijadikan asas bagi penghasilan Kamus Dewan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbincangan tentang tajuk ini akan dinyatakan
secara perinci dalam Topik 8, Perkamusan Bahasa Melayu.

Sistem Ejaan Dalam Kerangka Perancangan Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan.
Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812), diikuti oleh Sistem
Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson (1902), Sistem Ejaan Zaba (selepas
1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan
Kongres (1956/57), Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi)
Bersama 1967. Perbincangan tentang tajuk ini akan dinyatakan secara terperinci dalam
Topik 7, Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, perancangan Bahasa Melayu perlu mempunyai iltizam yang tinggi dan
pelaksanaannya juga dilakukan dengan rasa keyakinan bagi meletakkan tarafnya
sebagai salah satu bahasa ilmu di dunia ini.



115
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 13 :PERKAMUSAN
Teori dan prinsip perkamusan
- Teori dan prinsip perkamusan
- Kata entri / kata masukan
- Kata standard dan variasi
Sebutan dan etimologi
- Sebutan
- Etimologi
Tanda dan kependekan
- Tanda
- Kependekan
Glosari

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYU
Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam
konteks perkembangan sejarah di Eropah. Collins mengatakan bahawa pada zaman
1450-1680 merupakan era yang bercirikan commerce of idea yakni bukan semata-
mata barang dagangan yang disalurkan tetapi juga budaya dan teknologi, bahkan
khayalan yang tersalur antara benua Eropah dan alam Melayu. Kemunculan Melaka
sebagai pelabuhan utama di alam Asia Tenggara pada awal abad ke-15 dan kemudian
diikuti pula oleh perkembangan budaya yang amat pesat di Melaka dengan kemasukan
kebudayaan asing terutamanya pengaruh kesultanan Othmaniyah dari Asia Barat dan
Eropah Timur, dan juga pengaruh empayar Moghul di India dan Asia Tengah, dan
kebudayaan dari Tanah Besar Cina.
Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah
diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang
dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam
karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan
Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511 dalam Bulletin of the School of
Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h.715-749). Pada tahun 1560, Yang Pin
seorang panitera dalam arkib di negara Cina mengumpulkan, menyunting dan
menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-Melayu yang tersimpan dalam arkib
tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah
belayar ke alam Melayu. Senarai yang dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini
malangnya tidak pernah ditemui. Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah
116
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

senarai yang diterbitkan di London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun
1930- 1932 tersebut. Oleh itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama
besar cakupannya, tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap
sejarah perkamusan bahasa Melayu. Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan
Yang Pin, hanya sebuah senarai kata kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai
dwibahasa Belanda-Melayu yang dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan
sebagai salah satu daripada hasil pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan
disebarkan di Eropah.

KONSEP DAN DEFINISI
Kata kamus diserap daripada bahasa Arab qamus, dengan bentuk jamaknya qawamis.
Kata Arab itu sendiri berasal daripada kata Yunani okeanos yang bererti 'lautan'.
Sejarah kata itu jelas memperlihatkan makna dasar yang terkandung dalam kata
kamus, iaitu wadah pengetahuan, khususnya pengetahuan bahasa, yang tidak
terhingga dalam dan luasnya. Pada masa kini, kamus merupakan khazanah yang
memuat perbendaharaan kata suatu bahasa, yang secara ideal tidak terbatas
jumlahnya. (Dipetik daripada http://id.wikipedia.org/wiki/).
Kamus ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi
untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan
maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi)
sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi
menguatkan pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.
Kamus ialah daftar bentuk-bentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang tersusun
secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaan-kebiasaan bahasa suatu
masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun dengan cara
yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat memahami makna setiap
bentuk terpisah, dan diberi maklumat tentang fakta-fakta yang relevan yang ada
kaitannya dengan jenisjenis utama kamus, iaitu yang terutama sekali berhubungan
dengan makna kamus atau lexical meaning (Zgusta, 1977 dipetik daripada Arbak
Othman (2000)).
Dalam kamus Webster, kamus dikatakan karya acuan yang memuat kata-kata sesuatu
bahasa atau sistem atau bidang pengetahuan, dimuat secara urutan abjad dan
diberikan batasan. Kamus juga dikatakan memuatkan pilihan katakata suatu bahasa,
atau suatu kelas kata khusus biasanya disusun secara abjad, dengan penjelasan-
penjelasan tentang maknanya serta keterangan atau maklumat lainnya mengenai kata-
kata dan dinyatakan dalam bahasa yang sama.



