Anda di halaman 1dari 3

2.

Ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan kepada ayat induk itu. Huraikan kriteria yang digunakan untuk mengenal pasti tiga jenis ayat majmuk pancangan dengan memberikan contoh ayat bagi setiap jenis itu dan buat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Dalam bahasa Melayu, Ayat Majmuk Pancangan dibahagikan kepada tiga jenis: i. Ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif) ii. Ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) iii. Ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan) i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan perkataan yang. Cth. ayat: Adik memakai baju yang berwarna kuning. Sebenarnya terdapat dua ayat iaitu: a. Adik memakai baju. b. Baju itu berwarna kuning. Dalam Cth. di atas, ayat Baju itu berwarna kuning dipancangkan kepada ayat induk Adik memakai baju. Perkataan baju yang diulang dalam kedua-dua ayat digugurkan dan digantikan dengan kata relatif yang. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen Ayat yang dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Cth. ayat: Dia memberitahu bahawa lukisan itu cantik. Ayat di atas asalnya daripada ayat-ayat: a. Dia memberitahu sesuatu. b b. Lukisan itu cantik. Dalam ayat Dia memberitahu sesuatu, subjeknya terdiri daripada dia, manakala kata kerja transitif ialah memberitahu dan ayat lukisan itu cantik, seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif tersebut. Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

iii. Ayat majmuk pancangan keterangan Merupakan ayat yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang tidak dapat berdiri sendiri. Kata-kata hubung seperti ketika, semasa, kerana, dan sewaktu menghubungkan ayat induk dengan ayat-ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Cth. ayat: Dia gagal dalam peperiksaan kerana dia tidak berusaha. Ayat di atas berasal daripada ayat-ayat: a. Dia gagal dalam peperiksaan. (Ayat Induk) b. Dia tidak berusaha. (Ayat Keterangan) Hal ini dapat diperjelaskan melalui rajah pohon di bawah:

Anda mungkin juga menyukai