Anda di halaman 1dari 2

2.0 Ciri-Ciri Afektif Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dan Berbakat 2.

1 Definisi Afektif Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minat dan motivasi membaca, alam kanakkanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alam kognitif mereka. Kurikulum afektif pula merupakan sebuah kurikulum yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakattentang emosi, harga diri, dan kemahiran sosial. Hal ini adalah bermanfaat bagi semua pelajar dimana mereka yang telah dikumpulkan bersama dengan pelajar jauh lebih tua dan lebih muda daripada usia mereka, namun menggunakan program akademik khas yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) adalah antara penyelidik yang julungkalinya menggunakan terminologi afektif dalam memperkenalkan lagi satu domain penting dalam kehidupan manusia. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada penerimaan receiving, tindakbalas responding, menyelaraskan sistem nilai organizing a vale set dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks. Menurut Krathwohl lagi, penerimaan adalah berhubung dengan kem ahiran pelajar untuk memberi perhatian terhadap pembelajaran atau sesuatu perkara. Selain itu, tindakan pelajar mencerminkan satu bentuk kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau perkataan yang berhubung dengan domain afektif ini. Manakala konteks pengajaran pula menekankan kepada kemahiran mendengar, menanyakan soalan, mengenali bahagian-bahagian ayat dan menjawab soalan dengan lengkap. Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini.Tiga perkara yang berhubung dengan aras iniialah kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian terkawal atau terpilih. Dalam konsep kesedaran, pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka. Kesudian untuk menerima pula bermaksud sesuatu pengajaran ha disampaikan dalam rus suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik. Seterusnya perhatian terkawal pula adalah pelajar membezakan keseluruhan keadaan

pada bahagian-bahagian komponen dan kemudian pilih satu daripada aspek tertentu dan terus berperhatian. Gerakbalas pula melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada peringkat menilai pula, perlakuan adalah didasarkan atas kekerapan dan kepentingan yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlaksanaan ini sebenarnya cenderung menjadi konsisten walaupun keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikkan. Menurut Krathwohl lagi, organisasi membawa 7 maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebur daripada sesuatu nilai dinuranikan maka ia membolehkan beberapa nilai digunakan dan ini menyebabkan pelajar terpaksa membina bahagian hubungan dan keutamaan daripadanya ialah nilai nilainya itu. Morgan dan Saxton (1991) pula mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai questions of feelings iaitu soalan berdasarkan perasaan. Pendapat ini adalah serasi dengan apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) learning needs to be felt for it to be effective yang bermakna pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih afektif. Domain ini amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliaanya yang cukup kuat dan domain kognitif dalam proses kemahiran berfikir. Dengan kewujudan istilah Kecerdasan Emosi Emotional Intelligence atau EQ seperi yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi begitu popular dewasa ini menjadikan konsep EQ dan domain afektif begitu penting. Domain afektif dan emosi adalah dua istilah yang berbeza tetapi sama dari segi makna dan pemahaman. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang kepentingan elemen perasaan, sistem nilai, sistem kepercayaan, keyakinan dalam membuat proses keputusan, memberikan pendapat, pembentukan personaliti dan pegangan hidup seseorang. 2

Anda mungkin juga menyukai