117
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

13.1 : TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN
Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud
penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu
yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang
disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan,
semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk
perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik
selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi
makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan
kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang
dengan menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan
sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan
selain daripada keperluan pengguna kamus. Menurut Arbak Othman, penyusun kamus
hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya
berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang
digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana
gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang
berbeza.
Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang
berikut:
Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan
individu, dan penentuan prasarana.
Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan
persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program
perkamusan.
Aspek linguistik -aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang
berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek,
maklumat ensiklopedia dan sebagainya.
Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas
sebagai satu produk.
Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus -penguasaan dua atau
tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik
dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah
mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain
daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu
bahasa juga tidak kurang penting.
Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi termasuklah yang
bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data.
Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap
mengenai data yang disajikan.
118
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:
Keaslian -kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk
tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.
Keperwakilan -bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh
pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar
mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanakkanak.
Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan
pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus
dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya
bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai
berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder
berdasarkan rujukan kepustakaan.
Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat
dengan ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan amat penting
bagi seorang penyusun kamus. Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar
kata tetapi makna kata-kata tersebut. Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja
bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu. Contohnya apabila mata melihat
sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain.
Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu i)
makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya makna
dalam kamus; ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya
naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina
memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negatif); dan iii)
makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau marah
berbeza berdasarkan persepsi individu.

Cara untuk menyusun kamus
Penyusunan kamus merupakan satu kerja yang berat. Biasanya ia dilakukan secara
berpasukan. Secara umumnya penyusunan kamus akan melalui prosedur seperti di
bawah.
Perancangan
Pembinaan Data Korpus
Pengisihan dan Pengabjadan Data
Pengolahan Data
Pemerian Makna

Perancangan
119
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Pada peringkat ini, penyusun kamus harus menentukan pekara seperti di bawah:
Tujuan Penyusunan Kamus
Pendekatan Kerja
Selepas itu, penyusun kamus akan mula mengumpul bahan-bahan yang diperlukan
seperti pasukan penyusunnya, modal, komputer dan peralatan yang
Pembinaan data korpus
Hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh masyarakat akan dimasukkan ke dalam
kamus. Maka dengan itu, pasukan penyusun kamus akan membaca sejumlah karya
untuk mendapatkan kata-kata kutipan yang akan dimasukkan ke dalam kamus nanti.
Kata-kata ini akan dirakamkan ke dalam kad, satu kata satu kad, dan kad-kad ini
disusun mengikut urutan abjad. Semua kata-kata yang pernah muncul dan terbaca
dalam akan dirakam. Perkejaan ini merupakan pekerjaan yang berat, tetapi pada
zaman sekarang ia banyak di bantu oleh komputer.
Pengisihan dan pengabjadan data
Prosedur ini merupakan satu kemestian. Setiap kata yang telah dirakam akan disusun
menurut abjad. Sekiranya tidak, maka data-data adalah sesuatu yang tidak berguna
kerana untuk mencari sesuatu perkataan dalam keadaan ini adalah tidak mungkin.
Secara manual, kerja ini boleh dilakukan dengan merakamkan kata-kata kutipan di
dalam kad, satu kata satu kad, supaya kata-kata ini boleh dialih dan disusun dalam
urutan. Selepas itu kad-kad ini akan disimpan dalam katalog.
Pengolahan data
Setelah kata-kata sudah dikumpul dan siap diabjadkan, maka data ini harus dianalisis.
Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kata-kata ini kepada:
Kata-kata yang lewah
Kata-kata baru
Kata-kata neologisme(Kata-kata baru yang jarang diguna)
Kata-kata yang mengalami perubahan makna
Selepas itu, penyusun kamus akan membuangkan kata-kata yang lewah,
mendokumentasikan kata-kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru
dan kata-kata yang mengalami perubahan makna ke peringkat "pemerian makna"
Pemberian makna
Pemberian makna bermaksud menjelaskan makna sesuatu perkataan. Ia boleh
dilakukan dengan menggunakan ilmu semantik dan pragmatik. Penyusun kamus boleh
120
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus yang sedia ada, daftar istilah dan
sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan.


Etimologi
Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata.
Misalkan kata etimologi sebenarnya diambil dari bahasa Belanda etymologie yang
berakar dari bahasa Yunani; tymos (arti sebenarnya adalah sebuah kata) dan lgos
(ilmu). Pendeknya, kata etimologi itu sendiri datang dari bahasa Yunani
(tymos, arti kata) dan (lgos, ilmu).

Beberapa kata yang telah diambil dari bahasa lain, kemungkinan dalam bentuk yang
telah diubah (kata asal disebut sebagai etimon). Melalui naskah tua dan perbandingan
dengan bahasa lain, etimologis mencoba untuk merekonstruksi asal-usul dari suatu
kata - ketika mereka memasuki suatu bahasa, dari sumber apa, dan bagaimana bentuk
dan arti dari kata tersebut berubah.
Etimologi juga cuba untuk membina semula maklumat mengenai bahasa-bahasa yang
sudah lama untuk memungkinkan mendapatkan maklumat langsung mengenai bahasa
tersebut (seperti tulisan) untuk diketahui. Dengan membandingkan kata-kata dalam
bahasa yang saling bertautan, seseorang dapat mempelajari mengenai bahasa kuno
yang merupakan generasi yang lebih lama. Dengan cara ini, akar bahasa yang telah
diketahui yang dapat ditelusuri jauh ke belakang kepada asal-usul keluarga bahasa
Austronesia.
Kata-kata biasanya dimulai dengan bentuk yang lebih panjang dan kemungkinan juga
lebih rumit, yang kemudian menjadi lebih sederhana atau lebih singkat. Misalnya, mesa
(kerbau) dalam Bahasa Jawa Krama berasal dari Sansekerta mahisa.
Sebaliknya dengan butir di atas, kata-kata yang pendek dapat diperpanjang dengan
penambahan imbuhan pada kata itu. Misalnya, kata, kedokteran berasal dari
ke+dokter+an (dokter berasal dari Bahasa Belanda).
Kata-kata slang (yang tidak resmi) dapat diterima menjadi bahasa resmi. Kadang-
kadang yang sebaliknya juga terjadi, kata-kata yang resmi menjadi slang.
Kata-kata yang "kasar" atau "kotor" dapat menjadi eufemisme, dan bisa juga eufemisme
menjadi "kasar".
Kata-kata yang tabu mungkin dihindari dan kemudian lenyap, seringkali digantikan oleh
eufemisme atau pengandaian kata.
Kata-kata dapat dilebur menjadi kata portmanteau, seperti misalnya polda, sebuah
peleburan dari kata polisi dan daerah.
121
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kata-kata dapat dimulai sebagai akronim, seperti SIM (Surat Izin Mengemudi).
Bunyi dalam sesuatu perkataan bisa didisimilasikan. Misalnya, laporan berasal dari
rapport (Bahasa Belanda), tetapi pertama bunyi r sudah diganti menjadi l untuk
membedakan bunyi itu dari r nomor dua.
Bunyi bisa ditambah kedalam satu perkataan, sesuai dengan morfologi Bahasa
Indonesia: Maret (Bahasa Belanda: Maart) atau dihilangkan (bius dari Bahasa Parsi
bihausi).Bunyi asing bisa diindonesiakan, seperti petuah (Bahasa Arab: fatwa).
Kata-kata dapat diciptakan dengan sengaja, seperti perkataan Anda.Kata-kata dapat
pula diambil dari sebuah tempat tertentu (toponim, misalkan lombok yang berarti
"cabai") atau dari nama orang tertentu (eponim, mis. urat Achilles).

Glosari
Glosari adalah satu senarai istilah dalam bidang ilmu tertentu berserta dengan
takrifannya secara ringkas. Biasanya, glosari diletakkan pada akhir sebuah buku yang
mengandungi istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut. Istilah-istilah tersebut
sama ada masih baru ataupun tidak lazim penggunaannya.

Glosari Istilah Bahasa Melayu Lama
* Hakir saya
* Hakad dendam
* Mustaid selesai
* Mungkur tandu
* Berketopong sejenis topi yang tinggi
* Sadalinggam sejenis warna perak
* Gerau tukang masak atau chef
* Padma sejenis bunga
* Gerau Jumantara Utama gelaran untuk ketua chef diraja
* Celeng babi



122
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

TAJUK 14 : TERJEMAHAN DAN KAEDAH TERJEMAHAN
14.1 Konsep terjemahan
- Definisi terjemahan
- Matlamat terjemahan
- Kesilapan-kesilapan dalam terjemahan
14.2 Kaedah proses terjemahan
- Kaedah Tradisional
- Kaedah Peniruan
- Kaedah Penggantian
14.3 Penterjemahan Dinamik
- Kaedah Transposisi
- Kaedah Modulasi, persamaan
- Kaedah Penyesuaian


KONSEP DAN DEFINISI TERJEMAHAN
Apakah Yang Anda Faham Tentang Istilah Terjemah Dan Penterjemahan?
Istilah ini merupakan kata pinjaman? Kata ini berasal daripada perkataan al-tarjamah
daripada bahasa proto-semitik (al-Arab) yang bermaksud mentafsirkan perkataan lisan
atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Perkataan tarjamah
itu sendiri mempunyai dua pengertian, iaitu pertama, menterjemahkan teks atau buku
daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, manakala yang kedua bermaksud
autobiografi.
Bagi tarjamah yang pertama, makna ini mempunyai hubungan rapat dengan
pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam buku-buku sejarah,
falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada
bahasa lain. Kadangkala terjemahan yang dilakukan tidaklah begitu tepat.
Malahan terjemahan itu bersifat satu ulasan pandangan penulis asal atau lebih
tepat lagi merupakan hasil terjemahan bebas.
Tarjamah dari segi autobiografi pula merupakan pengertian bagi konsep baharu.
Menurut Harun Al-Rasyid Yusuf (1991), kemungkinan perkataan tarjamah
datang ke dunia Arab dari zaman pra-Islam dalam kelompok bahasa Akadia.
Istilah ini sering digunakan dalam tulisan Arab tradisional dan Arab moden.
123
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan?
Penterjemahan merupakan proses memindahkan sesuatu daripada bahasa sumber
kepada bahasa sasaran.
Kamus Dewan (1986:1247) mendefinisikan terjemahan sebagai ...pindahan dari
suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa, salinan .
Penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke
dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut.
Menurut Ramli Salleh (1986), konsep penterjemahan boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu konsep lama dan konsep baharu.
- Konsep lama penterjemahan mengkehendaki penterjemah memberikan
perhatian kepada bentuk apabila penterjemah mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti
rima rentak, permainan kata, struktur tatabahasa yang luar biasa, dan lain-lain supaya
menyerupai teks asli. Konsep baharu pula mementingkan respons pembaca
terjemahan, iaitu reaksi yang sama dengan reaksi pembaca teks asal. Prinsip-prinsip
penterjemahan telah bertambah bebas dengan pengertian bahawa pemahaman dan
emosi daripada pembaca itu diutamakan.

PENTERJEMAHAN
Penterjemahan atau alih bahasa ialah perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan
menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk
menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama
dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu
aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan
masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.
Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan
perkembangan teknologi, penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu
penterjemahan mesin.

Prinsip penterjemahan
Penerjemahan merupakan satu pekerjaan yang memerlukan kesungguhan. Ini adalah
kerana penerjemahan yang tidak bersungguh-sungguh akan menimbulkan kekeliruan
pembaca dan lebih-lebih lagi menimbulkan salah faham pembaca terhadap maksud
pengarang teks sumber. Oleh itu, penerjemahan seharusnya dilakukan dengan
berpandu kepada prinsip-prinsip yang tertentu.



124
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


i. Tidak mengubah maksud pengarang teks asal.
Prinsip ini adalah jelas untuk para penterjamah. Tetapi, pada praktikalnya para
penterjemah sebenarnya sukar untuk mengelakkan diri untuk mengubah maksud
pengarang secara 100% kerana faktor perbezaan budaya dan bahasa. Tetapi, ini tidak
bermaksud penterjemah diizinkan mengubah maksud pengarang teks asal dengan
segaja.

Ii .Menghasilkan terjemahan yang mudah difahami pembaca.
Penterjemahan merupakan sebahagian daripada komunikasi. Oleh itu, sesuatu
terjemahan sebaik-baiknya mudah difahami supaya tujuan komunikasi antara pembaca
dengan pengarang asal dapat dicapai.

ii. Menghormati tatabahasa penerima.
Dalam proses menterjemahkan, tatabahasa bahasa penerima harus dihormati. Ini
bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksakan ke dalam teks terjemahan.

iii. Menterjemah Makna Bahasa bukan menterjemah bentuk bahasa.
Dalam proses penterjemahan, makna harus diberi fokus. Penterjemah tidak seharusnya
berusaha mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan
yang berbelit-belit dan sukar difahami.
Maka kesimpulannya, berpandukan kepada prinsip-prinsip ini, seorang penterjemah
diharapkan dapat menghasilkan satu karya yang boleh dipercayai sebagai satu karya
terjemahan, dan karya ini adalah sebuah karya yang boleh difahami serta selesa untuk
dibaca.

PROSES TERJEMAHAN
Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk menerjemahkan makna, teks sumber
dan bukannya menerjemahkan bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran.
Maka penerjemahan seharusnya fokus kepada makna. Daripada itu, penerjemahan
dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna ini ke
dalam bahasa sasaran. Secara terperinci lagi, proses penerjemahan akan melalui
peringkat seperti berikut:

125
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

i.Menterjemahkan kata
Kata-kata teks sumber harus ditafsir menurut konteks ayat. Ini adalah kata-kata dalam
sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih daripada satu makna(polisemi). Selepas
sudah mengenal pasti makna kata-kata teks sumber, maka penterjemah harus mencari
kata bahasa sasaran yang sepadan dengan makna kata itu. Kata yang dicarikan itu
seharusnya mempunyai makna yang terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.
Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh penterjemah ialah tiada kata-kata
bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Keadaan ini akan timbul
apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada dalam budaya bahasa sasaran. Maka,
masalah ini harus diselesaikan melalu cara di bawah:
Memadankan perkataan bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.
Memadankan perkataan bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.
Mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan
mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran.

ii.Menterjemahkan ungkapan
Dalam menafsir makna teks sumber, penterjemah juga harus mentafsir makna pada
peringkat ungkapan, yakni peringkat frasa. Ini bermaksud penterjemah akan
menerjemah satu frasa demi satu frasa. Ini adalah kerana ungkapan ini mungkin akan
membawa maksud kiasan dan dengan itu kita tidak boleh menafsir makna ungkapan
berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang membentuknya. Contohnya, ungkapan
"panjang tangan" tidak boleh diterjemahkan sebegai "long handed", kerana dalam
bahasa Melayu "panjang tangan" membawa makna kiasan "suka mencuri".

iii. Menterjemahkan ayat
Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindahkan ke
dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran.
Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipadankan dengan satu
ayat teks sasaran; tetapi boleh dipadankan dengan beberapa ayat teks sasaran.
Tindakan satu kepada banyak dalam penerjemahan adalah supaya ayat yang
dihasilkan daripada penerjemahan tidak terlalu panjang dan bertele-tele sehingga
menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat dalam teks
asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemahan terus ke dalam satu ayat akan
menghasilkan kesan yang buruk.
Contohnya:
126
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

The content of school textbooks is often the issue of debate, as their target audience is
young people, and the term "whitewashing" is the one commonly used to refer to
selective removal of critical or damaging evidence or comment. (Bahasa Inggeris, satu
ayat)
diterjemahkan sebagai:
Penapisan isi kandungan buku teks sekolah adalah satu isu pendebatan. Ini adalah
kerana sasaran pembaca bagi buku teks ialah orang muda. Dalam pendebatan ini,
perihal memindahkan dalil-dalil yang membahaya sentiasanya dikaitkan dengan konsep
"penyucian".(Bahasa Melayu, 3 ayat)

iv. Menterjemahkan wacana
Pada tanggapan umum, penterjemah wacana adalah himpunan daripada tindakan
menterjemah perkataan, menterjemah ungkapan dan juga menterjemah ayat. Bagi
penterjemahan yang baik, wacana seharusnya dijadikan fokus utama dalam
penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh dikaitkan dengan konsep "tiruan".

Penilaian hasil terjemahan
Secara umumnya, penilaian hasil terjemahan boleh dilakukan dari dua segi, yakni
penilaian pragmatik dan penilaian semantik.
Dalam penilaian pragmatik, nilai teks terjemahan ditentukan berdasarkan kesannya
terhadap pengguna/pembaca.Dalam penilaian ini ketepatan makna tidak begitu
dipentingkan. Penilaian ini adalah sesuai untuk terjemhan bahan-bahan yang "ringan",
Contohnya iklan. Dalam terjemahan iklan, kesan promosi adalah lebih dipentingkan
daripada ketepatan maknanya dengan teks asal. Walaupun demikian, penilaian ini
adalah tidak sesuai untuk terjemahan bagi bidang undang-undang dan juga bidang
ilmiah.
Bagi penilaian semantik, biasanya ia diterapkan ke dalam hasil terjemahan yang berat,
seperti dokument undang-undang, teks agama dan buku-buku ilmiah. Dalam keadaan
ini, sesuatu teks terjemahan dituntut supaya mempunyai makna yang betul-betul sama
dengan teks sumber. Maka untuk menilai teks terjemahan, ia boleh dilakukan dengan
melihat sejauh manakah kesilapan tidak dilakukan.
Kesilapan-kesilapan dalam terjemahan
Penerbalikan makna
Peninggalan makna
Penambahan makna (melainkan jika mengikut spesifikasinya)
Percanggahan makna
Pengubahsuaian makna
127
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

15.2. KAEDAH PROSES TERJEMAHAN
- Kaedah Tradisional
- Kaedah Peniruan
- Kaedah Penggantian

Kaedah Peniruan
Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang
diterjemahkan. Terdapat dua jenis peniruan, iaitu
Pertama - peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa
sasaran (buffet servis (servis buffe )t, green house ( rumah hijau), social
science ( sains sosial) , honey moon ( bulan madu) , yellow culture (budaya
kuning ), cold war ( perang dingin), skyscrapper ( pencakar langit ), letter head (
kepala surat), underground ( bawah tanah), over due ( lebih masa) , work load (
beban kerja).
Kedua - peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru
dalam bahasa sasaran misalnya prime minister perdana menteri, dan mini bus
bas mini.
Kata pinjaman peniruan ini digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam dan
disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa Melayu. Dalam teks terjemahan
Kenang-Kenangan Seorang Geisha, unsur ini juga ditemui apabila penterjemah
menterjemahkan jenis makanan tradisi dalam masyarakat Jepun, iaitu miso soup
kepada sup miso

kaedah penggantian
Penggantian merupakan satu lagi kaedah dalam penterjemahan. Anda akan dapati
bahawa dalam penggantian berlaku pemindahan warta daripada bahasa sumber
kepada bahasa sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan
peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. Hal ini bermakna setiap perkataan
dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam bahasa sasaran dan
pada masa yang sama struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa
sasaran tanpa perubahan besar.
Kaedah ini kerap diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah (informative) yang
ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas, iaitu tidak kompleks. Bagi teks yang
berunsur sains, kita lazim menggunakan istilah yang dipinjam daripada bahasa
Inggeris, tetapi diubahsuaikan mengikut ejaan Melayu. Cara ni juga dikatakan
penggantian.

128
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Contoh:
I go to market = Saya pergi ke pasar.
More than half the human body is muscle. = Lebih daripada separuh badan manusia
terdiri daripada otot.
There are over six hundred muscles in the muscular system. = Ada lebih daripada enam
ratus otot dalam sistem otot.
Kaedah ini ditemui dalam karya terjemahan Kenang-kenangan Seorang Geisha yang
memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga dengan
makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan yang menggunakan
konsep budaya Inggeris, iaitu kek bagi istilah sweet rice cake diterjemahkan sebagai
lempeng pulut manis bukan kek pulut manis
Contoh-contoh lain yang diperlihatkan di bawah:
to fetch the rice crackers Auntie was so fond of
untuk membeli keropok beras kesukaan Mak Cik...

Ternyata bahawa dalam terjemahan tersebut konsep dalam budaya Inggeris
disesuaikan daripada budaya Jepun kemudian disesuaikan pula dengan budaya
Melayu. Dalam teks tersebut, kita dapati berlaku penggantian daripada rice crackers
kepada keropok beras . Hal ini memperlihatkan satu unsur komunikasi silang budaya
berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan konsep sesuatu
budaya, terdapat juga perbezaan ciri walaupun kecil telah memberikan istilah yang
berbeza. Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan dengan istilah bahasa Melayu.
Hakikatnya kita perlu akui bahawa tidak terdapat dua bahasa yang sama di dunia ini.
Terdapat banyak persamaan dan perbezaan walau pun kedua-dua bahasa berasal
daripada rumpun yang sama. Contohnya kata bicara dalam bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia membawa pengertian yang berbeza. Bicara dalam bahasa Indonesia
bermaksud cakap tetapi dalam di Malaysia, pengertian bicara lebih kepada percakapan
di mahkamah sahaja. Penterjemah juga perlu memilih antara makna kamus dengan
makna dinamik.
Contoh:
She held back the truth. (menyembunyikan)
He wanted them to join the others but they held back. (mengasingkan diri)
His supply of food held out for ten days. (cukup)
He held out although the pain was terrible. (menahan)
129
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

14.3 : KAEDAH TERJEMAHAN DINAMIK
- Kaedah Transposisi
- Kaedah Modulasi, persamaan
- Kaedah Penyesuaian

Perkataan dinamik itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkansatu
kaedah baharu yang melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan terjemahan.
Terdapat empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu:
(a) Transposisi
(b) Modulasi
(c) Persamaan
(d) Penyesuaian


I. Kaedah Transposisi
Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan.
Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkankedudukan frasa atau klausa
dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini penting
kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita
melakukan pembaharuan dalam kaedah. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu
digunakan, iaitu untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling
bersahaja dan untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh
mengelirukan.
Terdapat dua jenis transposisi, iaitu
pertama, transposisi wajib. Cara terjemahannya merupakan yang lazim dan
paling bersahaja dalam bahasa sasaran.
Contoh:
We thank you for your cooperation.
Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih.
After he returns.
Selepas dia pulang,Selepas kepulangannya,Sekembalinya,
130
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Kedua, transposisi pilihan - terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap
Non-magic people (more
commonly known as Muggles) - manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih
dikenali sebagai Muggle)
were particularly afraid of - sangat takut akan ilmu sihir
Magic in medieval times, - pada zaman pertengahan,
but not very good at recognising it. - tetapi tidak tahu-menahu langsung tentang
ilmu itu.
Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan
bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan.
Kebolehan ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan
keupayaan memahami maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak
disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang
yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal.

II. Kaedah Modulasi
Selanjutnya kita melihat pula kaedah modulasi. Sebenarnya kaedah modulasi
digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta
dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu
dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat
leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah.Begitu juga penyampaian boleh negatif
dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna.
Contoh:
Saturday night.
Malam minggu/Ahad.
either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch.
Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji.
Dalam karya teks terjemahan Harry Potter dan Bilik Rahsia kaedah ini digunakan bagi
menterjemah budaya kebendaan, misalnya perkataan sorting hat diterjemahkan kepada
topi pengisih. Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi perkataan sorting
digantikan dengan mengisih dalam konteks penceritaan tidak memberikan kesan yang
besar


131
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

III. Kaedah Persamaan
Sebagaimana telah diperkatakan pada peringkat awal tadi, memang tidak dapat
dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh itu, untuk mencari
persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang amat rumit. Persamaan
yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi (bersahaja).
Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya
seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua
perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu,
kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat.
Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.
Persamaan Terdekat
race(sociology) - ras
national - nasional, negara, kebangsaan

Persamaan Sejadi/Bersahaja
Race - bangsa, puak, orang, kaum, keturunan
big and small - kecil besar

Perbezaan Budaya
Ouch! - Aduh!
Go to hell - Persetankan! Pergi jahaman!

Idiom dan Peribahasa
Live from hand to mouth - Hidup kais pagi, makan pagi, kais petang,
makan petang
To kill two birds with one stone - Sambil menyelam minum air

Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis
persamaan, iaitu formal dan dinamik. Beliau mengatakan bahawa persamaan formal
menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan. Dalam
terjemahan begini, seseorang penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat
132
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

dan konsep demi konsep. Nida menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk
membenarkan atau memberikan ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak
mungkin konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik berasaskan prinsip kesan
persamaan, yakni hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran seharusnya
juga sama dengan hubungan antara penerima dan mesej bahasa sumber. Dalam karya
terjemahan teks Harry Potter dan Banduan dariAzkaban, kita temui kaedah ini
digunakan, misalnya:
Barely alive, Voldemort had fled....(hlm.11)
Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Voldemort melarikan diri (hlm.6)
Dalam teks di atas, perkataan barely diterjemahkan ke dalam idiom bahasa Melayu,
iaitu nyawa-nyawa ikan yang membawa maksud keadaan yang sudah nazak atau
hampir mati. Walaupun dalam teks sasarannya tidak sedikit pun menyebut tentang ikan
atau kiasan yang sedemikian namun dari segi maksud, terjemahan yang menggunakan
kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca. Menurut Susan
Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya mengambil pendekatan
pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak mungkin wujud antara dua
versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apa tah lagi antara versi bahasa sumber
dan bahasa sasaran.
Contoh lain dapat dilihat di bawah:
Aunt Petunia, who was bony and horse faced, whipped around and peered
intently out of the kitchen window(hlm 19)
Makcik Petunia yang kurus kering, dan berwajah cengkung, berpusing pantas dan
meninjau-ninjau dari tingkap dapur(hlm. 23)

Berdasarkan terjemahan di atas, kita dapati bahawa perkataan horse faced tidak
semestinya diterjemahkan sebagai berwajah kuda tetapi mengambil maksud
sebaliknya, iaitu berwajah cengkung. Inilah kelebihan menggunakan kaedah ini agar
pembaca tidak merasa janggal apabila membaca terjemahan sedemikian. Kita perlu
melihat dua segi, iaitu siapa yang akan membaca karya terjemahan tersebut dan
apakah yang akan dirasai oleh pembaca itu apabila dia membaca karya tersebut. Kita
mengukur keupayaan pembaca dari segi sejauh mana dia mengalami kesan yang sama
dengan kesan yang dialami oleh pembaca teks asalnya. Penekanan ini perlu bagai
karya terjemahan agar pembacaan tidak terganggu dan pembaca seolah-olah
membaca teks karya penulis asalnya.



133
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

IV. Kaedah Penyesuaian
Kaedah seterusnya ialah penyesuaian yang merupakan kaedah yang menggabungkan
beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.
Transposisi - Kata sifar (Ungkapan)
Modulasi - Perhatian (Arahan)
Persamaan - Struktur berbeza
Terima kasih - Thank you
How goes you? - Apa khabar?

Kaedah ini paling banyak digunakan oleh penterjemah kerana kebebasan menentukan
gaya yang tersendiri bagi seorang penterjemah. Sebenarnya, pemilihan kaedah yang
sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor, iaitu
ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal),
bidang teks (sastera, agama, sains atau teknikal), dan peringkat teks (untuk kanak-
kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau pengajian tinggi). Justeru, seorang
penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada
kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan dan ada kalanya terpisah.













134
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


TAJUK 15 : TEKNIK TERJEMAHAN DAN PENTERJEMAHAN
15.1 Teknik menterjemah
Secara terus
Secara struktural
Secara global
15.2 Menterjemah bahan autentik
Bidang pendidikan, alam sekitar
Bidang bahasa, agama
Bidang pendidikan jasmani
15.3 Aktiviti terjemahan pelbagai bidang
Sains dan matematik
Teknologi maklumat dan komunikasi

Menurut Kamus Dewan perkataan terjemahan bermaksud memindahkan daripada
suatu bahasa kepada bahasa yang lain. Terjemahan juga merupakan proses
mengubah hasil percakapan atau teks dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan
atau teks dalam bahasa yang lain dengan mengekalkan isi kandungannya. Aspek
makna yang harus dipelihara antara bahasa teks terjemahan ialah aspek ketepatan,
kesamaan dan kesepadanan isi kandungan. Mat Taib bin Pa merumuskan definisi
terjemahan sebagai pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain dengan
memelihara kesepadanan makna dan bentuk yang boleh melahirkan persamaan reaksi.
Terjemahan ialah proses menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada
bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya.

15.1.Teknik Menterjemahan
i. Secara terus
Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral.
Perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan
perkataan-perkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa
sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna
asal perkataan atau teks bahasa sumber.
135
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


ii. Secara struktural
Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam
bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Terjemahan dilakukan kepada
pecahan-pecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.
Betuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa
sumber mesti dikekalkan.

iii. Secara global
Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan
mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan
bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.


















136
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM


BIBLIOGRAFI

1. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood,
1995, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
2. Ab. Rahman Ab. Rashid & Hajah Wan Som Mamat, 1995.Bahasa Melayu:
bahasa dalam Komunikasi dan Proses Kominikasi Petaling Jaya : Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
3. Noresah Baharom, Rusli Abdul Ghani et.all, 2002. Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim fatt & Ab. Rahim Selamat, 1997. Bahasa
Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
5. Nik safiah karim, 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran. Petaling
JayaFajar Bakti Sdn .Bhd.
6. Raminah Hj Sabran & Rahim Syam. 1987. Kajian Bahasa. Petaling
Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
7. Hashim Musa, (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




137
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu,Perkamusan Dan Terjemahan (JUMAHADI - PGSR BM

Anda mungkin juga menyukai