Anda di halaman 1dari 49

KEMAHIRAN MENDENGAR

DAN BERTUTUR
Kemahiran Mendengar
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang
penting sama adapada peringkat kanak-kanak dan juga
pada peringkat orang dewasa.
Menurut Barker (1971), dalam keadaan manusia sedar, 45%
digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca
dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran
berperanan penting dalam komunikasi.
Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus
mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan
pelajar sekolah menengah.
Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan
proses paling utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Konsep Kemahiran Mendengar
Mendengar adalah satu proses fizikal manakala proses
memahami pendengaran pula melibatkan proses
psikologi dan mental seperti pengamatan, kecerdasan
dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan
seseorang memahami apa yang didengar dan
melakukan tindakbalas yang sesuai.

Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses
fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di
otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih
aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah
dengan mendengar secara empati, mendengar dengan
menjiwai apa yang didengar kerana daripada situlah
timbulnya celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para
pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang
akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan
dan intelektual secara maksimum dalam proses
pembelajaran.

Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ
bersama-sama dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi
perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses
pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar
bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi
melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang
mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

Dakin (1980:31) .......listening is one half of the process of
communication.

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan
dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah
menerima dan membezakan bunyi-bunyi yang hampir
sama. Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa
yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Kemahiran mendengar merupakan gabungan segala
yang didengar, difahami dan diingati.

Kemahiran mendengar melatih seseorang individu
untuk mendengar, mengenal bunyi bahasa, urutan
seterusnya berupaya untuk memahami.

Kemahiran mendengar melatih seseorang untuk
mendengar sekaligus mamahami pertuturan penutur
dengan baik. Hal ini secara tidak langsung dapat
menjadikan komunikasi berlaku dengan berkesan.

Kemahiran Bertutur
Kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator)
manusia. Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.

TUJUAN:

GURU
- Dapat memperbaiki kelemahan yang dimiliki oleh pelajar.
- Dapat menjadi pencetus dan mampu memberikan intrepretasi yang betul.
- Mengesan dan mengasuh pelajar supaya mahir dalam sebutan, boleh
menggunakan nada (tone) dan intonasi yang betul dan lancar serta fasih dalam
berbahasa.

MURID
- Murid dapat membezakan di antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai
dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
- Dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza
walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks
yang
Konsep Kemahiran Bertutur
a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.

b) Pertuturan berlaku di peringkat productive level. Ia berlaku setelah si penutur
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.

c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui
kecerdasan otaknya.

d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi
kemahiran bertutur.

e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa
yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan
interaksi dengan baik juga.

f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

Aspek2 pertuturan yang perlu diberi
perhatian penting
a) Sebutan
- murid2 telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf,
suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.
- Semua ini bertujuan untuk melatih murid2 supaya dapat menyebut
sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi,
ejaan dan makna.

b) Tekanan
- Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan
tekanan pada tempat2 tertentu.
- Biasanya dilakukan pada suku kata.
- Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan
itu.
- Lambangnya ialah /?/.
- Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk
menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.

c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
- Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
- Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.]
adalah setengah mora.

d) Kefasihan
- boleh bercakap dan membunyikan kata
dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.

e) Laras bahasa
- kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks,
suasana, atau situasi yang sesuai
- melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
- Bertujuan untuk berkomunikasi.
- Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu
bapa, rakan2, di kedai, di majlis rasmi.

Kemahiran mendengar dan bertutur
Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula
daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan
meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya
bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila
kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan
baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi
menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai
kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang
mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan
pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi
dengan orang lain dalam apa jua situasi.

Kemahiran mendengar
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak
dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979)
telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang
memberi makna kepada bahasa pertuturan.
Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan
bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang
merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar,
dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan
bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi
dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah
laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka,
dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada
persekitaran,

iii. Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang
bermula daripada pendengaran dan mendengar.
Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa
yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang
sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.

Kepentingan kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana
kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi.
Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang
gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah
kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik
sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam
kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir
akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di
sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang
biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu,
mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu
bertutur, membaca, dan menulis.



Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang
paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979)
membuat persamaan berikut untuk menegaskan
kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar
sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur
bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan
sebuah buku setahun.

Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah
kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan
kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar
kemahiran membaca dan menulis.
Keperluan mendengar
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar
berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau
formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di
rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan
sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar
sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan
memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain.
Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti
mendengar radio, atau menonton televisyen.

Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-
bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti
lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan
kemahiran mendengar lebih penting lagi.

Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau
tidak formal dapat dilihat dari segi tujuankita
mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga
tujuan kita mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan
bermesyuarat,
ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti
mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau
pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar
ceramah dan sebagainya.

Kemahiran bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran
berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj.
Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil
daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di
sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan
menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya
sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks.
Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula
berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang
dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada
kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspwk-aspek pertuturan
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian
supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978)
memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut:



Sebutan
Tekanan
Mora ( panjang pendek)
Jeda ( persendian)
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan
Laras Bahasa

Aspek pertuturan
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat
dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak
menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya.
Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak
dapat difahami.

Intonasi adalah keadaana bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa
makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang
tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas,
dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah
kelancaran bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas
dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

5/30/2014 22
Kemahiran Lisan
Kemahiran asas yang penting bagi bahasa
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak normal.
Kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa
melalui peniruan di sekeliling.
Faktor yang hampir dengan pengalaman
membantu penguasaan kemahiran lisan dan
begitu sebaliknya.
5/30/2014 23
Kepentingan Kemahiran
Lisan
Berani bergaul
Cenderung untuk melahirkan idea.
Mudah melakukan perkongsian maklumat.
Kemahiran lisan memberi persediaan kepada
penguasaan kemahiran bahasa seterusnya.
Contoh;
Membina ayat secara lisan dengan betul membantu
mereka menguasai kemahiran menulis ayat dengan
baik dan menggunakan struktur bahasa yang tepat.

5/30/2014 24
Tujuan Pengajaran Lisan
Membolehkan seseorang menyebut sesuatu dengan
betul. Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan
dalam bentuk pertuturan yang biasa.
Melatih seseorang mendengar dan memahami
pertuturan orang lain dengan lebih baik.
Membolehkan berhubung dengan orang lain secara
tepat untuk menyatakan kehendak, perasaan,
pengalaman serta mengutarakan pendapat dan
pandangan yang berkesan.

5/30/2014 25
Membolehkan seseorang bertutur dengan
ayat-ayat yang tersusun, menggunakan
perkataan-perkataan yang sesuai dengan
perbendaharaan kata yang luas.
Membolehkan menguasai kemahiran bahasa
yang lain dengan lebih cepat dan mudah.
Menyuburkan keyakinan dan kepercayaan
kepada diri sendiri.
Membolehkan seseorang mendapat kemahiran
bahasa secara menyeluruh
5/30/2014 26
Kemahiran Berbahasa -
Lisan
Bercakap dengan tenang dalam gaya yang betul.
Bertutur dalam nada, intonasi, tekanan yang
betul.
Mendengar, memahami dan menghormati
percakapan orang lain.
Berbincang dengan fasih.
Melaporkan dengan gaya yang menarik.
Membuat pengumuman dengan jelas dan tepat.
Memberi arahan secara berkesan.
Mengemukakan pendapat secara bernas.

5/30/2014 27
Aspek Penting Kemahiran
Lisan
Pertuturan secara sopan.
Topik atau tajuk dalam cakupan pengetahuan.
Rangsangan yang boleh menarik topik.
Perbincangan dalam situasi tertentu mengikut
kesesuaian topik.
Galakan kepada percambahan dan idea baru.
Memberi peluang kepada semua yang terlibat.
Ada pihak yang mendengar dan ada pihak yang
bercakap.
5/30/2014 28
Kemahiran Mendengar
Kemahiran lisan yang paling asas dan
berlaku pada peringkat penerimaan.
Peringkat-Peringkat Kemahiran Mendengar
Peringkat Awal
Peringkat Pertengahan
Peringkat Maju


5/30/2014 29
Peringkat Awal
Mengecam dan mengajuk dan memilih
bunyi.
Mendengar dan mengecam makna.
Melakukan sesuatu yang disuruh.
Menjalankan perintah dan permintaan.
Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Mengingat dan memadankan perkataan
dan ayat mudah secara tepat.
5/30/2014 30
Peringkat Pertengahan
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara
tepat dan terperinci.
Mengenal informasi-informasi saintifik
Mengesan urutan.
Mengenal sebab dan akibat.
Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi.
Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.
5/30/2014 31
Peringkat Maju
Mengenal isi-isi penting.
Mengenal peranan dan perhubungan orang yang
bercakap.
Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
Menafsir tujuan penutur dalam pelbagai bentuk
atau struktur nahu.
Kemahiran mendengar dan
bertutur
Apakah kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur?

Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang
paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan
(receptive level).
Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini
harus dapat mendengar dengan baik maklumat yang
disampaikan dan memahami apa yang disampaikan
seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka
fahami daripada maklumat tersebut.
Dalam buku Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan yang
ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa
pendengaran merupakan gabungan segala yang
didengar, difahami dan dingat.

Melalui kajian beliau juga menyatakan bahawa,
pendengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat.
Dalam buku Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia
(1990) menyatakan bahawa :
Ahli linguistik telah bersetuju bahawa proses mendengar
terbahagi kepada dua aras iaitu:
Aras pertama dimana pendengar mendengar dan
mengenali bunyi bahasa.
Dalam aras pertama mengutamakan kepekaan serta
tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengari.
Aras kedua pula,mendengar dan memahami bunyi bahasa.
Dalam aras ini lebih mengutamakan pemahaman
pendengar terhadap maksud dan butir-butir bunyi yang
didengari.

Kemahiran bertutur
Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang
dilahirkan daripada alat sebutan manusia.
Ia merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya
berlaku pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta
oeh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan di ajuk.
Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat
dititikberatkan, oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid
mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan
sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.
Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan
perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza
walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang
berlainan.

Kemahiran mendengar dan bertutur
(lisan)
Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum
menguasai kemahiran yang lain.
Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu
satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara
atau sebutan.
Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam
pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam
berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang
lain.

Mengapakah kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur perlu
dikuasai sebelum kanak-kanak
menguasai kemahiran lain?

Kerana kemahiran lisan adalah asas dan tunjang kepada
peningkatan penguasaan semua pembelajaran atau
kecekapan berbahasa.
Pelajar yang telah mencapai tahap kemahiran yang
memuaskan harus boleh menyusun fikiran dan idea-idea
dengan baik dan dapat melahirkan nya dalam bentuk
ujaran yang baik juga.
Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan
menghasilkan satu tabiat berbahasa yang baik dan
kebiasaan berbahasa dengan baik itu pula membolehkan
seseorang itu berkomunikasi dengan sempurna dan
berkesan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut secara
semulajadinya menunjukkan kanak-kanak mula-mula
mendengar, kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap.
Penguasaan bahasa lisan yang baik memudahkan kanak-
kanak menginterpretasikan lambing-lambang yang tertulis
dengan berkesan.
Perkembangan personaliti, bagi mengelak rasa rendah
diri dan bersifat pasif. Masalah sahsiah akan timbul
sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran
bertutur dengan baik.
Perkembangan sosial, kanak-kanak yang mahir dalam
kemahiran lisan berani untuk berkawan dan bergaul
dengan kanak-kanak lain. Ini kerana mereka mudah
meluahkan perasaan, memberi pendapat dan
pandangan.
Secara tidak langsung membantu kanak-kanak
menonjolkan diri mereka.
Perkembangan mental, kanak-kanak yang tidak dapat
menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai
tidak berfikir dengan jelas.
Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiran-
fikiran tadi dalam bentuk tulisan.

Apakah sebab-sebab penguasaan
kemahiran mendengar dan bertutur
sukar dikuasai?

Kekeliruan dalam membezakan bunyi

Kemahiran dalam menentukan persamaan dan
perbezaan bunyi yang didengar
Tidak dapat membezakan bunyi yang didengar
Tidak memahami makna sebenar apa yang
terkandung dalam perkataan atau ayat.

Kelemahan dalam memahami Apa
yang didengar
Setiap pertuturan seharusnya menggunakan
dan ayat yang sesuai
Pendengar yang cekap berjaya mengaitkan
apa yang didengar semasa dan selepas
pertuturan
Pendengar yang cepat memahami akan cepat
bertindak balas terhadap pertuturan tersebut

Kelajuan dalam pertuturan
Pertuturan yang laju boleh menimbulkan
masalah kepada pendengar
Tidak dapat membezakan perkataan dan bunyi
bahasa
Sukar memahami apa yang diperkatakan

Sejauh manakah kemahiran
mendengar dan bertutur
melibatkan proses mental?

Teori pembelajaran menyatakan bahawa ada
perhubungan antara bahasa yang dituturkan dengan
pemikirannya.
Chomsky telah mengistilahkan sebagai
competence(keupayaan) dan performance
(pertuturan).
Competence berada dalam otak dan dapat diertikan
sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu
melahirkan kalimat-kalimat yang terbatas banyaknya.
Ianya juga merupakan pengetahuan penutur mengenai
bahasanya.
Performance adalah unsur yang berada diluar dan
dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan.
Bunyi-bunyi ini adalah bermakna dan dapat difahami
oleh pendengarnya.


Apakah objektif pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur?

Mendengar dengan teliti serta memahami
pengucapan dalam konteks perbualan harian dan
situasi formal.
Bertutur petah menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul secara bertatasusila.
Mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik
perbincangan.
Berbincang dan berkongsi pendapat untuk
menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan,
dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara.

Bibliografi
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran 1990,
Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin Haji Husin 1990, Pengajaran Dan
Pembelajaran Lisan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj Husin 1998, Pedagogi Bahasa
Pengkaedahan, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai