Anda di halaman 1dari 10

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

1
UNIT 4

PENULISAN MEKANIS


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini anda akan dapat :
1. Penulisan mekanis
2. Peringkat pengajaran mekanis



PENGENALAN
Kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal agar pelajar dapat menghasilkan
tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat
corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting kerana ia bertujuan memberi
latihan dan pengalaman asas yang diperlukan oleh kanak-kanak. Ini dapat
membantu pelajar menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis
huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan
mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di
antaranya:
1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat
garisan-garisan, bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan
sebagainya.
3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan
melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.
4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak,
kekemasan, kebersihan dan lain-lain.
6. Melatih menuhs cepat, jelas dan senang dibaca.
7. Melatih menulis cantik.


KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


2
ISI KANDUNGAN
Peringkat Pra menulis
Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan
aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas
dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi
tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan
mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kernas dan
jelas, pelaiaran tulisan yang dirancangkan haruslah sisternatik, bertitik-tolak
daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas, Latihan-latihan Pra
menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan4atihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna.
3. Melakukan latihan4atihan pergerakan mata. (d) Melakukan latihan4atihan
kordinasi tangan dan mata.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat pra menulis adalah
seperti yang berikut:
1. Latihan mengikut garisan-garisain rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini
adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.
2. Latihan mewamakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput
tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar - bulatan kecil)
4. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari,
menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramasramas jari dan
sebagainya.
5. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.
6. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan
secara bebas.
7. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisangarisan lurus dan
bulat.



KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


3
Peringkat Mendirikan Asas
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu
memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid
membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.
Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf pada halaman
yang bergaiis. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris,
kawalan tulisan perlu dilakukan. la harus bermula daripada garisan yang lebar
hingga kepada lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis terkawal dari
mula hingga ke lembaran satu garis itu.
1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
Berbentuk bentuk kecil dan bentuk besar
2. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
3. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
4. Latihan membentuk lambang tulisan dengan. cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah
dibaca.
Semasa menyarnpaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi
perhatian. kepada beberapa perkara:
1. Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan
menggunakan gambar.
2. Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan
urat-urat daging kanak-kanak.
3. Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
4. Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah
menggunakan buku yang bergaris.
5. Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baharulah
dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang gesuai.
Aktiviti menulis mekanis yang dapat dijalankan pada peringkat mendirikan
asas adalah seperti yang bnerikut:
1. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
2. Menulis huruf mengikut urutan. yang ditetapkan.
3. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna.
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


4
4. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
5. Menyalin perkataan yang mudah.
6. Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.

Jenis-Jenis Tulisan
Jenis-jenis tulisan yang biasanya terdapat di sekolah-sekolah terbahagi
kepada dua, iaitu tulisan huruf cap (satu-satu bujang) dan tulisan sambung. Pada
peringkat awal pelajar dilatih menulis tulisan huruf cap terlebih dahulu. Ini kerana:
1. la lebih mudah dibaca.
2. Ia lebih mudah dipelajaii.
3. Ia dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan penglihatan.
4. Ia lebih mudah dituliskan.
5. Ia memudahkan kanak-kanak membaca bahan-bahan cetak.
Semasa menjalankan kegiatan menulis pada peringkat ini, beberapa langkah
perlu dibneri perhatian. Antaranya;
a. Motivasi
Berikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang tujuan pelajaran tulisan
semasa pelajaran tulisan diadakan.
b. Persediaan
Semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksa sama ada meja dan
kerusi seusai atau tidak dengan murid-murid. Perhatikan dari segi
bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.
c. Persembahan
Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di
papan hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang
penting.
d. Pelaksanaan
Guru hendaklah melihat tulisan kanak-kanak dan bagaimana mereka
membuatnya. Semua peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat
dengan sempurna dan betul.
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


5
e. Penilaian
Pilih kerja terbaik dan tunjukkanlah keija itu kepada murid-murid lain.
Galakkan mereka menulis tulisan-tulisan dengan baik seperti yang dilakukan
oleh rakan-rakan mereka.


Jenis-Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Tulisan
Keseragaman
Pergerakan tulisan kanak-kanak biarlah sama. Galakkan rnereka
membentuk huruf-huruf dan menulis dalam bentuk yang seragam. Perhatikan
pergerakan tangan atau pena dilakukan dengan cara yang betul.

Persambungan
Perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisahpisahkan di
antara satu sama lain.

Irama
Perkataan-perkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan
berasingan. Oleh itu ia, akan menampakkan satu irama yang sama apabila ditulis
dengan banyak.

Pergerakan Yang Tetap
Pergerakan tulisan harus tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan
lintang-pukang. Apabila s6seorang penuhs menjadi matang dia akan menggunakan
lengan untuk pergerakan menulis.

Galakan Dan Latihan Menulis
Untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik, kanak-kanak hendaklah banyak
mendapat latihan dan galakan. Di antara galakangalakan yang boleh dilakukan
ialah:
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


6
1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik.
2. Tulisan atau ke~a-keija kanak-kanak yang difikirkan baik hendaklah diparnerkan
di papan kenyataan kelas.
3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui
contoh-contoh yang baik daripada guru.
4. Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh.
5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang
sama supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak.


Kesalahan-Kesalahan Biasa Dalam Tulisan
1. Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
2. Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukannya,
tegak dan condongnya.
3. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

Kesalahan-kesalahan ini boleh diatasi dengan cara;
a) Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan r)erinp-kat
mendirikan asas.
b) Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan sesuai supaya dapat
diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah.
c) Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh untuk disalin oleh murid
atau sebagainya hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
d) Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan
sernpurna.
e) Jangan galakkan. mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap
kerana boleh mengotorkan tulisan.
f) Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
g) Dari segi kedudukannya dan cara menulis: tunjukkan gaya duduk, cara
mernegang alat tulis, letak buku dan lain-lain dengan betul. Kedudukan
bangku, meja, kerusi, dan sebagainya biarlah memberi keselesaan. Pada
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


7
masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja, dan tangan
kiri menyokong badan. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara
8 hingga 10 inci. Jangan mernegang pen atau pensel terlalu. kuat. Pen atau
pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu. Jangan
duduk membongkok ketika menulis.

EJAAN DAN RENCANA
Ejaan dan rencana adalah dua kernahiran yang berkaitan. Keduaduanya
dikuasai melalui kernahiran membaca. Namun dernikian, ia boleh juga dilakukan
bersama-sama aktiviti tulisan kerana cara ini membolehkan murid-murid
mengukuhkan lagi kemahiran membaca dan menulis mereka itu lebih berkesan. Di
samping itu kedua-dua kernahiran ini dapat dikuasai serentak.
Dalarn pengajaran dan pernbelajaran bahasa, ejaan dan rencana adalah
penting. Aktiviti-aktiviti yang berhubung dengannya, biasanya dapat membantu
murid-murid mengingat dan menghafaz bunyi perkataan. Ini bermakna, secara tidak
langsung kernahiran membaca murid-murid tersebut dapat diperkukuh.

Kemahiran Mengeja (Ejaan)
Ejaan diajarkan di sekolah-sekolah berdasarkan beberapa tujuan:
a) Ia dapat melatih murid-murid mendengar perkataan. dengan baik clan
menuliskannya secara tepat.
b) Ia dapat melatih dan mempertingkatkan pengamatan murid murid melalui
deria telinga.
c) Ia dapat melatih murid-murid menuks melalui pendengaran dan bukan
melalui peniruan.
d) Ia dapat melatih murid-murid mengenali dan mempertingkat kan kepekaan
mereka terhadap, perkataan-perkataan tertentu.
e) Ia dapat mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau
maksud perkataan dan boleh menggunakannya dalam konteks ' dan situasi
yang betul.
f) Ia dapat tnempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid.


KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


8
AKTIVITI EJAAN
Berikut diperlihatkan beberapa aktiviti yang boleh clijalankan oleh guru di dalam
kelas:
a) Menuliskan perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang disebut
oleh guru.
b) Menulis perk ataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang
diperdengarkan melalui pita rakaman.
c) Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar, objek,
rajah dan sebagainya yang diperlihatkan.
d) Membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada perkataan-perkataan
yang disediakan.
e) Mengenalpasti ejaan-ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau
cerita.
f) Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan, dialog
clan sebagainya.

CARA-CARA MENGAJAR EJAAN
Pengajaran ejaan boleh dilakukan dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan
yang bnerikut:
a) Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan
kemampuan berbahasa murid-murid.
b) Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan
bacaan murid-murid dan yang di dalam lingkungan perbendaharaan kata
mereka.
c) Sebaik-baiknya, biarlah perkataan-perkataan itu pemah didengar oleh
murid-murid.
d) Bahan-bahan yang digunakan hendaklah diperingkatkan iaitu bermula
daripada yang mudah kepada yang agak sukar.
e) Jumlah perkataan yang hendak dicja itu seharusnya tidak terlalu banyak.
f) Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana
ini merupakan satu urutan yang baik.
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


9
g) Aktiviti ini harus dilakukau secara lisan terlebih dahulu dan kernudian
dilakukan secara bertulis.
h) Guru sebaik-baiknya mendedahkan dahulu perkataan-perkataan itu kepada
murid-murid, kernudian dipilih untuk aktiviti mengeja yang sebenar.
i) Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kernudian diminta murid-murid
mengeja. Perkataan yang dieja oleh murid itu boleh diperiksa oleh guru atau
bersama-sama murid-murid dengan bantuan guni. Bincangkan
kesalahan-kesalahan yang berlaku.

Rencana
Rencana adalah satu lagi cara yang boleh dijalankan oleh guru untuk
mengukuhkan kernahiran membaca murid-murid. Tujuantujuan lain ialah supaya
murid-murid mahir mendengar, mengeja dan menulis dengan betul. Bahan-bahan
rencana haruslah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari
oleh murid-murid. la boleh dipetik daripada buku-buku teks, keratan akhbar,
majalah, puisi, lagu dan sebagainya. Pastikan jurnlah perkataan yang direncanakan
itu tidak terlalu banyak. Sebaik-baiknya biarlah lebih kurang satu perenggan atau
lebih kuranIg lima puluh hingga enam puluh perkataan.
Rencana tidak sahaja mernerlukan kebolehan mengeja dengan betul tetapi
perhatian juga diberi kepada tanda-tanda baca seperti noktah, korna, tanda soal,
tanda seru, tanda pengikat kata dan sebagainya. Seperti juga ejaan, rencana boleh
dijalankan selepas aktiviti membaca dan memaham. Aktiviti menulis rencana boleh
dilaksanakan seperti yang bnerikut:
a) Guru mengedarkan bahan bacaan seperti buku teks, keratan akhbar,
rencana, petikan daripada majalah. Murid-murid diminta membaca,
mengecamkan perkataan-perkataan di dalamnya dan kernudian diminta
menulis.
b) Merninta murid menulis sama ada daripada lisan ataupun rakaman.
c) Menukarkan karangan pendek atau petikan yang bercetak dalarn tulisan jawi
ke dalam tulisan rumi.





KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah


10
CARA MENJALANKANNYA
Murid-murid akan diberi petikan yang akan direncanakan. Mungkin ia berupa
bahan-bahan daripada buku teks, potongan akhbar, petikan majalah, dialog, puisi
atau sebagainya. Minta murid-murid membiasakan diri dengan petikan itu. Guru
kernudian mernflih bihagian-bahagian yang penfing, yang mengandungi
aspek-aspek yang hendak direncanakan. Sebut Perkataan secara lisan atau
melalui rakaman dan muhd-murid diminta menuliskannya.
Unsur Yang difillat dalam rencana itu ialah ketepatari ejaan, penggunaan
perkataan, bentuk huruf dan tanda baca, Guru selepas itu memeriksa hasil keria
murid, memberi markah jika perlu dan selepas itu setiap kesalahan Yang dilakukan
perlulah dibincangkan. Perlu diing4t bahawa latihan menulis rencana ini adalah
sebahagian daripada pelajaran bahasa. Oleh kerana itu elok sekiranya ia dilakukan
selepas aktiviti lisan atau membaca.

RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University.
Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning.
London: Thousand Oak, Clif: Chapman.
Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood
Cliff, N.S. : Merill.
Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai