Anda di halaman 1dari 15

KEMAHIRAN MENDENGAR

KONSEP MENDENGAR
Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan
bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga.
Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat
dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.
Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan
aktiviti seni yang merujuk kepada seni mendengar dan
memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.
Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan
tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan
tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas
terhadap bunyi.
Konsep penting tentang pendengaran:
merupakan gabungan daripada segala yang didengar, difaham dan
diingat.
berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara
berperingkat-peringkat.
individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada
kecerdasan otaknya
proses pendengaran dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan
neurologi
pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic dan
berkesan
pendengaran berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan
pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis
terhadap bentuk dan isi
Proses Mendengar
 Proses mendengar sesuatu yang didengar memerlukan
seseorang pendengar menggunakan alat pendengaran dan
otaknya untuk mendengar sesuatu bunyi.
 Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat
peringkat iaitu:
Mendengar
Proses Memahami
deretan
mendengar bunyi bahasa
bahasa

Bertindak
Menilai
terhadap
bunyi
bunyi
Tujuan Mendengar
Tujuan mendengar dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu
berkomunikasi lisan dengan orang lain. Dalam komunikasi tersebut
kita akan menyampaikan dan menerima informasi. Proses
penyampaian informasi secara lisan disebut berbicara. Sedangkan
proses menerima informasi disebut mendengarkan
Tujuan orang mendengarkan adalah untuk memproleh informasi yang
ada hubungannya dengan propesi, mengumpulkan data untuk membuat
keputusan, dan untuk memberikan respon yang tepat. Selain itu, tujuan
lain dari mendengarkan adalah untuk memperoleh pengetahuan secara
langsung, melalui radio atau television, dan lain-lain.
Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa tujuan mendengarkan
dari seseorang tidaklah sama dan ini sesuai dengan apa yang
dibutuhkan mulai dari memperoleh informasi sampai pada pemecahan
masalah.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEUPAYAAN MENDENGAR
 STATUS SOSIAL
Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak .Emosi juga memainkan peranan
dalam proses pendengaran kanak-kanak.
 PERUBAHAN RESPONS
Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur,idea yang berlainan akan
menyebabkan fokus pada aktiviti pendengaran akan terganggu.Setiap daripada mereka yang
mempunyai idea yang berbeza akan berusaha menegakkan idea masing-masing.
 MENYAMPUK
Menyampuk merujuk kepada gangguan perbualan ,apabila penutur-penutur ingin bertutur
dalam masa yang sama.Fenomena ini menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang
diutarakan tidak sempurna.
 FIZIKAL
Deria kanak-kanak normal berbeza dengan deria kanak-kanak yang cacat
pendengaran.Gangguan memang agak terjejas bagi mereka yang kurang upaya mendengar.
 JANTINA
Kajian menunjukkan kanak-kanak perempuan lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak
lelaki.Dalam usia 7-9 tahun,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki mungkin
terganggu akibat faktor jantina ini.
 TERLEKA
Pekara ini berlaku akibat pendengaran kita menerawang .Ia merujuk
kepada pendengaran kita tiba-tiba tidak menyerap input yang
disampaikan penutur.
 GANGGUAN BAHASA
Gangguan bahasa merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap
bahasa yang disampaikan penutur.Pendengaran boleh terganggu
sekiranya perbezaan dari segi bahasa yang dituturkan.
 FAKTOR KECERDASAN
Kecerdasan juga mengganggu pendengaran kanak-kanak.Jika kanak-
kanak itu adalah seorang yang “slow leaner” atau kurang cerdas
mentalnya,mungkin pendengarannya juga agak terhad dan perlahan
berbanding kanak-kanak normal.
 KEBOSANAN
Aktiviti pendengaran kita boleh terganggu akibat daripada rasa bosan
yang kita alami.Ia akan menyebabkan kita gagal untuk menyerap dan
memahami input yang disampaikan penutur.
 FIKIRAN TERTUTUP
Mendengar dengan fikiran yang tertutup boleh menggugat sistem
pendengaran kita.kita akan kehilangan maklumat penting yang cuba
Aktiviti mendengar
Ada 2 peringkat:
i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi
bahasa. Contoh:
a. mendengar dan menyebut perkataan secara latih
tubi:
ladang – padang, pantai – pandai, lali – lari, galah
- kalah
b. latih tubi pemintal lidah:
i. Pandang pandan depan padang.
ii. Letak tulang atas dulang.
iii. Berat beras dua belas kilo.
iv. Dari darah dari nanah yang punah di tanah
ii.Mendengar untuk memahami dan bertindak balas.Pada
peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid
terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak
balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan,
antaranya ialah:
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas
meliputi aktiviti:
1. Melakukan pergerakan mengikut arahan
2. Menandakan butiran yang berkaitan
3. Menandakan betul atau salah
4. Menyusun gambar
5. Mendengar dan memilih gambar
6. Melukis bahan berbentuk grafik
7. Menandakan lokasi dan arahan perjalanan
8. Mengisi jadual
9. Teka siapa saya
Contoh aktiviti mendengar yang memerlukan tindak
balas ringkas:
a. Melakukan pergerakan mengikut arahan:
”Duduk”
”Tututp pintu”
”Berdiri tegak, rapatkan kaki.”
”Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke
hadapan”
”Pusing kiri”
”Pusing kanan”
Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas
yang lebih lama memerlukan murid menjawab soalan
kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan
mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar.
Contoh:
1. Menjawab soalan kefahaman
2. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan
Mendengar Petikan
Petikan yang dimaksudkan ialah bahagian yang
dikutip daripada buku, majalah, ucapan atau
pidato,cerita,akhbar, syarahan.
Petikan tersebut akan diperdengarkan kepada murid.
Soalan kefahaman mendengar yang berkaitan dengan
petikan diedarkan kepada pelajar.
Mendengar Paragraf
Paragraf yang dimaksudkan ialah perenggan kecil.
Perenggan kecil yang diperdengarkan adalah
berasingan dari segi cerita,tema,atau isinya dan tidak
berkaitan antara satu dengan yang lain.
Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang
berkaitan dengannya.
Mendengar menggunakan gambar
Biasanya digunakan bagi menguji kemahiran
mendengar pada peringkat persekolahan rendah.
Murid-murid dikehendaki mendengra ayat,dan
memadankan sesuatu ayat diperdengarkan dengan
gambar yang membawa maksud yang sama dengan
ayat tersebut.
Soalan
1. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi
pendengaran ? Memberikan tiga contoh.
2. Memberikan tiga aktiviti mendengar yang
memerlukan tindak balas yang ringkas.
3. Memberi aktiviti mendengar yang memerlukan
tindak balas yang lebih lama.
4. Maksud kemahiran mendengar.
5. Dalam proses mendengar mempunyai beberapa
peringkat? Berikan peringkat-peringkat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai