Anda di halaman 1dari 3

Definisi Penanda Wacana

Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Penanda wacana berperanan untuk menjadi penyambung,pengukuh atau pencetus kelancaran sesuatu ayat tersebut.Tanpa penanda wacana,sesuatu ayat itu mungkin agak longgar,tidak bermaya atau tidak kukuh huraiannya. Contoh penanda wacana yang boleh digunakan ialah: 1. Penanda permulaan atau pendahuluan karangan. a. Pada era globalisasi ini, b. Pada zaman pascakemerdekaan ini, c. Dalam meniti arus kemodenan ini, d. Dewasa ini, e. Pada masa ini, f. Kini, g. Dasawarsa ini, h. Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i. Sejak sedekad yang lalu, j. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k. Kebelakangan ini, l. Belakangan ini, m. Sejak akhir-akhir ini, 2. Penanda memulakan isi baharu. a. Selain itu, b. Di samping itu, c. Sementara itu, d. Dalam pada itu, e. Lain daripada itu,

f. Pada waktu yang sama, g. Seterusnya, 3. Penanda huraian isi karangan (biasanya ayat kedua atau ayat ketiga atau terakhir dalam perenggan isi) a. Hal ini demikian kerana b. Hal ini berlaku kerana c. Hal ini terjadi kerana d. Hal ini disebabkan oleh e. Hal ini wujud akibat daripada f. Hal ini bersangkut-paut dengan g. Hal ini berpunca daripada h. Hal ini tercetus apabila 4. Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa (berfungsi sama seperti contoh) a. Bak kata peribahasa b. Bak kata peribahasa melayu c. Bak kata orang tua-tua d. Bak kata mutiara e. Bak peribahasa f. Bak kata cendekiawan g. Persis kata peribahasa h. Persis kata peribahasa melayu i. Persis kata orang tua-tua j. Persis kata mutiara k. Persis peribahasa 5. Penanda menghuraikan contoh (digunakan selepas memberikan contoh dalam ayat sebelum ini) a. Hal ini mengakibatkan b. Hal ini menyebabkan c. Oleh itu d. Maka e. Oleh hal yang demikian f. Oleh sebab itu g. Jelaslah bahawa h. Justifikasinya 6. Penanda menutup isi (digunakan dalam ayat terakhir dalam perenggan isi)

a. Kesannya, b. Natijahnya, c. Akibatnya, d. Akhirnya, e. Dengan itu, f. Dengan berbuat demikian, g. Maka, 7. Penanda memulakan perenggan penutup a. Kesimpulannya, b. Secara tuntas, c. Konklusinya, d. Sebagai penutup wacana, e. Sebagai penghias bicara akhir, f. Sebelum mengakhiri wacana ini, g. Secara keseluruhan, h. Ironinya, 8. Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza (biasanya digunakan untuk membezakan dua tajuk khusus karangan selepas memberikan isi tentang impak positif kemudian isi negatif) a. Walau bagaimanapun, b. Walakin begitu, c. Namun demikian, d. Daripada perspektif yang berbeza, e. Jika dilihat dari sudut lain, f. Dengan kata lain, g. Kontradiksinya, h. Di sebalik itu, i. Dalam pada itu, 9. Penanda memberikan contoh dalam karangan (digunakan dalam ayat kedua atau terakhir dalam perenggan) a. Misalnya, b. Contohnya, c. Sebagai contoh, d. Tamsilnya, e. Sebagaimana yang kita sedia maklum, f. Umpamanya,

Anda mungkin juga menyukai