Anda di halaman 1dari 4

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN RELFEKSI

NAMA : FARHANA SAINI BINTI HAMSA NO.KAD PENGENALAN : 921022-12-6314 NO.MATRIK :27242

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan EDU 3106 iaitu subjek Budaya dan Pembelajaran. Tugasan ini merupakan tugasan individu secara individu di bawah seliaan Puan Seline selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan di dalam proses penghasilan tugasan ini namun segalanya dapat diatasi dengan bantuan Puan Seline dan juga rakan sekelas. Oleh itu, jutaan ucapan terima kasih saya kalungkan kepada beliau kerana sedia membantu saya dan rakan-rakan dalam penghasilan tugasan ini dan juga sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pada kali ini, saya telah memilih untuk membuat refleksi berpandukan model Schon (1987). Mengikut Schon, refleksi boleh berlaku ketika kita berada dalam situasi berkenaan atau mengingat kembali situasi yang telah berlaku. Hal ini amat bertepatan dengan refleksi saya kerana saya membuat refleksi secara mengingat kembali situasi yang berlaku semasa proses membuat tugasan kerja kursus, aktiviti forum dan pameran.

Pertama sekali, refleksi yang ingin saya buat adalah tentang aktiviti pameran. Hal ini kerana pameran merupakan tugasan pertama yang saya dan rakan-rakan saya dari PISMP Unit K laksanakan. Melalui pameran budaya ini, saya telah mempelajari beberapa perkara. Perkara yang pertama yang saya pelajari adalah tentang pengurusan kerana kelas saya unit K2 merupakan pengelola bagi pameran tersebut. Beberapa perkara yang saya dapat pelajari adalah tentang pengurusan ialah pengurusan masa dan pengurusan tenaga.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN RELFEKSI

Pengurusan masa amatlah penting kerana setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan kita mengurus masa dengan baik agar program yang dirancang akan berjalan dengan lancer dan jayanya. Dalam perlaksanaan pameran tersebut, saya dan rakan-rakan telah melakukan beberapa kesilapan dengan pengurusan masa yang menyebabkan kami terpaksa menyiapkan tempat pameran sehingga larut malam kerana salah perancangan. Hal itu, mengajar saya agar lebih peka terhadap pengurusan masa.

Pengurusan tenaga yang kurang bijak telah menyebabkan saya dan rakanrakan terpaksa melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan dua orang terpaksa dilakukan seorang kerana kekurangan tenaga. Oleh itu, pengajaran yang berguna kepada saya untuk menguruskan pada masa akan datang dengan lebih baik lagi agar perjalanan aktiviti dengan lancar. Namun begitu, perjalanan program pameran budaya pada hari tersebut masih berjalan dengan lancar dan Berjaya walaupun beberapa kesilapan berlaku sebelum program bermula. Sebagai seorang manusia yang sedang dalam proses pembelajaran, saya akui yang saya tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Sehubungan dengan itu, beberapa perkara positif juga saya dapat pelajari iaitu tentang budaya dan adat resam kaum lain. Sebagai contohnya, saya dapat mempelajari dan mengenali budaya dan adat kaum lain semasa pameran tersebut dengan mengunjungi tapak pameran kaum kadazan yang dikelola oleh Unit yang lain. Hal ini menunjukkan pemupukan semangat perpaduan dalam aktiviti pameran budaya ini diterapkan dengan melakukan pameran budaya kaum lain oleh kaum lain. Konsep 1 Malaysia itu telah diwujudkan secara tidak langsung dengan menerapkan rasa perpaduan antara kaum dalam kalangan mahasiswa terlibat.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN RELFEKSI

Seterusnya,

penulisan

ilmiah

tentang

penghayatan

guru

terhadap

kepelbagaian budaya dalam bilik darjah untuk membantu mencapai konsep 1 Malaysia selaras dengan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Semasa melakukan tugasan ini, saya telah melakukan beberapa rujukan di perpustakaan dan perbincangan dengan ahli kumpulan saya. Melalui hasil rujukan dan perbincangan yang dilakukan, saya dapat mempelajari beberapa perkara tentang budaya dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini boleh dijadikan bekalan untuk saya semasa berada di sekolah nanti untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, saya juga belajar untuk mengawal kelas yang mempunyai murid yang pelbagai kaum dan bangsa serta latar belakang yang berbeza. Ilmu yang diperolehi ini akan saya manfaatkan semasa berada di sekolah kelak. Saya juga memahami tentang kepentingan penghayatan kepelbagaian budaya oleh guru bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Bagi forum pula, saya berpendapat bahawa aktiviti ini mampu memberikan impak yang positif dalam diri saya. Sebagai contohnya, forum dapat memperbaiki seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Hal ini amat penting kerana masa untuk praktikum sudah semakin hampir. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memulihkan penyakit gagap saya ketika memberikan ucapan di hadapan orang ramai. Walaupun saya tidak menyertainya namun sebagai penonton, saya juga terasa keadaan yang dialami oleh peserta yang menyampaikan forum tersebut.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN RELFEKSI

Selain itu, aktiviti forum akan dapat memberikan suasana pengajaran yang berlainan dapat dilaksanankan. Hal ini akan menghilangkan bosan murid seterusnya akan dapat meningkatkan tahap tumpuan murid-murid terhadap pengajaran guru. Selian itu, aktiviti ini juga akan dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam diri mahasiswa pendidik. Secara sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai kepakaran masing-masing dalam pelbagai bidang. Sekiranya aktiviti seperti ini tidak dijalankan, kita tidak dapat melihat dan mencari bakat-bakat baru dalam bidang forum ini. Hal ini kerana sekiranya perkara seperti ini tidak diwajibkan, mahasiswa pendidik sama sekali tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Perkara negatif yang dapat dilihat semasa aktiviti forum berjalan adalah dari segi pemerolehan ilmu. Hal ini adalah kerana kebanyakan pelatih yang menjadi penonton aktiviti forum hanya mendengar sahaja tanpa mencatat isi-isi penting yang ahli panel cuba sampaikan. Hal ini menyebabkan objektif aktiviti forum untuk menyampaikan ilmu kepada mahasiswa pendidik tidak kesampaian. Hal ini dapat saya saksikan semasa aktiviti forum dijalankan, kebanyakan mahasiswa pendidik dilihat hanya menjadikan aktiviti forum ini sebagai hiburan bukan medan untuk mendapatkan ilmu yang lebih bermanafaat. Oleh itu, saya amat berharap mahasiswa pendidik dapat mengubah sikap ini pada masa aktiviti forum diadakan pada masa akan datang.

Secara kesimpulannya, tugasan ini memberi saya seribu makna dan sejuta pengalaman yang tidak mungkin saya perolehi lagi pada masa akan datang. Kesempatan yang ada ini saya gunakan sepenuhnya untuk menambah ilmu pengetahuan dan merasai sendiri pengalamannya. Saya juga berterima kasih kepada pensyarah pembinbing saya iaitu Puan Seline atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga selesai ketiga-tiga tugasan iaitu pameran, penulisan ilmiah dan forum.

Anda mungkin juga menyukai