Anda di halaman 1dari 12

KEMAHIRAN LISAN

KEMAHIRAN MENDENGAR AKTIF PASIF

Kemahiran Mendengar Aktif


Thomas Gordon (1970) mengatakan bahawa pendengaran yang aktif merupakan satu kemahiran berkomunikasi yang boleh membantu orang lain menyelesaikan masalahnya.

Sambungan Mendengar Aktif Pendengar akan terlibat dengan kehendak penghantar maklumat semasa berkomunikasi Pendengar mesti bertanggungjawab dengan aktif untuk memahami isi kandungan dan perasaan yang diperkatakan Pendengar boleh menjawab dengan menggunakan perkataan sendiri asalkan dapat memberi pengertian yang sama Mewujudkan suasana komunikasi terbuka untuk mengadakan perbincangan Dapat mempelajari apa yang dimaksudkan orang lain dan bagaimana menghadapi sesuatu masalah/keadaan Mewujudkan penerimaan dan meningkat rasa saling mempercayai, malah boleh membantu dalam menyelesaikan sebarang masalah

KEBERKESANAN PENDENGARAN AKTIF 1. Cari perkara yang menarik minat pendengar Pastikan terlebih dahulu perkara yang menarik minat kumpulan sasaran yang akan menjadi pendengar untuk membolehkan mereka berkongsi penglaman dan perasaan.

2. Nilailah isi kandungan, bukan cara penyampaian Sikap yang suka menilai siapa yang bercakap dan terhadap cara penyampaian seseorang, akan menghalang pendengaran yang berkesan. Sebaliknya, seseorang pendengar yang baik akan meneliti kepada hal-hal yang sedang disampaikan.

3. Dengari pendapat-pendapat yang dikemukakan Pendengar yang baik akan menumpukan perhatian kepada pendapat-pendapat utama. Tumpuannya tidak akan terhalang dengan beberapa fakta yang bertentangan dengan pendapatnya 4. Berfikiran terbuka Jangan biarkan sebarang prasangka kita terhadap pengucap menguasai fikiran. Kita hendaklah bersikap lebih rasional. 5. Menjiwai penceramah Cuba pendengar meletakkan diri di tempat penghantar maklumat agar dapat memahami dengan lebih mendalam akan masalah-masalah atau isu-isu dikemukakan

6. Redakan perasaan diri sendiri Perasaan yang begitu bersemangat atau berkobarkobar akan menghalang pendengaran yang baik. Seseorang yang sedang membara perasaannya akan dikuasai tiga elemen: (a) Mengagak apakah perkara-perkara yang akan bertentangan dengan pendapatnya (b) Memikirkan soalan yang boleh menyebabkan penyampai rasa tidak selesa (c) Berasa seronok melihat reaksi penyampai dihujani soalan

7. Bersikap fleksibel atau boleh suai Semasa mendengar, tiada satu cara yang terbaik untuk membuat catatan. Hal ini terpulang kepada keadaan persekitaran, kesesuaian tempat dan faktorfaktor lain yang mempengaruhinya

8. Latihan fikiran Mendengar memerlukan kita menumpukan fikiran kepada sesuatu persoalan dan perbincangan. Jadi, mendengar dapat melatih kita berfikir secara bijak dan rasional.

9. Gunakan kelajuan berfikir Kelajuan mendengar adalah lebih pantas daripada kelajuan bercakap. Oleh itu, gunakanlah masa yang terluang semasa mendengar untuk mengingati kembali apa yang sudah diucapkan.

10. Menyedari maklumat bukan lisan (bahasa tubuh) Pendengar seharusnya sentiasa aktif kepada isyarat-isyarat yang ditunjukkan oleh orang yang sedang bercakap dan fahami akan maksudnya. Dengan cara ini akan menambahkan kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan.

11. Bekerja semasa mendengar Mendengar bersungguh-sungguh akan melibatkan semua tenaga.Tumpuan sepenuhnya terhadap pendengaran memerlukan kordinasi tenaga perhubungan mata, pernyataan wajah dan pergerakan badan. 12. Menolak gangguan Pendengar yang baik akan melawan sebarang elemen yang menghalang pendengarannya seperti menutup radio atau televisyen, menutup pintu, duduk berhampiran dengan penceramah ataupun meminta penceramah bercakap lebih kuat

KEMAHIRAN MENDENGAR PASIF


kemahiran mendengar paling rendah/ tak berupaya memahami percakapan jarang dapat mengingati /menyebut semula perkara yang didengar ada tanda-tanda seseorang menjadi pendengar yang pasif faktor-faktor lain turut menjadikan seseorang itu pendengar pasif

KEBIASAAN PENDENGAR PASIF


1. Beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan tidak menarik 2. Mengkritik penyampaian penceramah 3. Mendengar secara memilih 4. Mencelah atau menyampuk

5. Fikiran yang menerawang 6. Tertidur 7. Gangguan luar 8. Cuba mengelakkan diri daripada hal-hal teknikal

Anda mungkin juga menyukai