Anda di halaman 1dari 3

Kata Majmuk Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih,

dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani

besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus. Proses Pemajmukan Proses yang menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk menghasilkan satu bentuk kata yang membawa makna atau maksud tertentu. Makna gabungan kata ini berbeza daripada maksud asal kata tersebut. Kata majmuk tidak boleh menerima unsur penyisipan dalam binaannya dan mestilah dieja terpisah sebagai dua atau tiga kata. Terbahagi kepada tiga iaitu pemajmukan rangkai kata bebas, pemajmukan istilah khusus, dan pemajmukan bentuk kiasan. Pemajmukan Rangkai Kata Bebas Definisi: percantuman kata-kata dasar daripada mana-mana golongan kata dan percantuman ini membawa maksud baru kepada kata dasar tersebut. Contoh: Gambar + rajah = gambar rajah Jalan + raya = jalan raya Rumah + tangga = rumah tangga Perdana + menteri = perdana menteri

Pemajmukan Istilah Khusus Definisi: penggabungan kata-kata istilah yang berkaitan dengan bidang ilmiah. Sama dengan pemajmukan rangkai kata bebas, cuma berbeza dari segi gabungan kata yang digunakan. Contoh: peti suara, garis pusat, kanta sentuh, batu kapur, dan lesung sendi.

Pemajmukan Bentuk Kiasan Penggabungan dua atau lebih kata untuk melahirkan maksud bahasa kiasan yang mempunyai makna menyindir atau mengata seseorang, misalnya peribahasa atau simpulan bahasa. Merupakan gabungan kata-kata dasar tetapi mengandungi maksud yang berbeza daripada kata-kata dasar yang membentuknya. Contoh: kaki ayam, kaki botol, buah tangan, muka tembok, berat tulang, dan telinga lintah. Penggandaan kata majmuk. Pemajmukan boleh digandakan dan diberi imbuhan. Unsur pertama kata majmuk sahaja yang digandakan sementara unsur kedua dikekalkan. Contoh: Alat tulisalat-alat tulis Jalan raya..jalan-jalan raya Garis pusat..garis-garis pusat

Pengimbuhan kata majmuk Awalan Sekiranya imbuhan awalan bergabung dengan kata majmuk, kata pertama sahaja yang menerima awalan ini manakala kata kedua masih bebas. Contoh: campur aduk....bercampur aduk ambil alih....mengambil alih

Akhiran Sekiranya imbuhan akhiran yang bercantum dengan kata majmuk, kata kedua sahaja yang menerima akhiran ini manakala kata pertama masig lagi bebas. Contoh: daya serap.daya serapan garis rintang....garis rintangan

Apitan Kata-kata majmuk yang menerima apitan dieja sebagai satu kata sahaja. Contoh: satu padu....menyatupadukan anak tiri....menganaktirikan

http://kopidangula.blogspot.com/2011/08/proses-pembentukan-kata.html

http://bkree66.blogspot.com/2011/12/proses-pembentukan-kata.html

Anda mungkin juga menyukai