Anda di halaman 1dari 7

Bercerita dalam Didik Hibur

Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah
sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan
menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat
disampaikan dalam keadaan yang menyeronokan.

1.3.1

Aktiviti Bercerita

a.

Definisi Bercerita
Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu
cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita
sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan
tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan
yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi
yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul,
penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat
dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa
bercerita.

b.

Kebaikan Aktiviti Bercerita


(i)

Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan


murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti
bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut
dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya,
kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan
sebagainya.

( ii )

Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku
peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui

kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid
dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa
mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
( iii )

Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru,
murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin
tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi
komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak
dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan
mempertingkatkan kecerdasan otak murid-murid.

( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan


menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan
bentuk bahasa kepada murid-murid.
(v)

Asas untuk pendidikan Agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur


agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti
moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada
murid-murid.

( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang
menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit
sebanyak ia dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tenggang misalnya,
mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang
dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam. Implikasi
cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid-murid.
Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan panduan hidup
mereka.

c.

Prinsip Aktiviti Bercerita


(i)

Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh
mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi
yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa,
umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.

( ii )

Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa
perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan
berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak
mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa
pengertian harus juga dielakkan.

( iii )

Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan
baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu
menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan,
pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu
dan sebagainya.

( iv )

Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting.


Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan
kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh
diikuti dengan pelbagai gerakerja lanjutan yang dirasakan sesuai.

d.

Standard Kandungan
(1)

Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan


kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

1.1

Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

1.2

Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan
kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

e.

Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita

(i)

Permulaan cerita

(a)

Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian


untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh
dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan
murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu
menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik
jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya
cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru
berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan
intonasi yang betul.

(b)

Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang


baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih
dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian
murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti
bercerita yang hendak disampaikan.

( ii )

Pembentukan cerita
(a)

Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid.
Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid.
Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan
kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita.
Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru
perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.

(b)

Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di


samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan
berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak
menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.

(c)

Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah,
nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya.
Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai
dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan
pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau,

kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar
berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi
di luar kawalan mereka.

(d)

Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang
bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan
bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan
menghiburkan.

(e)

Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh


menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu
gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan
bosan.

(f)

Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan
akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya
hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan menyakinkan
pendengar.

(g)

Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema
yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid
mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan
berkesan.

(h)

Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif,
psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan
penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti
bercerita ini.

( iii )

Penutup Cerita
(a)

Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua
masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.

(b)

Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif
yang ingin dicapai guru.

f.

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita


(i)

Santai Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.

( ii )

Kelakar dan lucu Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang
kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi.

( iii )

Seronok dan gembira Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.

( iv )

Semangat mencuba Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan


rakan-rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari.

(v)

Tidak takutkan guru

Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan

mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian


cerita lebih berkesan.
( vi )

Kurang stres Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita
atau pendengar cerita dihargai.

g.

Cadangan Aktiviti Bercerita


(i)

Aktiviti Menyanyikan Cerita Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti
rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti
menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi
muzik minus one lagu berkenaan.

( ii )

Aktiviti Lakonan Cerita Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak
berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman
dan penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca
dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.

( iii )

Aktiviti Cerpendra Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada
bentuk drama. Aktiviti ini akan memaksa murid-murid mendalami dan
menghalusi isi cerita dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam

aktiviti ini, murid-murid terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar
tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerita tersebut.
( iv )

Aktiviti Kerusi Panas Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati
dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan
ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid
bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh
murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu
menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.

(v)

Aktiviti Improvisasi merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan


kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita
berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan
cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.

( vi )

Aktiviti Pemaduan Seni bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur


seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa
unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama.
Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan
melakonkan aksi watak tersebut dan dalam masa yang sama murid lain akan
melukis gambaran watak dan dalam masa yang sama sekumpulan murid lain
akan menyanyikan fakta mengenai watak berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai