Anda di halaman 1dari 13

DEFINISI TULISAN

TULISAN adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi,. Jika

tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.Tulisan adalah alat untuk

melahirkan fikiran dan perasaan.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang

berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.Seseorang individu akan dapat

menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran

tulisannya.Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak

sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah

fikiran seseorang.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca.Kedua-duanya mementingkan

teknik dan akal.Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan

begitulah juga di sebaliknya.Seseorang itu menulis karangnya kerana ada yang

membacanya.Seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil

penulisan untuk dibaca.

Di sekolah-sekolah ,pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang

terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa

yang selari.Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan

tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke


sekolah.Ini tidaklah merisaukan,kerana sewaktu mereka menulis mereka juga

membaba.Bagaimanapun harus diingat,tidak elok kanak-kanak disuruh menulis

sebelum dia tahu membaca.

TUJUAN TULISAN

Tujuan serta merta

Tujuan ini adalah

a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak

menulis dengan baik,cekap dan pantas.

b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan dengan pantas

dan menyusun ayat –ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

c) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-

tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi

bacaannya.

d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan

sempurna dalam bentuk tulisan.


e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.Ramai orang mempunyai

bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk

melahirkannya.

f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan

kata,perkembangan bahasa dan tulisan

g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjut

Tujuan ini adalah untuk

a) Meluaskan pengetahuan ,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi

penulisan.

b) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan

perasaan.Misalnya,seorang penulis,penyajak atau pengarang dapat

menggambarkan sesuatu melalui penulisannya.Mereka melaporkan sesuatu yang

telah berlaku ,mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang

berlaku,membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya.


c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak

dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk

orang ramai umumnya.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran

tulisan.Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk

pelahiran (mental).

Kemahiran Menulis Secara Mekanis.

Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya

murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.Aktiviti-aktiviti

tulisan seperti membuat corak,menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah

penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan

supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya

seperti menulis huruf,menulis suku kata,perkataan,rangkai kata dan ayat.Latihan-latihan

mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di

antaranya :

a) Latihan pergerakan tangan ,otot,jari dan membentuk atau membuat

garisan-garisan, bulatan,segi-segi,bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.


b) Tunjukkan cara pergerakan tangan ,tulis di awangan,di pasir,di papan tulis dan

sebagainya.

c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin,menyusun benda-benda dan

melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.

d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf,menulis perkataan dan ayat.

e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk ,saiz,tegak atau condong,jarak

kekemasan,kebersihan dan lain-lain.

f) Melatih menulis cepat,jelas dan senang dibaca.

g) Melatih menulis cepat.

Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental)

Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak

mendapat kemahiran mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental.Latihan-

latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk

pelahiran ialah :

a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.

b) Latihan pernyataan perasaan.

c) Latihan pernyataan kehendak.

d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.


PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga :

a) Peringkat pramenulis (persediaan)

b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

c) Peringkat untuk pelahiran.

Peringkat Pramenulis

Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah

mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta

sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan

mengecam benda-benda.Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya

lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul

dan kemas. Selain itu latihan-latihan kordinasi mata dan tangan dilakukan dengan

banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk –bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pramenulis,aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih

pergerakan tangan , koordinasi mata dan tangan,latihan-latihan pergerakan mata

melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.
Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah

boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis .

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke

belakang.

Ii Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus.

iii. Menyambung titik-titik di atas kertas.

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke

bawah, dan dari bawah ke atas.

v. Melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah

jarum jam.

v.Melukis garis condong .

vi. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk , dan

vii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan

bentuk huruf-huruf tersebut .


PENULISAN MEKANIS

Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis )

Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat

melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh

memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis pada mereka. Aktiviti awal adalah

tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong kertas

petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang

pensel yang betul , kedudukan badan , dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak

berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan

teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang

pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul , mereka boleh dilatih membentuk

lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf

vdi kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah di dapati

memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf-huruf pada halaman yang bergaris .

Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu

dilakukan. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga lembaran satu

garis. Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran

satu garis itu .


LAMPIRAN

a ) Latihan menulis dari kiri ke kanan

b) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau darikanan ke kiri


c) Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan

alat tulis.

d ) Latihan membentuk garis lurus

W Z

V
e ) Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang

dilakukan secara bebas.

f ) Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat


g ) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal

h ) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga

a b c d e f

i ) Latihan menulis huruf di atas kertas bergari satu

a b c d e f
j ) Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul

Aa Bb Cc Dd Ee Ff

Anda mungkin juga menyukai